Monday, 15 July 2013

Bulan AlQuran..



Separuh dedaun jiwa berguguran menyembah bumi


bukan bererti


pokoknya telah mati.


~Ramadan...satu perjuangan!~

Thursday, 6 June 2013

Selamat Tinggal Dunia...


(Dia yang kukenali mmg baik...sngguh istiqamah..smgt buat kerja..Minggu lepas dia minta contoh kertas2 kerja utk buat program. Program pembinaan..membina permata harapan untuk Islam. kebetulan..laptop aku problem..tak dapat emel apa yang dimahukannya. Hari-hari dia contact..tnya pasal kertas kerja tu. dia seakan-akan TAK DAPAT TUNGGU lagi..bunyi mcm URGENT sangat. stelah diusahakn, alhamdulillah..dpt lah emelkan kat dia. Jadi aku tanya, bila nak buat program tu? nmpak urgent je..dia pun jawab..program tu sebenarnya plan nk buat bulan 12 nanti. What???? Bulan 12?? Tapi kejar aku mcm nak buat program minggu depan.Menurutnya..saja nak plan awal2. Hmm..sempat jugak dia ajak aku jd AJK. Itu cerita Minggu yang lalu. SEMALAM, dpat berita..dia sudah selamat ke sana..berjumpa Yang Maha Pencipta. Kemalangan di Ayer Keroh. Tekedu. Terbayang wajahnya seketika. Rupanya, apa yang dikejarnya bukan program itu, tapi persediaan untuk program, spya berjalan lancar. Malah yang lebih penting, PERSEDIAAN untuk dirinya, untk bertemu Yang Esa. Dia mahu membuat AMAL KEBAJIKAN sebanyak mungkin. Sungguh kagum dengan sahabat ni...wlpn bukanlah rapat..tp ukhuwah yg tertaut rasa begitu kukuh. Padahal jumpa pun seingat aku hnya 3 kali..iaitu sewaktu program.)

(Pg ni bt smua bnda xkena... Kemana2 tbayang wajahmu dan gelagatmu... Aku kena terima hakikat ini. Aku knl dirimu.. Engkau tdk suka shbt susah krnmu...engkau tdk suka mlihat shbtmu bduka...dlm kmi bduka..psti engkau akn mnimbulkn kgmbiraan. Kini engkau tlh pergi...ya pergi btemu kekasih kita smua. Engkau mdahului kmi... Kmi mjadi saksi selama dirimu hidup... Engkau bsungguh dalam grk kerja islam dan tidak pernah bputus asa dalm berdakwah...)

(Arwah Hafizuddin Mohd Hanafiah selamat dikebumikan.. Begitu ramai yang solatkan jenazah & mengeringinya ke kubur.. Ketika di dunia, dia sngt komited dgn kerja2 dakwah, sngt kuat bekerja untuk membantu keluarga serta menjaga solat jemaah di masjid/surau..Menganggapnya seperti abg sendiri kerana sering membantuku dari semua sudut sehingga dia bimbang jika aku tiada wang saku untuk belanja.. Moga Allah tempatkan dikau dikalangan para syuhada'..Maafkan sy abg, sejujurnya tidak dpt menahan air mata sejurus nmpk van jenazah, ketika solat serta mengiringi mu hingga ke kubur. Allahurabbi...)

(Doakan wahai teman buat dirinya. adik ini orangnya baik, kuat bekerja dan pernah diberitahu padaku dirinya bakal berkahwin tapi ketentuan Allah adalah penentu segala galanya. aku mendoakan agar keluarga adik hafizuddin sabar dan arwah mendapat ganjaran syurga dari Yang Esa..amiin.)

Bait kata diatas adalah luahan jiwa sahabat-sahabat yang berjuang semedan dengannya, kalam itu mampu menitiskan air mata sesiapa yang mengenalinya, hati-hati di dunia ini merintih pilu menangisi kehilangan sang permata. Namun apakan daya, takdir ini telah menentukan sesuatu yang  terbaik untuk insan sebaiknya. Allah rindu untuk bertemu dengannya lalu Izrail melamar maut dan bertamulah dihadapan Allah pada tarikh yang sekian lama tercatat di luh mahfuz...29 Mei 2013. Sesungguhnya Kematian adalah kepastian yang tak dapat dipercepat mahupun dilambatkan. Tidak kira dalam maksiat mahupun iman, didalam sukar mahupun senang. Maut itu tidak boleh dihalang sekali pun kita berada didalam kubu yang kukuh dan utuh! 

Note terakhir yang dipostkan oleh Arwah di FB:
 (perkongsian bersama dari kuliah ustaz Azrul, pada saat kita dimandikan,sebenarnya roh kita telah diangkat ke langit,
lapisan 1- roh kita ditanya apakah kita ini Islam? selepas itu roh kita diangkat lagi
lapisan 2- roh kita ditanya tentang solat kita? selepas bila lepas, roh kita diangkat lagi
lapisan ke-3- roh kita ditanya pulak tentang harta kita masa kat dunia? pastu diangkat lagi
lapisan ke4- roh kita ditanya
lapisan ke5- roh kita ditanya
lapisan ke6- roh kita ditanya hubungan kita dengan keluarga, sahabat handai, jiran tetangga, senang kata hablum minannas..
lapisan ke7- roh kita ditanya tentang perjuangan kita untuk agama Allah.
maaf saya terlupa plak, 3 n 4, sape2 yang tau boleh tambah ye....... td yang ikut saya Hamdan n abg Bidin, hope dapat la tambah yang kurang ni... lemahnya diri ini untuk mengingati ilmu tersebut......)

Teringat aku pada kenangan yang lampau saat kami adik beradik bergurau senda dan mencuba kasut yang tumitnya tinggi 5 inci dikedai Kak Chik. Dia menghampiri kami dalam bersahaja "Orang perempuan haram memakai kasut yang bunyi tup tap tup tap." Kemudian dia menyambung lagi  "Cantik memang cantik tapi tak boleh kalo menarik perhatian orang lelaki." Kami tersengih-sengih walau tidak ada keinginan pun untuk memiliki kasut tersebut. Kenangan-kenangan lalu pasti akan menjadi peguam bela yang terbaik di mahkamah Allah kelak dengan mendakwa segala kebaikan padanya dimata kami semua, boleh aku kata dia bakal ahli keluarga kami yang terbaik! Cukuplah sekadar itu, tidak mahu coretanku ini menambah duka pada jiwa yang sedang menderita dan berdukacita atas pemergiannya. Ingin aku abadikan ia disini bukan untuk meratapi satu kehilangan tetapi sebagai satu renungan buat kita yang masih diberi ruang dan peluang untuk terus meneguk nikmat iman dan islam dalam melayari bahtera kehidupan.


Alfatihah,salam sejahtera ke atasmu dalam penempuh alam hakiki.
Hari itu cuaca membentangkan senja yang redup, hujan renyai-renyai dalam barakah   hikmah kasih yang terpisah, seolah-olah alam ini turut mengerti dan mengiringi kesudahannya. Suasana tenang tidak mampu mendamaikan gementar sukma ketika talqin di bacakan. Wahai pemilik jiwa yang tenang, semoga malaikat  meriah menyambut rohmu dilangit syurga. Ya Allah...saksikanlah segala kebaikan dan ketulusannya didunia maka Kau permudahkanlah dia di alam sana. Ampunilah dia, rahmatilah dia, luaskan kuburnya, jauhinya dari kegelapan dan anugerahkanlah nur Mu yang bercahaya, peliharalah dari azab kubur dan seksaan api neraka. Kemudian tempatkanlah dia ditempat syurga yang mulia. Amin Ya Rabb.. 


