Saturday 24 November 2012

Tenggelam Dalam Khabar Palestin!


Sahabat, sebagai muqaddimah mari bersama kita hayati sabda Rasulullah s.a.w yang terakam kemas pada 1400 tahun yang lampau :
"Kelak, umat-umat lain akan mengerumuni kalian seperti orang-orang lapar mengerumuni hidangan mereka...
Salah seorang bertanya :
Adakah kerana bilangan kita sedikit pada ketika itu?
Rasulullah menjawab :
Tidak, pada ketika itu bilangan kalian ramai, namun kalian adalah seperti buih dilautan... 
Allah akan menghilangkan perasaan takut dari hati musuh kalian dan Allah akan mencampakkan "Wahn"  ke dalam hati kalian...
Salah seorang mereka bertanya :
Apa itu "Wahn" wahai Rasulullah? 
Nabi s.a.w menjawab :
Cintakan kehidupan dan membenci kematian"
(Riwayat Abu Daud dan Ahmad)

Bumi Al-Quds kembali berdarah, diratah rakus oleh si anjing yahudi! Serangan bertalu-talu tanpa belas ihsan pastikan merobek hati-hati ummat islam seantero dunia. Daging saudara muslim kita dilapah kejam, dibunuh, diseksa bahkan dicincang lumat-lumat! Runtun sekali hati ini melihat si kecil berjuang mempertaruhkan nyawa , cukup mengerti tentang kewajipan membela maruah islam, dan masih tersenyum saat jasad bermandikan darah. Wanita-wanita yang tangannya lembut menghayun buaian tidak gentar menghadapi musuh Allah, masih utuh berdiri walau telah hilang kedua belah kaki! Pemuda dan sang tua mengorbankan segalanya demi kepentingan Al-Aqsa, anak isteri dan sahabat sehabis tenaga... sehingga hancur luluh jasad mereka. Aku terfikir mengapa di Palestin, Syiria, Rohingya yang menjadi mangsa,bukan Malaysia? Selesa...aman dan nyaman sekali disini, tapi pada hakikatnya kita sudah lama dijajah dan "dibunuh"! Dijajah pemikiran dan perlakuan kita mencontohi Yahudi laknatullah, dibunuh islam dan iman yang sewajarnya bersama dalam diri setiap ummat Muhammad.


Bumi barakah Palestin mempunyai anak-anak kecil yang membesar dengan 30 juzuk Al-Quran didalam dada, memahami tentang jihad dan kewajipannya. Muslimahnya sentiasa tegar memelihara aurat walau dalam apa jua keadaan, dikurniakan rahim untuk melahirkan mujahid mujahidin penegak agama, dan lelaki yang dipasak kukuh aqidahnya bahkan mereka telah mewakafkan seluruh kehidupan mereka kepada perjuangan Islam, jelas terbukti mereka mulia, mereka gah demi islam. Aku cukup teruja membaca kisah tentera-tentera Allah di bumi Palestin. Jauh sekali perbezaan peraturan, latihan dan tarbiyyah mereka berbanding dengan FRU sebagai tulang belakang pertahanan Malaysia.


(Jom kenali Brigade Izzuddin al Qassam / " Briged Al-Qassam ".
Peraturan " Briged Al-Qassam ".

 "Peraturan kami yang paling ketat ialah setiap tentera mesti solat lima waktu sehari secara berjemaah," ujarnya.

 Briged ini juga terkenal dengan roket Al-Qassam, roket artileri buatan sendiri yang dikeluarkan dalam tiga model sepanjang tahun 2001 hingga 2011. Roket itu ditembak dari Gaza dan sering membawa kemusnahan yang dahsyat sehinggakan media Israel menggelarkan setiap roket yang memasuki Semenanjung Barat sebagai Qassam.

Sesudah sesi latihan itu, kesemua askar tersebut berkumpul dan bersujud syukur - satu amalan penting setiap kali sesudah satu peperangan melawan tentera Zionis.
  Penulis terkejut apabila mereka membuka topeng hitam mereka, kesemuanya mempunyai muka bersih dan bersinar, jelas nampak keikhlasan untuk menjadi tentera Islam yang tidak takut mati.
Salah seorang tentera bertanyakan negara asal penulis dan apabila disebut Malaysia, beliau menjawab: "Tanah ini milik kamu juga."
 Jawapannya membuat penulis terkedu kerana maknanya sangat mendalam.)- FB



Aku amat berbangga dengan saudaraku disana, ketabahan dan kekuatan yang luar biasa hebat hasil taqwa dan tawakal yang tinggi kepada Allah. Kekuatan yang ada pada mereka seharusnya kita cuba contohi. Sahabat... mencontohi mereka pasti menangih mujahadah yang tinggi. Wajib keatas kita merasa malu dan hina andainya hari ini kita masih bergelak ketawa dan bersenag lenang diatas penderitaan orang lain, tamsilannya masih berurusan dengan pihak yahudi laknatullah. Tidak mahu aku bangkitkan isu perjanjian, Felda, MC Donald dan sekutu dengannya jika masih ada diantara kita yang tidak cakna dengan isu "adik beradik dan keluarga" sendiri bahkan lebih teruk ada yang masih tidak tahu menahu langsung soal MARUAH KITA DIPIJAK! 

Andai hari ini kita tidak mampu untuk menangis bersama tangisan mereka, bayangkanlah yang kita berada di tempat mereka. Rasai sejenak keperitan tusukan hati angkara musuh Allah, Israel yang tidak akan pernah redha pada Islam. Cinta mereka dirampas! Ayah dan ibu dibunuh kejam, anak-anak kecil ini hilang tempat bermanja, bergantung hidup, sehingga nyawa mereka turut direnggut! Setiap saat merasa kesakitan menanggung beban ngri, bernafas dalam ketakutan dan kesedihan. Tataplah wajah anak-anak Palestin sedalam-dalamnya. Ketahuilah, mereka juga seperti kita,memiliki mimpi dan impian, namun mimpi dan impian mereka telah hancur ditangan Anjing Yahudi Laknatullah. 


Ini bukan lembu yang dilapah dagingnya, bukan juga mat rempit yang mati dijalanan dan tidak sesekali pemuda pemudi yang terjun dari bangunan akibat putus cinta dan harapan. Mereka anak Palestin yang berhati suci tanpa secalit dosa dan noda.
Namun...
APA PERANAN KITA???
Peranan kita adalah dengan membina kesatuan dan kekuatan ummat, berdoa untuk mereka didalam qiamullai. Jangan ditambah lagi dengan dosa dan maksiat kita kepada Allah, bimbang jika ia menjadi asbab terhijabnya permintaan kita.
Teruskan berd0a. Teruskan berdemo. Teruskan memboikot. Teruskan menyebarkan kesedaran dan kempen. Teruskan mengutip dan memberi derma. 
Teruskan memberi ancaman dan amaran...Teruskan segala2nya!

Agar suatu hari nanti, bila ALLAH bertanya pada kita,
"Apa yang kamu buat apabila saudara seagamamu dizalimi di (Gaza)Palestin,Syria, Rohingya, Burma,dan di seluruh pelusuk muka bumi?"
 Setiap orang pasti ada jawapan masing-masing.
Ayuh fikir sejenak,apakah kita memang punya jawapan sebagai pembela???
Atau hanya sang muslim yang pengecut berdiam diri melihat daging saudara diratah & dilapah???
"Menyumbang dan membantu Palestin samalah seperti kita membantu menyalakan lampu-lampu di Masjid Al-Aqsa." ~Assalamualikum, Tv Al-Hijrah.


TIitisan air mata, sebak dan sesaknya penderitaan mereka membuatkan aku semakin cinta pada Islam, semakin sayang pada perjuangan islam dan semakin kasih pada anak-anak pejuang Islam. Sahabat-sahabat... bangkit!
"Bila mana kemenangan itu semakin hampir maka semakin bertambahlah ujian, sehingga apabila muslimin itu sampai ke satu tahap ujian yang paling berat dalam hidup. Maka pasti datanglah pertolongan ALLAH pada satu masa keadaan yang tidak disangka-sangka oleh orang muslimin walaupun orang-orang kafir." {Pakar sejarah & pemikir Islam Dr Raghib As-Sarjani}

Thursday 18 October 2012

Opss!! Assignment...


