Thursday 28 January 2016

Tentang hujan!



Diluar jendela hujan lebat mencurah-curah, kilat garang sambung menyambung lantas ku tadahkan tangan dan berdoa

"Duhai Allah...jadikanlah hujan ini hujan yang bermanfaaat."

Hatiku membisikkan doa untuk mereka-mereka yang jauh dari pandangan mata. Aku juga turut berharap semoga tuhan menurunkan rahmat kedalam jiwaku sebagai mana saat hujan ini turun alam menjadi segar kerana airnya yang dingin dan bersih. semoga jiwa bserta jasadku ini selalu subur dengan keimanan dan roh kehambaan.


Hujan itu sinonim dengan seni kerinduan, kesedihan dan kekecewaan bagi sang pujangga.

Ali Sastra berkata tentang hujan :
"ku biarkan hujan mengawal rinduku, padamu yang indah disana."

Namun pada aku, 
hujan itu adalah satu kenikmatan yang harus dikecapi oleh setiap orang. Bahkan tiap kali hujan, keluarlah berlari-lari menikmatinya dengan rasa syukur.sentuhlah ia, hayati kedinginan dan kesegarannya. Jika alam kering kontang dan gersang bukankah hujan itu menjadi satu anugerah?

Ketahuilah
hujan yang turun tidak pernah membenci langit yang telah membiarkan ia terpisah dari awan. kerana hujan tahu, bahawa yang ia akan kembali pada langit suatu hari nanti. Titisan hujan yang jatuh ke bumi airnya akan mengalir, akan menyuburkan, akan menumbuhkan, dan akan bermanfaat sebelum ia kembali menguap ke langit bersama awan.

Hujan menghadirkan hikmah yang bisa kita petik bagai memetik mawar yang segar nan harum mewangi. Hujan mengajar tentang rindu yang akan kembali dengan perantaraan sabar dan menanti. Seperti halnya penantian ini yang tidak kunjung tiba dan tidak pula akan datang dalam masa yang cepat namun percayalah ia akan datang pada waktu yang tepat! Sabarlah merindui, barangkali hujan ini petanda cinta Dia agar hambanya terus berdoa dan mendidik diri sehingga menjadi "seseorang" yang bernilai tinggi.


(awas!!!jgn plak masa petir kuat, banjir kilat, hujan bah hampa p main ayaq hujan, itu tempah maut namanya!)

jiwang!!!hahahha ko dah kenapeee???mohon jangan muntah! Dengan kasih, istimewa utk kekanda Eve Usun atau nama Islamnya Alya Humairah. 

Friday 25 September 2015

CATATAN RINDU!


Bismillah...
 aku mulakan kembali coretan pada halaman yang berhabuk lagi berdebu. 
Pejam celik pejam celik rupanya sudah dua tahun aku tidak menulis. Ak ingin sekali "berbicara" tentang sesuatu disini, Mungkin kerana saat ini hatiku dirundung pilu, jiwa ini tak tertahan rindu, suasana berubah menjadi sendu
 dan kedua mataku bersinar syahdu. 
Mengapa begini wahai diri?
Kelu.
Namun ini kisahku.
Aku puteri yang ke-7 daripada 10bersaudara. Anak fruitku saat ini sudah mencecah 21 orang. Dalam 21 orang itu hanya satu yang ditakdirkan untuk aku menjaganya. Ketika itu aku masih menuntut di USIM. Kakchik, kekanda kesayangan aku yang ke4 menanggung sakit tidak bisa bersalin secara normal kerana kandungannya songsang dan terpaksa melalui proses pembedahan. Malam itu aku bergegas drive daripada USIM ke Shah Alam sendirian.


 Keesokkan hari lahirlah bayi suci yang dinamakan IBRAHIM KHALILULLAH. Kerana Kakchik tidak boleh bergerak dan masih sakit, aku cuba menjaga kakakku berserta baby sekali. Untuk kekanda yang menjagaku dengan baik umpama bonda selama ini, ku syampu rambutnya, segarkan wajahnya yg lesu, lap badannya, mengurut kakinya dan menyiapkan makanannya walau hanya bubur kosong. Aku lakukan semua itu dengan senang hati dan gembira sekali kerana aku tak mampu melihatnya sakit...hatiku cedera.


Maka bermulalah episod keadaan memaksa aku untuk berjaga malam kalau baby menangis, saat itu juga untuk pertama kali aku tidur dengan si kecil yang sangat comel, aku mengurus kehidupannya hari-hari. Sehinggalah aku praktikal dan bekerja dia tetap ada tidur disamping aku saban malam. Ragamnya tidak sedikitpun membuatkan aku terasa penat dan terbeban.


Malam-malam kadang2 dia tidak mahu tidur sampai 5-6 pagi bahkan kadang-kadang sampai jam 8-9 pagi matanya masih segar. Bila siang muncul aku suka mengusiknya tidur namun dia tetap lena tergolek-golek. Aku usung dia ke sana ke mari agar dia bangun dan tidak berjaga malam. Tapi dia...buat dekkk je!


 Waktu malam, dia sgt suka menganggu aku tidur, berguling-guling si montel dan suka duduk diatas mukaku lalu terkekeh-kekeh ketawa kalau aku pura-pura marah. Dia membesar dengan penuh keindahan pada kedua mataku, daripada umur sehari, meniarap,merangkak, berjalan sehinggalah berlari penuh riang. Aku akan selalu merakam fotonya dari semasa ke semasa. Semua itu membuat aku jadi riang.