Hari ini gilirannya dan kita semua pasti akan menyusuli, jangan pernah lupa atau buat-buat lupa yang kita semua adalah bakal jenazah! Kita telah diintai dan dirisik oleh malaikat sebanyak 70 kali sehari tanpa kita sedari. Dalam hadis diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud:
Malaikat Maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa. Maka berkata Izrail:
"Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah SWT untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok dan bergelak ketawa."

Kelu dan terdiam seketika mendengar kalimah itu. Takut bukan??? Zikir buat diriku sendiri, manusia yang mudah lupa dan alpa, juga buat kamu, kamu dan kamu semua yang masih hidup. Cukuplah kematian itu sebagai teguran, pengajaran dan peringatan KERANA bila kematian menjemput segalanya sudah tiada guna, roh akan menghadap Allah penuh kehambaan serta akur dengan perintah tuhan. Jasad kaku tidak lagi gagah semegah dulu dan terputuslah hubungan dengan insan yang dikasihi juga dicintai...sekali gus dengan  buana kehidupan.

Saat itu tidak ada lagi kudrat untuk menghalang takdir, jasad diarak menuju bilik kecil yang sempit lantaran itu badan yang seringkali derhaka pada tuhannya di dunia ditimbus dengan tanah lalu ditinggalkan sendirian. Gelap gelita tanpa sesiapa, teman mahupun harta, ketika itu kita sudah tidak berdaya untuk keluar kembali kedunia miskinpun meraung air mata darah untuk diberi kesempatan bertaubat hanya sesaat cuma. Tiada upaya untuk merangkak keluar dari lubang kubur bertaubat kepada Yang Esa dan memohon ampun pada manusia! Maka roh akan berhadapan dengan dua malaikat yang menakutkan serta menggetarkan rasa. Jasad yang ketika di dunia, tampan kaya bergaya, cantik terdedah sini sana, pangkat tinggi mendabik dada dan jelita memukau mata akan menjadi hidangan cacing dan  makanan ulat. Itulah aturan alam!



.Aku ada terbaca satu artikal dalam Oh Islam tentang tanda-tanda kematian.
100 hari sebelum kematian – Ini adalah tanda pertama dari Allah kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.

40 hari sebelum kematian – Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

7 hari sebelum kematian – Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba ianya berselera untuk makan.

3 hari sebelum kematian – Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

1 hari sebelum kematian – Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Hari kematian – Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Baginda Rasullullah S.A.W bersabda, “Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu”.

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi, “Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail. Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang disekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya”.

Telah pun Allah memberi tanda-tanda sedemikian yang pada aku tanda tersebut hanya orang-orang yang beriman dan yang menyiapkan dirinya kepada kematian diberi "rasa" untuk memahami tanda itu bila kematian datang menghampiri mereka.
Sahabat-sahabat...
Seandainya kita tahu bila saat ajal itu datang merenggut nyawa, pasti kita tidak akan lagi bersenda gurau serta bermain-main dengan umur. Akan tetapi itu semua adalah rahsia Allah, kita hanya perlu mempersiapkan bekal sebanyak mungkin untuk menghadapi sesuatu yang bakal terjadi. Buka mata...buka minda dan jiwa, apakah kita akan termasuk penghuni syurga atau nerakaNya??? Nauzubillah.

Wallahua'lam.






Wednesday, 17 April 2013

Aku Hanya...

 Wajah Bumi Homs
 Dingin subuh Jumaat  mengigit urat saraf, aku menggeliat kecil. Terasa bahang pedih, badan yang sakit memaksa  aku membuka mata. Seperti kehilangan ingatan aku  terjaga dari lena, terpinga-pinga melihat teratak ku musnah. Kemudian aku berlari ke sana ke sini tidak berarah mencari kelibat ayah bonda. Amat menyakitkan sanubari bila sepasang mataku melihat mereka telah lebur dan terkubur bersama runtuhan itu. Jasadku  gementar, seluruh jiwaku terasa hilang…hatiku nyilu pilu. Tidak dapatku terima sebuah kenyataan, 
ini semua hanya mimpi!!! 
Aku menampar-nampar  wajah dan ternyata ia sakit sekali membuktikan aku bukan berfantasi. Tidak berputus asa, aku tercari-cari jika ada yang masih hidup namun hanya hampa yang ku temui. Langit yang sekian lama nan indah menghujani derita, taufan sengsara menghimpit dunia mencampakkan aku jauh ke padang sahara...gersang!
Siang yang cerah tidak lagi aku nikmati cahayanya. 
Aku kehilangan segalanya tatkala aku bangkit dari tidur. Sekelip mata!

“Allah... Allahuallah...” 
Hanya itu yang mampuku ucap, hati tenggelam lemas dalam lautan seksa sehingga tangisan kering tidak bersendu.
“Apa yang telah terjadi pada bumi Homs???” Aku menekup muka. Masih kebingungan,buntu.
Sayup-sayup kedengaran dari jauh bunyi dentuman, menggegarkan tubuh kecilku. Ketakutan menguasai namun sifat ingin tahu mengatasi segala mendorong aku jadi berani. Ku gagahi melangkahkan kaki yang lemah.

  Dapatku lihat seorang anak kecil berlari mendapatkan pemuda yang terbaring di tanah. Anak kecil itu berteriak kuat memeluk jasad lelaki yang terbujur kaku dihadapannya. Teresak-esak pilu suara serak itu memanggil.


Cinta mereka dirampas kejam.
 “Abi…Abi…Abi…buka matamu Abi, aku sudah kehilangan Ummi, tiada lagi tempat untukku di watan ini…” Merintih sayu, matanya melilau melihat tubuh ayahnya yang dikelar, darah syuhada harum mewangi keluar memancut dari sembilan das tembakan yang menumbusi jasad. Suara si kecil itu lirih, dia langsung tidak menghiraukan darah yang berlumuran, air mata tidak putus-putus bercucuran dari mata kuyunya.
Perwatakkannya tiba-tiba bertukar bengis persis singa berhadapan dengan musuh, dia bangkit dan menjerit nyaring.

“Wahai anjing- anjing Basyar! Tegar  sekali engkau membunuh Ayahandaku…engkau telah menghancurkan sandaranku! Apakah engkau  langsung tidak gentar dengan balasan  Allah!  Demi bumi Syam! 
Allah melaknati Basyar bersama sekutunya sekali pun mentari telah terbit di barat! 
Dia pasti menghukum kalian manusia durjana!!!
  
Seorang lagi kanak-kanak lelaki berlari lantas memeluk Umar  Alfaruq, seakan cuba menenangkan jiwa kecilnya yang sayat terluka.
“Umar! Umar… jangan meratapi ayahmu yang telah syahid. Ketahuilah, Ayah sedang gembira di langit syurga.” Umar Alfaruq tersedu sedan kecewa di bahu Hassan Ulubate. Sukmanya terhiris perit lalu dia kembali memeluk kejap dan mencium pipi ayahandanya, untuk sekian kali.
 Lama...seperti tidak mahu melepaskan. 

"Abi...biarlah air mataku ini yang menjadi saksi aku mencintaimu. Aku pasti akan menyertaimu...Semoga Allah memuliakanmu dan menghadiahi untukmu sebuah syurga." Bisik Umar Alfaruq seakan-akan berbicara dengan ayahandanya ketika hidup.

