Wednesday 21 March 2012

1 Amanah...

  

Aqidah....adalah 1 AMANAH yg cukup BERAT utk ditanggung,yang perlu kte jaga dan pegang seerat mungkin kerana ia label muslim. Mempertahankan aqidah ibarat menggenggam bara api, yang menuntut i'tiqad hati, tidak gentar melafazkannya dan gah menterjemahkan aqidah itu melalui perbuatan, bahkan bukan sekadar itu, mantapnya aqidah mendorong mukmin mewakafkankan jiwa raganya untuk perjuangan islam. Nilai terlalu mahal dan tidak boleh sama sekali dijual beli dengan emas permata, apatah lagi diwarisi oleh anak dan saudara. Aqidah islam inilah yang dibawa oleh lelaki mulia... Muhammad s.a.w. Baginda bersusah payah utk memastikan aqidah islam yang kte pegang hari ini terus-terusan beralih tangan hingga ke akhir zaman. 

Dlm buku karangan Allahyarham Ustaz Fathi Yakan yg bertajuk "Apa Ertinya Aku Menganut Islam" meletakkan "Saya Mestilah Muslim Dr Sudut Aqidah" pd tajuk pertama sbg pasak kepada tajuk2 seterusnya. Betapa besar dan pentingnya aqidah dlm kehidupan kte sbg islam blh ditamsilkan seperti 1 tapak kepada binaan yg kukuh, yg menampung seluruh isi bangunan serta  menjamin untuk terus berdiri megah. Jika tapaknya tdk kuat, ble2 masa ia akn runtuh dan roboh. Perlu kte telitikan sirah Rasulullah s.a.w Baginda berdakwah 13 tahun dimekah dengan penuh derita,dicaci,dihina malah diancam untuk dibunuh, sedangkan Baginda sudah sedia maklum bahawa Madinah akn mjd sebuah negara islam yg gemilang. Tetapi mengapa baginda bersusah payah menyebarkan dakwah di Mekah? 

Kajian pd sirah Rasulullah menunjukkan 13 tahun inilah tempoh proses pembinaan aqidah. Bermula dgn usrah dirumah anak muda Al Arqam bin Abi Al Arqam, agama suci yang dibawa oleh Rasulullah semakin tersebar luas. Hasil madrasah Rasulullah pada masa itulah tercetusnya kisah insan2 yg sanggup mati krn mperjuangkan sebuah aqidah. Kisah-kisah mereka tdk pernah bosan dan jemu wlupun telah diulang2 mengikut putaran zaman. Diantara mrk adalah Bilal bin Rabah, seorang hamba yg diseksa dgn bermacam seksaan, dijemur  dan diseret diatas padang pasir yg panas terik dgn bahang batu besar menghempap dada, dipaksa Bilal utk memuji Latta dan 'Uzza.
Namun Muazin Rasulullah s.a.w ini tegar mempertahankan, bibirnya xputus2 menyebut.. "ahad..ahad..ahad.." 
menjulang tinggi kalimah Allah Yang Esa. Subhanallah! Hebatnya pasakkan aqidah dlm jiwa menjadikan Bilal bin Rabah lelaki hebat, kehebatan hamba berkulit hitam ini hingga teropahnya didengar  berjalan dAAM syurga. Teringat aku kata-kata Ustaz Solah sewaktu zaman riang remaja,bidadari2 didlm syurga berebut2 ingin mencubit Bilal bin Rabah utk dijadikan tahi lalat.=)  


Perhatikan iklan kereta honda ini,dr skru2 kecil,alat2 biasa,kemudian terhasilnya sebuah kereta yang cantik,canggih dan mewah. Begitu jgk dgn aqidah yg kukuh dlm hati2 manusia biasa..menjadikan ia seorang yg hebat memperjuangkan islam,indah akhlaknya,jitu keyakinanya dan mampu mencipta kehidupan yg luar biasa!


Zaman sekolah dulu..ble ada program akan ada modul "Pokok Aqidah". Kemudian setiap peserta perlu lukis dan ibaratkan pokok itu adalah kte dan setiap peranan bahagian2 pokok itu dgn elemen2 asas yg perlu ada pd stiap manusia yg bgelar muslim. Akar pokok tunjang dan kuat itu berperanan sbg aqidah dan iman yg jitu. Membentuk batang pokok spt islam yg kte anuti,dahan-dahan amal yg baik,daun-daun syariah yg subur n segar,bunga2-bunga akhlak yg cantik serta buah2 ihsan yang ranum. 
Perhatikan, di mana akar pokok aqidah diatas? tidak nampak bukan??? 
Krn ia tersemat dihati,namun akar yg terlalu kuat akn menonjol jgk spt pokok2 yg besar akn keluar sebahagian akarnya yg dpt kte lihat. Mendamaikan..pasti akan ada yang ingin bteduh dibawahnya krn ia amat nyaman dan boleh mberi manfaat pd sekitarnya. Tp apakah yg terjadi jika akar pokok itu tdk kuat?? Tidak dapat tidak ia menghasilkan pokok yg layu dan tdk elok. Daun-daun akn kering kemudian berguguran,kemudian akan mati.