Sesuatu yang tidak mampu aku terjemahkan perasaan ini. Yang aku tahu bila bersamanya hari-hariku menjadi indah. kalau pulang ke rumah bila pintu dia kuak, dia akan terkedek-kedek berlari dan memeluk aku. Dia terlalu...dan terlalu manja dgnku sehingga dia kian membesar dengan montel aku tidak pernah merasa penat mendukungnya. Kalau aku tidak melayannya, dia sudah pandai merajuk dan semakin nakal.


Masihku ingat detik-detik yang xmungkin aku lupakan...pada tanggal 1 januari 2015. Ibrahim Khalilullah demam, suhu badannya panas. Dia mahu dipeluk erat,mungkin badannya terasa dingin. Dari maghrib dia lena dibahuku. Jantung kami berbicara dan aku tidak meletakkan dia di tilam walau dia sudah lama terlena. Sudah umminya bagi makan ubat, dia menangis tidak senang duduk. Aku menjaganya sampai jam 3 pagi. Kakchik terlalu penat lena dibilikku. Aku masukkan baby dalam buai dengan rasa mengantuk yang teramat sangat.


Kaget, baby menggigil secara tiba2. cepat aku kejut kakchik. Baby makin kuat menggigil dengan aneh sekali. Kakchik cpt2 menerpa A.chik yang saat itu bangun dengan terkejut sekali dan terpinga-pinga. Suasana saat itu hanya aku yang tahu, baby tb2 lemah terkulai, hela nafasnya terlalu perlahan seperti sedang nazak. Matanya terbeliak ke atas seperti sudah mahu pergi. Mujurlah kakchik ada ilmu kedoktoran, di tepuk baby dgn kuat dan baby dimandikan separuh badan sambil membaca ayat qursi. Aku telefon ambulan dgn menekan-nekan telefon tapi tdk tahu mahu dail nombar apa..panik! a.chik sepantas kilat bsiap ambil kunci untuk bawa baby ke hospital. ketika ingin membuka pintu kunci sampai terjatuh ke lantai kerana terlalu lemah semangatku. Menggigil seluruh badanku, aku ketakutan!


Malam itu aku menangis semahu-mahu. Aku berwuduk lalu solat dua rakaat semoga baby dalam selamat. Aku meratib tasbih mawar putih sehingga aku terlena sekejap. Apabila bangun cepat-cepat aku call A.chik. Alhamdlillah...segala selamat. Doktor kata suhu badan baby naik dengan mendadak dan terkena jangkitan kuman kuku dan kulit.
Demi Allah...
seumur hidupku tidak pernah diburu rasa takut sebagaimana takutnya aku melewati detik-detik itu.
Selepas kejadian itu bila baby demam aku sangat berjaga-jaga. Tidurku tak lena.


Sewaktu aku memutuskan untuk menyambung master di UIN Jakarta hal yang aku fikirkan bagaimana aku mahu berpisah dengnnya sdgkan klu aku kerja di Serendah atau kursus dimerata tempat aku terasa kehidupan aku kosong, sepi dan kehilangan. Namun atas keinginan hati yang kuat mengatakan bahawa aku harus merantau demi kebaikan diri sendiri. Aku tetap melangkah...
kerana
 Suatu hari nanti...aku dan baby juga terpaksa berpisah.


Lumrah alam sesuatu yang kita cintai itu perlu bersandarkan kepada PemberiNya yakni Allah.
Aku bisik pada hati, aku perlu kuat...jika tidak hari ini kelak juga aku akan berpisah dengan semua kecintaan aku. Batas cinta sewaktu di dunia ini pasti bersyarat dan sesungguhnya cinta itu kan menuntut "sesuatu" daripadamu.


Sehari sebelum aku berangkat, aku letakkan baby di atas ribaku, ak cakap dgn baby...
"Baby, dgr ni...esok ciklang nak sambung belajar jauh di Jakarta. Baby mst tau ciklang xtinggal baby, ciklang selalu selalu ingat baby, ciklang selalu syg baby. "
Dia bingkas bangun peluk aku, mukanya memek sedih. Dia menatap lama wajahku...
Hatiku luluh


Seolah-olah si kecil kecintaanku ini memahami segalanya. Wahai Allah, Kau jagalah dia... membesar dalam CintaMu dan jadikan dia lelaki yang perkasa imannya, yang mulia peribadinya dan tuntunilah dia unruk menjadi hambaMu yang soleh.


 Andai baby boleh bercakap...
apa yang baby nak bgtau ciklang ya.
Aku sedikit menjauhi baby, supaya hatiku ini tidak terlalu berat. Malam itu baby tido dgn umminya.
Hinggalah sampai di aiport sesudah aku salam dengan semua orang, baby dlm troli meronta sedikit mahu dgn aku sambil dia menjerit kecil namaku
"Eyang eyang eyang."


 sama seperti anak saudara yg baru blh bercakap akan panggil aku cikyang.
Aku mengambilnya, di peluk aku lama...aku bg pada umminya, dtg lagi peluk aku.
Hatiku kebal hari itu kerana malamnya aku sudah puas menangis.
Akan tetapi saat ini
aku
terlalu
merinduinya.


Rabbi...
sampaikan rinduku padanya.

Friday 27 December 2013

Bertemu Tuan Guru!