Anak syiria yang saling menguatkan antara satu sama lain.
Wajahku panas melihat peristiwa menyayatkan hati dan tubuhku kembali menggeletar ketakutan. Aku berlari sekuat tenaga, tanpa tujuan. Peristiwa ngeri sesaat tadi masih mengejar minda, jiwa halusku gentar! Lemah longlai lututku hingga aku terduduk di tanah yang terhampar runtuhan bangunan  hancur menyembah bumi.  Tubuh kecilku mengesot ke belakang dan aku sekali lagi menjerit bagaikan si gila yang hilang pedoman! Alangkah terkejutnya bila batu bata yang ku sangka binaan runtuh itu mempunyai mata, hidung dan mulut... 
Ia adalah kanak-kanak kecil yang mati kekerasan! 
Tidak sedar, kaki lemah ini berlari lagi meninggalkan tempat ngeri itu sehingga langkahanku terhenti. Tidak mampu lagi untuk berlari, aku merintih sayu, 
ombak tangisan terusan memalu. 
Menggeletar seluruh anggota badan, tiada upaya untuk berdiri.  
Bagai semalam  aku melihat kanak-kanak di daerah ini ketawa kegembiraan, wajahnya riang gembira. Mata suci sarat mengandung cinta dan kasih. Apa yang terjadi hari ini cukup berbeza, aku melihat darah di mana-mana. Keriangan telah dibunuh, kebahagiaan mereka dijajah.
 Hatiku rapuh, sukmaku luluh dan jasadku tiada gagah.
 Sangsi...tidak mengerti. 
Aku termenung melayani fikiranku sendiri, hanyut kebingungan. Tersentak  fikiran galauku dari lamunan bila hatiku terdetik untuk mencari kanak-kanak kecil tadi. 
Ya! 
Mencari Umar Alfaruq. 
Aku segera bingkas bangun.

Mentari dhuha membiaskan cahaya, di pinggir daerah itu beralaskan sejadah rumput dua anak kecil sedang bersujud. Si kecil itu adalah Umar AlFaruq dan Hassan Ulubate.
 Hatiku lega dan aku cuba menghampiri mereka.  Tiba-tiba seorang tentera datang mengheret kasar Hassan Ulubate lalu menendang tubuh kecil Umar Alfaruq ketika dahi mereka masih bersujud pada Al-Khaliq.

“Dasar anak bangsat!Sujud segera di kakiku! Sembahlah Basyar!” 
Perintah laknatullah itu sambil menghentak kepala Hassan dengan belakang senapangnya. 
Aku ketakutan menyorok di belakang pohon tamar. 

“Umar! Pergi dari sini!! Pergi!” 
Jerit Hassan Ulubate sambil meronta ingin melepaskan diri, hatinya tidak rela untuk sujud dikaki manusia jijik. Hassan Ulubate seolah-olah mengerti rohnya bakal berpisah dari badan bila berada dalam genggaman lelaki Syiah Nusairiyah. Umar Alfaruq berlari pergi dari situ. Keenggangan  Hassan Ulubate membuatkan kepalanya dihentak kasar sehingga pecah.

“Sujud kepadaku anak bangsat!”
 Kepala Hassan Ulubate di tolak sehingga wajah suci  itu menyembah kakinya. Hassan Ulubate berusaha melepaskan dirinya. Dia menangis hiba sambil meratib nama Allah, mengumpul kekuatan diri lantas  dia menjerit lantang tanpa gentar.

“Sehingga kiamat aku tidak akan menyembah manusia sehina kamu! Engkau diberi tangan untuk  membunuh kami akan tetapi engkau tidak bisa membunuh islam dalam jiwa kami! Engkau mempunyai kuasa untuk menyeksa  jasad kami tapi kami tidak sesekali akan beriman kepadamu! Engkau diberi izin menyakitkan nurani kami namun engkau tidak diberi ruang untuk membuang Rasulullah dihati kami. Kami anak-anak sunni tidak sedikit pun takut kepadamu wahai anjing Basyar. Aku mencela kamu sehingga diakhirat nanti…” Belum sempat Hassan Ulubate menghabiskan kata-katanya, lehernya dipatah  rakus tanpa belas ihsan.

Pemuda yang dijanjikan syurga.
“Bunuh Sunni dan masuk syurga!” 
Terbahak-bahak Askar itu ketawa.
 Umar  berlari menghampiri Hassan yang terkulai…Segalanya sudah terlambat.

“ Aku tahu aku bukan anak Palestin yang batu di jalanan menjadi senjata ajaib buat mereka. Namun batu ini juga turut bertasbih  kepada Allah, bersyukur serta tidak bongkak seperti anjing sial Basyar!
 Dengan nama Allah Yang  Maha Kuasa hancurkan laknatullah itu!!!”
 Umar berteriak nyaring sambil melemparkan batu sebesar genggaman tangannya. 
Batu itu terkena tepat kepala lelaki yang sekejap tadi megah menyombong, serta merta dia jatuh menggelupur kesakitan. Mulutnya berbuih, nafasnya turun naik kemudian terhenti.
  Pantas sekali Umar bersujud tanda berterima kasih atas bantuan Allah sebelum dia memeluk erat tubuh sahabat kesayangannya, Hassan Ulubate.

“Hassan…” Aku hanya mendengar sepatah nama itu di bibir kelu Umar AlFaruq. 
 Aku mencerca diri sendiri,pengecut! Diam membisu menatap darah sunni terus mengalir membasahi tanah Syam, hanya mampu menonton saat jiwa dan aqidah mereka di perdagang! 
Aku harus bantu Umar Alfaruq.
Nekad.

“Umar…” Aku memanggil anak kecil itu perlahan. Tidak ada tindak balas.
“Adakah anak kecil ini bertelinga pekak??? Arrggh! Mana mungkin!” Desis hatiku.

“Kematian itu adalah satu kepastian dan aku akan berjuang sedayaku untuk mati kerana islam. Jika tidak aku tetap akan mati kerana perkara yang lain! Ini janjiku pada Ummi dan Abi.” Umar AlFaruq mengenggam pasir di dalam penumbuk kecilnya.

“Aku akan bersamamu Umar!” 
Aku membalas dan Umar AlFaruq hanya tersenyum memandangku. Senja mula membentang jubahnya yang malap, Umar meneruskan langkah sambil mulutnya terkumat kamit membaca AlQuran yang terakam kemas di dada. 
Sungguh! Si Kecil ini menenangkan jiwaku yang gundah dengan kekuatan yang ada pada dirinya. Kami dikejutkan dengan jeritan lelaki tua yang dicederakan oleh dua lelaki Syiah, malahan aku melihat beribu ummat manusia menyaksi kejadian itu. 
Mereka hanya memandang simpati tanpa berbuat apa-apa melihat tubuh si tua itu di toreh hidup-hidup tanpa belas ihsan. Telinga mereka menjadi tuli daripada mendengar raungan derita.
Aku tertanya-tanya 
apakah rahmat kasih itu telah di renggut dari jiwa sehingga mereka membatu sebegini rupa???
Ummat yang meniti namanya di bibir Rasulullah 
ketika menghadapi azab sakaratullah maut itu dalam imaginasi yang panjang!
Aku dan Umar Alfaruq sama-sama melontar batu kepada dua lelaki tidak berhati perut tetapi malang, Umar di tangkap dari belakang oleh seorang lagi askar Syiah.

Bertemu nanti di pintu Jannah.
Aku cuba memukul mereka!
Mengapa dengan kudratku ini tidak memberi kesan apa-apa!
Arrghh!Aku memang tidak berguna!!!
 Pantas aku berlari sekuat hati kepada Askar biadap itu sambil ditanganku membawa duri berbisa yang sempat ku kutip dalam perjalanan tadi.
 Aku cuba memanjat walau jatuh berkali-kali dan akhirnya aku berjaya menusuk ia tepat ke dalam telinga dan askar itu meraung kesakitan seperti terkena sengat kala jengking paling berbisa di alam ini.
 Aku di rentap kasar dan tubuhku melayang ke tanah, 
tangan serta kakiku bercerai dari badan. Sudut kananku, satu peluru sesat menembusi kepala Umar AlFaruq, pandangan berbalam-balam dari terus menatap wajah itu dan pendengaranku sayup-sayup menangkap perkataan  “Allah..Allah...” sehingga ia tehenti dari kerongkong Assyahid Umar Alfaruq.