Kenderaan yang berjasa kepada kami, milik siapakah?? 

Subject Human Capital Development &  Islamic Work Ethics antara subjek yang menuntut assignment seperti subjek-subjek yang lain. Bezanya task kami perlu ada interview, video n report macam sem-sem yang lepas. Selepas discuss dua tiga kali, alhamdulillah  kami berjaya menyiapkan bahagian interview dua hari yang lepas. NGO pilihan terbaik hasil perbincangan adalah Yayasan Kasih Sayang.  Seawal jam 7 pagi sudah bersiap sedia untuk bertolak, akhirnya sampai ke destinasi lebih kurang  jam 8 lebih. Alhamdulillah, kehadiran kami di sambut dengan baik.

Bermula kisah yang ingin aku jadikan perkongsian sepanjang  proses interview kami, kami mulakan dengan salam dan bersiap sedia untuk mengajukan pelbagai soalan. Sedikit pengenalan tentang Yayasan ini telah dijelaskan kepada kami, kenapa dan bagaimana ia boleh tertubuh, misi berserta visi Yayasan tersebut. Tanpa membazirkan masa kami terus kepada tajuk dan point yang diinginkan.  

"Bagaimana etika kerja yang diamalkan oleh syarikat Puan?" Tanya Al-Azhar selaku ketua kumpulan kami.



Puan Hajjah Norizan

Puan Hajjah memandang wajah kami tepat kedalam mata, seorang demi seorang. Aku tersengih-sengih menahan debaran. Perwatakannya yang lembut, sopan dan serius membuatkan aku sedikit kekok. Biasalah... baru 5minit perjumpaan untuk kali pertama.
"Kami mengamalkan rukun 13!" Padat sekali jawapan Puan ni dan mengajukan soalan apakah rukun etika 13 kepada kami. 

Kami tercengang!
Apa tu??? 

Yelah.. manalah kami tau etika syarikat diorang.
Aku dengan selamba pakai main jawap je.
"Rukun solat ke Puan?" ( yang aku tau rukun 13 tu rukun solat)
Wajahnya masih sama seperti tadi.. serius. Tidak ada senyuman.
"Ya...kami mengamalkan rukun 13 dalam solat itu sebagai etika dan disiplin syarikat kami" Lebih kurang macam itu ayat Puan Hajjah ni. Semua kawan-kawan nampak blurr je.. aku pun sama. 

Tak faham! Dup dap dup dap...berdebor!
"Apa rukun solat yang pertama??" Soal Puan Hajjah lagi, nampaknya dia menyoal kami bertalu-talu. Tak boleh aku bayangkan saat tu, nak tergelak pun ada betapa kami terkial-kial nak jawab soalan rukun 13 yang pertama. Bukan tak tahu tapi langsung tidak menjangka itu yang  akan terjadi semasa interview kami. =D
"Rukun yang pertama adalah berdiri tegak bagi yang mampu, perlu kita tahu kedudukan kerja kita berada dalam posisi yang betul umpama menghadap kiblat, berpaksikan Al-Quran dan Sunnah." Jelas Puan Hajjah.
Masyaallah... aku cukup teruja!
Sama seperti tadi, beliau masih menyoal kami kepada setiap jawapan yang bakal beliau berikan. Puan Hajjah menjelaskan tentang rukun yang kedua iaitu niat. Selepas berada dalam keadaan kerja yang betul, niat kita kena betul, biar kerana ALLAH. Asal kerana ALLAH kerja kita jadi ibadah dan niat merupakan kunci segala perbuatan.

Punyai niat yang betul tapi rukun pertama atau kerja kita itu salah disisi syariat pun xjadi jugak. Matlamat itu tidak menghalalkan cara.
Yang ketiga adalah takbiratul ihram. Bila kita buat kerja kena selalu mendamba dan membesarkan ALLAH, takbir...jangan takbur! Jadilah orang yang sentiasa merendahkan diri walau tinggi mana pun pangkat dan jawatan.
Yang keempat bacaan Surah Al-Fatihah. Puan Hajjah menyuruh kami mentafsir Surah AlFatihah satu persatu.

  1. Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
  2. Segala puji bagi ALLAH,  tuhan semesta alam.
  3. Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
  4. Pemilik hari pembalasan
  5. Hanya kepada Engkau kami menyembah dan hanya kepada Engkau kami memohon pertolongan.
  6. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus.
  7. Iaitu jalan orang yang Engkau beri nikmat dan bukan jalan mereka yang dimurkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat.
Apa yang menarik beliau mensyarahkan ayat yang ke 5, pada perkataan "kami".  Siapa "kami" yang dimaksudkan?? "Kami" itu adalah seluruh anggota kita., mata, telinga, lidah bahkan jiwa dan akal kita itu bermaksud "kami", setiap anggota yang menjadi saksi pada seseorang hamba. Tunjukkan "kami" jalan yang lurus merangkumi seluruh aspek iaitu tunjukkan pandangan yang benar, kefahaman yang betul, lidah yang jujur dan sebagainya.Dalam sesi itu sempat lagi kami menyentuh soal praktikal yang bakal kami hadapi pada minggu hari raya Aidiladha. Beliau menegaskan pentingnya niat dan praktikkan 13 rukun itu dalam Dakwah Tatbiqi.


Rukun yang kelima menetapkan pergerakkan yang dipanggil rukuk. Rukuk  hanya kepada Allah, tetapi bila mana kita berkerja dengan manusia dan ada masa yang tertentu cabaran itu datang menyebabkan kita mahu tunduk kepada manusia seharusnya kita laksanakan rukun yang keenam iaitu i'tidal! Wajib keatas kita untuk bangun kembali bila kita bekerja dengan manusia yang berlanggar dengan syariat Allah kerana rukuk kita hanya pada Allah. Berdirilah kembali memuji Allah.  Dan jangan lupa pada rukun yang ketujuh...sujud pada Allah! Sujud dengan penuh kehambaan ,kehinaan  dan rasa syukur kepada Tuan yang menciptakan kita, yang memberi kita makan minum, pakai dan segala keperluan. Sujud juga merupakan tanda penyerahan diri secara totalnya kepada Allah. Jangan sesekali tinggal toma'ninah pada rukun tersebut kerana adab sopan perlu kita jaga terutamanya dengan Allah.


Puan Hajjah memberi perumpamaan bila kita bekerja secara sendirian berbanding dengan kita di kawal oleh cctv. Betapa biadapnya kita dengan Allah tika sendirian kita langsung tidak mengawal batasan pergerakkan.  Beliau memberi lagi tamlisannya di pagi hari kita menunaikan solat subuh, lidah dan seluruh anggota kita bersaksi dengan Allah...sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku hanya kerana Allah. Kemudian kita sarapan pagi menikmati secawan kopi. Namun tegukkan itu langsung tidak membawa kita kepada zikrullah...jarang sekali kita rasa betapa nikmatnya kopi rezeki Allah,  kerongkong yang dapat meneguk dengan baik, oksigen di hirup sesenang hati, matahari dan angin sedikit pun Allah tidak pernah meminta untuk kita bayar.     
Beberapa saat selepas itu beliau membacakan surah AL-Ashr dan menyuruh kami menterjemaahkan isinya.
Dalam surah tersebut Allah bersumpah bahawa manusia itu sentiasa dalam kerugian!
Hatta dalam solat, rukuk dan sujudnya... puasa, zakat,haji, ibadah korbannya manusia sentiasa berada dalam keadaan rugi!
Mengapa Allah turunkan ayat tersebut???
Kerana saat kita solat sekalipun, hati, jiwa dan akal kita tidak sama sujud dan tunduk kepada Allah!
Bergetar hatiku... Allah...Allahuallah...
Istighfar panjang.
 
Kami tunduk diam membisu.... setiap patah perkataan beliau menjadi degupan muhasabah.
Apakah sudah takdir interview kami hari ini...dan...
Bertemu dengan Manager seperti ini. 

Subhanallah!

Seterusnya rukun yang kelapan ialah duduk diantara dua sujud kemudian berdoa kepada ALLAH...