Aqidah amat berkait rapat dgn Syahadah,yang mana kte bersaksi bahawa "tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad pesuruh Allah". Syahadah merupakan 1 ikrar perjanjian antara hamba dengan penciptanya. Dengan janji itu,kita memegang kemas aqidah dan islam walau apa jua yg datang kita tidak boleh sama sekali menyekutukan allah, alquran sbg kompas kehidupan  dan segala amalan serta larangannya kte praktikkan disegenap tentatif rutin harian. Ikrar Muhammad itu pesuruh Allah dengan tidak sesekali kte menentang sunnahnya malah menjadikan Baginda sbg idola dan Murabbi hakiki. Syahadah juga merupakan 1 tiket utk mendapatkan kunci ke Syurga Allah.
 Dewasa ini, terlalulah ramai islam pada ic namun bkn dihati... Islam sudah menjadi tradisi utk diwarisi. Sewenang2nya kte mempersia-siakan titik peluh, darah,derita dan pgorbanan Rasulullah serta para sahabat utk islam sampai kpd kte hari ni. Yang menjadi hairannya semua manusia mengimpikan syurga sbg goal final kehidupan nanti,mahu ke syurga?
 Ya! tidak ada seorang pun yg mahu ke neraka termasuk aku sendiri.
 Namun perjalanan menuju Allah tidak bisa  hanya melalui mimpi dan angan semata! 
Untuk menggapai syurga yg nikmatnya tidak ada didunia, mata xpernah melihat, telinga xpernah mendengar dan tubuh xpernah merasa kenikmatannya tidak mungkin diperolehi dengan begitu mudah. Terus dalam khayalan tanpa berbuat apa-apa. 
Kehidupan kte sekadar ala kadar, ambik syarat pakai tudung tutup kepala je, pegi kuliah balik kuliah,tido dan makan, solat lintang pukang nak cepat. Xubah seperti kehidupan seekor Ulat dan Lalat. Tiada apa yg dapat kte sumbangkan pada islam. Ble  disoal kpd diri sendiri, apa yang aku bt spanjang 20 tahun aku  bergelar muslim?? Hatiku mengeleng-ngeleng lemah, tidak ada jawapan untuk persoalan itu. Malu dengan diri sendiri!


Wahai Ikhwanul muslimin … terutama pada yang bersemangat dan ingin cepat mencapai matlamat. Dgrlah kalimat aku yg nyaring dan lantang diatas mimbar ini. Sesungguhnya langkah yang kamu ikuti telah digariskan dan batasnya juga telah diletakkan.
 Aku tidak akan mencanggahi batas batas yang aku yakini dengan sungguh sungguh sebagai satu jalan paling selamat untuk sampai kepada matlamat.
 Aku akui jalan ini adalah jalan yang amat panjang tapi tidak ada jalan lain lagi. Sesungguhnya kelakian seorang lelaki adalah pada kesabaran, kesungguhan dan amal yang berterusan.
 Sesiapa ada antara kamu yang ingin memetik buah sebelum masak, maka aku tidak akan bersama sama mereka walau apa pun berlaku. Malah lebih baik bagi mereka mengundurkan diri dari dakwah ini dan memilih jalan lain.
 Sesiapa yang bersabar menunggu bersama aku sehingga benih yang kutanam menjadi tunas, pokok dan mengeluarkan buah serta sampai masa untuk dipetik, maka ganjarannya disisi Allah. Kita pasti tidak akan terlepas dari salah satu antara dua kebaikan yakni menang dan mendapat kekuasaan Allah SWT atau mati syahid dan mendapat kebahagiaan akhirat   -  Albanna

Muhasabah utk diri sendiri..andaikata syahadah itu ibarat wang utk mbeli brg. Tp kte gunakan duit palsu pegi beli kt tesco ke giant..pasti xkan dpt kte beli. Bahkan mungkin kte akn dhalau drp kedai tersebut,mungkin jgk akan di jail atas sbb jenayah cuba untuk menipu. Begitu jgk dgn syahadah..kte berikrar tiada tuhan melainkan Allah,tp kte xtakut utk tinggal apa yg dilarang n bt apa yg disuruh, kte tau nabi Muhammad pesuruh Allah tp sunnahnya kte pandang sambil lewa, tiada terjemahan syahadah dan aqidah yang kita pegang dalam kehidupan harian. Org qlate kata tu namanya "Belawok Kohong". Mana mungkin terjadi dan cukup mustahil,kte kata kte lapar,tp kte xsuap makanan ke dlm mulut utk kenyangkan perut. Nauzubillah...

2 comments:

  1. alhmdullah btul3 bt aty rse bgtue syhdu...trme kssih..insyallah pas nie trskn post hal yg cmnie..psal kaum hawa n xlupe kaum adam jgk..;-)..sme3 brmanfaat....

    ReplyDelete
  2. insyaallah na,trima kasih ats cadangan.. moga jd saham akhirat ssudah pergi..

    ReplyDelete