 Saat roh berjalan perlahan-lahan menyusuri badan...
Minda berputar membawa aku pada kisah burung kecil yang berulang alik membawa air di dalam paruhnya yang cetek untuk memadamkan api besar yang membakar Ibrahim A.S Usahanya di ketawa oleh sekalian makhluk
 namun burung kecil itu tetap tegar dengan usahanya 
kerana Allah tidak mempersoalkan  sebesar mana kemampuan yang kamu sumbangkan untuk menolong agama  Allah.
 Tetapi berusahakah kamu membantu mengikut kudratmu saat melihat maruah Islam dipijak dan diinjak!
Sejarah lampau membuktikan api yang panas membahang menjadi sedingin salju. 
Fikiranku terhenti, tangan terkulai layu. 
Nafas tersekat-sekat untuk berpisah dengan jasad dan pandanganku menjadi gelap. 
Namaku agung dalam Al Furqan, 
Pintu kehidupan di tutup dan sketsaku telah tamat...
 sebagai tentera An-Naml!
Aku hanya...
watak seekor semut yang diciptakan oleh penulis ini.
Lemah tiada upaya namun aku makhluk dhaif yang ingin melihat kemenangan Islam dibumi Syam, Palestin dan seantero dunia serta mekar subur di dalam hati-hati mukmin. 
Ya Allah…
thabatkan kami di jalan ini.

Nukilan ini ku wakafkan buat Spmm Usim dan ku hadiahkan buat sahabat seperjuangan.


Wednesday, 13 March 2013

Ulang tahun pertama!


(Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani)

Nun! Demi kalam dan apa yang mereka tulis.
Dengan kurnia Tuhanmu engkau (Muhammad) bukanlah orang yang gila.
Dan sesungguhnya bagi engkau pahala yang tidak putus-putus.
Dan sesungguhnya engkau benar-benar berbudi pekerti yang agung.
Maka kelak engkau akan melihat dan mereka (orang-orang kafir) pun akan melihat. 
 Siapa di antara kamu yang gila?
Sungguh Tuhanmu, Dialah yang paling mengetahui siapa yang sesat daripada jalan-Nya , dan Dialah yang paling mengetahui siapa yang mendapat petunjuk.
Maka janganlah engkau patuhi orang yang mendustakan (ayat-ayat Allah).
Maka mereka menginginkan supaya engkau bersikap lembut, lalu mereka bersikap lembut.
Dan janganlah engkau patuhi orang-orang yang suka bersumpah dan menghina. 
Yang suka mencela, menyebarkan fitnah.
Yang menghalangi kebaikan, yang melampaui batas lagi banyak dosa.
Yang bersikap kasar, selain daripada itu terkenal kejahatannya. 
Kerana dia mempunyai harta dan anak-anak.
 Apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat Kami (Allah), dia berkata: " (ini adalah) Dongengan orang dahulu kala." 

    Firman indah Allah bersumpah demi pena dari Surah Al-Qalam ayat 1-15 lebih dari cukup untuk dijadikan panduan ummat sepanjang zaman. Sedar tidak sedar hari ini genap setahun umurku (Amanah dari syurga). 
Alhamdulillah...

Tidak pernah aku mengimpikan untuk mempunyai satu hamparan blog yang dapat aku lakarkan bait-bait tentang apa sahaja dengan jari jemariku.
 Sekudus penghargaan buat sahabat sejatiku yang sudi menciptakan blog ini sebagai tempat untuk aku melabuhkan hobi. 
Bahkan bukan sekadar itu ia membuatkan aku selalu gembira dengan menulis, 
menulis adalah jalan yang terbaik untuk aku mengingatkan diri sendiri. 
Dengan menulis juga sinergi motivasi menguatkan diri kerana saat menulis hatiku berbisik meninggal taujihat pada laman hati.
Demi Allah dan keagungan CintaNya,
 dirimu diberkati...

Teringat aku pada pesanan murabbi,
kita bukan ulamak yang mampu menulis berjuta kitab
untuk dijadikan panduan seluruh ummat
kita hanya orang biasa yang diberi pelbagai kemudahan teknologi
menulislah sesuatu yang boleh menjadi saham di akhirat nanti
walau tidak seberapa tetapi boleh diamalkan setiap hari.

Suatu hari nanti tulisan-tulisanku akan menjadi kenangan usang
di atas padang sejarah aku mungkin akan dilupakan
meskinpun aku ramai kenalan 
pada saat akan tiba itu aku hanya sendirian
dengan menulis juga mengingatkan aku kepada kematian.

Aku tidak punya masa seperti biasa
harus segera aku noktahkan
sebagai tatapan untuk kalian aku akhirkan dengan kalam wangian syurga alim ulamak
"Jika engkau tidak dapat menjadi penulis yang bermanfaat,
jadilah pembaca yang memberi manfaat pada orang lain."
(Tuan Ibrahim Tuan Man)

"Manusia akan mati bila-bila masa
tetapi tulisannya boleh kekal selama-lamanya
maka tulislah perkataan yang menyebabkan kita gembira di akhirat kelak."
(Habib Umar)

"Menggunakan internet untuk menyampaikan suara Islam dan memperlihatkan Islam merupakan satu jihad utama!"
(Kitab Fiqhul Jihad - Prof Dr Yusuf Al-qardawi)

Wallahua'lam.








Monday, 11 March 2013

Nilai!


Cuti hujung minggu kali ini masih tidak mengizinkan untuk balik Shah Alam. Tempat yang paling nyaman untuk aku berteduh merehatkan beban fikiran selepas bumi serambi Mekah . Bertemu dengan buah hati adalah penawar yang paling baik sebagai rawatan diri untuk tenang dan gembira. Di situ terdapat nilainya... nilai cinta, ketenangan, kegembiraan yang dicampakkan oleh Allah dengan sesuatu yang membahagiakan. Subjektif! Boleh di nilai dengan pelbagai nilaian. 

Alkisah yang ingin aku kongsikan sepanjang dua hari bercuti cukup santai.  
Maafkan aku ya teman-teman
Post ni macam aku merapu ntah apa
Ayat sms lebih snang untuk aku berkongsi entry kali ini.
Dengan menggunakan bahasa yang mudah dan ringkas pada hari Sabtu selepas balik dari kampus aku terpaksa ke satu tempat. Bagaimana aku boleh pergi dan dengan siapa aku pergi biarlah rahsia. Tup-tup aku sampai ke tempat yang cukup asing! Naik terbeliak mata aku tengok suasana yang penuh dengan bendera-bendera da ci ng, dengan sorakkan lelaki perempuan dan lagu tak pernah aku dengar bingit menyakitkan telinga. Macam disko! Korang bayangkanlah... klu seorang negro tiba-tiba tersesat masuk ke dalam group-group orang putih. Pasti si negro itu akan jadi tumpuan mata-mata orang putih dek kerana beza warna kulit di antara mereka. Mungkin akan ada yang cakap...
"Apa ke pelik manusia ni pakai macam ni datang majlis gini?"
atau
"Minah ni betul ke tak betul?"
dengan lebih tepat lagi
"Kelakar! Dia tak jumpa jalan masjid ke hape??"
Aku sekadar menduga nilaian mereka.
Apa yang diorang pk biarkan aja! Enggak mau aku ambil peduli.
Aku sekadar duduk memerhatikan mereka sambil menunggu seseorang. 
Cina, india dan melayu sama saja pada pandangan aku waktu itu.
Tidak ada beza pada mereka dengan akhlak dan pemakaian.
Cukup!
Sudah berbau mencela...