Rabbighfirlii (Tuhanku, ampuni aku)

 Warhamnii (Rahmati aku)
Wajburnii (Tutuplah aib-aibku)
Warfa’nii (Angkatlah darjatku)
Warzuqnii (Berilah aku rezeki)
 Wahdinii (Berilah aku petunjuk)
 Wa’afinii (Sihatkan aku)
Wa’fuannii (Maafkan aku)

Selepas duduk diantara dua sujud kita kembali sujud lagi, sujud itu adalah ihsan, mintak tolong dengan Allah dan mintak lagi.
Kemudian rukun seterusnya adalah tahiyyat akhir, baca lafaz tasyahhdud, selawat ke atas nabi Muhammad s.a.w, salam dan tertib. Semuanya mengandungi maksud-maksud yang tertentu dan diaplikasikan dalam syarikat mereka.
Etika kerja perlu mengikut sunnah rasulullah. 
Bila disentuh soal buku etika dalam syarikat, jawapan beliau cukup ringkas "ALQURAN DAN HADIS".  
"Mahir dalam mengkaji dan tahu selok belok sirah Rasulullah maka kamu akan jadi orang yang pakar tak kira dalam apa jua bidang."  Pesan beliau sambil tersenyum manis, matanya tak lekang menatap mata kami seorang demi seorang, kemesraannya mula terpancar. Kaedah body language yang dipamerkan oleh beliau penuh dengan hikmah.
"Dalam training development untuk menghasilkan staf-staf yang berpontensi baik , mereka perlu memahami rukun 13 dan bagaimana untuk diterapkan dalam kehidupan harian, kauseling atau teguran kepada staf-staf dengan cara tazkirah dan pengisian hati" Puan Hajjah menamatkan sesi interview kami sekaligus menjawap segala persoalan yang kami mahu.
Tersenyum aku sendirian, masakan tidak, setiap subjek kami menyediakan lebih kurang 7 soalan, jadi semua sekali 14 soalan yang perlu ditanya.  
Apa yang terjadi?? Lima soalan belum sempat kami ajukan...
Situasi untuk kali ini cukup berbeza daripada interview yang sudah lepas.  Berbanding dengan syarikat-syarikat lain yang berlumba-lumba menunjukkan kemegahan dan rahsia kejayaan kepada kami hasil titik peluh dan kerja keras mereka. Teori-teori barat yang diagungkan. HR yang bangga dengan kedudukannya. Pekerja yang taat dlm urusannya hingga lupa tanggungjawabnya sebagai...hamba!
Interview ini mencuit sanubari, 
ada hikmah untuk lebih memperbaikki diri.
 Alhamdulillah!




Wednesday 3 October 2012

Matahariku!


Teringat satu peristiwa dalam program baru-baru ni. Senior meminta untuk dilukiskan satu lukisan siapa kamu sebelum dan selepas. Dalam masa yang singkat itu aku hanya menguis-nguis pensel pada kertas, tercari-cari idea, tak tau nak lukis ape..terfikir-fikir siapa aku sebelum ni..dan siapa aku "selepas itu". Tersenyum..=)
Masa untuk membentangkan "siapa saya sebelum dan selepas" pun tiba. Ada diantara sahabat-sahabat yang melukis laptop kepada buku, bunga tulip kepada mawar berduri, cawan kosong kepada cawan yang ada air,teh,jus dan macam-macamlah.  Satu dewan tergelak besar bila ada dua orang sahabat membentangkan lollipop kepada pizza dan nasi bujang kepada nasi berlauk. Memang jenis dua sahabat ni kelakar. Asyik buat orang gelak je dengan mimik mukanya yang selamba. Semua lukisan berbentuk positif! Sampai je giliran aku, dengan penuh keyakinannya aku bangun sambil mempamerkan lukisan ditangan.
"Sebelum...bagai senja yang melabuh,selepas... matahari yang sedang memancar indah!" Cepat-cepat aku terus duduk. Terdengarlah soksek soksek dari belakang. 
"wah,matahariiiiii!hihi" Usik  budak-budak nakal.
"Yelah,daripada nasi berlauk tuu"  Mereka semua sambung ketawa lagi. Riang! Indahnya berada dalam bulatan gembira.
Ke masjid untuk solat berjemaah, selepas solat aku diam berteleku..tenang alhamdulillah.
"Kau mesti jadi matahari itu!"
Aku??Aku tersentak! Sah-sah terkejut. Tersengih-sengih dia,suka betul kalau aku terkejut. Blurr sambil tersenyum..
"Pernah baca novel Matahari tak??"
"Tak pulak. Macam pernah dengar je.." Balas aku sambil kat fikiran ni teringat pada Hajar, sahabat baik masa sekolah dulu, kami pernah bincang soal buku tersebut.
"Alaa!Novel yang Hilal Asyraf tu!" Nampaknya dia masih belum berpuas hati dengan jawapan aku.
Sekadar "Ooo..." Tak tau nak jawap ape kat sahabat aku sorang ni.
"Balik ni nanti baca tau! Kalau xde cari buku tu sammpai jumpa!ok." Sebelum berlalu pergi sempat lagi dia mencubit pipi. Nakal tak habis-habis.  Aku bingkas bangun meninggalkan ruang solat itu. Ada satu "Semangat Matahari" yang menusuk hati.


"Jadilah sepertinya, sinar cahaya kepada semua, sumber tenaga segala, paksi untuk semesta, sinarnya sampai walau dalam gelita" 
Aku mula khusyuk mentadabbur "kitab" Matahari.  Lama betul aku tinggalkan hobi baca novel ni.
Matahari, penyedar kepada masa, penentu kepada arah, sungguh manusia memerlukannya, baik di langit mahupun di bumi. Matahari di langit tinggi sudah kita ketahui, maka siapa yang bergerak menjadi matahari di bumi, menyedarkan sekalian manusia?? 
Itulah antara bait-bait kisah tentang Matahari. Intipatinya amat mendalam dan mungkin akan difahami oleh orang-orang tertentu.=) 
Tadi aku bincang dengan PROF  mengenai satu masalah. Dihujung perbualan aku dengan prof indon sempat lagi aku...
"Aku mau jadi matahari !" Aku tersenyum.
"Enggak bisa!Nanti Matahari mau jadi apa sih??" Pintas Prof.
Selamba je aku balas balik "Bisa aja!"
"Enggak!Ini soalnya maruah matahari,jangan main-main!" Dari tersenyum membuatkan aku tergelak. 
Matahari menjadikan aku selalu tersenyum , pandang saje matahari di langit hati terasa ceria..tenang kerana kedua mata ini masih diizinkan untuk menatap sinarnya.
Subhanallah! Ciptaan Allah itu membawa sejuta maksud untuk hidup seorang hamba.
Ya! Aku mahu jadi "Matahari" itu...
Berbanding membakar dengan kepanasan, matahari memilih memberi petunjuk dengan cahayanya. Sungguh manusia perlu memahami manusia dan menyentuh jiwa-jiwa. Bukan menghilangkan pengharapan kepada Rabbnya. Matahari menjadi petunjuk buat pengembara. Manusia memerlukan contoh menuju tuhannya. Persoalannya... Siapa yang benar-benar memahami, apakah tanggungjawab sebagai hamba??? 
Matahariku adalah Rasulullah yang memberi sinar qudwah.. menerangi hati-hati yang malap dan gelap gelita. Menyebarkan cinta melalui dakwah perjuangan dan cahayanya membangunkan akal serta menggerakkan jiwa-jiwa. Tanpa matahari apa yang akan terjadi pada bumi?? 
Pasti kelam tanpa warna. Bumi dan seluruh kehidupannya akan hancur tanpa matahari. Begitu juga kita tanpa Rasulullah yg memberi cahaya iman dan islam, kehidupan akan kelam tak nampak apa didepan.
Benarlah "selepas itu" hidupku bagai matahari yang menyinari.. 
Kerana munculnya Matahari di hari baru, tanda Allah masih mencintaimu, taubat masih ditawar, keampunan masih dibuka. Pengampunan-Nya lebih luas berbanding dunia ciptaanNya. Namun siapakah yang bersungguh-sungguh mencari dan bersimpuh disisiNya??
"Matahari"  itu membuatkan aku terinspirasi dan auranya kian terasa. Makhluk Allah yang mengikut aturan tuhan tanpa pernah mempersoalankan, kenapa,bagaimana,adakah,mengapa perlu untuk selalu berada di paksinya. Tak sekali pun ia merungut dengan tugas amanahnya, tidak pula berhasad dengki dan iri hati dengan bintang-bintang cakrawala yang lain.
Untuk si Bulan, maaf kerana aku memuji Matahari melambung tinggi, jangan pernah bersedih..
Aku tetap menghargaimu walau bulan hanyalah sang kelabu berdebu, bertompok hodoh tanpa sinar menyenangkan. Namun ia memilih memantulkan cahaya matahari, menjadikannya indah tanpa tandingan di malam hari. Menyenangkan jiwa manusia..melapangkan dada mereka. Allah Is The Greatest!

