Tuesday, 24 April 2012

Barakahnya Terasa..


MALAM IHYA MAHABBAH RASULULLAH SAW BERSAMA AL HABIB UMAR BIN HAFIDZ menjadikan Masjid Negeri,Seremban Negeri Sembilan dibanjiri lautan manusia, hingga saff jemaah untuk solat maghrib tersusun kemas memenuhi segenap ruang masjid dan berderet-deret pula ke tangga masjid,tak cukup dikaki masjid, bawah khemah dihalaman masjid jugak penuh. Subhannallah! Suasana yg jarang-jarang berlaku melainkan kalau ada ceramah Ustaz Azhar Idrus atau lebih tepat lagi perlawanan bola sepak,konsert artis-artis terkenal dan sewaktu dengannya. Suasana malam semalam cukup menyejukkan hati,dingin sesegar embun pagi. Benarlah majlis ilmu itu seperti taman-taman syurga dunia. Tenang dan damai bila diri dikelilingi wanita-wanita berjilbab dan berpurdah. Anak-anak kecil yang comel berlari-lari riang dengan jubah dan kopiah diatas kepala, yang perempuan kecik-kecik dah pakai tudung dan berbaju kurung. Sangat comel! Biah solehah yang menenangkan jiwa-jiwa tanpa dicemari dengan suasana pergaulan bebas dan aurat yang terdedah.


Siapakah al-Hafiz al-Musnid Habib Umar ni? Nama penuh beliau ialah Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafiz bin ‘Abdullah bin Abu Bakar bin ‘Aydrus bin Umar bin ‘Aydrus bin Umar bin Abu Bakar bin ‘Aydrus bin Hussain bin Syaikh Abu Bakar bin Salim bin Abdullah bin Abdurrahman bin ‘Abdullah bin Abdurrahman as-Saqqaf bin Muhammad Maula al-Dawilah bin ‘Ali bin ‘Alawi bin al-Faqih al-Muqaddam Muhammad bin ‘Ali bin Muhammad Shahib al-Mirbath bin ‘Ali Khali’ Qasam bin ‘Alawi bin Muhammad bin ‘Alawi bin ‘Ubaidullah bin Ahmad al-Muhajir bin ‘Isa al-Rumi bin Muhammad al-Naqib bin ‘Ali al-Uraidhi bin Ja’far al-Sadiq bin Muhammad al-Baqir bin ‘Ali Zainal ‘Abidin bin Hussain as-Sibt putera kepada Sayyidina ‘Ali bin Abi Thalib dan Sayyidah Fathimah al-Zahra’ binti Sayyidina al-Musthofa Muhammad s.a.w.

Beliau adalah keturunan yang ke-39 daripada baginda al-Musthofa Nabi Muhammad s.a.w melalui salasilah Sayyidina Hussain as-Syahid bin Ali bin Abi Thalib RA. Semenjak kecil lagi Habib Umar telah menghafal al Quran. Beliau merupakan seorang ahli hadis yang mencapai taraf al-Hafiz, iaitu telah menghafal lebih 100,000 hadis berserta sanad dan hukum matan. Beliau digelar dengan panggilan al-Musnid, iaitu orang yang mampu menghafal penuh setiap salasilah hadis sehingga Nabi Muhammad s.a.w. Beliau jugak digelar al-Mufassir, iaitu ahli tafsir al-Quran yang menghafal setiap asbabulnuzul dan didukung dengan hadis-hadis yang sahih beserta asbabul wurudnya. Habib Umar ni adalah seorang pendakwah dan ahli sufi yang telah menubuhkan sebuah institusi pengajian tinggi Islam yang terkenal iaitu Darul Mustafa di Tarim, Hadramaut, Yaman. Beliau jugak tersenarai di dalam "The 500 Most Influential Muslims" di nombor ke 33. Itulah sedikit sebanyak biodata tentang ulama tersohor ni.

Acara majlis ni disempurnakan lagi dengan Ratib Haddad oleh Ittihad An-Nur Malaysia,Tazkirah oleh Ustaz Hambali,Qasidah dan selawat serta bacaan Al-Quran oleh Dr. Sheikh Solah Zaki Al-Qadiri, pensyarah fakultiku. Kata-kata azimat daripada Habib Umar diakhiri dengan rayuan doa tulus pada Rabb. Airmata bercucuran tumpah dipipi insan-insan yang menghayati..terasa meresap ke tiap urat saraf diri dibawah lembayung cuaca 'ubudiyyah. Bergema sayu rumah Allah bila para hadirin mengaminkan doa tersebut. Maha Suci Allah..terasa barakah dan beruntungnya dapat berkumpul dengan alim ulama dengan ribuan kaum muslimin muslimat. Dalam banyak kata-kata ulama ni, tertarik dengan beliau menyentuh tentang kepimpinan, hal-hal kenegaraan, ekonomi, perundangan, muamalat,munakhat dan sebagainya. Umara (Pemimpin) itu mestilah mengikat urusannya semata-mata kerana Allah bukan kerana kepentingan peribadi.