Inspirasi kasih di pantai irama
Pulang sekejap ke kampung tercinta atas urusan penting namun tidak terjangkau dek akal akan berlakunya dua tiga perkara sepantas putaran waktu, anugerah  terindah dari tuhan.
Alhamdulillah.
Ribut  exam dan thesis masih belum reda di bumi Usim ini 
namun masih sempat mencuri masa emas untukku coret sesuatu agar ia menjadi 
mutiara mahal berkilau untuk kamu, kamu dan kamu semua.
Pagi semalam aku mendapat panggilan Ustaz Wan Zul ( PA Tok Guru ) atas respon untuk temu ramah Tok Guru berkaitan dengan thesis.
 Semua orang hairan dengan macam-macam persoalan.
" Thesis pasal Tok Guru??? Boleh ke???Lulus eh??? Biar betul??"
Ya. Ini memang betul-betul!

Impian untuk aku bertemu tokoh ulama' Kelantan, bahkan diiktiraf sebagai ulama' dunia telah aku pendam sekian lama, kata orang muslimat tidak boleh bertemu Tok Guru secara face to face. Kalau sudah namanya impian, aku pasti akan mencari jalan untuk realitikannya.
 Akalku mencari penyelesaian, bermula menyiapkan perancangan ingin mengkaji kehidupan serta kepimpinan hebat Tok Guru kemudian aku akan interview Tok Guru dan aku ingin sekali memberi sesuatu hadiah kepada beliau dengan huluran tanganku sendiri. Thesis menjadi alasan kukuh untuk aku bertemu beliau. Bila berjumpa SV, Abi Doc Salah dan aku usulkan proposal tentang Tuan Guru. Katanya dalam bahasa arab :
"Masyaallah! itu sahabat saya!"
dan  dengan senangnya tajukku diluluskan.
Alhamdulillah.
Sampai di pejabat IPTG SUK, turun sahaja dari kereta, kami disambut baik oleh PA Tok Guru, Ustaz Wan Zul di depan pintu.  Gemuruh dan excited bercampur aduk itu lenyap saat kaki melangkah masuk ke pejabat. Hening dan tenang suasana, kelihatan Tuan Guru sedang membaca akhbar, lantas aku memberi salam.

Pemimpin berjiwa rakyat.
Salamku disambut dan adik lelakiku mencium tangannya. Disebabkan aku bawa Adib dan Kak Ngah untuk menjadi peneman menyebabkan ruang terbatas dan tidak cukup kerusi, kami terpaksa beralih tempat. Tok Guru bangun mengagahkan dirinya yang tua lalu duduk di kerusi biasa. Seorang bekas menteri bertanyakan nama, tempat belajar dan sebagainya persis seorang datuk prihatin bertanya khabar tentang pengajian cucunya. 
Wajahnya yang tenang mendamaikan jiwa namun keuzurannya dipenghujung usia menyentuh hati. Tiba-tiba aku gusar dan bimbang akan kehilangan orang tua yang ketika itu berada dihadapanku. 
Pantas sekali teringat pada kata-kata ini :
 "Sesungguhnya Allah tidak mencabut (menghilangkan) ilmu daripada manusia.
 Tetapi Allah mencabut ilmu dengan roh (mematikan) para ulama. Sehinggalah tiada lagi orang yang alim (ulama) yang tinggal. Ketika itu manusia akan melantik ketua mereka yang jahil. Apabila orang menanyakan sesuatu, mereka mengeluarkan fatwa tanpa asas ilmu. Maka, sesatlah mereka dan menyesatkan orang lain."
 ( Hadis Riwayat Imam al-Bukhari )
Doaku dari sudut hati yang paling dalam
semoga Allah panjangkan umur Tok Guru dengan kesihatan yang baik. Amin.

Soalan yang berlambak untuk ditanya aku batalkan saja,mahu seringkas yang mungkin dengan bertanyakan soalan-soalan yang terlalu penting kerana kasihankan Tok Guru.
Aku jelaskan yang aku sudah banyak mengkaji buku-buku serta latar belakang Tok Guru, cuma apa yang aku ingin tahu, siapakah idola dan teladan disebalik Tok Guru dalam kepimpinan. 
Kata Tok Guru yang aku ubah sedikit bahasanya, insyaallah tidak akan lari daripada maksud asal :

"Orang pertama yang saya ikut adalah ayah saya sendiri, kerana ayah saya ini guru mengajar Alquran dan ibu saya juga mengajar Alquran, ilmu agama, nahu soraf semuanya saya perolehi daripada ayah. Tempat belajar sama ada dirumah atau belajar dihutan kerana ayah saya suka buka tanah-tanah hutan. Setiap kali pergi, ayah akan bawa saya dan bersamanya akan dibawa kitab, iaitu kitab Ihya' Ulumuddin dan kitab hikam Ibnu Athoillah Assakandari serta Al-quran. Kedua-dua kitab ini adalah kitab tasawuf .
 Ayah saya seorang yang suka bangun pagi dalam jam 4 pagi kemudian membaca Al-quran yang melibatkan ayat-ayat berkaitan hari qiamat, syurga neraka dan dosa pahala. Seperti surah Al-Waqiah dan surah Yaasin. Jadi ikutan saya adalah keluarga sendiri. Disamping itu ayah saya selalu berulang alik belajar dengan Tok Kerosan ( Syed Hassan) di Kg Sireh iaitu orang Kerosan, Afghanistan. Dia datang ke tanah melayu zaman dahulu untuk ke Mekah dengan berniaga kain dan juga ayah belajar dengan pemikiran Haji Wan Musa daripada Kubang Pasu, khabarnya beliau seorang mufti khas sultan dan terkenal sebagai orang alim. Pemikiran dua insan ini mempengaruhi ayah bahkan juga mempengaruhi saya."

Sempat lagi hati kecilku mendesis
"Ooo..Ayah dan Mak orang yang hebat, patutlah anaknya pun hebat."
Masyaallah
Pentingnya peranan seorang ayah dan ibu dalam mendidik anak-anak.

