Friday 25 September 2015

CATATAN RINDU!


Bismillah...
 aku mulakan kembali coretan pada halaman yang berhabuk lagi berdebu. 
Pejam celik pejam celik rupanya sudah dua tahun aku tidak menulis. Ak ingin sekali "berbicara" tentang sesuatu disini, Mungkin kerana saat ini hatiku dirundung pilu, jiwa ini tak tertahan rindu, suasana berubah menjadi sendu
 dan kedua mataku bersinar syahdu. 
Mengapa begini wahai diri?
Kelu.
Namun ini kisahku.
Aku puteri yang ke-7 daripada 10bersaudara. Anak fruitku saat ini sudah mencecah 21 orang. Dalam 21 orang itu hanya satu yang ditakdirkan untuk aku menjaganya. Ketika itu aku masih menuntut di USIM. Kakchik, kekanda kesayangan aku yang ke4 menanggung sakit tidak bisa bersalin secara normal kerana kandungannya songsang dan terpaksa melalui proses pembedahan. Malam itu aku bergegas drive daripada USIM ke Shah Alam sendirian.


 Keesokkan hari lahirlah bayi suci yang dinamakan IBRAHIM KHALILULLAH. Kerana Kakchik tidak boleh bergerak dan masih sakit, aku cuba menjaga kakakku berserta baby sekali. Untuk kekanda yang menjagaku dengan baik umpama bonda selama ini, ku syampu rambutnya, segarkan wajahnya yg lesu, lap badannya, mengurut kakinya dan menyiapkan makanannya walau hanya bubur kosong. Aku lakukan semua itu dengan senang hati dan gembira sekali kerana aku tak mampu melihatnya sakit...hatiku cedera.


Maka bermulalah episod keadaan memaksa aku untuk berjaga malam kalau baby menangis, saat itu juga untuk pertama kali aku tidur dengan si kecil yang sangat comel, aku mengurus kehidupannya hari-hari. Sehinggalah aku praktikal dan bekerja dia tetap ada tidur disamping aku saban malam. Ragamnya tidak sedikitpun membuatkan aku terasa penat dan terbeban.


Malam-malam kadang2 dia tidak mahu tidur sampai 5-6 pagi bahkan kadang-kadang sampai jam 8-9 pagi matanya masih segar. Bila siang muncul aku suka mengusiknya tidur namun dia tetap lena tergolek-golek. Aku usung dia ke sana ke mari agar dia bangun dan tidak berjaga malam. Tapi dia...buat dekkk je!


 Waktu malam, dia sgt suka menganggu aku tidur, berguling-guling si montel dan suka duduk diatas mukaku lalu terkekeh-kekeh ketawa kalau aku pura-pura marah. Dia membesar dengan penuh keindahan pada kedua mataku, daripada umur sehari, meniarap,merangkak, berjalan sehinggalah berlari penuh riang. Aku akan selalu merakam fotonya dari semasa ke semasa. Semua itu membuat aku jadi riang.


Sesuatu yang tidak mampu aku terjemahkan perasaan ini. Yang aku tahu bila bersamanya hari-hariku menjadi indah. kalau pulang ke rumah bila pintu dia kuak, dia akan terkedek-kedek berlari dan memeluk aku. Dia terlalu...dan terlalu manja dgnku sehingga dia kian membesar dengan montel aku tidak pernah merasa penat mendukungnya. Kalau aku tidak melayannya, dia sudah pandai merajuk dan semakin nakal.


Masihku ingat detik-detik yang xmungkin aku lupakan...pada tanggal 1 januari 2015. Ibrahim Khalilullah demam, suhu badannya panas. Dia mahu dipeluk erat,mungkin badannya terasa dingin. Dari maghrib dia lena dibahuku. Jantung kami berbicara dan aku tidak meletakkan dia di tilam walau dia sudah lama terlena. Sudah umminya bagi makan ubat, dia menangis tidak senang duduk. Aku menjaganya sampai jam 3 pagi. Kakchik terlalu penat lena dibilikku. Aku masukkan baby dalam buai dengan rasa mengantuk yang teramat sangat.