Sepintas lalu kata-kata Habib Umar macam tau-tau je Malaysia diambang PRU 13 dan bakal ditembusi Gelombang Kuning 3.0. Point yg disampaikan oleh Habib Umar membawa kita mengimbau kembali sejarah kegemilangan islam yang telah dibawa oleh Umara berjiwa hamba seperti Khalifah Umar Abdul Aziz, Sultan Salahuddin al-Ayyubi, Muhammad Al-Fateh, Maharaja Aurangzeb dan Sultan Alaudin Riayat Shah pada zaman Melayu Melaka. "Golongan PM contoh" inilah yang mengikat segala urusan pemerintahan hanya kerana Allah dan berjuang bermati-matian untuk tegakkan Daulah Islamiyyah. Mereka adalah umara yang bijak menggunakan nikmat itu untuk berbakti kpd Allah. Harta,kuasa dan pengaruh, semuanya dikorbankan untuk Allah. Sayangnya apa yang terjadi pada umara dunia hari ini..agak-agak mengapa ye? Tidak lain tidak bukan kerana "Ulama Tulen" diketepikan. "Ulama Palsu" yang pandai memutar belitkan hukum hakam Allah pulak diketengahkan, dan "ulama" yang langsung tidak sayang membiarkan umara terus hanyut dengan dosa dan maksiat itu jugaklah dijadikan rujukan. Ustazah Fatimah Syarha menyatakan dalam tajuk "Tetap Cinta Ketika Berbeza" di ruangan Solusi edisi terbaru, Rasulullah s.a.w sudah tiada untuk kita melihat peribadi Baginda secara langsung. Namun, ia bukanlah untuk dikesali. Baginda meninggalkan para ulama pewaris nabi yang lebih kecil risikonya melakukan kesilapan berbanding orang kebanyakan. Dalam sejarah masyarakat Yahudi dan kristian,golongan ulamalah golongan yang paling jahat kerana sanggup memutar belitkan ayat-ayat Allah. Namun, dalam kalangan umat islam,merekalah sebaik-baik ikutan selepas zaman kenabian. Masakan tidak, Allah menjamin bahawa mereka lebih takut kepada Allah berbanding dengan kita semua. "Sesungguhnya org yang paling takut kepadaKu daripada kalangan hambaKu ialah para ulama" (Surah Fatir 35:28)

Ulama (yg mengikut alQuran Sunnah dan dijadikan cara hidup) seharusnya menjadi penasihat kepada umara. Ulama mestilah menjadi "the man behind the curtain" dlm mengingatkan, mendidik dan menasihati umara. Dgn syarat, umara mestilah dengar apa yang ulama cakap dan keluarkan kenyataan,janganlah bidas balik,buat layan xlayan,terus-terus memandang enteng malah mengherdik pulak. Mengapa umara mesti dengar kata-kata ulama?? Kerana umara mempunyai harta dan kuasa manakala ulama pulak mempunyai ilmu dan kekuatan jiwa. Kedua-duanya harus bergabung menjadi 1, sekali gus menghasilkan 1 kuasa besar yang tidak ada tolak bandingnya. Lihat saja tamsilan seperti Ultraman dan Power Rangers,bila bergabung kuasa dan tenaga mereka menjadi kuat dan hebat untuk menentang raksasa-raksasa, dengan mudah musuh-musuh tumbang begitu saje. Zaman kegemilangan islam menceritakan umara-umara didampingi  ulama-ulama yang ikhlas hatinya, bukan sekadar tahu "membodek" atau "ngepom"  semata tanpa mengikut paksi Quran dan Sunnah. Takde tapi-tapi,takde nafi-nafi sejarah membuktikan dibelakang umara ulung itu ada ulama al-amilin. Lagi cantik jika ulama itu sendiri adalah umara. Sesungguhnya ulama itu pewaris anbiya'. Jangan sesekali dihina dan dikeji, yang dipuja dan disanjung adalah artis-artis,penyanyi dan penari menghibur duniawi. Imam Ibnu 'Asakir rahimahullah berkata "Ketahuilah wahai saudaraku, bahawa daging para ulama itu beracun. Siapa saja yang melepaskan lisannya dengan berbagai cacian dan makian terhadap para ulama, maka sebelum mati, Allah s.w.t. akan menimpakan cubaan baginya berupa hati yang mati. Oleh sebab itu, tidak boleh sama sekali mencemarkan nama baik para ulama dan memfitnah mereka, selama-lamanya!.." Mufti Perak, Dato' Seri Dr. Hj. Harussani Hj. Zakaria pernah menjelaskan bahawa perbuatan menghina ulama adalah haram! Aku mencintai ulama dan orang-orang soleh meskipun aku belum termasuk di dalam golongan mereka. Namun aku tetap berharap moga suatu hari nanti aku akan berada bersama-sama dengan golongan seperti itu. Dan aku membenci pula orang-orang yang suka berbuat maksiat kepada Allah meskipun aku sebenarnya, juga termasuk di dalam golongan itu."


Sunday, 15 April 2012

Yang Terindah!

 

Cuti mid sem akan bermula, lebih kurang seminggu. Pada aku dalam tempoh itu cukup mencabar kehidupan. Metting bersama dekan fakulti, Prof Zul membuatkan aku tidak senang. Takut..bimbang dan fikiran sedikit terganggu. Prof kata, "kamu kesana bukan untuk main-main,tp ada misi dan visi penting harus kamu semua selesaikan.Task dalam tempoh 6 hari ialah mengislamkan orang asli berbangsa jakun,dan setiap keluarga akan dipegang oleh seorang student". Harapannya ingin lihat ada yang syahadah. Allahurabbi..Aku berdebar-debar. Lagi aku takut ble dengar cerita pengalaman Ustaz Sharhan, pengamal perubatan islam. Ada sorang student baru balik dari kampung orang asli tiba-tiba sakit, bila berubat dengan ustaz keluar paku 4 baldi. Masyaallah, itu penting berhati-hati dan menjaga pertuturan. Jangan disilap langkahnya.. Prof menekankan supaya kami membuat persiapan awal,mental dan fizikal, banyakkan doa,sucikan hati dan ikhlaskan niat. Untuk pertama kalinya aku menerima cabaran sedemikian, cukup rugi andai aku lepaskan peluang ini semata-mata krn takut dengan pelbagai andaian yang belum pasti. Menanti detik-detik dengan penuh debaran, berdoa semoga Allah membantuku dan berharap agar dapat ibu ayah angkat seorang yang tua dan baik hati.

