(Dia yang kukenali mmg baik...sngguh istiqamah..smgt buat
kerja..Minggu lepas dia minta contoh kertas2 kerja utk buat
program. Program pembinaan..membina permata harapan untuk Islam. kebetulan..laptop aku problem..tak dapat emel apa yang
dimahukannya. Hari-hari dia contact..tnya pasal kertas kerja tu. dia seakan-akan TAK DAPAT TUNGGU lagi..bunyi mcm URGENT
sangat. stelah diusahakn, alhamdulillah..dpt lah emelkan kat dia. Jadi aku tanya, bila nak buat program tu? nmpak urgent je..dia pun jawab..program tu sebenarnya plan nk buat bulan 12
nanti. What???? Bulan 12?? Tapi kejar aku mcm nak buat program
minggu depan.Menurutnya..saja nak plan awal2. Hmm..sempat jugak dia ajak
aku jd AJK. Itu cerita Minggu yang lalu. SEMALAM, dpat berita..dia sudah selamat ke sana..berjumpa
Yang Maha Pencipta. Kemalangan di Ayer Keroh. Tekedu. Terbayang wajahnya seketika. Rupanya, apa yang dikejarnya bukan program itu, tapi
persediaan untuk program, spya berjalan lancar. Malah yang lebih penting, PERSEDIAAN untuk dirinya, untk
bertemu Yang Esa. Dia mahu membuat AMAL KEBAJIKAN sebanyak mungkin. Sungguh kagum dengan sahabat ni...wlpn bukanlah rapat..tp
ukhuwah yg tertaut rasa begitu kukuh. Padahal jumpa pun seingat aku hnya 3 kali..iaitu sewaktu
program.)
(Pg ni bt smua bnda xkena... Kemana2 tbayang wajahmu dan
gelagatmu... Aku kena terima hakikat ini. Aku knl dirimu.. Engkau tdk suka shbt
susah krnmu...engkau tdk suka mlihat shbtmu bduka...dlm kmi bduka..psti engkau
akn mnimbulkn kgmbiraan. Kini engkau tlh pergi...ya pergi btemu kekasih kita
smua. Engkau mdahului kmi... Kmi mjadi saksi selama dirimu hidup... Engkau bsungguh dalam
grk kerja islam dan tidak pernah bputus asa dalm berdakwah...)
(Arwah Hafizuddin Mohd Hanafiah selamat dikebumikan.. Begitu
ramai yang solatkan jenazah & mengeringinya ke kubur.. Ketika di dunia, dia
sngt komited dgn kerja2 dakwah, sngt kuat bekerja untuk membantu keluarga serta
menjaga solat jemaah di masjid/surau..Menganggapnya seperti abg sendiri kerana sering membantuku
dari semua sudut sehingga dia bimbang jika aku tiada wang saku untuk belanja..
Moga Allah tempatkan dikau dikalangan para syuhada'..Maafkan sy abg, sejujurnya tidak dpt menahan air mata
sejurus nmpk van jenazah, ketika solat serta mengiringi mu hingga ke kubur.
Allahurabbi...)
(Doakan wahai teman buat dirinya. adik ini orangnya baik,
kuat bekerja dan pernah diberitahu padaku dirinya bakal berkahwin tapi
ketentuan Allah adalah penentu segala galanya. aku mendoakan agar keluarga adik hafizuddin sabar dan arwah
mendapat ganjaran syurga dari Yang Esa..amiin.)
Bait kata diatas adalah luahan jiwa sahabat-sahabat yang berjuang semedan dengannya, kalam itu mampu menitiskan air mata sesiapa yang mengenalinya, hati-hati di dunia ini merintih pilu menangisi kehilangan sang permata. Namun apakan daya, takdir ini telah menentukan sesuatu yang terbaik untuk insan sebaiknya. Allah rindu untuk bertemu dengannya lalu Izrail melamar maut dan bertamulah dihadapan Allah pada tarikh yang sekian lama tercatat di luh mahfuz...29 Mei 2013. Sesungguhnya Kematian adalah kepastian yang tak dapat dipercepat mahupun dilambatkan. Tidak kira dalam maksiat mahupun iman, didalam sukar mahupun senang. Maut itu tidak boleh dihalang sekali pun kita berada didalam kubu yang kukuh dan utuh!
