Kisah benar yang terjadi di antara seorang pemuda Muslim dan seorang paderi
katolik, yang akan membawa anda menyingkap rahsia disebalik 2 kunci bersilang.
Rahsia yang menyingkap apakah silibus yang diajar kepada setiap paderi Katolik
di Vatikan. Tuan-tuan, kami bawakan kepada anda kisah Paderi dan Kunci Syurga,
selamat membaca.
Seorang pemuda yang dikejutkan oleh mimpinya supaya pergi ke
gereja Samaan. Tiga kali mimpinya itu berulang. Lalu ia bersiap sedia dengan
pakaian dan cara yang diberitahu dalam mimpinya.
Diaa masuk ke gereja Samaan tanpa disedari oleh Paderi-paderi
yang hadir. Dia sama-sama menanti kedatangan ketua Paderi. Setelah ketua Paderi
datang, ketua Paderi itu tidak dapat berucap. Dia tahu ada orang lain, orang
Islam di dalam gereja itu. Katanya,
" ada orang yang percaya kepada Syariat Muhammad di dalam gereja ini."
Semua paderi menjadi gempar dan mereka mahu orang itu di bunuh. Namun ketua paderi menghalang, sebaliknya ketua paderi meminta orang itu bangun supaya mereka dapat mengenalinya. Sebaliknya pemuda itu pun bangun, tanpa rasa takut.
" ada orang yang percaya kepada Syariat Muhammad di dalam gereja ini."
Semua paderi menjadi gempar dan mereka mahu orang itu di bunuh. Namun ketua paderi menghalang, sebaliknya ketua paderi meminta orang itu bangun supaya mereka dapat mengenalinya. Sebaliknya pemuda itu pun bangun, tanpa rasa takut.
Paderi berkata, "Aku akan mengajukan kepada anda 22
pertanyaan Dan anda harus menjawabnya dengan tepat."
Si pemuda tersenyum Dan berkata, "Silakan!"
Sang paderi pun mulai bertanya,
"Sebutkan satu yang tiada duanya,
dua yang tiada tiganya,
tiga yang tiada empatnya,
empat yang tiada limanya,
lima yang tiada enamnya,
enam yang tiada tujuhnya,
tujuh yang tiada delapannya,
delapan yang tiada sembilannya,
sembilan yang tiada sepuluhnya,
sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh,
sebelas yang tiada dua belasnya,
dua belas yang tiada tiga belasnya,
tiga belas yang tiada empat belasnya.
Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai
roh!
Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya?
Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam syurga?
Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak
menyukainya?
Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan
ibu!
Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diazab dengan
api dan siapakah yang terpelihara dari api?
Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab
dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?
Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah Dan dianggap besar!
Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting
mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan Dan dua di
bawah sinaran matahari?"
Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan
keyakinan kepada Allah. Setelah membaca Bismillah dia berkata,
Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..
Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t.
berfirman, "Dan Kami jadikan malam Dan siang sebagai dua tanda (kebesaran
kami)." (Al-Isra': 12).
Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan
Nabi Musa a.s ketika Nabi Khidir a.s menenggelamkan sampan, membunuh seorang
anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.
Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan
al-Qur'an.
Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.
Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah hari ketika Allah
s.w.t. menciptakan makhluk.
Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis.
Allah s.w.t. Berfirman, "Yang telah menciptakan tujuh langit
berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha
Pemurah sesuatu yang tidak seimbang." (Al-Mulk: 3).
Delapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy
AR-Rahman. Allah s.w.t. Berfirman, "Dan malaikat-malaikat berada di
penjuru-penjuru langit. Dan pada Hari itu delapan orang malaikat men-junjung
'Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka." (Al-Haqah: 17).
Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu'jizat yang
diberikan kepada Nabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan,
musim paceklik, katak, darah, kutu dan belalang.*
Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah
s.w.t. Berfirman, "Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya
sepuluh kali lipat." (Al-An'am: 160).
Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara
Nabi Yusuf a.s.
Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu'jizat Nabi Musa
yang terdapat dalam firman Allah, "Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air
untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, 'Pukullah batu itu dengan tongkatmu.' Lalu
memancarlah daripadanya dua belas Mata air."
(Al-Baqarah: 60).
Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara
Nabi Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya.
Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai roh
adalah waktu Subuh. Allah s.w.t. ber-firman, "Dan waktu subuh apabila
fajarnya mulai menyingsing. "
(At-Takwir: 18).
Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi
Yunus a.s.