7 Apr 2012
Seawal jam 7.30 pagi berkumpul di Akasia, persiapan sebelum berangkat membuatkan bertolak hampir jam 9 pagi. Perjalanan yang jauh aku rasakan akhirnya tiba jugak lebih kurang jam 5 petang, destinasinya ialah Kampung Meranti,Pahang. Sampai pada acara majlis perasmian dan penyerahan anak angkat...aku tak sabar untuk melihat bagaimana wajahnya. Macam mana ayah angkat aku ni?muda pd aku?sebaya?garang?pendiam? Persoalan itu akhirnya terjawab bila pertama kali aku melihat wajahnya.. Aku tersenyum sendirian kemudian aku bisikkan pada hati aku menyanyanginya krn allah.=) Dia.. seorang lelaki tua,bahkan paling tua dikampung itu,berumur 80 lebih,lahir sebelum zaman jepun lagi,tidak beragama,berdarah pendekar dan pandai silat. Itulah kelebihannya yang paling aku suka,tetap cergas dan cukup merendah diri. Sampai waktu makan petang aku kerumahnya menghantar makanan, cpt-cepat Ayah ambik penyapu untuk sapu lantai yang sedikit kotor, kata Ayah dia  tak bersekolah dan seorang yang bodoh. Aku diam mendengarnya. Rupanya aku ada seorang mak yang dah uzur,  tapi masih lagi boleh berjalan slow-slow dan perlu dipimpin. Di pondok kecil, beratapkan nipah, disitulah akan aku jadikan wadah cinta dakwah.

                              
8 Apr 2012
Senamrobik pagi-pagi lagi, selepas sarapan di rumah Makayah, Ayah bawak aku dan Yusma jalan-jalan sekeliling kampung, ramai budak-budak kecik yang ikut serta. Yusma adikberadik angkatku, namanya tercicir dari senarai dan masuk ke dalam keluargaku. Suasana tenang dan damai, paling aku  tak tahan "kucing besar" terlalu banyak mengalahkan kucing2 yang ada. Berhadapan dengan suasana begini agak perlukan sedikit masa untuk suaikan diri. Lepas jalan-jalan, ada sesi kaunseling remaja. Kat sini anak-anak akan diberi pendedahan tentang kepentingan ilmu dengan pelbagai modul.Aku join sesi takruf bersama kaum ibu-ibu. Apa yang paling aku kagum, ibu-ibu kat sana sanggup dukung anak untuk hadir ke program yang kami anjurkan, walau anaknya nangis,demam, dan byk kerenah. Kebiasaanya kat sini susah dengan anak jangan harap la nak pergi program-program atau majlis ilmu. Dlm sesi tu aku sedikit sebanyak mula mengenali mereka, makcik-makcik kat sana agak peramah, berfikiran terbuka dan tak segan untuk berkongsi. Tiba giliran aku yang kena takruf, ada sorang makcik nakal ni tanya "dah ada calon ka belom??" aku ketawa dan jawabla apa yang sepatutnya. Mereka jugak pandai mengusik rupanya. Sampai je waktu makan, kami akan makan bersama Makayah dirumah. Hari ni Mak makan banyak sikit dari semalam.


Hari ni jugak kami makin mesra dan tidak lagi janggal, banyak berbual-bual.. Mak dan Ayah mula tersenyum bila aku sedikit bergurau. Makayah jugak ada pelihara kucing besar, namanya Kasut. Bila aku tanya kenapa nama Kasut?Ayah jawab sebab dia suka gonggong kasut dan kami semua ketawa mendengarnya. Dgn adanya Kasut mengajar aku menjadi biasa dgn kawan-kawanya yang lain, setiap kali kami balik ke khemah,ia pasti akan menghantar balik, sesekali mengejar "manja" meminta makanan.

inilah kasut kesayangan makayah

Waktu petang, beriadhah bersama penduduk kampung. Sangat terhibur main tiup tepung cari gula-gula dengan makcik2 dan budak-budak. Kumpulan aku yang juara!=D Malamnya ada tayangan cerita P Ramle tajuk Bujang Lapuk. Penuh panggung menontonnya,ramai je yang tak pernah tengok filem ni.=)

9 Apr 2012
Cepat masa berlalu,alih-alih dah masuk hari yang ke 3. Hari ke 3 inilah task kami bermula, dan hari yg ke 3 inilah kami dah boleh sebut pasal islam dan selit sedikit sebanyak dalam perbualan. Itu objektif hari ni... misi akan bermula, namun aku sedikit bimbang, bimbang kalau-kalau aku bercakap tentang islam, hubungan akrab kami akan sedikit renggang. Untuk permulaanya Yusma ty apa pendapat Makayah tentang org melayu. Buat sementara waktu,kami tak sebut langsung tentang islam hari itu.. Alhamdulillah pendapat Ayahmak positif, mereka  tak kata org melayu ni jahat dan buruk perangainya. Hari ni giliran unit protokol memasak dan tolong Ustaz-ustaz  daripada Jakim memasak,jadi aku sedikit sibuk=p tiba-tiba je kawan panggil aku kata Ayah datang,aku pegi dekat khemah dan Ayah bgtau Mak pitam. Kebetulan nak datang sini Maa ada sediakan ubat Cap Kapak, jadi aku bawaklah sekali. Urut-urut Mak sikit, aku ty Mak dah mandi ke belum?rupanya dah seminggu tak mandi. Katanya sejuk sangat. Aku masak air dan mandikan Mak dengan limau nipis, sbb kat rumah kalau aku pening Maa selalu buat macam tu=) Allah..Kali pertama aku mandikan org tua... Terasa syahdu sangat. Teringat kat arwah nenek dan atuk kesayangan aku. Semoga roh mereka tenang bersama para solihin. Teringat jugak dekat maabah aku kat rumah. Moga allah izinkan untuk aku berbuat demikian pada mereka dihari senja nanti. Kebetulan petang tu ada khidmat kesihatan kat khemah. Jadi aku siapkan Mak untuk g jumpa doc. Hati aku tenang bila Mak senyum je tengok aku.. Aku pakaikan Mak bedak safi=D dan selendang, kemudian kami bawak Ayahmak ke klinik kat khemah, alhamdulillah Mak tak de apa,cuma Ayah je ada darah tinggi yang agak tinggi jugak.terpaksa pegi klinik esok. Petang time riadah tak de apa yang aku buat,join budak-budak yang lepak dengan basikal. Ada sorang budak ni bawak aku naik basikal keliling kampung,best! Dia bawak aku g rumah dia, curi basikal atuk dia dan bagi aku naik.ish..banyak betul "kucing2" kat rumah dia, ada 6 ekor semuanya. Baik-baik belaka sebab masih baby lagi. Nasib baik sempat mengelak,kalau tak dah kena samak dah. Malam tu ada pertandingan gubahan dan anyaman. Aku ajak ayah sekali join dengan makcik-makcik, pandai betul makcik-makcik ni buat tikar,bakul dam macam-macam lagi dengan daun mengkuang.