"Apa dia ingat dia baik sangat???"
"Bertudung litup bajet ahli syurga!"
"Macam poyo jeeee, nak tunjuk alim masuk kandang orang pakai macam tu!"
Jawapan aku...
YA!
Memang aku rasa aku baikkkkkkkkkkkkkk sangat.  Aku jugak bajet macam ahli syurga dan memang poyo nak tunjuk alim sebab memang dah tersalah masuk kandang!
(bunyi melampau semacam)

Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah
 Ya, aku rasa aku baikkkkkkk bila berada di bawah lembayung Islam dan iman. Tak terkinja-kinja dengan lelaki perempuan malah aku rasa Islam cukup baik dalam memelihara ummat dengan menetapkan hukum-hukum kenapa itu tak boleh, ini tak boleh dan yang ni pulak boleh?? 
Namun
aku amat simpati
kerana mereka juga baik
mungkin lebih baik daripada aku
kenapa???
Kerana Pakcik india yang bukan Islam pernah tolong aku.
Uncle dan untie Cina yang suka bantu aku.
Uncle cina depan rumah juga yang tolong aku masa kat Shah Alam.
Kawan-kawan india dan cina yang selalu contax aku biar pun aku dah xingat kat diorang.
Jugak kakak melayu islam yang seksi tapi cukup berbudi bahasa denganku.
Itu juga satu nilaian yang perlu di nilai dan kadang-kadang berbeza penilaian setiap orang.

Dalam bajet 2013 ni memang aku bajet nak masuk syurga sebab xde manusia yang nak masuk neraka. 
Namun
syurga neraka bukan urusan kita
yang menetapkan hanya Allah
mana tahu hidayah Allah tiba-tiba  menyapa bertaubat dengan taubat nasuha, jalan kaki terlanggar tiang pastu mati tanpa dosa yang berpuluh-puluh tahun dia buat.
TAPI
setiap calon-calon syurga dan penghuni neraka sudah diberitakan tentang ciri-ciri mereka.
Bagaimana dan bagaimana. Semua orang tahu! Mak Ayah angkat aku yang orang asli tu pun tahu, orang islam tak puasa, tak solat, tak tutup aurat berdosa nanti masuk neraka.
DAN
memang aku poyo dengan buat muka tak malu, selamba giler pergi gerai pemuda Am No beli air Guava. Yelah, panas terik memang cepat dahaga tapi bukan mitak free. Nasib baik tak de cukai. 
COBAAAN UNTUK AKU.

********************
Keluar daripada tempat tu aku rasa dunia nilah yang paling tenang! Sebelum aku bertolak balik aku berhadapan dengan satu lagi masalah!
Masalah kronik!
Berhadapan dengan budak-budak nakal!
Tak pernah lagi seumur hidup aku jumpa budak senakal ni.
Dung dang dung dang terajang itu terajang ini
nasib baik aku sempat mengelak!
kesian kawan aku terkena bola kat muka
sakitnya tuhan yang tahu.
Tiba-tiba
salah seorang budak ni mengamuk!!!
Dia mai terkam kat aku.
Aku cuba berlembut dengan memujuk dia
aku letakkan tangan diatas ubun kepala sambil baca ayat quran
semoga dia tenang
tapi!!!
dia makin melawan dan cakar muka aku, kawan aku pun kena terajang.

Aku mula rasa semacam...
macam ada yang tak kena.
 2 3 orang pegang dia selepas kami dah hampir nak pengsan pegang budak tu.
Allah..tempat apakah yang aku jejaki pelik semacam!!!

Bila keadaan reda aku berjumpa ibu kepada budak tersebut dan tanya sakit apa sbenarnya budak kecik ni. Sememangnya benar ada sesuatu yang tidak kena.
Sama-sama kita doakan smoga adik itu cepat sembuh.
 Si ibu dengan nilaiannya tersendiri, raut wajah yang bimbang memohon maaf kerana menyusahkan kami. Tapi aku ok je selepas aku tahu budak ni sakit...hilang stress tinggal kesian.
UJIAN UNTUK SI IBU.

*****************************
Pagi Ahad memaksa untuk aku bangun pagi-pagi. Berkumpul di akasia tepat pukul 6.45 pagi! Ada bengkel akademik kat Port Dickson. Hampir saja aku tidak mahu ikut serta gara-gara tak cukup tido namun di paksa oleh senior-senior kesayangan aku ni. 
Ada nilainya di situ! =)
Aktiviti berjalan seperti biasa hingga selepas solat zohor dan makan kami di beri kebebasan untuk buat apa je. Ramailah yang naik banana, naik pensel pastu jatuh dalam air siap ada yang berdarah bibir lagi sebab terhantuk kepala kawan. =D Aku hanya memerhatikan saja gelagat mereka berseronok di pantai. 
Last-last aku naik jet sky. 
Harganya rm 80 untuk 15 minit!!
Boleh beli ayam, sutung, unta sekilo!
Aku mitak kurang sket dengan pak cik penjaga.
Dia bagi aku harga special rm 50. 
Murah sangat la tu sebab tempat lain beratus-ratus.
Aku pun naik lah. tiba-tiba ada pekerja lelaki dia duk dibelakang aku.
"aihh apasal pulak ni???" 
 Terkejut! Abang penjaga itu hairan dan cepat-cepat turun.
"Dia suruh sy tunjukkan cara dan jalan." Dia tunding jari pada yang sorang lagi.
Dengan penuh berkarisma aku mulalah membebel bukan ke pakcik boss tu suruh saya naik sorang bla..bla..bla...

Kelihatan sahabat baik daripada sekolah dulu terkecoh-kecoh datang kat kami. Aku dah tak pandang orang lain. 
"Mana boleh  naik berdua jet sky ni! potpetpotpet..."
Hakimah berwajah serius, berkerut-kerut dahi dia datang. sememangnya sahabat aku ni suka berpihak pada aku. dia pulak tolong jadi org kuat setiap kali aku gaduh dengan mana2 gangster. =D. 
Kami bercakap loghat Kelantan.
Abg penjaga tanya aku ni org kelantan ke dan skadar mengangguk. Dia kata...
"Org Kelantan mmg macam ni. Tak boleh bonceng suka hati." 
Nilai pandanganya pada Kelantan sudah terbukti.
Membela aku dan memujuk kawan dia yg sorang lagi degil xnak bagi aku naik sorang-sorang. 
Seperti memperlekehkan aku. Nak naik jet sky pakai jubah seluar dan tudung labuh... Macam kuno betul xreti main.Tapi xpe..aku faham rata-rata nilai pandangan manusia sekarang memang macam tu. Klu aku sendiri pun tgk org laki pakai jubah, pkai serban naik jet sky pun agak pelik jugak.
 Pakcik boss datang cepat-cepat  tengok apahal yang kami kecoh.
"Alaa, awak anggap je dia perempuan..."  Pujuk Pakcik Boss tu.
Aku cuba bersangka baik
Mungkin Pakcik ni ponteng clas fardu ain.
Sebab tu dia tak tau hukum.
"Tak boleh!!" 
Aku bertegas dan Hakimah menyambung untuk mmbela aku. Aku menyiakan saja penuh "berlagak". 
Berlagak jugak ada nilainya dan perlu pada ssetengah tempat untuk memberi keyakinan kepada orang yang meragui kita jugak dituntut dalam kepimpinan sebagai self confident.  =)
" Ya! saya tahulah, sy pandailah!"
kemudian aku memohon maaf kepada mereka.
Akhirnya aku di izinkan naik sorang-sorang kat tengah-tengah laut tu!
Subhanallah...
Cantiik sekali alam ciptaan tuhan.
Damai bagaikan mendengar bisikkan alam merathib bertasbih memuji Allah.

Sesudah siap aku menghampiri pantai, Pakcik dan abg2 penjaga tu mengangkat ibu jari tangan tanda thumbs Up!
Ha! Tadi bukan main cakap aku tak pandai! 
(Ada berbau riak di situ)
=D
Masa nak bayar alangkah terkejutnya aku.
 Korang tahu tak Pakcik Boss tu bagi aku berapa?
mesti tak tahu kan!
RM 15!!!! =D
Sila lah jelusss.