Wednesday 15 August 2012

La Tahzan


Wahai orang yang menderita,
sesungguhnya aku juga melalui penderitaan.
Wahai orang yang bersedih,
sesungguhnya aku juga melalui pelbagai kesedihan.
Wahai orang yang rasa terhina,
sesungguhnya aku telah menerima pelbagai penghinaan.
Wahai orang yang merasa kecewa,
sesungguhnya aku juga pernah jatuh dalam kekecewaan.

Jangan bersedih kerana engkau tidak berseorangan.
Jangan terus jatuh, kerana padamu ada ruang untuk kebangkitan.

Sesungguhnya aku memahami,
kerana aku pernah melalui,
tetapi aku sekarang berdiri,
menghulurkan tangan ini,
agar engkau turut sama berdiri,
menghulurkan pula tanganmu kepada orang yang lain nanti.

------------------------------------------
Jangan bersedih lama-lama sangat.
Mari banyak motivasikan diri,
positifkan hati.
~hilal asyraf~

ikhlas buat si Kisah Syurga....(Heaven Story)..=)

daripada... Saksi Malam a.k.a  Wan Shahidatul Laili

p/s : menangislah dibahuku..kerna ku sahabatmu..menangislah dibahuku..ku disini untukmu..lalalala..layan nasyid..hehe..

Saturday 16 June 2012

Kehilangan...

Allahuallah..allah
Sayu..tak tertahan airmata untuk dibendung dari terus mengalir.
Sebak didada masih kuat mencengkam diri.
Sepi sendirian memujuk hati agar dukacita itu pergi.
Cukup terasa kehilangan..
Berita yang tiba-tiba begitu menyentap jiwa
Sehingga tulisanku penuh emosi mengikut rentak rasa.
Dukaku bukan kerana berpisah dengan kekasih hati, 
bukan juga kerana diri dilukai atau dicaci maki.
Tapi..
kerana Murabbi cintaku telah pergi...


Bagai semalam aku mendengar taujihad daripada Sang Murabbi,
terngiang-ngiang suara tua beliau menyampaikan amanat saat hati serta fikiranku dalam tekanan dan himpitan suatu ketika dulu... 
dan kali terakhir berjumpa beliau dalam keadaan uzur dan tidak berkudrat tapi  semangat juangnya masih gagah 
menyebarkan kalam tarbiah. 
Wajahnya yang tenang dan bersih penuh kasih menutur bait-bait bicara.
Ketegasan dakwah disaluti cinta pasti menggamit hati
 sesiapa yang menjadi mad'unya.
Tanggal 14 June 2012 bersamaan 24 Rejab 1433,
diufuk barat membentangkan senja yang mendamaikan
Murabbiku Ustaz Ya menyusun helaian-helaian terakhir 
susunan kitab haraki perjuangan.
 Sebaik saja selesai helaian terakhir susunan karangannya sendiri, 
tidak ada siapa yang menduga saat itu  adalah 
hembusan nafas terakhir beliau.
Allah sedia menjemputnya kira-kira jam 6.20 petang, itulah ketetapan masa yang telah tercatat di Luh Mahfuz. AlFatihah..
Ustaz Ya,
Walau jasadmu tidak ada bersama dalam perjuangan agama, namun semangat dan kata-katamu masih tetap dan akan terus ada.


Bagai lena dan rehat panjang wajahnya..putih bersih kemerah-merahan
Berbahagialah kamu guruku disana..
moga malaikat meriah menyambut kepulanganmu pejuang agama. 
Begitulah akhir hidup seorang daie, langkah dan lariannya tidak mengenal erti penat lelah dan putus asa dalam perjuangan, 
hingga husnul khatimahnya begitu cantik sebagai penutup tirai filem seorang abid... Jalan sketsanya seolah-olah dapat dirasakan itu adalah detik-detik terakhir baginya, dengan menyusun naskah-naskah untuk ditinggalkan sebagai amal jariah dan ilmu yang bermanfaat. 
Subhanallah!
 Terbayang dimata wajah-wajah insan sekelilingku yang pergi menyambut seruan ilahi, Tok sedaraku yang meninggal dua minggu yang lepas, Datuk dan Nenek kesayangan, Tok sedaraku yang akrab bagai datuk sendiri, Paklong, Pendidikku Ustaz Nik Jid, Teman-teman seperjuangan yang pergi dalam usia muda..Kak Pa, Kak Hanan, Bedul dan 
Saudara kandung yang amat aku cintai walau tak pernah 
melihat wajah dan menatap matanya... 
Abang Muhammad.
Cukuplah kematian itu menjadi pengajaran untuk mereka 
yang masih hidup.
Ya Allah.. ampunilah mereka.. 
Rahmatilah mereka, luaskan kuburnya, jauhi mereka dari kegelapan dan anugerahkanlah nur Mu yang bercahaya, peliharalah mereka dari azab kubur dan seksaan api neraka. Kemudian tempatkanlah mereka 
ditempat syurga yang mulia. Amin Ya Rabb..

Penghormatan buat kali terakhir
Daripada Abdullah bin ‘Amr r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya Allah tidak mencabut (menghilangkan) ilmu daripada manusia. Tetapi Allah mencabut ilmu dengan roh (mematikan) para ulama. Sehinggalah tiada lagi orang yang alim (ulama) yang tinggal. Ketika itu manusia akan melantik ketua mereka yang jahil. Apabila orang menanyakan sesuatu, mereka mengeluarkan fatwa tanpa asas ilmu. Maka, sesatlah mereka dan menyesatkan orang lain." ( Hadis Riwayat Imam al-Bukhari )




Monday 4 June 2012

Yang Terindah Itu Diuji


25 Mei 2012
Bila membuka mata dari pejaman..ia masih sama seperti hari yang lepas, udara dan nafas semalam masihku hela, tidak ada satu pun nikmatNya yang berkurangan. Putaran waktu mengembalikan aku pada tarikh yg sama walau masanya sudah lama berlalu. 25 Mei, dengan tarikh ini..aku lahir melihat dunia. Hari-hari semalam telah aku tinggalkan sehinggalah ia meremajakan aku seperti hari ini. Membesar dalam keadaan penuh kekayaan kasih sayang daripada keluarga, menjadikan aku selalu hidup selesa,lengkap dan sempurna walaupun masih dalam serba kekurangan. Setinggi-tinggi pujian hanya untuk Allah.. Alhamdulillah! Tarikh penting ini  tidak bermakna jika hanya disambut dengan gelak ketawa parti, berkejaran utk saling tampal kek kat muka, wish drp teman2, dan hadiah2 yang banyak. Bukan tidak bersyukur...namun ia lebih bererti jika dibandingkan dengan mengambil masa sendirian beberapa saat, sujud syukur tanda berterima kasih kepada Allah atas contrak usia yang dilanjutkan tanpa sesen bayaran. Sila take note dengan amaran yang sudah sediamaklum dari Allah. 
"Maka apabila telah datang ajal mereka, mereka tidak dapat mengundurkannya walau pun sesaat dan tidak dapat pula mempercepatkannya" (surah al-A'raf : 34)
Dalam senyuman yang mekar berbunga, jangan pernah lupa merenung jauh kedasar hati. Kalau dulu,sampai je pada tarikh hari lahir, wajah riang tak terkata. Tertunggu-tunggu ucapan daripada MaaAbah dan keluarga, pastu dapat hadiah daripada kekanda-kekanda tersayang. Hadiah yang banyak daripada orang-orang sekeliling, mungkin boleh bukak kedai pulak berniaga kecil-kecilan=) Gembiranya waktu itu hingga aku lupa untuk mengingatkan diri pada setiap kelahiran, pasti ada kematian. Sepanjang aku hidup, apa yang telah aku lakukan? sudah langsaikah hutang kesalahan dengan Allah, manusia dan semua makhlukNya? Bagaimana nanti kalau ajal datang merenggut tanpa notis dan isyarat??? Persoalan itu tidak pernah aku terfikir hingga masuk alam sekolah menengah, sedangkan 5 minit selepas ini pun aku xkan dapat jamin untuk terus hidup. Memang xingat mati betollah zaman riang dulu. Gembira dengan tarikh itu kadang-kadang langsung lupa untuk mengucap alhamdulillah, berterima kasih pada tuhan yang menciptakan diri ini, memilih aku untuk menjadi hambaNya, tetap memberi nikmat walau seringkali aku kufurinya. Jugak pada MaaAbah yang susah payah membesar dan mendidikku, tidak pernah aku kira berapa titik peluh keringat yang memercik... demi untuk kesenangan dan tidak mahu lihat aku susah walau sekelip matanya.