 

10 Apr 2012
Seperti hari-hari yang lepas,aktiviti bermula dipagi hari, start dengan gotong royong membersihkan kawasan kampung. Sesuai dengan konsep ta'awun kepada al-birr dan altaqwa yang disarankan dalam surah Al-Ma'idah:2, kemudian kerumah Makayah untuk sama-sama sarapan pagi,aku mintak Fiza yang temankan sekali untuk aktiviti sepagi bersama keluarga,pagi tu Ayah nak bawak kami ke kebun.Fiza dan Fai antara sahabat yg suka teman aku, jadi tak la aku kekok dengan Ayah dan Yusma. Sebelum ke kebun kami bertiga gotong royong rumah Makayah,bersih halaman, rumah dan cuci bunga yang Mak kata dah bertahun-tahun tak hirau. Mak tergelak je tengok kami cuci bunga tu. Kemudian kami balik ke khemah untuk tukar kasut,beli makanan dan air,nak g masuk hutan ni. Mak aiih, tuhan je tahu betapa jauhnya kebun Ayah. Memakan masa sejam lebih perjalanan. Ayah ok je jalan,kami yang bertiga ni pulak tercungap2 penat. Dalam perjalanan kami rehat sekejap kat sungai. Pemandangannya indah sekali.

sungai yg cantik,jgn disangka xde buaya

kami memanggil pakcik kg seberang ini dan berbual sekejap dgnnya

Sampai je dikebun kami bagi ayam-ayam Ayah makan jagung. Pegi cabut ubi kayu, satu guni dapat! Tinjau-tinjau kawasan kebun, suasananya betul-betul cantik walau macam hutan, ada sungai kecik. Kami rehat sekejap..duduk diatas rumput sambil minum air dan makan roti. Suasana yang panas bertukar jadi redup,tenang... aku berkira-kira dalam hati untuk memulakan bicara, bimbang...andai nanti tersalah kata membuatkan hati tuanya tersinggung, aku,Fiza dan Yusma diam sekejap berfikir macam mana nak mula. Rasa nak xtak nak je tp hari ini dah hari yg ke 4,kami dah cukup akrab,aku dah betul2 jatuh sayang pada Makayah. Kerana sayanglah,disitu kami mulakan...
"Ayah..cuba Ayah tengok alam ni,pokok2 dan apa yg ada disekeliling kita.. Ayah percaya tak yang ada suatu kuasa hebat menciptakannya??" 
Ayah kata percaya membuatkan hati aku sedikit lega, dan kami mula berani menyentuh tentang islam,tentang kebaikan dan keindahan islam.aku tanya Ayah,pernah x dgr azan? alhamdulillah ayah pernah dgr azan di kampung seberang. "ayah dgr sekali lagi ye.." aku berharap moga allah campakkan kebesaranNya dlm hati dan aku mintak Yusma azankan. Subhanallah!cukup terasa kebesaran tuhan dikelilingi pokok yg menhijau,dibawah bumbung langit yg membiru..suasana yang cukup nyaman ketika itu,kami jelaskan pada Ayah tentang kebesaran tuhan,dan azan merupakan 1 syiar islam. Ayah kata sedap azan tu dan kemudian dia alih topic lain,kami hanya mengikut rentaknya. bimbang lain plak jadinya.. Dlm perjalanan balik kami  sedikit berseloroh untuk buat Ayah tersenyum dan menghilangkan penatnya. Sampai kat rumah, kami tlg ayah potong ubi. Sementara tunggu ubi masak, kami gubah bunga yg kami cuci pg td. Dah siap semua kami kembali ke khemah dgn bwk ubi, xdang beberapa minit dah habis ubi kayu 2 bekas. Madam Shila dan Doc Misbah pun makan sekali. Sedap!


Agak penat tp gembira,utk mkn t.hari Yusma pergi hantar makanan kat Makayah, sbb dah lwat sgt aku makan dibawah khemah sekali dgn penduduk kg. Sambil2 berbual dgn sorang makcik. Dlm rancak berbual aku tanya nama makcik ni dan dia kata namanya Sa'diah. Tertarik dgn nama itu aku ceritakan pd makcik tu kalau Sa'diah itu nama ibu susuan Rasulullah s.a.w.r Rupanya2 makcik ni islam...Aku langsung xjangka makcik ni islam. Sedikit sebanyak bertanya makcik td, makcik pandai x ambik wuduk..Makcik Sa'diah kata xpandai dan dia langsung xberminat untuk mendalami islam. Start situ, sedikit sebanyak makcik tu bercerita knp dia xberminat untuk belajar islam, peristiwa yg menyanyatkan hati itu menoreh dalam sanubarinya dan masih berbekas luka. Ceritanya cukup menyedihkan.. Bergenang air matanya menahan pedih dihati. Sampai aku turut merasai kesedihannya..Sebagai seorang islam,tempias itu sedikit memercik sinis. Aku xdapat kata apa-apa melainkan mengenggam tangannya. xlama kemudian ada sorang pakcik datang, sedikit sebanyak mengganggu kami. Aku xsempat untuk bertanya apa-apa lg tentangnya, tpaksa tamatkan perbualan, aku ke meja vip bercerita pd shbt2 seperjuangan.. Senior sedikit tegur tentang silapnya aku xmtk no fon makcik td klu ada, aku xsempat untuk bertanya dimana rumahnya,siapa anak angkatnya dan aku berharap  akan jmp makcik tu lg nanti. Selepas motivasi pendidikan, petang time riadah, aku ajak kwn2 n Madam Shila main bola tampar. Cukup kelakar.. Aku ajak Pakcik kg seberang sekali main bola.Ustaz Ya pun turut serta. Pengenalan kepada pakcik ni,namanya Pakcik Din dr Kg Jambu. Hidupnya sebatang kara,xpunya anak isteri,dia langsung xterlibat dengan program yang kami anjurkan, tapi tiap2 hari dia datang untuk hiburkan hati dgn kayuh basikal. Walau dia xde anak angkat, ramai yg ambik berat pasal dia,terutama K.Sakinah yang selalu berbual-bual dgnnya. Habis 1 round kami main bola,Ustaz Ya ajak kami ziarah kg,ramai yg ikut serta, jalan2 hingga ke rumah hujung kampung, rumah keluarga angkat Hazira. Disini,rumah singgahan kami,smua tekun memerhati ustaz  berbual2 dengan tuan rumah, kemudian berdialog tentang islam.