ADA NILAINYA DISITU...NAMPAK??? =D

Teman-teman muslimah yang aku cintai, nilai itu terletak bagaimana cara kita mengendalikannya. Nilai perempuan bukan hanya lembut pada fitrah namun kuat memegang akidah dan prinsip. Nilai martabat  terletak sejauh mana kita mempertahankan maruah dan nilai maruah tak dapat di nilai dengan apapun kerana nilainya cukup bernilai tiada tolak bandingnya.
Islam datang menutup tirai jahiliyah, 
menyelak tabir kemuliaan muslimah,
keindahan islam hulurkan,
mari bersama kita pertahankan.
PRU 13 nanti jangan sokong Be End! 
=D

Saturday, 9 February 2013

Dendam Belum Berakhir (E2)


Larian terhenti, aku termengah-mengah mengangkat tangan tanda menyerah kalah. 
"Eleh, tak sampai separuh jalan pun dah fail! Belum lagi jogging keliling satu tasik!" Athmar tersengih memerli.
 Tangannya pantas merampas buku catatan dalam dakapanku kemudian dia mengekori dari belakang untuk duduk bersama di bangku batu. Aku biarkan saja melihat Athmar diam membisu apabila dia membelek-belek helaian buku. Masih seperti tadi, kami menghadap heningnya suasana tasik ciptaan Allah. Bagai seni lukisan yang terindah di sebuah kanvas, pelukis melukis sepasang sahabat sejati dipinggir tasik dan setiap lakaran itu pasti punya maksud dan ceritanya tersendiri. Athmar memandang wajahku dengan simpati, tangannya menepuk-nepuk bahuku.

"Sudahlah tu...maafkan saja." Athmar bersuara memecah kesunyian. Tiba-tiba hati kecilku terusik dengan kata-katanya. 
"Tidak semudah itu..." Aku memalingkan wajah dan cuba sedaya mengawal emosi, membendung saratnya kesedihan yang bertapak.
"Lagikan Rasulullah insan teragung boleh merendahkan hati memaafkan ummatnya. Kita hanya insan biasa yang tidak bertaraf apa-apa tidak layak bersikap demikian... Apakah kau tidak mampu untuk memaafkan ayah sendiri Syahidah?..." Suara Athmar berbau keras, dia menarik nafas dalam-dalam sebelum menyambung kata-kata.
"Syahidah...dari sepuluh tahun yang lalu aku tidak berputus asa untuk memujukmu memaafkan ayah. Setiap kali kau bersedih, aku tahu tidak ada perkara yang lain melainkan ada kaitan dengan ibu dan ayahmu. Aku semakin tak faham apa teruk sangatkah kesalahan ayah sehingga sekarang kau masih nak berdendam? Syahidah... kau muslimah yang hebat, berpengetahuan agama malah kau sendiri dinobatkan sebagai ratu solehah di peringkat universiti." Athmar merengus, matanya tepat memandang wajah Syahidah.

"Tapi kau tak faham!"  Aku tidak sengaja membentak...Terkedu dengan tindak balasku sendiri.
 Bagai taufan meragut pelangi kegembiraan, mendung bercuaca dihati masing-masing. Aku memilih jalan untuk diam daripada terus bertelagah.
"Apa yang aku tak faham??? Kalau aku tak faham, please fahamkan aku! Apa sebenarnya yang masih tak sudah?" Mata Athmar berkaca. Terasa dirinya belum layak digelar sahabat. Masih tidak lengkap lagi rukun usrah yang tiga perkara itu kalau "taaruf" dan "tafahum" nya tidak ada  walhal kami sering bertakaful"". Jujurnya kami adalah sahabat yang paling akrab persis adik beradik kembar yang saling melengkapi antara satu sama lain. Aku diam tertunduk, air mata menitis membasahi tudung labuhku. Segera Athmar memeluk dan mengusap air mataku.
"Syahidah...maafkan aku. Aku cuba untuk memahamimu..." Athmar mula diragut rasa bersalah.
Aku mengangkat wajah dan memaksa untuk menghadiahkan senyuman pahit. 
"Tidak Athmar...Aku yang salah. Maafkan aku." Tuturku perlahan.
Begitulah akhlak kami dalam persahabatan, sekali pun merasa kesalahan itu bukan punca daripada diri sendiri tapi tidak ego dan malu untuk memohon maaf. 
"Tengok ni...ingat tak???" Athmar menarik nafas, meniup kedalam tapak tangan kemudian mengenggamnya dan genggam itu diletak ditelapak tanganku sambil mengenggam tanganku. Aku tersenyum mengenangkan perbuatan yang sering kami lakukan waktu  zaman sekolah yang lampau.
"Aku dah tiupkan semangat dan keyakinan, dengan izin Allah aku berikan pada mu. Rasa tak auranya?" Aku tergelak kecil mendengar Athmar mengajuk kata-kataku pada suatu ketika dulu saat Athmar hilang semangat dan kenyakinan untuk terus berjuang. 
"Terasa auranya..."
Bisikku perlahan sambil genggaman tanganku dibawa kedada, aku mengukir senyuman seikhlas mungkin. Athmar turut sama tersenyum atas keberkesanan perbuatannya.

"Syahidah, ceritalah..apa yang menggangu fikiranmu? Kalau kau tak cerita balik nanti aku tidur dan lambat bangun! Manalah tahu kalau umurku tak pendek, mesti roh aku tak tenang. Aku akan kacau kau malam-malam dan bergayut tepi jendela. Ceritaaaaaaaaaakanlah...hahaha" Athmar membuat suara garau dan berderai ketawa kami. Aku memandang sekelilingku, selamat kawasan tasik tempat kami duduk itu bebas untuk siswi sahaja.
"Dah..tak payah nak merapu dan mengarut." Aku menghela nafas. Ketawaku terhenti.
"Athmar... maafkan aku, dari dulu lagi sepatutnya kau tahu cerita ni, tapi sekarang aku rasa dah tibanya untuk aku kongsikan. Dah dalam suratan takdir, ditulis cerita aku macam ni... Kau tahukan kalau masa darjah satu dulu Mak dan Ayah aku bercerai... masa tu terlalu perit untuk aku lalui dalam usiaku masih kecil. Tapi aku tak pernah cerita lebih daripada itu..." Athmar mengangguk dan setia untuk mendengar selanjutnya. Aku membuang pandangan kosong ditengah tasik, fikiranku bagaikan putaran filem mengimbau zaman kanak-kanak.