Dikesempatan ini, hamba yang dhoif dan serba kekurangan ini merendahkan hati untuk memohon ampun dan maaf atas segala kesalahan yang pernah mencuit, mengguris, mencalar, menyentuh, meretak, dan menghempas hati kalian. Tidak ada yang diharapkan melainkan kemaafan dan doa tulus daripada keluarga, sahabat dan teman-teman, semoga dengan doa dan kemaafan kalian menjadikan tiap perjalananku semakin lancar menuju redha Allah. Sujud syukurku penuh kehambaan berterima kasih padaMu Ya Allah.. kerana menghadiahkan aku kelainan yang cukup bermakna dalam limpahan nikmat dan rahmatMu. Terima kasih penuh cintaku buat Maabah, kekanda dan adinda tersayang (Kak Long hingga ke Adik Yah yang bongsu) atas doa, dorongan dan hadiah yang amat bererti untuk kali ini. Buat insan-insan yang mengingati aku dalam diam tadahan doa dan sujudnya, Sahabat-sahabat nakal yg suka buat gimik dan surprise, teman-teman seperjuangan pembakar semangat.. terima kasih kerana sudi mendoakan dan keceriaan yang kalian hadiahkan.=) Tarikh ini menjadi semakin penting daripada tahun-tahun yang biasa krn ada 5 point penting yang  perlu aku lalui dan selesaikan satu persatu. Aku yakin Allah akan selalu ada untuk membantu saat aku buntu. Pagi yang indah sedikit mendung mengisyaratkan hujan mahu turun..Hati memujuk agar tidak terus suram. Seawal jam 4 petang aku perlu bersiap sedia untuk ke Pahang. Disana ada tugas yang menanti. Dengan doa, kami mulakan perjalanan pada jam 6 petang. Suasana dalam bas agak meriah. Sempat lagi sambut besday untuk x2,potong kek dan makan sama-sama,habis comot. Akibatnya banyak sangat pergerakkan dalam bas, aku mula diam dengan penuh zuhud dan tawadduk... tidak lain tidak bukan kerana pening dan meloyakan. Untunglaaa pening sikit dah ada yang ambil berat. K.Tiqaf dan adik beradik Meranti memang prihatin, bersama mereka terasa seperti kanak-kanak yang diberi perhatian dan kasih sayang yang secukupnya=) Sampai dikampung lebih kurang jam 11 malam. Perasaan rindu pada Mak dan Ayah semakin membuak-buak. Wajah tua yang tenang itu terbayang dimata. Kami terus ke rumah MakAyah.... Suasana gelap gelita, tangga pun dah tercabut. Mungkin Ayah dan Mak dirumah mereka yang satu lagi, jauh nun di kebun. Hampa...

Sweeettnya Mak saya=) walau umur dah 80,tp awet muda.
26 mei 2012
Pagi- pagi lagi kelihatan sahabat-sahabat bersiap sedia untuk menziarahi keluarga masing-masing, aku juga tidak ketinggalan dan tidak sabar untuk berjumpa dengan MakAyah. Subhanallah.. teramat cantik seni lukisan kasih yang Allah lakarkan menjadikan perasaan halus cukup mencintai mereka keranaNya. Dapat ku rasakan cinta itu mengalir dalam hati. Berjalan-jalan dengan beberapa orang sahabat untuk tujuan yang sama. Aku mempercepatkan langkah, kelihatan Mak sudah di anjung rumah. "Jannah!" Mak menjerit riang dengan senyuman lebar yang terindah! Aku berlari-lari dan sedikit berhati-hati memanjat tangga. Kerinduan yang sarat dihati akhirnya terlerai, bersalam dan mengucup wajah tuanya cukup mendamaikan. Mak terus berceloteh yang mereka menunggu aku dan Yusma daripada semalam, tunggu punya tunggu tak datang akhirnya mereka tido. Meleret senyuman aku..Ayah rupanya sedang bersiap-siap untuk jemput kami di tempat penginapan. Mak masih lagi tersenyum bila nampak Yusma yang baru datang. Dalam rancak berbual rupanya Mak dan Ayah tak sarapan lagi, kat dapur xde keperluan yang perlu dimasak. Kebetulan kami ada bawak barang-barang dapur termasuk Maggi, nak masak guna dapur kayu dekat dengan setengah jam,xmenjadi- jadi jugak. Mak dan Ayah tergelak tengok..buat malu je, macam lah xpernah masuk hutan pegi khemah. Akhirnya Mak Cik depan rumah yang tolong baru berasap dapur. Aku dan keluarga, budak-budak kecil,kawan-kawan 4 5 orang yang datang makan ramai-ramai Maggi paling sedap dalam dunia ni, cukup 40 hari MakAyah tinggal dengan kami, conform biru mata MakAyah jadi Mat Salleh. Sambil-sambil tu Yusma tontonkan cerita Al-Ikhlas sebagai pengisian pertama. Hampir Zohor, Ustaz Ya datang, bersiap-siap untuk solat jemaah, solat hajat supaya diberi kemudahan dalam setiap urusan,ditetapkan hati-hati saudara baru kami disini dan seterusnya bacaan Yassin. Sesungguhnya jalan menuju Allah itu penuh berliku. Selepas pengislaman MakAyah tersebar dikawasan kampung dan anak-anak, mereka amat marah dan menentang. Sehingga sekarang mereka masih gagal untuk membuat pendaftaran sebagai islam.Teringat semasa dikampus, aku mendapat panggilan telefon daripada Ayah,suara lirih Ayah antara faham dan tidak faham loghatnya memberitahu anaknya amat marah dan meminta untuk keluar daripada islam. Aku sedaya upaya menenangkannya sedangkan hati aku sendiri langsung tidak tenang, berkecamuk.. rasa ingin berlari kesana. Tidak ada apa yang dapat kami buat melainkan tidak putus-putus berdoa dan bersabar. Senior-senior kami pantas bertindak dengan terus merangka strategi follow up untuk kesana.Allah..hanya tuhan yang dapat memahami gelodak hati kami. Itu cerita Ayah dan Mak, berlainan pulak dengan Pak Din yang dihalau rumah oleh adiknya dan dberhentikan kerja. Namun dia cekal dan berprinsip, tambahan hidupnya yang single selepas kematian isteri menyukarkan untuk dia dipengaruhi oleh sesiapa. Alhamdulillah.. Selepas Zohor kami ke rumah Mak Ayah untuk majlis kesyukuran sempena besday dan makan-makan. Kemudian bacaan doa selamat. Rumah Mak Ayah agak sesak dengan anak cucu Ayah, orang kampung pun datang jugak. Kek special daripada senior Usim, aku dan MakAyah potong sama-sama. Memang best! Pandai betul dia buat, berbakat dan kreatif! Petang tu Ayah angkat Kak Sakinah ajak kami jalan-jalan naik bot. Ha..apa lagi,peluang keemasan buat orang yang tak pernah naik bot walau rumah dekat je dengan pantai. Kami tinggalkan  MakAyah sekejap bersama anaknya dan orang kampung untuk ambil barang-barang dan kemudian kami datang balik untuk ajak Ayah sama-sama ke sungai. Tapi untuk kali ini Ayah menolak. Wajahnya sedikit kelat dan stress, aku mula tidak menentu. Kami biarkan saja sambil ikut Makcik dan Pakcik kesungai, Ustaz Ya pun ikut sekali. Hati kami sedikit gelisah, terfikir-fikir, apa yang mereka bual kan? dan kenapa wajah ayah tiba-tiba berubah? Hati yang bimbang terubat dengan pengembaraan yang terindah. Subhanallah.. cantik, tenang dan mendamaikan anugerah alam ciptaan Allah. Rasanya inilah pertama kali gambar yang paling cantik dan indah pemandangannya pernah aku ambil.