PA & Tok Guru
"Selepas itu saya ke India, bila kita pergi ke negeri orang, banyak benda-benda yang kita lihat kelainan pada negeri orang dengan negeri kita. Memang sudah menjadi kebiasaan ada kelainan sekalipun ke Singapura, Amerika dan bila saya ke India juga ada kelainan di sana yang mudah mempengaruhi saya seperti solat jemaah. 
Solat jemaah ini biasanya orang tidak suka dan tidak bersungguh-sungguh. Orang kita bila masuk masjid pasti akan menyandar tubuhnya ditiang, tidak kira Tok Lebai ke sesiapa sahaja, sepatutnya kita terus ke soff pertama. Orang melayu tidak suka duduk di soff pertama. Sampai sekarang pun, orang melayu tidak suka ke hadapan dan suka duduk dibelakang. Perangai orang melayu jenis malu, jenis memalas dan jenis bettak! (lembab). Bila orang iqamat, mereka masih duduk lagi sampai kena panggil  dan berlarutan hingga ke hari ini, seperti contoh masjid dirumah saya bila orang iqamat saya bangun tapi mereka masih lagi duduk tidak kira yang berserban atau berkopiah, kena kata "bangun" barulah mereka bangun.
Perangai orang kita tidak suka berada dihadapan, boleh jadi puncanya ini yang menyebabkan kita mundur dalam ekonomi. Ekonomi jatuh kepada orang cina dan ianya bukan salah orang cina tapi kerana Melayu yang pemalas.
Pemalas, tiada jati diri, tidak ada inisiatif  dan benda inilah yang selalu saya marah. 
Hal ini tidak ada di India, bila ke masjid para jemaah akan terus ke soff pertama untuk solat jemaah.  Dalam empat ke lima tahun saya disana, di bilik asrama tempat saya duduk tidak ada pelajar yang solat sendirian, semuanya solat jemaah."

Perhatikan pada kerusi tempat beliau duduk.
Subhanallah.
 Tok Guru bercakap umpama pemuda yang semangatnya berkobar-kobar, lembut tapi tegas dan kalamnya menusuk jantung hati.
Lalu aku tidak bazirkan waktu bertanyakan pada Tok Guru tentang prinsip dalam bekerja sebagai seorang pemimpin. Jawab beliau :

"Prinsip saya adalah Lillahitaala. 
Nak tegak islam dan menimbulkan suasana Islam di Kelantan khasnya. Kalau kita pegang islam tapi orang tak terpikat dan tidak ada suasana islam maka ia tidak sempurna. Islam itu perlu nampak. Macam komunis, kita ke negeri komunis, kita akan nampak komunisnya. Kita ke Amerika, kita nampak demokrasinya dan kita orang islam harus nampak suasana islam. Bila jumpa dengan orang kena bagi salam, senyum, halal haram kena ingat, barang orang, kasut selipar, beg orang kalau kita jumpa kita kena rasa itu hak milik orang dan bukan hak milik kita walau beg gelembong (gemuk) dengan duit kerana itu adalah yang orang punya. Suasana islam ini perlu ditimbulkan dalam kepimpinan islam. Di Kelantan sekarang alhamdulillah suasana islam dapat dilihat adalah orang perempuan bertudung. Sewaktu saya mula-mula memerintah, dalam 100 orang perempuan nak cari yang bertudung pun tidak ada. Semua berambut kerinting dan di KB bercambah kedai-kedai buat rambut kerinting. Hatta kita dalam solat kita kena bertudung, jika nampak sehelai rambut guru kata batal solat dan benda seperti inilah yang selalu saya ulang-ulang. Menteri-menteri tidak ada yang sebut."

Seriusnya beliau bila berpesan soal aqidah.
Lalu aku bertanya lagi tentang bagaimana hubungan Tok Guru dengan rakyat jelata dan kata beliau :

"Tidak kira saya wakil rakyat, guru biasa atau rakyat, semua hamba Allah. Tidak boleh kita sama sekali jadi hamba Allah yang lebai kerjanya mnghadap Allah, solat jemaah, bertahlil dan duduk di atas surau sepanjang masa tanpa hiraukan orang sekeliling itu bukan ciri-ciri orang islam.
 Itu adalah orang melayu. Orang islam adalah orang yang menjaga 
"hablumminallah wa hablumminannas", ada tali dengan Allah dan juga ada tali dengan manusia. Sebab tu dalam islam, sunat melawat orang sakit, orang jemput jamuan kenduri kita pergi, orang miskin kita cuba usaha untuk tolong, seperti berlaku banjir di Terengganu hari itu, kita di Kelantan buat derma. Anjuran  derma ini bukan kerana parti, tidak. Kerana kita orang islam dan kita diajar oleh islam , kena tolong " wata'awanu birri ala takwa",
 kamu mesti kena tolong, bukan kerajaan tapi Allah yang suruh tolong menolong. 
Kerana susah ini bukan hanya untuk mereka, akan ada masa kita akan susah lebih-lebih lagi bila kita di alam kubur. Soal alam kubur, Mungkar Nangkir tidak ada disebut dalam sekular, Umno atau demokrasi.
 Tidak ada cerita di alam kubur kerana orang yang tolak islam nak hidup hanya di atas dunia. Mana boleh kita duduk diatas dunia saja, bumi ini bukan kita yang buat. Bumi ini adalah ciptaan Allah dan Dia ciptakan hanya sekejap. Saya berumur 83 tahun sekarang dan saya akan mati. Jika saya doktor saya akan mati, kalau saya bomoh pun saya tetap akan mati."

