Wednesday 13 March 2013

Ulang tahun pertama!


(Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani)

Nun! Demi kalam dan apa yang mereka tulis.
Dengan kurnia Tuhanmu engkau (Muhammad) bukanlah orang yang gila.
Dan sesungguhnya bagi engkau pahala yang tidak putus-putus.
Dan sesungguhnya engkau benar-benar berbudi pekerti yang agung.
Maka kelak engkau akan melihat dan mereka (orang-orang kafir) pun akan melihat. 
 Siapa di antara kamu yang gila?
Sungguh Tuhanmu, Dialah yang paling mengetahui siapa yang sesat daripada jalan-Nya , dan Dialah yang paling mengetahui siapa yang mendapat petunjuk.
Maka janganlah engkau patuhi orang yang mendustakan (ayat-ayat Allah).
Maka mereka menginginkan supaya engkau bersikap lembut, lalu mereka bersikap lembut.
Dan janganlah engkau patuhi orang-orang yang suka bersumpah dan menghina. 
Yang suka mencela, menyebarkan fitnah.
Yang menghalangi kebaikan, yang melampaui batas lagi banyak dosa.
Yang bersikap kasar, selain daripada itu terkenal kejahatannya. 
Kerana dia mempunyai harta dan anak-anak.
 Apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat Kami (Allah), dia berkata: " (ini adalah) Dongengan orang dahulu kala." 

    Firman indah Allah bersumpah demi pena dari Surah Al-Qalam ayat 1-15 lebih dari cukup untuk dijadikan panduan ummat sepanjang zaman. Sedar tidak sedar hari ini genap setahun umurku (Amanah dari syurga). 
Alhamdulillah...

Tidak pernah aku mengimpikan untuk mempunyai satu hamparan blog yang dapat aku lakarkan bait-bait tentang apa sahaja dengan jari jemariku.
 Sekudus penghargaan buat sahabat sejatiku yang sudi menciptakan blog ini sebagai tempat untuk aku melabuhkan hobi. 
Bahkan bukan sekadar itu ia membuatkan aku selalu gembira dengan menulis, 
menulis adalah jalan yang terbaik untuk aku mengingatkan diri sendiri. 
Dengan menulis juga sinergi motivasi menguatkan diri kerana saat menulis hatiku berbisik meninggal taujihat pada laman hati.
Demi Allah dan keagungan CintaNya,
 dirimu diberkati...

Teringat aku pada pesanan murabbi,
kita bukan ulamak yang mampu menulis berjuta kitab
untuk dijadikan panduan seluruh ummat
kita hanya orang biasa yang diberi pelbagai kemudahan teknologi
menulislah sesuatu yang boleh menjadi saham di akhirat nanti
walau tidak seberapa tetapi boleh diamalkan setiap hari.

Suatu hari nanti tulisan-tulisanku akan menjadi kenangan usang
di atas padang sejarah aku mungkin akan dilupakan
meskinpun aku ramai kenalan 
pada saat akan tiba itu aku hanya sendirian
dengan menulis juga mengingatkan aku kepada kematian.

Aku tidak punya masa seperti biasa
harus segera aku noktahkan
sebagai tatapan untuk kalian aku akhirkan dengan kalam wangian syurga alim ulamak
"Jika engkau tidak dapat menjadi penulis yang bermanfaat,
jadilah pembaca yang memberi manfaat pada orang lain."
(Tuan Ibrahim Tuan Man)

"Manusia akan mati bila-bila masa
tetapi tulisannya boleh kekal selama-lamanya
maka tulislah perkataan yang menyebabkan kita gembira di akhirat kelak."
(Habib Umar)

"Menggunakan internet untuk menyampaikan suara Islam dan memperlihatkan Islam merupakan satu jihad utama!"
(Kitab Fiqhul Jihad - Prof Dr Yusuf Al-qardawi)

Wallahua'lam.








Monday 11 March 2013

Nilai!


Cuti hujung minggu kali ini masih tidak mengizinkan untuk balik Shah Alam. Tempat yang paling nyaman untuk aku berteduh merehatkan beban fikiran selepas bumi serambi Mekah . Bertemu dengan buah hati adalah penawar yang paling baik sebagai rawatan diri untuk tenang dan gembira. Di situ terdapat nilainya... nilai cinta, ketenangan, kegembiraan yang dicampakkan oleh Allah dengan sesuatu yang membahagiakan. Subjektif! Boleh di nilai dengan pelbagai nilaian. 