pemandangan perjalanan kami menuju ke rumah rakit untuk memancing ikan
Jenuh memancing, tak dapat-dapat ikan, tak guna teknik yang betul atau tak pandai? Itu bukan jawapan, sebenarnya tak ada rezeki=) Gembira tengok Makcik dan sahabat-sahabat yang dapat ikan. Suka betul diorang. Sebelum balik kami beli ikan Tapah daripada tuan rumah.  Sampai je didarat, aku mula pening. Ada je sahabat yang menyakat "Ni  bukan lagi laut, kat sungai pun dah mabuk," Tersenyum mendengarnya, mungkin bot tadi laju sangat dan sememangnya aku tidak biasa. Tapi aku tidak serik, keinginan untuk naik lagi lain kali itu ku simpan diam-diam=) MakAyah nampak gembira dengan telatah kami membawa ikan, macam bawak balik ikan jerung je gayanya. Mereka mula bersemangat cerita pasal menu ikan yang biasa dibuat. Tapi masih dapatku lihat airmuka mereka jelas nampak suram. Gusar.. Kembali ke kawasan penginapan. Termenung sekejap sambil tengok kanak-kanak main bola dipadang. Pening tadi masih terasa. Sayu.. dingin hati ini. Kemudian aku belek-belek buku "Cahaya Iman di Kuala Nenasi", sedikit buat aku tersenyum dan terhibur dengan hadiah pemberian Ustaz Ya. Hasil karangannya sendiri, terasa terharu dengan ustaz yang sudah dimamah usia tapi sanggup menulis untuk menghadiahkan tinta-tinta ilmu dan pengalaman sempena hari lahirku. Semoga Allah membalas jasa baik Ustaz dan keluarga terhadap kami. Kemudian berbincang dengan ketua kami mengenai buku tersebut serta masalah- masalah yang melanda, jika tidak ada halangan ketua kami mencadangkan untuk membukukan balik buku tersebut. Mahu kembali kerumah Makayah, langkahan ini terasa longlai..tidak ada semangat pada derapnya.


Singgah sekejap menolong makcik dan Kak Kinah siapkan makan malam, kemudian kerumah Ayah, ikut serta dalam perbualan Ustaz dan beberapa orang sahabat, aku diam berteleku bila Ayah mula bercerita yang anaknya cukup marah sehingga tidak mahu memberi makan dan duit selagi Ayah masih islam. Hatinya dipaksa untuk keluar daripada islam, berkaca mata Ayah.. ada garis- garis duka yang terpamer pada wajahnya. Aku tahu Ayah mula keliru, aku sedaya upaya memahami keadaan MakAyah sebagai saudara baru, mereka masih tidak kuat... Tidak ada apa-apa pengisian dalam jiwa mereka melainkan syahadah. Tidak mahu menyentuh sekalipun ku ceritakan walau sepatah mengenai kondisi sebenar, kerana terlalu takut dan bimbang, semoga ianya tidak akan pernah terjadi. Ustaz sedikit sebanyak berpesan kepada Ayah sebelum pulang. Suasana sepi seketika, aku mula memecah kesepian mengalih topik daripada terus-terusan bercakap soal islam, bimbang  kata-kataku makin menambahkan tekanan pada mereka. Mencari-cari point yang sesuai untuk menceriakan kembali suasana dengan bercerita tentang ilmu mempertahankan diri,mintak untuk Ayah ajarkan buah/teknik lain, Ayah terus bersemangat membuka langkah, orang yang berdarah pendekar memang mudah naik semangat. Menjerit Makcik dan anak-anaknya tengok. Dapat jugak buah tangkis dan guntingan baru. Tak tahan geli hati, mereka buat aku ketawa dengan gelagat mereka yang riuh rendah. Diwajah Mak terpamer kembali kegembiraan. Malam tu aku bukak video tentang proses kejadian alam, kejadian anak ayam, semut dan kebesaran Allah. Sempat menyentuh tentang kisah-kisah sahabat yang keislamannya ditentang hebat, diseksa dan dibunuh. Kemudian kami menonton filem Hafalan Shalat Delisa. Berhimpit dirumah MakAyah untuk tengok cerita. Sedar tak sedar aku dah tertido dibahu Mak. Mak senyum je.. Masa untuk tidur kami keluar duduk dianjung rumah agar perbualan kami tidak mengganggu tidur mereka. Sesekali dengar Ayah terbatuk-batuk dari dalam. Hamparan langit yang gelap dan kelam tanpa bintang bagai turut memahami fikiran. Hati tidak senang dengan resah gelisah, ada sesuatu yang mengganggu ketenangan. Sedikit sebanyak kesabaran mula pudar dan semangat kian luntur. Denyut nadi dakwahku bergerak perlahan-lahan. Sahabat-sahabat yang setia, K.Kinah, Fai, K.Fiza dan Yusma turut sama termenung. Sepi. Kami seolah-olah berada dalam zon yang tidak selesa. Saat itu mereka cuba untuk menenangkan aku, mengenggam tangan memberi kekuatan walhal aku sendiri tahu mereka jugak turut merasai apa yang aku rasa. Acap kali aku terlupa pada sabda nabi yang menghiburkan, sesiapa yang memperbanyakkan istighfar maka Allah akan menghapus segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka. Membaca doa dan Ruqyah Syariah sebagai pelindung diri sedikit menenangkan kami daripada peringatan Mak Puteh untuk selalu berwaspada. Kehadiran dua lagi senior amat melegakan hati kami, sorang lagi senior maharajalawak, dengan skill yang ada dapat menghiburkan jiwa-jiwa yang mendung. Masa yang singkat menjadi wadah untuk sama-sama kami hamasah dan koreksi diri, kemudian menyusun perjalanan untuk menghadapi hari esok. Berharap semoga hari esok damai menenangkan dan kembali seperti sediakala.

27 Mei 2012
Sarapan bersama-sama dengan celoteh yang menghibur bagaikan kami satu keluarga yang cukup lengkap dan bahagia. Pagi itu, kami suarakan pada Ayah untuk sekali lagi kesungai. Disitu kami akan mengambil masa untuk memulihkan keadaan, menggerakkan jiwa-jiwa dan menyuburkan kembali aqidah yang tertanam dengan izinNya. Dalam perjalanan kesungai, aku hanya diam berjalan dibelakang Ayah dan Yusma, tenggelam timbul perbualan mereka,tersentak dari lamunan  bila Yusma tanya pada Ayah. "Ayah.. Ayah sayang tak kat Jannah?" Itu saja yang aku dengar dan aku hanya biarkan mereka. Nampaknya Yusma sedang menggunakan ilmu psikologinya. Berhenti melangkah, menoleh pada Kak Sakinah dan Apak yang berjalan  dibelakangku. Terus berjalan.. menarik nafas dalam-dalam, dan membisikkan kekuatan kedalam diri sendiri. Hari ini adalah hari yang terakhir aku berada disini, mengapa harus lemah dengan cubaan yang sedikit ini? Diri terasa terinspirasi.. jgn pernah mudah menyerah kalah! Islam itu  agama yang damai,sarat dengan pengorbanan dan kasih sayang, medan dakwah adalah cinta yang perlu dibaja dan disuburkan selalu. Untuk menjaga cinta itu bukan mudah, hanya orang yang mencintai cinta itu akan terus berjuang agar ia tidak berundur  mahupun berganjak walau setapak. Kerana islam dan dakwah itu sendiri adalah cinta, ia  mampu meniupkan kembali ruhiyyah yang sedikit layu dan kuncup kuntumannya menjadi mekar membugar. Sampai disungai, kami meniti untuk naik ke rumah rakit. Tapi malangnya ada sorang diantara sahabat jatuh berdebuk kerana tergelincir. Kami semua tergelak besar  kerana terlalu simpati, nasib baik tak tergelonsor kedalam sungai dengan bag galas yang ada laptop dan barang-barang berharga, kesian betul. Dua tiga orang makck dan pakcik bagi kami sekor ikan,belum sempat memancing lagi dah dapat ikan free, alhamdulillah.

