Wednesday 13 March 2013

Ulang tahun pertama!


(Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani)

Nun! Demi kalam dan apa yang mereka tulis.
Dengan kurnia Tuhanmu engkau (Muhammad) bukanlah orang yang gila.
Dan sesungguhnya bagi engkau pahala yang tidak putus-putus.
Dan sesungguhnya engkau benar-benar berbudi pekerti yang agung.
Maka kelak engkau akan melihat dan mereka (orang-orang kafir) pun akan melihat. 
 Siapa di antara kamu yang gila?
Sungguh Tuhanmu, Dialah yang paling mengetahui siapa yang sesat daripada jalan-Nya , dan Dialah yang paling mengetahui siapa yang mendapat petunjuk.
Maka janganlah engkau patuhi orang yang mendustakan (ayat-ayat Allah).
Maka mereka menginginkan supaya engkau bersikap lembut, lalu mereka bersikap lembut.
Dan janganlah engkau patuhi orang-orang yang suka bersumpah dan menghina. 
Yang suka mencela, menyebarkan fitnah.
Yang menghalangi kebaikan, yang melampaui batas lagi banyak dosa.
Yang bersikap kasar, selain daripada itu terkenal kejahatannya. 
Kerana dia mempunyai harta dan anak-anak.
 Apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat Kami (Allah), dia berkata: " (ini adalah) Dongengan orang dahulu kala." 

    Firman indah Allah bersumpah demi pena dari Surah Al-Qalam ayat 1-15 lebih dari cukup untuk dijadikan panduan ummat sepanjang zaman. Sedar tidak sedar hari ini genap setahun umurku (Amanah dari syurga). 
Alhamdulillah...

Tidak pernah aku mengimpikan untuk mempunyai satu hamparan blog yang dapat aku lakarkan bait-bait tentang apa sahaja dengan jari jemariku.
 Sekudus penghargaan buat sahabat sejatiku yang sudi menciptakan blog ini sebagai tempat untuk aku melabuhkan hobi. 
Bahkan bukan sekadar itu ia membuatkan aku selalu gembira dengan menulis, 
menulis adalah jalan yang terbaik untuk aku mengingatkan diri sendiri. 
Dengan menulis juga sinergi motivasi menguatkan diri kerana saat menulis hatiku berbisik meninggal taujihat pada laman hati.
Demi Allah dan keagungan CintaNya,
 dirimu diberkati...

Teringat aku pada pesanan murabbi,
kita bukan ulamak yang mampu menulis berjuta kitab
untuk dijadikan panduan seluruh ummat
kita hanya orang biasa yang diberi pelbagai kemudahan teknologi
menulislah sesuatu yang boleh menjadi saham di akhirat nanti
walau tidak seberapa tetapi boleh diamalkan setiap hari.

Suatu hari nanti tulisan-tulisanku akan menjadi kenangan usang
di atas padang sejarah aku mungkin akan dilupakan
meskinpun aku ramai kenalan 
pada saat akan tiba itu aku hanya sendirian
dengan menulis juga mengingatkan aku kepada kematian.

Aku tidak punya masa seperti biasa
harus segera aku noktahkan
sebagai tatapan untuk kalian aku akhirkan dengan kalam wangian syurga alim ulamak
"Jika engkau tidak dapat menjadi penulis yang bermanfaat,
jadilah pembaca yang memberi manfaat pada orang lain."
(Tuan Ibrahim Tuan Man)

"Manusia akan mati bila-bila masa
tetapi tulisannya boleh kekal selama-lamanya
maka tulislah perkataan yang menyebabkan kita gembira di akhirat kelak."
(Habib Umar)

"Menggunakan internet untuk menyampaikan suara Islam dan memperlihatkan Islam merupakan satu jihad utama!"
(Kitab Fiqhul Jihad - Prof Dr Yusuf Al-qardawi)

Wallahua'lam.








4 comments:

  1. Sanah Helwah jannah.. teruskan usahamu.. insya ALLAH sahabatmu ini sentiasa menjadi pembaca setia untuk setiap amanah dari syurga yang kau kirimkan.. support aku tuk mencintaimu dan menyayangimu kerana Allah :) be the best in ur life fiddunya wal akhirat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe setahun jagung umur gue! terima kasih ya Maisarah teman lenaku. Aku senang bangat sama cinta dan kasihmu buatku. Kasih ku jgk utkmu kok tapi cintaku milik org lain!.hihi =D insyaallah sahabatku...doakan jannah.uhibbuki fillah =)

      Delete
  2. yakkk... owng thu.. ingat kita bdk kecik lg kerrr?? >dialog upin ipin< hehehe.. ye la... setiap usai solatku.. tidak akan kulupa teman seperjuangan di cc di kala susah n senang... dlm tangis dan tawa,, dlm gaduh n gurau senda.. n stiap gerakan nadi bersamamu ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. aduuu..ayat xleh bla! oh Maisarah..bait katamu persis azimat yg menyihir jantung hempeduku.. =D whatever, syukran a lot ya hanani. =) doamu inspirasi hati. peace! ^^

      Delete