Mereka yang berdusta namun masuk kedalam surga adalah
saudara-saudara Nabi Yusuf, yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya,
"Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami
tinggalkan Yusuf di dekat barang-barangkami, lalu dia dimakan serigala. "
Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, " tak ada cercaan
terhadap kamu semua." Dan ayah mereka Ya'qub berkata, "Aku akan
memohonkan ampun bagi muka pada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha
Pengampun lagi Maha Penyayang ." (Yusuf:98)
Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah
suara Keldai. Allah s.w.t. berfirman, "Sesungguhnya sejelek-jelek suara
adalah suara keldai." (Luqman: 19).
Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi
Adam, Malaikat, Unta Nabi Sholeh dan kambing Nabi Ibrahim.
Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab
dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim.
Allah s.w.t. berfirman, "Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim."
(Al-Anbiya': 69).
Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Sholeh, yang
diazab dengan batu adalah tentara bergajah Abrahah dan yang terpelihara dari
batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).
Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar
adalah Tipu Daya wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t.? "Sesungguhnya
tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar." (Yusuf: 28).
Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting
mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di
bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun
adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam
hari dan Dua di siang hari.
Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan
pemuda Muslim tersebut. Kemudian pemuda itu pun mula hendak pergi. Namun dia
mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan
saja. Permintaan ini disetujui oleh paderi.
Pemuda ini bertanya,
"Apakah kunci syurga itu?"
Mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya
diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan
kebimbangannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu
terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak.
Mereka berkata, "Anda telah melontarkan 22 pertanyaan
kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu
pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya! "
Paderi tersebut berkata, "Sesungguh aku tahu
jawapannya, namun aku takut kalian marah."
Mereka menjawab, "Kami akan jamin keselamatan anda.
"
Paderi pun berkata,
"Jawapannya ialah Asyhadu An La Ilaha Illallah Wa Wa
Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah. "
Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus
memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga
mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa.
(Kisah tersebut dipetik dan disusun dari Mausu'ah al-Qishash
al-Waqi'ah)
cerita sebenar diyakini dari pengalaman seorang tokoh Sufi
Islam Abu Yazid Al-Busthami,terdapat versi lain yang mengandungi 50 soalan
paderi Kristian tersebut
Saudara dan saudari sekalian!
Kami telah berikan anda apakah KUNCI-KUNCI SYURGA ITU 'THE
KEYS OF KINGDOM OF HEAVEN'...
Rahsia yang diabadikan pada lencana Paus Vatikan dan dibawa
ke mana-mana oleh beliau.
Inilah rahsia yang tersembunyi pada The Crossed Key.
Orang-orang yang sesat di kalangan Kristian langsung tidak
tahu rahsia ini,kerana rahsia asal telah dimusnahkan semasa era Paulus dan
selepas persidangan Nicea yang menyaksikan kitab Injil diseleweng secara
besar-besaran dan sejumlah besar manuskrip-manuskrip asli para pengikut
Hawariyyun dibakar atau ditanam.
DUA KUNCI SYURGA YANG SELALU UMAT ISLAM UCAPKAN DI DALAM
SOLAT MEREKA.
Miftahul Jannah... Inilah dia rahsia yang diucapkan oleh
Jesus Christ kepada Peter The Fisherman pada hari yang bertuah itu. Dua baris
ayat yang dipadam dengan penuh dengki dan khianat para Yahudi
Mason dan Illuminist-Christian yang tidak dapat menerima
kehadiran seorang Rasul penutup para Nabi dari kalangan orang-orang Arab.
PEGANG DUA KUNCI INI BAIK-BAIK. MEREKA MELETAKKAN LAMBANG
KUNCI SYURGA PADA PAKAIAN PAUS TETAPI MEREKA TIDAK MEMPUNYAINYA.
KITA MENGETAHUI KUNCI SYURGA DAN MEMPUNYAINYA. JANGAN
HILANGKAN IA SEMASA MENGADAP TUHAN DI AKHIRAT NANTI.
MARI KITA BERJANJI PADA TUHAN DAN DIRI SENDIRI...
Kita tidak akan hilangkan kunci...
kita tidak akan hilangkan kunci...
Sedikit rujukan 'Miftahul Jannah' dari sumber Islam
Muaz bin Jabal Radiallahu-Anhu meriwayatkan bahawa
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:
“Anak-anak kunci syurga ialah mengakui kalimah La Ilaha
Illallah
(Riwayat Imam Ahmad)
Rasulullah bersabda : "Barangsiapa yang pada akhir
kalimatnya mengucapkan "La ilaaha illallah" maka ia dimasukkan
kedalam surga"
(HR. Hakim)
Imam Bukhari rahimahullah meriwayatkan dalam Shahihnya,
bahawa seorang pernah bertanya kepada Imam Wahab Ibn Munabbih: “ Bukankah Laa
ilaaha illallah itu kunci syurga?”