Aku diam khusyuk mendengar, menahan air mata daripada berkolam. Sungguh, aku pendosa tanpa noktah...terkadang terleka macam hidup kekal atas dunia, langsung tak ingat nak mati. Telinga masih lagi mendengar kalam azimat itu.


Bila pemimpin mentarbiah rakyatnya taat kepada Allah.

"Bila mati, bukan kita reepput (hilang rasa maksudnya, susah jugak aku nak translate loghat Kelantan ke bahasa surat ni =D ), tulang kita akan hancur tapi kita tetap hidup di alam kubur sama seperti kita hidup dialam rahim. Hidup juga,tapi tidak bernafas, tidak makan dan tak minum. Dalam perut ibu hidup kita ada caranya, atas bumi hidup ada caranya dan dalam kubur pun hidup ada caranya . 
Benda-benda seperti ini hanya Tok lebai  bercerita dalam Umno, Perdana menteri tidak pernah bercerita, menteri besar pun tidak pernah sebut. Apa yang mereka cakap adalah pembangunan, jalan raya dan sebagainya. Akhir sekali rakyat jadi seperti hari ini. Mencuri, merompak, membunuh guna pistol dan sebagainya. Jika tidak ada dalam hati manusia Melayu taqwa kepada Allah, lupa malaikat kiri kanan adalah kerana para menteri tidak pernah sebut soal ini, yang sebutnya hanya lebai-lebai kampung. Jadi mana ada orang nak dengar dan orang nak terima."

Allah...
Sekilas mengimbau saat aku membaca sirah khalifah-khalifah islam terunggul. 
Aku seolah-olah hanyut ke zaman pemerintahan khalifah Umar Abdul Aziz, ulama' dan umara' yang sangat menjaga akidah dan agama rakyatnya.
Benarlah.
Bertemu ulama' adalah nikmat yang sukar diterjemah,
bicaranya buat iman kian bertambah.
Alhamdulillah.

Lalu aku ajukan lagi soalan daripada Doc Salah berkaitan dengan manhaj Tok Guru dalam kepimpinan.
"Manhaj saya adalah apa yang saya kata, saya buat. Saya suruh orang solat, saya solat. Saya suruh orang derma maka saya derma." Ringkas dan padat jawapan beliau.

Soalan aku kali ini adalah tentang apakah rahsia-rahsia kejayaan Tok Guru, dengan merendah diri beliau menjawab,
 " Itu yang orang kata, saya tak boleh kata apa-apa. " Kami semua ketawa kecil. Kelihatan wajahnya menguntum senyuman.
Beliau menyambung lagi, " Orang tertarik dengan saya boleh jadi kerana apa yang saya kata saya kota, saya mengajar alquran setiap hari jumaat. Sewaktu hari pertama saya sampai di Kota Baru selepas pulang belajar daripada Mesir, petang itu juga saya disuruh oleh ayah mengajar. Ayat mula-mula yang saya baca pada hari pertama mengajar adalah Surah Annas dan seterusnya mengajar hingga ke hari-hari yang berikut. Sewaktu Dato Asri memerintah, saya dijemput mengajar setiap malam jumaat dan bila Umno menang, saya tidak dibernar dan tidak dijemput mengajar maka saya mengajar di pejabat Pas. Bila Pas sudah lama memerintah, saya meminta izin daripada majlis perbandaran untuk mengajar depan pejabat Pas sampailah sekarang."

Allahuakbar.
Beruntung menjadi penduduk Kelantan,
rakyatnya ditarbiah dan didik sendiri oleh menterinya.

Soalan akhir  aku meminta nasihat kepada Tok Guru buat kepimpinan muda pada hari ini dan Tok Guru berpesan,
" Pemimpin muda perlu ingat kita manusia Allah buat untuk satu perkara tidak kira melayu, india, orang putih. 
Bila sebut manusia hanya satu iaitu "liya'budun" supaya jadi hamba. Tidak kira cina, orang putih, orang hitam, Amerika, Jerman, Perancis selagi tidak haiwan, tidak maiaikat maka kena jadi hamba tuhan.
 Bila hamba macam mana?
 Bererti kena ikut apa yang "Bos" suruh kita buat, "Bos" larang kita kena tinggal. 
Amal makruf nahi mungkar."

Allahurabbi...
Terngiang-ngiang suara tua Tok Guru mengucapkan terima kasih terlebih dahulu kepadaku. Indahnya akhlak seorang menteri yang berilmu tinggi namun langsung tidak sombong diri. Aku tersenyum dan membalas agar Tok Guru mendoakan agar di permudahkan urusanku, urusan keluargaku dan juga kejayaanku. Kami berbual sekejap bila Tok Guru dan PA bertanya tentang pengajian tahun akhirku.

Hadiah buat Tuan Guru akhirnya sampai ke tangan beliau.
Sebelum bersurai, sehelai sejadah hijau aku hadiahkan buat Tuan Guru tanda kecintaanku pada ulama’-ulama’ pewaris ilmu para nabi. Alangkah indahnya perasaanku sebagai rakyat biasa saat sejadah itu menjadi tempat sujud dengan jiwa kehambaan seorang ulama’. Semoga sehelai sejadah hijau menjadi saksi buat diriku kelak yang aku sangat mencintai ulama’ dan orang-orang soleh meskipun aku belum termasuk di dalam golongan mereka. Namun aku tetap berharap moga suatu hari nanti aku akan berada bersama-sama dengan golongan seperti itu. Dan aku membenci pula orang-orang yang suka berbuat maksiat kepada Allah meskipun aku sebenarnya, juga termasuk di dalam golongan itu."