Alkisah yang ingin aku kongsikan sepanjang dua hari bercuti cukup santai.  
Maafkan aku ya teman-teman
Post ni macam aku merapu ntah apa
Ayat sms lebih snang untuk aku berkongsi entry kali ini.
Dengan menggunakan bahasa yang mudah dan ringkas pada hari Sabtu selepas balik dari kampus aku terpaksa ke satu tempat. Bagaimana aku boleh pergi dan dengan siapa aku pergi biarlah rahsia. Tup-tup aku sampai ke tempat yang cukup asing! Naik terbeliak mata aku tengok suasana yang penuh dengan bendera-bendera da ci ng, dengan sorakkan lelaki perempuan dan lagu tak pernah aku dengar bingit menyakitkan telinga. Macam disko! Korang bayangkanlah... klu seorang negro tiba-tiba tersesat masuk ke dalam group-group orang putih. Pasti si negro itu akan jadi tumpuan mata-mata orang putih dek kerana beza warna kulit di antara mereka. Mungkin akan ada yang cakap...
"Apa ke pelik manusia ni pakai macam ni datang majlis gini?"
atau
"Minah ni betul ke tak betul?"
dengan lebih tepat lagi
"Kelakar! Dia tak jumpa jalan masjid ke hape??"
Aku sekadar menduga nilaian mereka.
Apa yang diorang pk biarkan aja! Enggak mau aku ambil peduli.
Aku sekadar duduk memerhatikan mereka sambil menunggu seseorang. 
Cina, india dan melayu sama saja pada pandangan aku waktu itu.
Tidak ada beza pada mereka dengan akhlak dan pemakaian.
Cukup!
Sudah berbau mencela...

"Apa dia ingat dia baik sangat???"
"Bertudung litup bajet ahli syurga!"
"Macam poyo jeeee, nak tunjuk alim masuk kandang orang pakai macam tu!"
Jawapan aku...
YA!
Memang aku rasa aku baikkkkkkkkkkkkkk sangat.  Aku jugak bajet macam ahli syurga dan memang poyo nak tunjuk alim sebab memang dah tersalah masuk kandang!
(bunyi melampau semacam)

Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah
 Ya, aku rasa aku baikkkkkkk bila berada di bawah lembayung Islam dan iman. Tak terkinja-kinja dengan lelaki perempuan malah aku rasa Islam cukup baik dalam memelihara ummat dengan menetapkan hukum-hukum kenapa itu tak boleh, ini tak boleh dan yang ni pulak boleh?? 
Namun
aku amat simpati
kerana mereka juga baik
mungkin lebih baik daripada aku
kenapa???
Kerana Pakcik india yang bukan Islam pernah tolong aku.
Uncle dan untie Cina yang suka bantu aku.
Uncle cina depan rumah juga yang tolong aku masa kat Shah Alam.
Kawan-kawan india dan cina yang selalu contax aku biar pun aku dah xingat kat diorang.
Jugak kakak melayu islam yang seksi tapi cukup berbudi bahasa denganku.
Itu juga satu nilaian yang perlu di nilai dan kadang-kadang berbeza penilaian setiap orang.

Dalam bajet 2013 ni memang aku bajet nak masuk syurga sebab xde manusia yang nak masuk neraka. 
Namun
syurga neraka bukan urusan kita
yang menetapkan hanya Allah
mana tahu hidayah Allah tiba-tiba  menyapa bertaubat dengan taubat nasuha, jalan kaki terlanggar tiang pastu mati tanpa dosa yang berpuluh-puluh tahun dia buat.
TAPI
setiap calon-calon syurga dan penghuni neraka sudah diberitakan tentang ciri-ciri mereka.
Bagaimana dan bagaimana. Semua orang tahu! Mak Ayah angkat aku yang orang asli tu pun tahu, orang islam tak puasa, tak solat, tak tutup aurat berdosa nanti masuk neraka.
DAN
memang aku poyo dengan buat muka tak malu, selamba giler pergi gerai pemuda Am No beli air Guava. Yelah, panas terik memang cepat dahaga tapi bukan mitak free. Nasib baik tak de cukai. 
COBAAAN UNTUK AKU.

********************
Keluar daripada tempat tu aku rasa dunia nilah yang paling tenang! Sebelum aku bertolak balik aku berhadapan dengan satu lagi masalah!
Masalah kronik!
Berhadapan dengan budak-budak nakal!
Tak pernah lagi seumur hidup aku jumpa budak senakal ni.
Dung dang dung dang terajang itu terajang ini
nasib baik aku sempat mengelak!
kesian kawan aku terkena bola kat muka
sakitnya tuhan yang tahu.
Tiba-tiba
salah seorang budak ni mengamuk!!!
Dia mai terkam kat aku.
Aku cuba berlembut dengan memujuk dia
aku letakkan tangan diatas ubun kepala sambil baca ayat quran
semoga dia tenang
tapi!!!
dia makin melawan dan cakar muka aku, kawan aku pun kena terajang.

Aku mula rasa semacam...
macam ada yang tak kena.
 2 3 orang pegang dia selepas kami dah hampir nak pengsan pegang budak tu.
Allah..tempat apakah yang aku jejaki pelik semacam!!!

Bila keadaan reda aku berjumpa ibu kepada budak tersebut dan tanya sakit apa sbenarnya budak kecik ni. Sememangnya benar ada sesuatu yang tidak kena.
Sama-sama kita doakan smoga adik itu cepat sembuh.
 Si ibu dengan nilaiannya tersendiri, raut wajah yang bimbang memohon maaf kerana menyusahkan kami. Tapi aku ok je selepas aku tahu budak ni sakit...hilang stress tinggal kesian.
UJIAN UNTUK SI IBU.