ustaz ya dan tuan rumah.moga hidayah mengetuk pintu hatinya
Pada aku,pakcik ni bukan calang-calang org,pemikirannya sedikit sebanyak berbeza dengan kebanyak org lain. Dia seolah2 memahami tentang islam. Bila diajak untuk masuk islam,pakcik ni kata..
"saya xmahu masuk islam kemudian menjadi seperti org2 islam yang lain,kalau sy masuk islam,saya takut saya xbuat apa islam suruh.itu bermakna saya seperti menghina islam." Kata2nya memberi tamparan hebat kpd kami,kami yg dah islam xpernah tpk klu bt dosa seperti menghina agama sendiri. Banyak yg ustaz jelaskan tp ada je idea2 balas balik,aku xnampak seperti dia menentang islam, cuma banyak je alasan dia untuk tdk mahu memeluk islam. Hidayah allah belum menusuk lubuk hati. Semoga satu hari nanti terbuka pintu hatinya. Amin Ya Rabb..Apa yg menarik dlm perbualan tu,Ustaz Ya cerita pd pakcik ni tentang peristiwa di Mikang, sebuah perkampungan orang asli. Seorang lelaki tua umur 80 lbh dah, bernama Pak Subuh.Pak Subuh ni dah cukup uzur. Terlantar sampai tak boleh bgn,di seluruh tubuhnya penuh dgn kudis2 berair kecuali mata dan bibir..1 hari ustaz ajak dia peluk islam. Saat mengucap syahadah,mengalir air mata Pak Subuh,syahadah itu meresap tulus ke dlm hatinya. Lepas pada tu,ustaz sndiri pun xsanggup nak ajar Pak Subuh ni solat dan lain2. Sebab dia terlalu tua dan xlarat. Sebulan selepas peluk islam,Pak Subuh meninggal dunia.


Org2 kampung xtau dia dah peluk islam, dan kebumikan dia dgn cara org asli. Seminggu selepas tu baru dapat tahu tentang kematian Pak Subuh. Untuk uruskan gali balik kubur dan urus jenazah secara islam memakan masa 2 minggu berurusan dengan doktor, polis dan yg mana terlibat. Jadi dah 3 minggu mayatnya dikebumikan, 3 minggu itu adalah 1 tempoh yg agak lama. Mungkin mayatnya sudah reput dan dimamah ulat. Sampai pada proses nak gali balik kubur tersebut,gali punya gali,makin gali makin kuat bauan itu menusuk hidung. Tau x bau apa??? Allahuakbar..Satu bauan yang cukup wangi dan semerbak harum datang daripada kubur,yg makin dlm digali makin harum. Saat polis bukak penutup muka arwah...Subhanallah!wajahnya cantik bersih!xde lagi kudis2 berair,dan kulit2 berkedut...kulitnya putih bercahaya. Org2 yang menyaksikan peristiwa luar biasa itu turut menyalirkan airmata atas kebesaran Allah yang Maha Hebat. Menangis ustaz menceritakan pengalaman beliau. Kami yg mendengar ni...YaAllah.. Sebaknya.. Aku yg dah islam belum tentu dapat husnul khatimah yg sedemikian mulia.. Tuan rumah tu diam je dgr... Hampir maghrib, kami pulang ke khemah. Malam tu kami dgr tazkirah dr Doc Misbah AlMansur, prof kami dr Mesir,beliau antara prof2 yang bersemangat turun padang. Hati aku makin digamit bimbang.. bimbang yg teramat...malam tu aku luahkan kebimbangan kpd Fai, hanya esok saje ruang untuk Makayah, pg khamis kami akan bertolak balik ke Usim.. nak masuk hari ke 5 ni apa je yg aku buat??Aku masih belum buat yang terbaik dan aku cukup bimbang kalau2 aku balik tanpa sempat aku dgr syahadah drp bibir Makayah. Mrk dah cukup tua....ajal bila2 masa. Aku tau hidayah itu milik allah...tapi aku perlu berusaha. Aku xnak Makayah meninggal tanpa sempat mengucapkan kalimah tauhid. Mereka ku anggap seperti keluarga sendiri. Aku pergi jumpa ustaz...aku amat memerlukan bantuan ustaz untuk jumpa Ayahmak hari esoknya. Alhamdulillah, walau ustaz jd ajk dapur, kena masak berkawah2 untuk kami semua, ustaz xtolak permintaan aku. Sebelum  postmortem. Aku, Fai, Fiza n Yusma bincang bagaimana untuk menghadapi hari esoknya....

11 Apr 2012
Pagi itu kami mulakan aktiviti dgn senaman "Demi Matahari". Senaman ni adalah senaman paling best aku rasa. Lepas akriviri senaman, Doc Misbah tampil ke depan untuk syarah Surah As-Syam. 