Gambar yang selalu membuatkan aku hiba, terdidik dengan sifat hamba.
Amaranku buat manusia yang suka mencaci, menfitnah dan mencela ulama', sedarlah bahawa Imam Ibnu 'Asakir rahimahullah berkata "Ketahuilah wahai saudaraku, bahawa daging para ulama itu beracun. Siapa saja yang melepaskan lisannya dengan berbagai cacian dan makian terhadap para ulama, maka sebelum mati, Allah s.w.t. akan menimpakan cubaan baginya berupa hati yang mati. Oleh sebab itu, tidak boleh sama sekali mencemarkan nama baik para ulama dan memfitnah mereka, selama-lamanya!" Mufti Perak, Dato' Seri Dr. Hj. Harussani Hj. Zakaria pernah menjelaskan bahawa perbuatan menghina ulama adalah haram! 

=) Kenangan bukuku ditandatangan.
Buat sekalian kalinya, hati ini tidak sayu bahkan langsung tidak pilu meninggalkan desa tercinta. Ku genggam harapan dan ku bawa semangat Tuan Guru, pesanan dan taujihatnya tersemat kukuh dalam kotak fikiran, moga jadi panduan dihari mendatang. 
Exam & thesis menunggu di hadapan!
Mujahadah dan berusahalah!

Jika engkau mahukan kemesraan dengan Allah,
Maka engkau mesti garang terhadap dirimu.
 Kalau engkau sudah merasai manisnya berhubung dengan Allah,
Tahulah engkau bagaimana pahitnya berpisah denganNya.
 (Muhammad b. Abdullah asy-syibli)

Thursday 21 November 2013

Tanpa tajuk!


"Kuat ya...
Be strong.
U can do it!
Jangan bersedih...
Awak tak boleh macam ni... awak kena kuat.
Kami tempah ini special untuk awak.
Saya selalu ada dengan awak, lepaskan semuanya pada saya.
Saya takkan biarkan awak selagi ia tidak pulih.
Ini untuk awak, saya nak awak senyum.
Saya bagi semua ni nak tengak awak gembira.
Jom, tempat ni akan buat awak ceria.
Tolong, jangan buat kami menangis.
Tengok ni, awak mesti ketawa.
Saya selalu doakan awak
Saya sayang awak.
Senyumlah."

Itu ungkapan sahabat-sahabat seperjuangan,
 kata mereka mahu berkampung denganku di Syurga Allah kelak.
Alhamdulillah 
punya teman-teman sebegini
merekalah membentuk senyuman.

Namun
semua itu tidak akan dapat merubah takdir dan keadaan.
sudah tertulis ceritanya begitu oleh Sang Pencipta.
Redha & pasrah.

Di dalam teratak lemas berkabus
Aku membuka pintu hikmah, 
memandang perjalanan yang masih amat jauh.

aku masih disini...
cukup.
keluarlah.
meneruskan pengembaran kehidupan
dengan berkompaskan ibrah.


Sekarang?
sudah tidak ada masa untuk berpentas
berkarate
berkuda
dan 
memanah.
Biasanya semua itu teman akrab perangsang semangat.
sesuatu kebiasaan yang aku hampir terlupa...
 telah lama tinggalkan catatan
yang hari ini aku kembali coretkan.
saat ini..
apa yang perlu?
mujahadah dan karatelah sgala nafsu & kelemahan persis mempertahankan diri daripada musuh.
panahlah target dan matlamat bersungguh-sungguh, rasakan ia sepertimana waktu aku memegang busur.
berusaha, gigih kemudian bertenanglah sekencang lariannya dan tenteram 
sepertimana saat mengendalikan kuda tunggangan.

yang pasti...
ia sakit dan perit!

Hadirkan perasaan kesungguhan minat dan jadikan ia hobi kebiasaan.
Pasti semuanya dalam keadaan baik dan cemerlang.


Tahun akhir tidak seperti masa lalu,
 dalam seminggu perlu berhadapan dengan 10 task study
paling kurang 3 metting.
thesis
interview
test
program
exam yang tinggal hanya 4 minggu.
sangat terasa...
 mahu tinggalkan semua!

Namun catatan pusaka Albanna mengetuk hati dan akal fikiran,
putus asa bukanlah akhlak orang islam.
dalam hakikat kehidupan hari ini
adalah mimpi bagi yang kelmarin
dan mimpi hari ini adalah hakikat bagi esok
selagimana waktu masih lagi lapang
selagi mana masih ada anasir-anasir kezaliman yang melakukan kerosakan
ini krn tdk selama-lamanya golongan lemah itu lemah buat selama-lamanya dan tidak pula 
selama2nya org yg kuat itu kuat selama-lamanya.


Usaha
usaha
usaha
untuk jadi hamba yang terbaik
kerana aku hidup bukan lama
jadi...
izinkanlah Ya Allah,
Untuk aku benarkan kata-kata, impian dan kekuatanku
segaris dgn apa yang aku lakukan
hanya untuk menujumu Tuhan.

kelemahan bukan melemahkan,
kekuatan itu seringkali ditinggalkan
pada tahjud dpertiga malam.

prinsip ahli songo yang diberi kekuatan fizikal mental adalah...
 terbang tanpa sayap...melompat tanpa kaki!
kelebihan dan kehebatan,
kebergantungan
segalanya daripada Allah.