Wahab menjawab: “ Benar, akan tetapi tidaklah bagi setiap
kunci itu melainkan ia mempunyai gigi.Jika engkau membawa kunci yang bergigi, maka
pintu syurga akan di bukakan untukmu, jika tidak maka pintu tak akan di bukakan
untukmu”
'Gigi' yang dimaksudkan ialah bukan sekadar menyebut kalimah
syahadah tetapi memahaminya serta melaksanakan apa yang dimaksudkan darinya.
Dari Jabir bin Abdullah, ia berkata: Aku mendengar
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Zikir yang paling mulia ialah
La Ilaha Illallah dan doa yang paling baik ialah Alhamdulillah.
(Riwayat Al-Imam Ibnu Majah)
Dari Abu Hurairah Radiallahu-Anhu, ia berkata: Bersabda Rasulullah
Sallallahu Alaihi Wasallam: “Yang akan mencapai kebahagiaan dan keuntungan
melalui syafaatku ialah orang yang mengucapkan kalimah La Ilaha Illallah dengan
hati yang ikhlas”.
(Riwayat Al-Imam Al-Bukhari)
Dari Zaid bin Arqam Radiallahu-Anhu meriwayatkan bahawa
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang maksudnya: “Barangsiapa
yang mengucapkan La Ilaha Illallah dengan ikhlas, dia akan dimasukkan ke dalam
syurga.” Lalu ditanyakan kepada baginda: “Bagaimanakah yang dimaksudkan dengan
ikhlas itu? Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: “Ikhlas itu ialah
yang mencegah dari melakukan perbuatan-perbuatan yang haram”. (Riwayat Al-Imam
At-Thabrani)
Dari Umar Radiallahu-Anhu meriwayatkan bahawa beliau
mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Aku
mengetahui satu kalimah yang tidaklah seorang hamba pun yang mengucapkannya dan
membenarkannya dengan hati kemudian ia mati dengannya melainkan haramlah ke
atasnya neraka jahanam. Kalimah itu ialah “La Ilaha Illallah”. (Riwayat Al-Imam
Al-Hakim)
Dari Ibnu Abbas Radiallahu-Anhuma bahawa Rasulullah
Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Demi yang diriku
ditangannya, jika sekiranya segala langit dan bumi dan siapa yang ada padanya
dan apa-apa yang ada di antaranya dan apa-apa yang ada di bawahnya diletakkan
disebelah
dacing dan kalimah La Ilaha Illallah disebelah yang lain,
maka dacing kalimah (La Ilaha Illallah) itulah yang lebih berat”. (Riwayat
Al-Imam At-Thabrani)
*Juga diingatkan ketika Nabi Isa a.s berkata kepada Peter,
tidaklah baginda bertutur dalam bahasa Arab atau dalam bentuk 100% kalimah
syahadah dalam bahasa Arab, tetapi di dalam bahasa Aramaik Kuno yang konsepnya
tetap satu iaitu Tiada Tuhan Selain Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah
Dan Nabi Isa sudah tentu maklum tentang kedatangan Nabi
Muhammad s.a.w sesudahnya,
Dan (ingatlah) ketika Isa Putera Maryam berkata: "Hai
Bani Israel, sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu, membenarkan kitab
(yang turun) sebelumku, yaitu Taurat dan memberi kabar gembira dengan
(datangnya) seorang Rasul yang akan datang sesudahku, yang namanya Ahmad
(Muhammad)." Maka tatkala rasul itu datang kepada mereka dengan membawa
bukti-bukti yang nyata, mereka berkata: "Ini adalah sihir yang
nyata".
(Al-Saff 61:6)
Sabda Rasullah s.a.w: Ertinya: Islam itu tinggi dan tiada
yang lebih tinggi darinya. (Riwayat Bukhari)
Firman Allah: Sesungguhnya agama (yang diredhai) disisi
Allah hanyalah Islam. Tiada berselisih orang-orang yang telah diberi Al Kitab
kecuali sesudah datang pengetahuan kepada mereka, karena kedengkian (yang ada)
di antara mereka. Barangsiapa yang kafir terhadap ayat-ayat Allah maka
sesungguhnya Allah sangat cepat hisab-Nya.
(Ali Imran ayat 19)
-Perkongsian menarik drp seorang sahabat kpd sy untuk dikongsikan dengan kalian semua, Seindah Nama a.k.a Siti Nazirah. copy paste =)
ilmu yg bermanfaat.. :)
ReplyDeletealhamdulillah. mg istiqamah =)
Deleteterima kasih ja..=)..ilmu yg brmanfaat spya kita ada kesdaran btapa bsar nyer anugerah DIA kpd kita....=)
ReplyDeleteterima kasih kat awk le! =) terima kasih na...4 everything! insyaallah,bitaufiq...
Delete