Lepas pd tu,Fiza ajak aku kerumah mak angkatnya,asyik Fiza je teman aku,kali ni giliran aku pulak teman dia. Dapat kenal mak dia dan sorang makcik,namanya Makcik Idah. Pemikiran mereka jugak cukup terbuka bila kami sentuh tentang islam. Cuma banyak komen daripada mereka yg "orang islam jgk sama macam kami,kalau kami xpakai tudung,diorang jgk xpakai tudung". Tapi itulah hakikat senario hari ni,aku bgtau makcik tu sepertimana senior aku  dari Sabah pesan,kalau ada orang bilang begitu,kau seharusnya bilang.. "islam itu agama yg baik dan mengajak ke arah kebaikan,xkira bangsa dan agama smua ada baik ada jahatnya,yg mana jahat itu islam pd nama tapi tdk mengamalkannya", Alhamdulillah org2 disekelilingku memang xlokek untuk memberi tunjuk ajar.

yg depan sekali mak fiza,belakang tu makcik idah.moga allah memberi hidayah pd kalian

Tak lama kami berbual-bual,aku dan Fiza terpaksa balik untuk prepare sambut NC bg majlis perasmian penutup nanti.Mak dia bg Fiza hadiah tikar mengkuang. cantik!Prepare untuk protokol agak memakan masa hingga 2 ptg lebih. NC dah dtg,tp penyambutnya xsiap apapun lg. Sambut ketibaan NC dlm kelam kabut. Alhamdulillah..sempat jgk kejar! Time pembahagian hamper kpd 5 wakil keluarga, Ayah cukup senang hati kedepan menerima hamper daripada Prof Zul, pastu ada sesi bergambar. Tengah kehulu ke hilir, aku jumpa balik dgn Makcik Sa'diah ari tu, tapi sbb ramai org xdapatlah aku bercakap tentang masalah peribadinya. Rupanya Makcik Sa'diah ni mak angkat pd shbt aku, Suri. Alhamdulillah,segala perkongsian selepas itu Suri banyak bersama maknya, dan dia senang berceritakan apa yg dihadapi kpd Suri. Semoga fikirannya damai dan tenang untuk mendalami islam. Ptg tu..seperti biasa aku akan ajak Fai dan Fiza ke rumah Makayah. Yusma pulak teman kawan dia. Aku bgtau Ustaz,supaya menyusul kemudian. Seperti biasa mak akan tersenyum bila aku bersalam dgnnya.Kami borak-borak sambil bukak hamper sementara aku tertunggu-tuggu  Ustaz Ya datang. Ini adalah ruang dan peluang....aku genggam erat harapan ini.Tak putus-putus hati kecilku berdoa agar ia menjadi kenyataan.

ustaz ya memberi penerangan yang paling terbaik!
Dengan Ayah, Ustaz banyak bercerita tentang yg berkaitan dgn org tua seperti mentera @ jampi2 org asli yg ada diselitkan nama Allah, tp dah campur gaul habes dah jd benda karut. Kat situ ustaz bagi ulasan yg cukup menarik. Perbualan itu seolah-olah lagu mengikut rentak irama semasa Ustaz merapatkan lututnya bertembung dgn lutut ayah, Mak mengesot kedapur,mahu mandi dan tidak mahu mendengarnya,aku mintak Fiza uruskankan Mak dan aku masih setia menanti babak seterusnya... Alasan Ayah,Ayah dah tua...dan susah untuk amalkan islam,tapi Ustaz Ya bijak memujuk,Ustaz lagakan kepalanya dengan kepala ayah.Ustaz katakan pd Ayah,sisa umur inilah satu peluang untuk Ayah rebut. Ustaz mintak Ayah pandang wajah aku..saat tu aku xdapat tahan airmata ni...cukup syahdu petang itu bila ayah angguk tanda sedia untuk mengucap syahadah...begitu jelas tuturnya.."Aku bersaksi tiada tuhan melain Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah". Merembas keluar airmata Ustaz dan  2 3 org shbt aku yg ada disitu. Allahuakbar! Gemilang dunia ini..... tidak ada nikmatMu yg paling hebat melainkan detik2 ini. Ustaz ambik kopiah diatas kepalanya dan diletakkan diatas kepala ayah. "Tidak ada yg dapat sy bagi pada Mamak melainkan ini" Ustaz memeluk Ayah dan mengucap terima kasih. A.fadil membaca doa dengan menangis teresak2..dgn doa yg cukup menyentuh kalbu, hanya airmata yg menterjemahkan suasana ketika itu. Betapa bersyukurnya kami padaMu Ya Allah.Ayah ucap terima kasih kembali pd Ustaz.Lps pd Fiza mandikan Mak,masa tu terkecoh2 Yusma dtg,dia ingat ada hal apa. Aku sikat rambut mak,kemudian aku peluk,aku cium pipinya dan aku kucup dahinya...aku bagitau mak...."Mak,Jannah nak mak 1 aqidah dgn Jannah,Jannah nak Mak mati dalam Islam...Jannah syg sgt kat Mak..Mak peluk islam ye.."allah...xdapatku teruskan kata-kata dalam sendu, tenggelam timbul sebak didada.. Mak kata "nak masuk "aslam" macam mana xpandai" Aku genggam erat tangan Mak...kalau Mak xpandai bia Jannah yg ajr..Mak ikut Jannah.. "ASYHADU ALLA ILAHA ILLALLAHU WA ASYHADU ANNA MUHAMMADUR RASULULLAH". Mak menutur satu persatu, aku xdapat teruskan kata2..tangan Mak yang aku genggam aku alihkan kpd genggaman Fai, Fai yg meneruskan hingga maksudnya.Allahukbar!terasa dunia ini milik aku yang punya...paling aku xdapat tahan sebak ni bila mak ayah cakap mereka sayangkan anak sulung (Yusma) dan sygkan anak bongsu (Aku), mak selalu bahasakan diri kami dgn anak sulung dan anak bongsu. Alhamdulilllah,terima kasih Ya Allah...indahnya sentuhan nikmat cintaMu. Tak dapat aku ucap dgn kata2 betapa aku berterima kasih atas hidayah yg kau berikan pd Mak ayah. Airmata masih mengalir disetiap wajah-wajah,Yusma bacakan doa moga Allah tetapkan hati mrk.Yusma pesan pd Makayah, tetapkan hati dan lepas ni Makayah jangan keluar islam. Selepas baca doa,sekali lagi dia azankan kalimah suci Allah pada Mak dan Ayah. Allah dah takdirkan nama Yusma tercicir lalu masuk ke kluargaku, Allah dah tetapkan dua sahabatku Fiza dan Fai sanggup melebihkan masa bersama aku dan keluarga walhal mereka sendiri punyai tugasan bersama keluarga. Betapa pentingnya peranan mereka semua..tanpa mereka,aku xkan mampu untuk lakukan semua ini sendirian. Terima kasih sahabat..Hanya Allah yang dapat mebalas budi baik kalian.
Ku tinggalkan mak ayah pd Fai dan Fiza,kedengaran takbir bila sahabat2 mendengar berita gembira ini,mereka turut mengalirkan airmata atas hidayah allah yg xboleh dijual beli,hanya kepada hamba2 yang dikehendaki saja hidayah dicampakkan. Malam itu kami sama2 sujud syukur dan adakan derma kilat.Doc Misbah panggil aku untuk tanyakan keadaan, diakhirnya Doc mendoakan aku supaya aku tergolong dalam golongan ahli syurga. Allah...terasa hinanya diri ini dan sama sekali tdk layak untuk ke syurga tuhan. Aku cukup terharu dgn doanya..terima kasih Doc sudi mendoakan anak didikmu ini. Semoga Allah merahmatimu. Malam tu malam terakhir.. iaitu malam kebudayaan. Ustaz panggil aku, Ustaz mintak supaya aku jangan join aktiviti malam ni, tugasnya.. aku perlu tido dirumah Makayah,tanamkan aqidah dlm hati Makayah semalaman ni. Antara ujian selepas mrk masuk islam,sedara mara mrk akan datang mengoyahkan kembali keadaan dan akan buat kembali keliru. Allahuarabbi..aku xpandai apa2..mcm mn aku nak buat!zahmah! Sungguh aku masih terlalu cetek tentang islam itu sendiri dan aku masih perlu banyak belajar. Aku bgtau Ustaz aku xtau apa2..dan Ustaz sememangnya seorang yang suka mencabar pemikiran. Malam itu Fiza,Fai dan K.Fizah temankan aku kerumah Makayah,tapi Ayahmak dah tidur, Ayah semput dan sedikit lelah,K.Fizah bagi ubat pati halia.Ustaz dan A.fadil ikut sekali tolong urut-urutkan Ayah. Bila aku tanya Ayah buat apa hari.Ayah kata.. "Ayah kekebun untuk cabut ubi kayu dan tangkap anak ikan bagi pada Yus untuk balik esok". YaAllah...aku diam tak kata apa..kami xsentuh apa2 topic malam tu, memandangkan keadaan xmeizinkan.Hari sudah lewat malam, Yusma,A.Fadil dan Zaim tdo diluar rumah bagi keselamatan.