ikan ni nama dia........tapi boleh dimakan

Sekarang, giliran aku pulak untuk berbincang dengan Ayah, Sambil-sambil memancing, aku bukak Surah Yassin,hati dan qolbu al-quran. Bertanya itu dan ini apa yang aku tidak tahu. Hati aku sedikit lega bila Ayah mula ramah bercerita masa mudanya, mengimbau kembali waktu Ayah remaja, belajar silat, Atuk meninggal dunia, kesusahannya dan macam-macam. Perbualan kami terhenti bila ada  sahabat-sahabat yang datang naik perahu dengan keluarga angkat masing-masing. Gembira betul diorang kayuh perahu. Kemudian Ayah menyambung kembali perbualan kami yang dah bertahun-tahun lamanya Ayah tak menaiki perahu dan bot. Tiba-tiba ada satu bot lalu, rupanya bot tuan rumah rakit semalam. Subhanallah...Gigihnya lelaki tua ini bekerja sebagai pemandu bot tambang. Dia tidak sama dengan kita semua, yang lengkap sempurna pancaindranya. Dia hanyalah seorang istimewa yang berusia dan tidak ada kudrat. Tapi kecacatan kakinya tidak menjadi alasan untuk hidup normal turun kesungai seperti kebanyakkan orang. Fungsi tangannya diguna sebaik mungkin. Aku cepat-cepat bagitau pakcik tadi yang aku ingin bawa Ayah jalan-jalan dengan bot. Bot yang memuatkan semua sekali enam orang meluncur laju, menikmati keindahan alam buatan Allah yang Maha Hebat. Ayah tersenyum.. Dalam perjalanan kami mendapat panggilan drp sahabat-sahabat yang bas sudah sampai. Sesegera mungkin kami berpatah balik, masakan tidak, bas sampai  awal pada waktunya. Sampai di pelabuhan, aku bertanyakan harga tambang, tapi pakcik itu mengeleng-ngeleng kepala. "Tak apa" ringkas jawapannya. Allah... baiknya hati insan ini. Kagum. Indah lagi andai akhlak dan budinya disaluti iman dan islam. Semoga Allah memberi hidayah dan kesempatan untuknya merasai nikmat yang paling lazat ini. Kami  sedikit memaksa pakcik tadi untuk mengambil duit tersebut. Dia tersenyum dan melambai tangan pergi. Bergegas balik secepat mungkin, dua orang sahabat datang dengan moto untuk ambil orang-orang tua. Sampai saja dibas, semua sahabat-sahabat berada diatas bas, pakaian-pakaian kami semua dah mereka kemaskan. Kelam kabut pergi jumpa Mak dirumah dan bersalam, turun tangga dan naik balik. Aku pesan pada Mak supaya Mak tetapkan hati dalam islam,kuat hadapi cabaran. Allah.. wajah Mak sarat dengan kesedihan. Tidak pasti kesedihan itu sama ada berpunca aku mahu berpisah dengannya atau sebab lain. Aku melambaikan tangan sebelum pergi dengan hati yang berbelah bahagi. Sampai di bas, aku pesan pada Ayah hal yang sama.. selalu sebut Allah.. Allah sebagai zikir hati.Ayah angguk mengiakan... wajah Ayah cukup menyakinkan kalau ayah dapat tempuhi halangan itu. Hiba..aku berharap lambaian terakhir hari itu akan berulang kembali selepas ini.. Aku tahu senior-seniorku yang baik hati dan luhur budinya akan  berusaha untuk membawa kami kesini lagi dengan izin Allah. Tetap bersyukur walau target untuk menyelesaikan masalah pendaftaran MakAyah tidak berjaya, sekurang-kurang peratus kekeliruan mereka dapat diatasi, aku berpegang pada kata ketua kami, "Jangan bimbang dan bersedih, walau tidak boleh daftar pada ic tapi disisi Allah mereka tetap islam". Aku punya rencana, tapi Allah juga punyai rencana dan sebaik2 perancangan itu adalah perancangan Allah. Semoga Allah terus menetapkan hati, menjaga ,melindungi, merahmati dan menyanyangi MakAyah hingga nafas terakhir mereka. Bas bergerak perlahan-lahan meninggalkan kampung tarbiyah cinta itu sehingga pemandangannya luput daripada mata. Benarlah.. yang terindah itu tidak akan bermakna tanpa terujinya kami disini. Wahai diriku yang mudah lupa dan alpa...Saat terasa lemah itulah perlu kita terjemahkan semangat juang yang dilaung-laungkan agar tidak menjadi doktrin semata-mata, Ia memerlukan satu kekuatan jiwa yang prima. Pandanglah pantai yang indah dan tenang, siapa yang tahu ditengah lautan itu ada ombak yang bergelora, perhatikan pada pelangi yang menawan, ia terbit waktu deraian turunnya hujan, adanya mentari disiang hari memberi cahaya, namun malam yang gelap gelita pasti tiba. Allah mewartakan! Inilah seni lukisan takdir yang Allah tetapkan. Kita sebagai hamba hanya perlu mengikut terma dan syaratNya. Tak pernah lupa untuk mengucapkan terima kasihku kepada sahabat-sahabat yang sentiasa memberi sokongan padu dan saling menguatkan... Sungguh! iman, kesabaran, ukhwah teruji disini. Meranti menjadi saksi perjuangan kita yang tidak seberapa jika dibandingkan dengan pengorbanan mujahid-mujahidin penegak agama Allah dengan jiwa raga, harta, airmata hatta nyawa dan darah. Semoga Allah tetapkan hati kita untuk terus bersama dijalanNya. 
"Alangkah indahnya kalau kita fahami setiap inci ujian yang kita alami adalah sentuhan kasihsayang Allah kepada kita,tidak pernah sekalipun ujianNya datang untuk menjauhkan HAMBA dengan TUANNYA,bahkan menjadikan manusia semakin ingat dan dekat dengan Maha Pencipta".





Tuesday 24 April 2012

Barakahnya Terasa..


MALAM IHYA MAHABBAH RASULULLAH SAW BERSAMA AL HABIB UMAR BIN HAFIDZ menjadikan Masjid Negeri,Seremban Negeri Sembilan dibanjiri lautan manusia, hingga saff jemaah untuk solat maghrib tersusun kemas memenuhi segenap ruang masjid dan berderet-deret pula ke tangga masjid,tak cukup dikaki masjid, bawah khemah dihalaman masjid jugak penuh. Subhannallah! Suasana yg jarang-jarang berlaku melainkan kalau ada ceramah Ustaz Azhar Idrus atau lebih tepat lagi perlawanan bola sepak,konsert artis-artis terkenal dan sewaktu dengannya. Suasana malam semalam cukup menyejukkan hati,dingin sesegar embun pagi. Benarlah majlis ilmu itu seperti taman-taman syurga dunia. Tenang dan damai bila diri dikelilingi wanita-wanita berjilbab dan berpurdah. Anak-anak kecil yang comel berlari-lari riang dengan jubah dan kopiah diatas kepala, yang perempuan kecik-kecik dah pakai tudung dan berbaju kurung. Sangat comel! Biah solehah yang menenangkan jiwa-jiwa tanpa dicemari dengan suasana pergaulan bebas dan aurat yang terdedah.