*****************************
Pagi Ahad memaksa untuk aku bangun pagi-pagi. Berkumpul di akasia tepat pukul 6.45 pagi! Ada bengkel akademik kat Port Dickson. Hampir saja aku tidak mahu ikut serta gara-gara tak cukup tido namun di paksa oleh senior-senior kesayangan aku ni. 
Ada nilainya di situ! =)
Aktiviti berjalan seperti biasa hingga selepas solat zohor dan makan kami di beri kebebasan untuk buat apa je. Ramailah yang naik banana, naik pensel pastu jatuh dalam air siap ada yang berdarah bibir lagi sebab terhantuk kepala kawan. =D Aku hanya memerhatikan saja gelagat mereka berseronok di pantai. 
Last-last aku naik jet sky. 
Harganya rm 80 untuk 15 minit!!
Boleh beli ayam, sutung, unta sekilo!
Aku mitak kurang sket dengan pak cik penjaga.
Dia bagi aku harga special rm 50. 
Murah sangat la tu sebab tempat lain beratus-ratus.
Aku pun naik lah. tiba-tiba ada pekerja lelaki dia duk dibelakang aku.
"aihh apasal pulak ni???" 
 Terkejut! Abang penjaga itu hairan dan cepat-cepat turun.
"Dia suruh sy tunjukkan cara dan jalan." Dia tunding jari pada yang sorang lagi.
Dengan penuh berkarisma aku mulalah membebel bukan ke pakcik boss tu suruh saya naik sorang bla..bla..bla...

Kelihatan sahabat baik daripada sekolah dulu terkecoh-kecoh datang kat kami. Aku dah tak pandang orang lain. 
"Mana boleh  naik berdua jet sky ni! potpetpotpet..."
Hakimah berwajah serius, berkerut-kerut dahi dia datang. sememangnya sahabat aku ni suka berpihak pada aku. dia pulak tolong jadi org kuat setiap kali aku gaduh dengan mana2 gangster. =D. 
Kami bercakap loghat Kelantan.
Abg penjaga tanya aku ni org kelantan ke dan skadar mengangguk. Dia kata...
"Org Kelantan mmg macam ni. Tak boleh bonceng suka hati." 
Nilai pandanganya pada Kelantan sudah terbukti.
Membela aku dan memujuk kawan dia yg sorang lagi degil xnak bagi aku naik sorang-sorang. 
Seperti memperlekehkan aku. Nak naik jet sky pakai jubah seluar dan tudung labuh... Macam kuno betul xreti main.Tapi xpe..aku faham rata-rata nilai pandangan manusia sekarang memang macam tu. Klu aku sendiri pun tgk org laki pakai jubah, pkai serban naik jet sky pun agak pelik jugak.
 Pakcik boss datang cepat-cepat  tengok apahal yang kami kecoh.
"Alaa, awak anggap je dia perempuan..."  Pujuk Pakcik Boss tu.
Aku cuba bersangka baik
Mungkin Pakcik ni ponteng clas fardu ain.
Sebab tu dia tak tau hukum.
"Tak boleh!!" 
Aku bertegas dan Hakimah menyambung untuk mmbela aku. Aku menyiakan saja penuh "berlagak". 
Berlagak jugak ada nilainya dan perlu pada ssetengah tempat untuk memberi keyakinan kepada orang yang meragui kita jugak dituntut dalam kepimpinan sebagai self confident.  =)
" Ya! saya tahulah, sy pandailah!"
kemudian aku memohon maaf kepada mereka.
Akhirnya aku di izinkan naik sorang-sorang kat tengah-tengah laut tu!
Subhanallah...
Cantiik sekali alam ciptaan tuhan.
Damai bagaikan mendengar bisikkan alam merathib bertasbih memuji Allah.

Sesudah siap aku menghampiri pantai, Pakcik dan abg2 penjaga tu mengangkat ibu jari tangan tanda thumbs Up!
Ha! Tadi bukan main cakap aku tak pandai! 
(Ada berbau riak di situ)
=D
Masa nak bayar alangkah terkejutnya aku.
 Korang tahu tak Pakcik Boss tu bagi aku berapa?
mesti tak tahu kan!
RM 15!!!! =D
Sila lah jelusss.

ADA NILAINYA DISITU...NAMPAK??? =D

Teman-teman muslimah yang aku cintai, nilai itu terletak bagaimana cara kita mengendalikannya. Nilai perempuan bukan hanya lembut pada fitrah namun kuat memegang akidah dan prinsip. Nilai martabat  terletak sejauh mana kita mempertahankan maruah dan nilai maruah tak dapat di nilai dengan apapun kerana nilainya cukup bernilai tiada tolak bandingnya.
Islam datang menutup tirai jahiliyah, 
menyelak tabir kemuliaan muslimah,
keindahan islam hulurkan,
mari bersama kita pertahankan.
PRU 13 nanti jangan sokong Be End! 
=D