12 Apr 2012
Dinihari yg tenang kami semua bertahjud,solat berjemaah dirumah Makayah dan baca Yasin,kami sengaja berbuat demikian agar Ayah dan Mak dgr kalam2  suci al-quranul karim.aku cukup yakin yg Ayah dan Mak akan dengar walau mereka nampak tidur.Pagi itu kami sarapan disana,bila aku tanyakan pd Ayah,ternyata ayah dgr semasa kami solat td.Ketua kami, 2 3 org lg dan Doc Misbah dtg berziarah,Doc ajarkan Ayah surah alFatihah dan 3 Qul.pagi tu kami buat persembahan demi matahari depan Makayah,kemudian kami nyanyi sama-sama.ayah sedikit sebanyak mengikut rentak kami dgn perlahan-lahan tepuk tgan.aku mahu ayah dgr liriknya...tentang kejadian bumi dan kekuasaan allah.pagi tu mendung nak hujan,mak berseloroh membuatkan kami senang hati "mana mataharinya, tak ada pun" sambil tangannya menunjuk ke langit. Hati kami cukup lega seleganya, kemudian kami bacakan doa dhuha versi nasyid sama-sama.Alhamdulillah.Semua peserta perlu kemaskan barang masing2,tapi aku perlu teman Ayah,Maklong dan Makngah ke klinik. Brg-barang aku kawan-kawan yg baik hati tlg kemaskan. Masa cukup pantas,semua sudah berkumpul, bas pun dah sampai..kami kerumah berjumpa Mak,bersalam,mengucup dahinya  untuk kali terakhir dan mengucapkan selamat tinggal. Ayah setia menemani kami ke bas walau hujan renyai-renyai..cuaca hari itu sama seperti hatiku..mendung dan digamit sayu. Aku cukup sedih meninggalkan Makayah yg br sje sehari islamnya...tapi kami tinggalkan mereka dlm tdk xtahu apa2. Semoga allah menetapkan hati Makayah hingga ke akhir hayat dalam islam, hembusan nafas terakhir mereka biarlah sebagai seorang muslim sejati. Tiba-tiba..kedengaran takbir dibawah khemah,aku bergegas ke sana...

alhamdulillah..pakcik din selamat mengucap kalimah syahadah
Subhanallah..hampir kami nak balik,seorang lagi pakcik yang aku ceritakan dari kg seberang yang bermain bola bersama kami memeluk islam,benarlah hidayah itu untuk hamba2Nya yg terpilih.Pakcik Din yang xterlibat langsung dengan program ini,allah gerakkan langkahannya untuk kesini. Alhamdulillah.. namanya skrg Muhammad Deen,moga kehidupannya selepas ni lebih tenang dan terurus,walau dia xde sape2..skrg dia punyai allah...cukuplah hanya Allah bgnya. Kemudian kami naik bas untuk bertolak,aku tgk 2 3 org meluru turun daripada bas,aku pun turun sekali. Alhamdulillah..sorang lagi Makcik mengucap syahahadah. Semua sekali 4 org yg  bersyahadah drp 450 org penduduk kg. sebelum balik Ustaz Ya panggil aku untuk aku isi borang pendaftaran keislaman dan tetapkan nama Makayah. Doc Misbah bagi cdgan nama ayah Abdullah dan mak Amatullah,Yusma plak bg cdgan Syaifullah Hakimi,ada yg mncadangkan Basyaruddin dan Mustaqim, senior2 bg cdagan untuk letak Muhammad je. Riuh rendah suasana dlm bas bincang pasal nama.=) dan..cdgan aku sendiri,aku nak nama Abdullah Al-Hakim. Bincang punya bincang semua setuju...kami putuskan nama yang indah dan amat bermakna.. Abdullah Hakimi bin Abdullah,dan nama Mak kami kekalkan sbg Amatullah binti Abdullah. Nama yg menjadi saksi kami cukup mencintai mereka krn Allah. Semoga Allah tetapkan hati Makayah..selamanya dalam islam. Aku berjanji kita pasti akan bertemu lagi dengan izinNya selepas ini.Insyaallah.. Segala puji dan puja hanya untukMu YaAllah...xterucap rasa syukurku dgn rahmatMu yg mentakdirkan aku melalui perjalanan yang cukup indah!Terima Kasih Tuhan..