Dia yang pergi memberi hembusan semangat pada dunia.
contoh jasad yang memiliki roh yang mulia.
semoga pengakhiran hidupku juga sama.
syahid dan mendapatkan syurga.

Life is a journey from Allah to Allah.



Monday 15 July 2013

Bulan AlQuran..



Separuh dedaun jiwa berguguran menyembah bumi


bukan bererti


pokoknya telah mati.


~Ramadan...satu perjuangan!~

Thursday 6 June 2013

Selamat Tinggal Dunia...


(Dia yang kukenali mmg baik...sngguh istiqamah..smgt buat kerja..Minggu lepas dia minta contoh kertas2 kerja utk buat program. Program pembinaan..membina permata harapan untuk Islam. kebetulan..laptop aku problem..tak dapat emel apa yang dimahukannya. Hari-hari dia contact..tnya pasal kertas kerja tu. dia seakan-akan TAK DAPAT TUNGGU lagi..bunyi mcm URGENT sangat. stelah diusahakn, alhamdulillah..dpt lah emelkan kat dia. Jadi aku tanya, bila nak buat program tu? nmpak urgent je..dia pun jawab..program tu sebenarnya plan nk buat bulan 12 nanti. What???? Bulan 12?? Tapi kejar aku mcm nak buat program minggu depan.Menurutnya..saja nak plan awal2. Hmm..sempat jugak dia ajak aku jd AJK. Itu cerita Minggu yang lalu. SEMALAM, dpat berita..dia sudah selamat ke sana..berjumpa Yang Maha Pencipta. Kemalangan di Ayer Keroh. Tekedu. Terbayang wajahnya seketika. Rupanya, apa yang dikejarnya bukan program itu, tapi persediaan untuk program, spya berjalan lancar. Malah yang lebih penting, PERSEDIAAN untuk dirinya, untk bertemu Yang Esa. Dia mahu membuat AMAL KEBAJIKAN sebanyak mungkin. Sungguh kagum dengan sahabat ni...wlpn bukanlah rapat..tp ukhuwah yg tertaut rasa begitu kukuh. Padahal jumpa pun seingat aku hnya 3 kali..iaitu sewaktu program.)

(Pg ni bt smua bnda xkena... Kemana2 tbayang wajahmu dan gelagatmu... Aku kena terima hakikat ini. Aku knl dirimu.. Engkau tdk suka shbt susah krnmu...engkau tdk suka mlihat shbtmu bduka...dlm kmi bduka..psti engkau akn mnimbulkn kgmbiraan. Kini engkau tlh pergi...ya pergi btemu kekasih kita smua. Engkau mdahului kmi... Kmi mjadi saksi selama dirimu hidup... Engkau bsungguh dalam grk kerja islam dan tidak pernah bputus asa dalm berdakwah...)

(Arwah Hafizuddin Mohd Hanafiah selamat dikebumikan.. Begitu ramai yang solatkan jenazah & mengeringinya ke kubur.. Ketika di dunia, dia sngt komited dgn kerja2 dakwah, sngt kuat bekerja untuk membantu keluarga serta menjaga solat jemaah di masjid/surau..Menganggapnya seperti abg sendiri kerana sering membantuku dari semua sudut sehingga dia bimbang jika aku tiada wang saku untuk belanja.. Moga Allah tempatkan dikau dikalangan para syuhada'..Maafkan sy abg, sejujurnya tidak dpt menahan air mata sejurus nmpk van jenazah, ketika solat serta mengiringi mu hingga ke kubur. Allahurabbi...)

(Doakan wahai teman buat dirinya. adik ini orangnya baik, kuat bekerja dan pernah diberitahu padaku dirinya bakal berkahwin tapi ketentuan Allah adalah penentu segala galanya. aku mendoakan agar keluarga adik hafizuddin sabar dan arwah mendapat ganjaran syurga dari Yang Esa..amiin.)

Bait kata diatas adalah luahan jiwa sahabat-sahabat yang berjuang semedan dengannya, kalam itu mampu menitiskan air mata sesiapa yang mengenalinya, hati-hati di dunia ini merintih pilu menangisi kehilangan sang permata. Namun apakan daya, takdir ini telah menentukan sesuatu yang  terbaik untuk insan sebaiknya. Allah rindu untuk bertemu dengannya lalu Izrail melamar maut dan bertamulah dihadapan Allah pada tarikh yang sekian lama tercatat di luh mahfuz...29 Mei 2013. Sesungguhnya Kematian adalah kepastian yang tak dapat dipercepat mahupun dilambatkan. Tidak kira dalam maksiat mahupun iman, didalam sukar mahupun senang. Maut itu tidak boleh dihalang sekali pun kita berada didalam kubu yang kukuh dan utuh! 

Note terakhir yang dipostkan oleh Arwah di FB:
 (perkongsian bersama dari kuliah ustaz Azrul, pada saat kita dimandikan,sebenarnya roh kita telah diangkat ke langit,
lapisan 1- roh kita ditanya apakah kita ini Islam? selepas itu roh kita diangkat lagi
lapisan 2- roh kita ditanya tentang solat kita? selepas bila lepas, roh kita diangkat lagi
lapisan ke-3- roh kita ditanya pulak tentang harta kita masa kat dunia? pastu diangkat lagi
lapisan ke4- roh kita ditanya
lapisan ke5- roh kita ditanya
lapisan ke6- roh kita ditanya hubungan kita dengan keluarga, sahabat handai, jiran tetangga, senang kata hablum minannas..
lapisan ke7- roh kita ditanya tentang perjuangan kita untuk agama Allah.
maaf saya terlupa plak, 3 n 4, sape2 yang tau boleh tambah ye....... td yang ikut saya Hamdan n abg Bidin, hope dapat la tambah yang kurang ni... lemahnya diri ini untuk mengingati ilmu tersebut......)