Note terakhir yang dipostkan oleh Arwah di FB:
(perkongsian bersama dari kuliah ustaz Azrul, pada saat kita
dimandikan,sebenarnya roh kita telah diangkat ke langit,
lapisan 1- roh kita ditanya apakah kita ini Islam? selepas
itu roh kita diangkat lagi
lapisan 2- roh kita ditanya tentang solat kita? selepas bila
lepas, roh kita diangkat lagi
lapisan ke-3- roh kita ditanya pulak tentang harta kita masa
kat dunia? pastu diangkat lagi
lapisan ke4- roh kita ditanya
lapisan ke5- roh kita ditanya
lapisan ke6- roh kita ditanya hubungan kita dengan keluarga,
sahabat handai, jiran tetangga, senang kata hablum minannas..
lapisan ke7- roh kita ditanya tentang perjuangan kita untuk
agama Allah.
maaf saya terlupa plak, 3 n 4, sape2 yang tau boleh tambah
ye....... td yang ikut saya Hamdan n abg Bidin, hope dapat la tambah yang
kurang ni... lemahnya diri ini untuk mengingati ilmu tersebut......)
Teringat aku pada kenangan yang lampau saat kami adik beradik bergurau senda dan mencuba kasut yang tumitnya tinggi 5 inci dikedai Kak Chik. Dia menghampiri kami dalam bersahaja "Orang perempuan haram memakai kasut yang bunyi tup tap tup tap." Kemudian dia menyambung lagi "Cantik memang cantik tapi tak boleh kalo menarik perhatian orang lelaki." Kami tersengih-sengih walau tidak ada keinginan pun untuk memiliki kasut tersebut. Kenangan-kenangan lalu pasti akan menjadi peguam bela yang terbaik di mahkamah Allah kelak dengan mendakwa segala kebaikan padanya dimata kami semua, boleh aku kata dia bakal ahli keluarga kami yang terbaik! Cukuplah sekadar itu, tidak mahu coretanku ini menambah duka pada jiwa yang sedang menderita dan berdukacita atas pemergiannya. Ingin aku abadikan ia disini bukan untuk meratapi satu
kehilangan tetapi sebagai satu renungan buat kita yang masih diberi ruang dan
peluang untuk terus meneguk nikmat iman dan islam dalam melayari bahtera kehidupan.
Hari itu cuaca membentangkan senja yang redup, hujan renyai-renyai
dalam barakah hikmah kasih yang terpisah, seolah-olah alam ini turut mengerti dan mengiringi kesudahannya. Suasana tenang tidak mampu mendamaikan gementar sukma ketika talqin di bacakan. Wahai pemilik jiwa yang tenang, semoga malaikat meriah
menyambut rohmu dilangit syurga. Ya Allah...saksikanlah segala kebaikan dan ketulusannya didunia maka Kau permudahkanlah dia di alam sana. Ampunilah dia, rahmatilah dia,
luaskan kuburnya, jauhinya dari kegelapan dan anugerahkanlah nur Mu yang
bercahaya, peliharalah dari azab kubur dan seksaan api neraka. Kemudian
tempatkanlah dia ditempat syurga yang mulia. Amin Ya Rabb..
Hari ini gilirannya dan kita semua pasti akan menyusuli, jangan pernah lupa atau buat-buat lupa yang kita semua adalah bakal jenazah! Kita telah diintai dan dirisik oleh malaikat sebanyak 70 kali sehari tanpa kita sedari. Dalam hadis diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud:
Alfatihah,salam sejahtera ke atasmu dalam penempuh alam hakiki. |
Hari ini gilirannya dan kita semua pasti akan menyusuli, jangan pernah lupa atau buat-buat lupa yang kita semua adalah bakal jenazah! Kita telah diintai dan dirisik oleh malaikat sebanyak 70 kali sehari tanpa kita sedari. Dalam hadis diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud:
Malaikat Maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa. Maka berkata Izrail:
"Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah SWT untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok dan bergelak ketawa."
