Allahuallah..allah |
Sayu..tak tertahan airmata untuk dibendung dari terus mengalir.
Sebak didada masih kuat mencengkam diri.
Sepi sendirian memujuk hati agar dukacita itu pergi.
Sepi sendirian memujuk hati agar dukacita itu pergi.
Cukup terasa kehilangan..
Berita yang tiba-tiba begitu menyentap jiwa
Sehingga tulisanku penuh emosi mengikut rentak rasa.
Dukaku bukan kerana berpisah dengan kekasih hati,
bukan juga kerana diri dilukai atau dicaci maki.
Tapi..
kerana Murabbi cintaku telah pergi...
Bagai semalam aku mendengar taujihad daripada Sang Murabbi,
terngiang-ngiang suara tua beliau menyampaikan amanat saat hati serta fikiranku dalam tekanan dan himpitan suatu ketika dulu...
dan kali terakhir berjumpa beliau dalam keadaan uzur dan tidak berkudrat tapi semangat juangnya masih gagah
menyebarkan kalam tarbiah.
dan kali terakhir berjumpa beliau dalam keadaan uzur dan tidak berkudrat tapi semangat juangnya masih gagah
menyebarkan kalam tarbiah.
Wajahnya yang tenang dan bersih penuh kasih menutur bait-bait bicara.
Ketegasan dakwah disaluti cinta pasti menggamit hati
sesiapa yang menjadi mad'unya.
sesiapa yang menjadi mad'unya.
Tanggal 14 June 2012 bersamaan 24 Rejab 1433,
diufuk barat membentangkan senja yang mendamaikan
Murabbiku Ustaz Ya menyusun helaian-helaian terakhir
susunan kitab haraki perjuangan.
susunan kitab haraki perjuangan.
Sebaik saja selesai helaian terakhir susunan karangannya sendiri,
tidak ada siapa yang menduga saat itu adalah
hembusan nafas terakhir beliau.
hembusan nafas terakhir beliau.
Allah sedia menjemputnya kira-kira jam 6.20 petang, itulah ketetapan masa yang telah tercatat di Luh Mahfuz. AlFatihah..
Ustaz Ya,
Walau jasadmu tidak ada bersama dalam perjuangan agama, namun semangat dan kata-katamu masih tetap dan akan terus ada.
Berbahagialah kamu guruku disana..
moga malaikat meriah menyambut kepulanganmu pejuang agama.
Begitulah akhir hidup seorang daie, langkah dan lariannya tidak mengenal erti penat lelah dan putus asa dalam perjuangan,
hingga husnul khatimahnya begitu cantik sebagai penutup tirai filem seorang abid... Jalan sketsanya seolah-olah dapat dirasakan itu adalah detik-detik terakhir baginya, dengan menyusun naskah-naskah untuk ditinggalkan sebagai amal jariah dan ilmu yang bermanfaat.
Subhanallah!
Terbayang dimata wajah-wajah insan sekelilingku yang pergi menyambut seruan ilahi, Tok sedaraku yang meninggal dua minggu yang lepas, Datuk dan Nenek kesayangan, Tok sedaraku yang akrab bagai datuk sendiri, Paklong, Pendidikku Ustaz Nik Jid, Teman-teman seperjuangan yang pergi dalam usia muda..Kak Pa, Kak Hanan, Bedul dan
Saudara kandung yang amat aku cintai walau tak pernah
melihat wajah dan menatap matanya...
Abang Muhammad.
Cukuplah kematian itu menjadi pengajaran untuk mereka
yang masih hidup.
Ustaz Ya,
Walau jasadmu tidak ada bersama dalam perjuangan agama, namun semangat dan kata-katamu masih tetap dan akan terus ada.
Bagai lena dan rehat panjang wajahnya..putih bersih kemerah-merahan |
moga malaikat meriah menyambut kepulanganmu pejuang agama.
Begitulah akhir hidup seorang daie, langkah dan lariannya tidak mengenal erti penat lelah dan putus asa dalam perjuangan,
hingga husnul khatimahnya begitu cantik sebagai penutup tirai filem seorang abid... Jalan sketsanya seolah-olah dapat dirasakan itu adalah detik-detik terakhir baginya, dengan menyusun naskah-naskah untuk ditinggalkan sebagai amal jariah dan ilmu yang bermanfaat.
Subhanallah!
Terbayang dimata wajah-wajah insan sekelilingku yang pergi menyambut seruan ilahi, Tok sedaraku yang meninggal dua minggu yang lepas, Datuk dan Nenek kesayangan, Tok sedaraku yang akrab bagai datuk sendiri, Paklong, Pendidikku Ustaz Nik Jid, Teman-teman seperjuangan yang pergi dalam usia muda..Kak Pa, Kak Hanan, Bedul dan
Saudara kandung yang amat aku cintai walau tak pernah
melihat wajah dan menatap matanya...
Abang Muhammad.
Cukuplah kematian itu menjadi pengajaran untuk mereka
yang masih hidup.
Ya Allah.. ampunilah mereka..
Rahmatilah mereka, luaskan kuburnya, jauhi mereka dari kegelapan dan anugerahkanlah nur Mu yang bercahaya, peliharalah mereka dari azab kubur dan seksaan api neraka. Kemudian tempatkanlah mereka
ditempat syurga yang mulia. Amin Ya Rabb..

Penghormatan buat kali terakhir |
Daripada Abdullah bin ‘Amr r.a., Nabi s.a.w. bersabda:
"Sesungguhnya Allah tidak mencabut (menghilangkan) ilmu daripada manusia.
Tetapi Allah mencabut ilmu dengan roh (mematikan) para ulama. Sehinggalah tiada
lagi orang yang alim (ulama) yang tinggal. Ketika itu manusia akan melantik
ketua mereka yang jahil. Apabila orang menanyakan sesuatu, mereka mengeluarkan
fatwa tanpa asas ilmu. Maka, sesatlah mereka dan menyesatkan orang lain."
( Hadis Riwayat Imam al-Bukhari )
Teruskan menulis kerana tulisan jannah sangat bagus. Menulislah dari hati, maka tulisan itu akan menyentuh hati..
ReplyDeleteAl-Fatihah... kita x pernah mengenali ustaz ini jannah. dengan pendekatan seperti ini, (melalui penulisan), kali pertama mengenalinnya, jadi jatuh cinta ^^
ReplyDeleteinsyaallah..
ReplyDelete