Teringat aku pada kenangan yang lampau saat kami adik beradik bergurau senda dan mencuba kasut yang tumitnya tinggi 5 inci dikedai Kak Chik. Dia menghampiri kami dalam bersahaja "Orang perempuan haram memakai kasut yang bunyi tup tap tup tap." Kemudian dia menyambung lagi  "Cantik memang cantik tapi tak boleh kalo menarik perhatian orang lelaki." Kami tersengih-sengih walau tidak ada keinginan pun untuk memiliki kasut tersebut. Kenangan-kenangan lalu pasti akan menjadi peguam bela yang terbaik di mahkamah Allah kelak dengan mendakwa segala kebaikan padanya dimata kami semua, boleh aku kata dia bakal ahli keluarga kami yang terbaik! Cukuplah sekadar itu, tidak mahu coretanku ini menambah duka pada jiwa yang sedang menderita dan berdukacita atas pemergiannya. Ingin aku abadikan ia disini bukan untuk meratapi satu kehilangan tetapi sebagai satu renungan buat kita yang masih diberi ruang dan peluang untuk terus meneguk nikmat iman dan islam dalam melayari bahtera kehidupan.


Alfatihah,salam sejahtera ke atasmu dalam penempuh alam hakiki.
Hari itu cuaca membentangkan senja yang redup, hujan renyai-renyai dalam barakah   hikmah kasih yang terpisah, seolah-olah alam ini turut mengerti dan mengiringi kesudahannya. Suasana tenang tidak mampu mendamaikan gementar sukma ketika talqin di bacakan. Wahai pemilik jiwa yang tenang, semoga malaikat  meriah menyambut rohmu dilangit syurga. Ya Allah...saksikanlah segala kebaikan dan ketulusannya didunia maka Kau permudahkanlah dia di alam sana. Ampunilah dia, rahmatilah dia, luaskan kuburnya, jauhinya dari kegelapan dan anugerahkanlah nur Mu yang bercahaya, peliharalah dari azab kubur dan seksaan api neraka. Kemudian tempatkanlah dia ditempat syurga yang mulia. Amin Ya Rabb.. 


Hari ini gilirannya dan kita semua pasti akan menyusuli, jangan pernah lupa atau buat-buat lupa yang kita semua adalah bakal jenazah! Kita telah diintai dan dirisik oleh malaikat sebanyak 70 kali sehari tanpa kita sedari. Dalam hadis diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud:
Malaikat Maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa. Maka berkata Izrail:
"Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah SWT untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok dan bergelak ketawa."

Kelu dan terdiam seketika mendengar kalimah itu. Takut bukan??? Zikir buat diriku sendiri, manusia yang mudah lupa dan alpa, juga buat kamu, kamu dan kamu semua yang masih hidup. Cukuplah kematian itu sebagai teguran, pengajaran dan peringatan KERANA bila kematian menjemput segalanya sudah tiada guna, roh akan menghadap Allah penuh kehambaan serta akur dengan perintah tuhan. Jasad kaku tidak lagi gagah semegah dulu dan terputuslah hubungan dengan insan yang dikasihi juga dicintai...sekali gus dengan  buana kehidupan.

Saat itu tidak ada lagi kudrat untuk menghalang takdir, jasad diarak menuju bilik kecil yang sempit lantaran itu badan yang seringkali derhaka pada tuhannya di dunia ditimbus dengan tanah lalu ditinggalkan sendirian. Gelap gelita tanpa sesiapa, teman mahupun harta, ketika itu kita sudah tidak berdaya untuk keluar kembali kedunia miskinpun meraung air mata darah untuk diberi kesempatan bertaubat hanya sesaat cuma. Tiada upaya untuk merangkak keluar dari lubang kubur bertaubat kepada Yang Esa dan memohon ampun pada manusia! Maka roh akan berhadapan dengan dua malaikat yang menakutkan serta menggetarkan rasa. Jasad yang ketika di dunia, tampan kaya bergaya, cantik terdedah sini sana, pangkat tinggi mendabik dada dan jelita memukau mata akan menjadi hidangan cacing dan  makanan ulat. Itulah aturan alam!



.Aku ada terbaca satu artikal dalam Oh Islam tentang tanda-tanda kematian.
100 hari sebelum kematian – Ini adalah tanda pertama dari Allah kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.

40 hari sebelum kematian – Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

7 hari sebelum kematian – Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba ianya berselera untuk makan.

3 hari sebelum kematian – Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

1 hari sebelum kematian – Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Hari kematian – Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Baginda Rasullullah S.A.W bersabda, “Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu”.

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi, “Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail. Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang disekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya”.

Telah pun Allah memberi tanda-tanda sedemikian yang pada aku tanda tersebut hanya orang-orang yang beriman dan yang menyiapkan dirinya kepada kematian diberi "rasa" untuk memahami tanda itu bila kematian datang menghampiri mereka.
Sahabat-sahabat...
Seandainya kita tahu bila saat ajal itu datang merenggut nyawa, pasti kita tidak akan lagi bersenda gurau serta bermain-main dengan umur. Akan tetapi itu semua adalah rahsia Allah, kita hanya perlu mempersiapkan bekal sebanyak mungkin untuk menghadapi sesuatu yang bakal terjadi. Buka mata...buka minda dan jiwa, apakah kita akan termasuk penghuni syurga atau nerakaNya??? Nauzubillah.

Wallahua'lam.