"Aku masih samar hingga saat ni bila masa Mak dan Ayah bergaduh. Aku dapat tahu mereka berpisah pun masa Ayah nak keluar daripada rumah. Mak duduk merayu agar jangan tinggalkan kami, tapi Ayah sepak kepala Mak sehingga Mak aku pengsan tidak sedarkan diri. Masa tu aku meraung macam budak gila, tidak tahu bagaimana aku harus bertindak. Aku biarkan Ayah pergi begitu saja. Aku tengok ada perempuan cantik pakai kereta mewah datang jemput Ayah. Memang aku tak tau apa-apa waktu tu...Aku panggil Nek Dah jiran tepi rumah untuk tolong Mak" Suaraku perlahan dan mendatar, Aku membetulkan posisi kedudukan. Mata berkolam dukacita.
"Syahid pulak menangis...badannya panas." Merembas Air mataku tatkala menyebut nama satu-satu adik lelaki kesayanganku. Terlalu sakit untuk aku menceritakan semua ini, dan aku lihat  Athmar masih lagi tergaman mendengar rahsia hidupku. 
"Selepas Ayah pergi, kehidupan kami menjadi susah. Hasil jualan kuih Mak mana nak cukup untuk tampung kehidupan kami, tambahan pulak Syahid sakit. Aku kagum dengan Mak, dia wanita yang paling kuat pernah aku jumpa dan aku miliki. Selepas kejadian tu, aku tak pernah tengok Mak menangis walau aku tahu Mak selalu nangis sorang-sorang. Satu hari, badan Syahid menggigil, lelah menyerang. Dia mengadu yang dia sakit dada, sampai sekarang aku dapat mendengar suaranya seolah-olah dia masih ada. Mak dah dua hari tak niaga sebab dah tak ada modal, nak pinjam dengan Nek Dah... dia pun miskin macam kami. Mak suarakan pada aku, Mak perlu jumpa Ayah, bukan untuk merayu agar Ayah kembali tapi Syahid amat memerlukan Ayah waktu itu. Aku melarang Mak kerana Syahid tidak mungkin boleh berpisah dengan Mak dan aku tawarkan diri untuk berjumpa dengan Ayah. Kau bayangkan Athmar... dengan naik basikal buruk aku redah selama dua jam untuk sampai ke rumah banglo mewah, berkali-kali aku sesat mencari alamat rumah. Sampai kesana aku jumpa Makcik cantik yang aku tengok masa dia ambil Ayah. Aku merayu untuk dia pulangkan Ayah....aku mintak belas ihsan dia sebagai manusia untuk tolong adik aku yang sakit. Dia menjerit pangil Ayah, Ayah keluar....kau tahu apa yang ayah aku buat?" Aku bangkit dari duduk, wajahku panas dek api emosi yang membakar, kemarahanku meluap-luap. Aku berdiri sambil memeluk tubuh. Athmar turut bangun berdiri disebelahku. Dia memandang tepat kedalam mataku dengan  riak wajah seribu satu persoalan.

"Ayah usir aku dari istana dia! Bukan setakat dia halau aku, tapi dia langsung tidak mengaku aku ini anaknya. Saat itu aku dapat lihat cahaya yang ada pada mata Ayah telah pun terpadam untuk aku.... Dia bagi amaran agar kami tidak ganggu kehidupannya. Ayah bagai dirasuk kegilaan...Sungguh! Cinta,kekayaan dan kecantikan buat ayah buta!tuli dan bisu untuk kami! Ayah telah menzalimi kami sehingga derita seperit ini terpaksa aku lalui..." Suaraku tegas sekali. Aku membiarkan air mataku merembas keluar. Suaraku tenggelam dalam sendu. Mata Athmar merah lantas dia menekup wajahnya, seperti hatinya juga merasai dihiris, dicincang lumat-lumat sama seperti hatiku!
" Aku diam tak terkata dengan sikap Ayah dan aku tak jadi untuk bagitau Syahid sakit menyebut-nyebut nama Ayah. Aku menganyuh basikal burukku laju-laju hingga aku jatuh sebab terlanggar bongkah kayu. Dahiku berdarah teruk. Ketika tangan menekan dahi yang pedih, aku lihat darah mengalir dan aku bersumpah ketika itu yang aku akan membenci Ayah seumur hidupku!"Aku terduduk dihamparan rumput hijau itu dan Athmar memelukku. Terasa kesakitan itu kembali menyinggah didada, tapi luka didahiku  waktu dahulu tidak seberapa jika dibandingkan dengan parahnya luka dihati.

"Dunia ni seolah-olah tidak ada orang yang baik yang boleh membantu kami, kami cuma ada Nek Dah yang dah tak berkudrat. Sampai dirumah aku menghempas basikalku di pokok kelapa. Aku tengok Syahid nazak..." Tidak dapatku teruskan kata-kata. Lemas dalam tangisan. Hanya kedengaran suara Athmar meratib nama Allah. Terbayang-bayang wajah comel Syahid yang aktif mengejarku bila aku menarik hidungnya. Terngiang-ngiang juga suara manja meminta itu dan ini.
Aku amat merindui Syahid...Teramat!
"Apa yang terjadi selepas itu Syahidah...?" Athmar bersuara serak setelah sekian lama dia tekun mendengar kisahku.
"Assyahid Muhammad menghembus nafas terakhir di atas ribaan Mak, dihadapan kedua mataku! Ayah pembunuh! Dia yang membunuh Syahid! Dia yang menyebabkan Syahid pergi meninggalkan aku...Kalau bukan kerana Ayah, pasti Syahid berada disampingku saat ini!" Suaraku mula meninggi seolah-olah aku berada dalam situasi 17 tahun yang lalu. Kotak perasaan yang ku simpan rapi belasan tahun dalam sudut hati akhirnya terluah seakan gunung berapi yang meletuskan lavanya. Athmar beristighfar panjang.
"Mengucap Syahidah...jangan terlalu ikutkan perasaan..ingat Allah.." Athmar memegang kedua bahuku agar aku berhadapan dengannya.  Aku memejamkan mata sambil menepis lembut tangannya.
"Sememangnya dia pembunuh! Apa lagi yang aku nak cakap? Baik hati???Ayah yang penyanyang dan bertanggung jawab???" Aku menyoal Athmar bertalu-talu dan Athmar mengeleng-ngeleng kepala tanda itu bukan jawapanya.

"Seminggu selepas Syahid pergi, mak aku jatuh tangga dan kena stroke...selama sebulan aku yang darjah satu masa itu urus segala keperluan rumah...kehidupanku tidak terurus dan langsung tidak ke sekolah selama tempoh itu. Mujur Allah jadikan Nek Dah orang tua yang murah hati, dia selalu membantu dan memberi semnagat pada kami. Hanya sebulan Mak menderita kerana stroke dan kemudian beransur pulih seperti sedia kala...kerana Mak aku seorang yang kuat semangat! Bersemangat untuk hidup mempertahankan aku...Untuk lihat aku seperti mana hari ini..." Aku menarik nafas sebelum menyambung cerita lagi.
"Itu kali terakhir Ayah hidup untuk kami, kerana aku sendiri telah membunuh Ayah dari kehidupanku. Pernah jugak aku mintak untuk Mak carikan Ayah yang lain..Ayah yang lebih baik daripadanya tapi Mak hanya mengeleng kepala. Mak kata cukuplah Allah bagi kami...Mak semakin semangat dan kuat berusaha untuk besarkan aku...betul kata Mak... Allah itu lebih daripada cukup. Rezeki kami melimpah ruah selepas itu tanpa belas ihsan nafkah Ayah. Mak bukan sekadar didik aku dengan didikkan agama Athmar...malah Mak cuba untuk mentarbiah aku daripada kesumat benci pada Ayah. Mak selalu pesan dalam hidup tidak boleh ada benci, hidup bukan untuk membenci. Hidup adalah untuk berkasih sayang kerana Allah menciptakan kita penuh dengan nikmat kasih sayang. Setiap kali sebelum aku tidur, Mak selalu cerita sirah Rasulullah dan baca Alquran untukku. Masa aku tingkatan satu, aku pulak yang selalu cerita sirah dan baca quran tepi telinga Mak." Aku berbalas senyum dengan Athmar kerana itulah yang membahagiakan aku. 