Siapakah al-Hafiz al-Musnid Habib Umar ni? Nama penuh beliau ialah Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafiz bin ‘Abdullah bin Abu Bakar bin ‘Aydrus bin Umar bin ‘Aydrus bin Umar bin Abu Bakar bin ‘Aydrus bin Hussain bin Syaikh Abu Bakar bin Salim bin Abdullah bin Abdurrahman bin ‘Abdullah bin Abdurrahman as-Saqqaf bin Muhammad Maula al-Dawilah bin ‘Ali bin ‘Alawi bin al-Faqih al-Muqaddam Muhammad bin ‘Ali bin Muhammad Shahib al-Mirbath bin ‘Ali Khali’ Qasam bin ‘Alawi bin Muhammad bin ‘Alawi bin ‘Ubaidullah bin Ahmad al-Muhajir bin ‘Isa al-Rumi bin Muhammad al-Naqib bin ‘Ali al-Uraidhi bin Ja’far al-Sadiq bin Muhammad al-Baqir bin ‘Ali Zainal ‘Abidin bin Hussain as-Sibt putera kepada Sayyidina ‘Ali bin Abi Thalib dan Sayyidah Fathimah al-Zahra’ binti Sayyidina al-Musthofa Muhammad s.a.w.

Beliau adalah keturunan yang ke-39 daripada baginda al-Musthofa Nabi Muhammad s.a.w melalui salasilah Sayyidina Hussain as-Syahid bin Ali bin Abi Thalib RA. Semenjak kecil lagi Habib Umar telah menghafal al Quran. Beliau merupakan seorang ahli hadis yang mencapai taraf al-Hafiz, iaitu telah menghafal lebih 100,000 hadis berserta sanad dan hukum matan. Beliau digelar dengan panggilan al-Musnid, iaitu orang yang mampu menghafal penuh setiap salasilah hadis sehingga Nabi Muhammad s.a.w. Beliau jugak digelar al-Mufassir, iaitu ahli tafsir al-Quran yang menghafal setiap asbabulnuzul dan didukung dengan hadis-hadis yang sahih beserta asbabul wurudnya. Habib Umar ni adalah seorang pendakwah dan ahli sufi yang telah menubuhkan sebuah institusi pengajian tinggi Islam yang terkenal iaitu Darul Mustafa di Tarim, Hadramaut, Yaman. Beliau jugak tersenarai di dalam "The 500 Most Influential Muslims" di nombor ke 33. Itulah sedikit sebanyak biodata tentang ulama tersohor ni.

Acara majlis ni disempurnakan lagi dengan Ratib Haddad oleh Ittihad An-Nur Malaysia,Tazkirah oleh Ustaz Hambali,Qasidah dan selawat serta bacaan Al-Quran oleh Dr. Sheikh Solah Zaki Al-Qadiri, pensyarah fakultiku. Kata-kata azimat daripada Habib Umar diakhiri dengan rayuan doa tulus pada Rabb. Airmata bercucuran tumpah dipipi insan-insan yang menghayati..terasa meresap ke tiap urat saraf diri dibawah lembayung cuaca 'ubudiyyah. Bergema sayu rumah Allah bila para hadirin mengaminkan doa tersebut. Maha Suci Allah..terasa barakah dan beruntungnya dapat berkumpul dengan alim ulama dengan ribuan kaum muslimin muslimat. Dalam banyak kata-kata ulama ni, tertarik dengan beliau menyentuh tentang kepimpinan, hal-hal kenegaraan, ekonomi, perundangan, muamalat,munakhat dan sebagainya. Umara (Pemimpin) itu mestilah mengikat urusannya semata-mata kerana Allah bukan kerana kepentingan peribadi.

Sepintas lalu kata-kata Habib Umar macam tau-tau je Malaysia diambang PRU 13 dan bakal ditembusi Gelombang Kuning 3.0. Point yg disampaikan oleh Habib Umar membawa kita mengimbau kembali sejarah kegemilangan islam yang telah dibawa oleh Umara berjiwa hamba seperti Khalifah Umar Abdul Aziz, Sultan Salahuddin al-Ayyubi, Muhammad Al-Fateh, Maharaja Aurangzeb dan Sultan Alaudin Riayat Shah pada zaman Melayu Melaka. "Golongan PM contoh" inilah yang mengikat segala urusan pemerintahan hanya kerana Allah dan berjuang bermati-matian untuk tegakkan Daulah Islamiyyah. Mereka adalah umara yang bijak menggunakan nikmat itu untuk berbakti kpd Allah. Harta,kuasa dan pengaruh, semuanya dikorbankan untuk Allah. Sayangnya apa yang terjadi pada umara dunia hari ini..agak-agak mengapa ye? Tidak lain tidak bukan kerana "Ulama Tulen" diketepikan. "Ulama Palsu" yang pandai memutar belitkan hukum hakam Allah pulak diketengahkan, dan "ulama" yang langsung tidak sayang membiarkan umara terus hanyut dengan dosa dan maksiat itu jugaklah dijadikan rujukan. Ustazah Fatimah Syarha menyatakan dalam tajuk "Tetap Cinta Ketika Berbeza" di ruangan Solusi edisi terbaru, Rasulullah s.a.w sudah tiada untuk kita melihat peribadi Baginda secara langsung. Namun, ia bukanlah untuk dikesali. Baginda meninggalkan para ulama pewaris nabi yang lebih kecil risikonya melakukan kesilapan berbanding orang kebanyakan. Dalam sejarah masyarakat Yahudi dan kristian,golongan ulamalah golongan yang paling jahat kerana sanggup memutar belitkan ayat-ayat Allah. Namun, dalam kalangan umat islam,merekalah sebaik-baik ikutan selepas zaman kenabian. Masakan tidak, Allah menjamin bahawa mereka lebih takut kepada Allah berbanding dengan kita semua. "Sesungguhnya org yang paling takut kepadaKu daripada kalangan hambaKu ialah para ulama" (Surah Fatir 35:28)

Ulama (yg mengikut alQuran Sunnah dan dijadikan cara hidup) seharusnya menjadi penasihat kepada umara. Ulama mestilah menjadi "the man behind the curtain" dlm mengingatkan, mendidik dan menasihati umara. Dgn syarat, umara mestilah dengar apa yang ulama cakap dan keluarkan kenyataan,janganlah bidas balik,buat layan xlayan,terus-terus memandang enteng malah mengherdik pulak. Mengapa umara mesti dengar kata-kata ulama?? Kerana umara mempunyai harta dan kuasa manakala ulama pulak mempunyai ilmu dan kekuatan jiwa. Kedua-duanya harus bergabung menjadi 1, sekali gus menghasilkan 1 kuasa besar yang tidak ada tolak bandingnya. Lihat saja tamsilan seperti Ultraman dan Power Rangers,bila bergabung kuasa dan tenaga mereka menjadi kuat dan hebat untuk menentang raksasa-raksasa, dengan mudah musuh-musuh tumbang begitu saje. Zaman kegemilangan islam menceritakan umara-umara didampingi  ulama-ulama yang ikhlas hatinya, bukan sekadar tahu "membodek" atau "ngepom"  semata tanpa mengikut paksi Quran dan Sunnah. Takde tapi-tapi,takde nafi-nafi sejarah membuktikan dibelakang umara ulung itu ada ulama al-amilin. Lagi cantik jika ulama itu sendiri adalah umara. Sesungguhnya ulama itu pewaris anbiya'. Jangan sesekali dihina dan dikeji, yang dipuja dan disanjung adalah artis-artis,penyanyi dan penari menghibur duniawi. Imam Ibnu 'Asakir rahimahullah berkata "Ketahuilah wahai saudaraku, bahawa daging para ulama itu beracun. Siapa saja yang melepaskan lisannya dengan berbagai cacian dan makian terhadap para ulama, maka sebelum mati, Allah s.w.t. akan menimpakan cubaan baginya berupa hati yang mati. Oleh sebab itu, tidak boleh sama sekali mencemarkan nama baik para ulama dan memfitnah mereka, selama-lamanya!.." Mufti Perak, Dato' Seri Dr. Hj. Harussani Hj. Zakaria pernah menjelaskan bahawa perbuatan menghina ulama adalah haram! Aku mencintai ulama dan orang-orang soleh meskipun aku belum termasuk di dalam golongan mereka. Namun aku tetap berharap moga suatu hari nanti aku akan berada bersama-sama dengan golongan seperti itu. Dan aku membenci pula orang-orang yang suka berbuat maksiat kepada Allah meskipun aku sebenarnya, juga termasuk di dalam golongan itu."