Kaget, baby menggigil secara tiba2. cepat aku kejut kakchik. Baby makin kuat menggigil dengan aneh sekali. Kakchik cpt2 menerpa A.chik yang saat itu bangun dengan terkejut sekali dan terpinga-pinga. Suasana saat itu hanya aku yang tahu, baby tb2 lemah terkulai, hela nafasnya terlalu perlahan seperti sedang nazak. Matanya terbeliak ke atas seperti sudah mahu pergi. Mujurlah kakchik ada ilmu kedoktoran, di tepuk baby dgn kuat dan baby dimandikan separuh badan sambil membaca ayat qursi. Aku telefon ambulan dgn menekan-nekan telefon tapi tdk tahu mahu dail nombar apa..panik! a.chik sepantas kilat bsiap ambil kunci untuk bawa baby ke hospital. ketika ingin membuka pintu kunci sampai terjatuh ke lantai kerana terlalu lemah semangatku. Menggigil seluruh badanku, aku ketakutan!


Malam itu aku menangis semahu-mahu. Aku berwuduk lalu solat dua rakaat semoga baby dalam selamat. Aku meratib tasbih mawar putih sehingga aku terlena sekejap. Apabila bangun cepat-cepat aku call A.chik. Alhamdlillah...segala selamat. Doktor kata suhu badan baby naik dengan mendadak dan terkena jangkitan kuman kuku dan kulit.
Demi Allah...
seumur hidupku tidak pernah diburu rasa takut sebagaimana takutnya aku melewati detik-detik itu.
Selepas kejadian itu bila baby demam aku sangat berjaga-jaga. Tidurku tak lena.


Sewaktu aku memutuskan untuk menyambung master di UIN Jakarta hal yang aku fikirkan bagaimana aku mahu berpisah dengnnya sdgkan klu aku kerja di Serendah atau kursus dimerata tempat aku terasa kehidupan aku kosong, sepi dan kehilangan. Namun atas keinginan hati yang kuat mengatakan bahawa aku harus merantau demi kebaikan diri sendiri. Aku tetap melangkah...
kerana
 Suatu hari nanti...aku dan baby juga terpaksa berpisah.


Lumrah alam sesuatu yang kita cintai itu perlu bersandarkan kepada PemberiNya yakni Allah.
Aku bisik pada hati, aku perlu kuat...jika tidak hari ini kelak juga aku akan berpisah dengan semua kecintaan aku. Batas cinta sewaktu di dunia ini pasti bersyarat dan sesungguhnya cinta itu kan menuntut "sesuatu" daripadamu.


Sehari sebelum aku berangkat, aku letakkan baby di atas ribaku, ak cakap dgn baby...
"Baby, dgr ni...esok ciklang nak sambung belajar jauh di Jakarta. Baby mst tau ciklang xtinggal baby, ciklang selalu selalu ingat baby, ciklang selalu syg baby. "
Dia bingkas bangun peluk aku, mukanya memek sedih. Dia menatap lama wajahku...
Hatiku luluh


Seolah-olah si kecil kecintaanku ini memahami segalanya. Wahai Allah, Kau jagalah dia... membesar dalam CintaMu dan jadikan dia lelaki yang perkasa imannya, yang mulia peribadinya dan tuntunilah dia unruk menjadi hambaMu yang soleh.


 Andai baby boleh bercakap...
apa yang baby nak bgtau ciklang ya.
Aku sedikit menjauhi baby, supaya hatiku ini tidak terlalu berat. Malam itu baby tido dgn umminya.
Hinggalah sampai di aiport sesudah aku salam dengan semua orang, baby dlm troli meronta sedikit mahu dgn aku sambil dia menjerit kecil namaku
"Eyang eyang eyang."


 sama seperti anak saudara yg baru blh bercakap akan panggil aku cikyang.
Aku mengambilnya, di peluk aku lama...aku bg pada umminya, dtg lagi peluk aku.
Hatiku kebal hari itu kerana malamnya aku sudah puas menangis.
Akan tetapi saat ini
aku
terlalu
merinduinya.


Rabbi...
sampaikan rinduku padanya.

No comments:

Post a Comment