"Patutlah kau manja semacam Syahidah!" Athmar ketawa menyakat dan cuba membawa aku lari dari kesedihan dan aku hanya tersenyum.
"Bertuah mak dapat anak macam kau... manja, lembut, comel dan keras kepala!" Athmar terkekeh-kekeh ketawa.
"Keras kepala aku pun jatuh basikal berdarah jugak, keras lagi kepala kau!" Aku membalas gurauannya dengan senang hati.
"Mana ada.. Athmar ni lembut orangnya, tak kira apapun mudah dicairkan ,bukan dengan kekerasan tapi dengan kasih sayang!" Dia tersengih nakal sambil mengangkat kening.
"Kesian, dahlah cari rotan dalam hutan susah payah, buat bakul, dah tu angkat pulak sendiri pakai tali. Penattttt..." Aku tersengih sambil membeliakkan mataku ke atas. Athmar mencebik.
"Hobi memang suka mencebik ye?Ada gaya macam itik!"Aku memuncungkan mulut meniru gayanya. Athmar menampar bahuku, geram dengan telatahku.
"Dah lama kita tak bertengkar macam ni kan? Seingat aku baru dua kali kita gaduh macam ni, ini yang ketiga. Best jugak sekali sekala macam ni. Sakit jiwa aku!" Athmar menarik telingaku. Aku tersengih.
"Kau ingat tak kenapa kita gaduh dulu? Kita gaduh sebab aku cakap Umar Alkhatab itu mertua nabi. Kau yang beria-ria cakap tak! Umar tu sahabat nabi. Memanglah Umar itu sahabat merangkap mertua nabi. Siap kata aku reka cerita lagi! Pastu takmau cakap sebab dah kalah." Aku menyoal dan aku juga yang menjawab kemudian pura-pura menarik muka masam. Ketawanya masih lagi bersisa.
"Aku tak pernah dengar dan tahu masa tu.. Kau lainlah Mak baca sirah tiap-tipa malam." Athmar melirik gembira sebelum wajahnya bertukar menjadi serius.
"Lain kali jangan lawan sifu!" Aku menjeling kepada Athmar yang mula diam. Athmar sekadar tersenyum sebelum mendengus perlahan.

"Syahidah...kenapa bukan dari dulu kau ceritakan pada aku? Maafkan aku...aku sedikit tersinggung.... kau tahu bukan? Sekian lama kita bersahabat, hari ini baru aku tahu siapa sahabatku yang sebenar. Aku banyak tertipu dengan kerianganmu." Athmar tunduk sambil tangannya menguis-nguis rumput, sekali gus mengembalikan kami pada topik asal perbualan. 
"Athmar, Aku bukan tak mahu kau tahu, aku mahu hapuskan semuanya, aku tak mahu ingat lagi soal Ayah...ia terlalu sakit.... lebih sakit jika aku ceritakan. Aku mintak maaf...tidak ada niat untuk aku merahsiakan semua ini." Aku mengharapkan pengertian Athmar.
" Ye...habis tu kenapa hari ini kau ceritakan pada aku?" Athmar mengerutkan keningnya.
"Kerana Ayah kembali dalam hidupku..." Athmar tercengang, riak wajahnya terkejut .
Kedengaran Surah Al-Baqarah bergema menghiasi alam senja tanda 15minit lagi bakal masuk azan maghrib. Aku bangun dan tidak segera menjawab pertanyaanya.
"Hari dah terlalu lewat untuk aku teruskan cerita. Kita perlu pulang ke asrama masing-masing. Lagipun kau kan ada metting persatuan malam ni?" Athmar mengangguk dengan tidak puas hati. Aku tersenyum  memahami gelagatnya.

"Okeylah... Aku janji, aku akan cerita by meseg bila kau balik nanti." Aku memujuknya.
"Tak nak. Ceritalah sekarang!" Athmar mendesakku. Aku memegang bahunya sambil jari telunjukku aku tujukan ke tasik.
"Nampak tak???" Aku menyoal.
"Nampak apa???" Dia mengerutkan keningnya menyoal aku kembali, matanya membutang melihat pandangan kosong dihadapan.
"Tu! Banyak sangat syaitan dah start keluar merayau!" Athmar mencubitku dan aku hanya ketawa.
"Uh!Okeylah. Janji tau! Call..tak nak mesej! Alamak...lupa jadual kena jadi imamah malam ni!" Athmar terkulat-kulat kemudian berjalan tergesa-gesa meninggalkanku. 
"Aihh... Salam pun tidak.. pergi macam tu aje?" Aku merungut sendirian sambil berpaling untuk pulang ke kolej. Kolej kami berbeza dan bertentangan arah. Walau satu universiti kami jarang bertemu seperti ini, masing-masing sibuk dengan taklifan sendiri.
"Syahidah!" Aku menoleh, mengeluh tersenyum.
"Lupa nak salam.heheh."Tangan dihulurkan dan melagakan pipinya dengan pipiku. Dia mengenggam tanganku seakan memberi semangat.
" Dan janganlah kamu bersikap lemah, dan jangan pula bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya) jika kamu orang-orang yang beriman. Pujukkan dari Allah...Surah Ali-Imran ayat 139." Athmar tersenyum tenang dalam tuturnya.
"Subhanallah. Terima kasih sahabat." Aku menguntum senyuman bahagia disebalik rasa terharu.
"Assalamualaikum. Insyaallah jumpa lagi. Jaga diri! Jangan nakal-nakal." Athmar berjalan pergi sambil melambai tangan padaku.
"Wassalam w.b.t jaga diri Athmar!!" Aku sedikit menjerit. Kelihatan tiga orang siswi yang berjogging tersenyum melihat gelagat kami. Aku membalasnya dengan senyuman yang lahir dari lubuk hati, terasa ketenangan meresap keseluruh plasma darah.
Aku berjalan pulang.

"Ingat...kalau ada masalah, kembali pada Allah. Sebab Allah yang menciptakan kita dan Allah jugaklah yang memberi masalah pada kita. Saat jiwa sesak, Ustaz Harun Din pesan banyakkan baca surah At-Tahrim. Dalam Quran Allah galakkan kita untuk solat dan kemudian sabar dalam menghadapi ujianNya. Insyaallah, pasti ada jalan keluar. Hinaan manusia itu perkara yang kecil saja. Anak mak tak boleh nangis macam ni. Makan ye..." Mak memujuk sambil mengusap air mataku bila pulang dari sekolah, aku tidak mahu makan dan minum kerana dihina oleh kawan-kawan nakal gara-gara Ayah.
"Mak..boleh tak Syahidah nak nangis sedikit je lagi." Aku meminta. Senyuman Mak bak kejora yang bercahaya cantik di mataku kemudian dia meraih tubuh kecilku ke dalam dakapannya.
'Boleh sayang, menangislah. Bersedih adalah sifat fitrah manusia ketika kita berhadapan dengan cubaan... lebih-lebih lagi apabila kehilangan orang yang kita cintai. Rasulullah juga pernah bersedih apabila dia kehilangan orang-orang yang dicintainya. Lalu Allah hiburkan hati Rasulullah dengan israj mikraj. Namun tidak boleh berlarutan sehingga pandanganmu gelap, hampa dan hilang semangat untuk terus hidup. Syaitan itu suka pada manusia yang berterusan sedih sehingga menjadikan tubuhnya lemah. Orang mukmin tidak boleh lemah jiwanya." Mak mengusap kepalaku dengan harapan agar aku selalu menjadi manusia yang positif. Mak tidak mahu kerana suasana dan keadaan menjadikan aku manusia yang miskin jiwanya, buruk akhlak,tandus kasih sayang dan kotor hatinya.
"Sayang, ubat untuk menghentikan dari kesedihan terus mngalir adalah dengan menjadi manusia yang sentiasa ikhlas. Gantikan kesedihan dengan doa insyaallah kita jauh dari belenggu kesedihan." Aku memeluk emak. Kata-kata emak selalu membakar hangat perasaanku sehingga menjadikan aku manusia yang tidak mudah mengalah dengan pelbagai situasi.

Aku tersenyum mengenangkan nasihat kasih daripada Mak, bangga dengan curahan cinta tulus serta kebijaksanaan dalam mengajar, memahami dan memujukku untuk menjadi puterinya yang baik.
"Dia yang merancang perjalanan hidupku, pasti Dia memberi arah panduan, menolong dan mencampakkan hikmah untukku walau sehebat mana pun teruknya jalan tersebut!" Bisik hati kecilku.
Kedengaran merdunya Azan memuji Allah serta mengajak manusia mendirikan solat dari masjid At-Taqwa. Hatiku lapang, jiwaku tenang, fikiranku beransur damai. 

Bersambung...