Kelu dan terdiam seketika mendengar kalimah itu. Takut bukan??? Zikir buat diriku sendiri, manusia yang mudah lupa dan alpa, juga buat kamu, kamu dan kamu semua yang masih hidup. Cukuplah kematian itu sebagai teguran, pengajaran dan peringatan KERANA bila kematian menjemput segalanya sudah tiada guna, roh akan menghadap Allah penuh kehambaan serta akur dengan perintah tuhan. Jasad kaku tidak lagi gagah semegah dulu dan terputuslah hubungan dengan insan yang dikasihi juga dicintai...sekali gus dengan buana kehidupan.
Saat itu tidak ada lagi kudrat untuk menghalang takdir, jasad diarak menuju bilik kecil yang sempit lantaran itu badan yang seringkali derhaka pada tuhannya di dunia ditimbus dengan tanah lalu ditinggalkan sendirian. Gelap gelita tanpa sesiapa, teman mahupun harta, ketika itu kita sudah tidak berdaya untuk keluar kembali kedunia miskinpun meraung air mata darah untuk diberi kesempatan bertaubat hanya sesaat cuma. Tiada upaya untuk merangkak keluar dari lubang kubur bertaubat kepada Yang Esa dan memohon ampun pada manusia! Maka roh akan berhadapan dengan dua malaikat yang menakutkan serta menggetarkan rasa. Jasad yang ketika di dunia, tampan kaya bergaya, cantik terdedah sini sana, pangkat tinggi mendabik dada dan jelita memukau mata akan menjadi hidangan cacing dan makanan ulat. Itulah aturan alam!
.Aku ada terbaca satu artikal dalam Oh Islam tentang tanda-tanda kematian.
100 hari
sebelum kematian – Ini adalah tanda pertama dari Allah kepada hambanya dan
hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walau bagaimanapun
semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak
sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu
dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau
seakan-akan mengigil.
40 hari
sebelum kematian – Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian
pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita
akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah. Maka malaikat maut
akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita
antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi
malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini
terjadi, mereka yang terpilih akan merasakan seakan-akan bingung seketika.
7 hari sebelum
kematian – Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji
dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba
ianya berselera untuk makan.
3 hari
sebelum kematian – Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi
kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka
berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis
dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini
juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit
hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya
dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan
beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan
perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
1 hari
sebelum kematian – Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan
satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini
menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
Hari
kematian – Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk
di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke
bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan
berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita
kembali kepada Allah yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan
pula.
Baginda
Rasullullah S.A.W bersabda, “Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan
masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan
kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga
sampai ke lutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk
menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar.
Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari
perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali
datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga
sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu”.
Sambung
Rasullullah S.A.W. lagi, “Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka
malaikat Jibrail akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang
yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman
itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada
disekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat
terus pandangannya kepada sayap Jibrail. Kalau orang yang nazak itu orang
munafik, maka Jibrail akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang
nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu
tidak lagi melihat orang disekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya
apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya”.
Telah pun Allah memberi tanda-tanda sedemikian yang pada aku tanda tersebut hanya orang-orang yang beriman dan yang menyiapkan dirinya kepada kematian diberi "rasa" untuk memahami tanda itu bila kematian datang menghampiri mereka.
Sahabat-sahabat...
Seandainya kita tahu bila saat ajal itu datang merenggut nyawa, pasti kita tidak akan lagi bersenda gurau serta bermain-main dengan umur. Akan tetapi itu semua adalah rahsia Allah, kita hanya perlu mempersiapkan bekal sebanyak mungkin untuk menghadapi sesuatu yang bakal terjadi. Buka mata...buka minda dan jiwa, apakah kita akan termasuk penghuni syurga atau nerakaNya??? Nauzubillah.
Wallahua'lam.