Saturday, 24 March 2012

Allah Sedang Memotivasi...



Firman Allah yang bermaksud:
"adakah kamu mengira bahawa kami menciptakan kamu sebagai main-main dan kamu tidak akan dikembalikan kepada kami???"
(surah al-mukminun 23:115)

Apa yang anda rasa ble baca firman allah ini??
fikirkan...kemudian tanyalah iman
sesungguhnya tidak allah menciptakan manusia utk bersenang lenang, kijenya bermewah-mewah dan berfoya-foya, hidup dlm ketawa dan selalu gembira.tp allah ciptakan manusia ada objektif tersendiri,ada misi dan visi serta  punyai master plan yang sudah termaktub dan tertulis kemas.apa yang hairannya bila hidup kita susah dan dilanda bermacam-macam ujian??krn..allah tak menjanjikan kehidupan kita dihampar permaidani merah sebagai jalan,tp allah dah warning awal-awal yang kte akan ditamrinkan di segenap jalan,dengan pelbagai modul-modul yang mencabar,untuk kita cari solusi dan halusi satu persatu,check point itu hanya akan berakhir disaat hembusan terakhir seorang abid.cuma..kadang-kadang kita terlepas pandang ibrahnya dan lupe untuk buat conclusion.adakalanya kita langsng  tak sedar yang allah sedang mentarbiah dan mendidik...

"errghh!!kenapalah semua ni terjadi pd aku??"
"=( sedihnya...hati aku terluka!"
"serabut!!aku dah xboleh nak pk apa dah!zahmah!!jengg..buntu.."
"aku dah takde semangat lagi.........down!"
"bengang!!!dia ingat aku ni apa,suka ati dia je...bla..bla2!!"
"aku makin xtenang,makin aku pk makin sakit kepala"
"rasa macam xsedap hati...bimbang!!!"
"aku xde kekuatan..takut..."
"banyak btl kerja!!stress gilerrr!!"

Mungkin....
itulah fenomena hari ni
"sesungguhnya  manusia dijadikan bertabiat resah gelisah.apabila ditimpa kesusahan dia berasa keluh kesah. dan apabila mendapat kesenangan dia sangat bakhil." (surah al-ma'arij:19-21)

Namun
Ada Jawapan Allah kepada manusia yang mengeluh

ADAKAH AKU SUDAH DIKIRA BERIMAN?

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.”  
(Surah Al-Ankabut:2-3)

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” (Surah Al-Baqarah:216)

KENAPA BERAT UJIAN INI?

“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”
 (Surah Al-Baqarah:286)

RASA FRUST? TENSION? LEMAH SEMANGAT?

“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.” (Surah Al-Imran:139)

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya mencapai kemenangan).” (Surah Al-Imran:200)

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk” (Surah Al-Baqarah:45)

APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.”
 (Surah At-Taubah:111)

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.” (Surah At-Taubah:129)

ARGHHH AKU TAK TAHAN!!! AKU DAH BOSAN!!

“Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keridhaanNya; dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka (kerana) mengharapkan perhiasan dunia ini; dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melewati batas. (Surah Al-Kahfi:28)

Maha suci allah yang mengatur dan menetapkan langkah-langkah hikmah.Allah memujuk kembali hamba-hamba yang merujuk padaNya. Damai..nyaman dan tenangnya dengan pujukan ini..sememangnya Allah itu adalah jurutera yang terbaik! Allah dah lukiskan plan kehidupan kita dengan jalan yang cukup cantik, lahirnya kte sememangnya adalah juara,terpilih utk menjadi umat sebaik-baik nabi, diberi pula islam sebagai nikmat yang xternilai utk dijadikan sebagai cara hidup. Allahuakbar...masihkah untuk kte merasa lemah dan low semangat dgn rahmat allah??tak perlu menyoal tuhan mengapa semua ini terjadi pada kita,seharusnya kte soal diri sendiri bagaimana cara untuk menghadapi??jom saksikan video yang selalu menjadi pembakar semangatku,hanya hati yang mampu mentafsirkan mengikut situasi diri masing2.ianya boleh dijadikan sebagai kayu ukur dgn kehidupan seharian.



=) Senyumlah seikhlas dan semanis mungkin
menerima "masalah" kerana allah tahu kita mampu untuk hadapi.
Tarik nafas dalam-dalam untuk kumpul kekuatan,rasai nikmat allah
dengan nafas ini kte masih dapat bertatih meneruskan hidup 
walau dalam serba kekurangan.
Pasang kekuda kukuh sbg permulaan langkah untuk karate 
semua anasir-anasir luar yang menyerang.
Dgn "masuk gelanggang" itu barulah kte sedar yang sebelum ini 
kte masih belum "kuat training".
Tadah tangan...kemudian berbicaralah dengan allah
mengadu merintih dan jgn lupa untuk berterima kasih  
kte adalah pilihan ujianNya.
Kerana dengan itu membuatkan kte lebih belajar untuk matang
dan memahami keadaan.
Yakin tiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya,dan
jatuh bangun itu sememangnya adat kehidupan

Astarghfirullah..
Rupanya aku sering lupa...
Sering lupa untuk selaluku bisikkan pada hati 
"yang saat ini aku sedang di uji..."






Friday, 23 March 2012

"Rahsia Angry Birds"


Angry Birds salah satu game yang paling 'legend' antara semua
game-game apps Apple yang dimain oleh aku sehinggalah tokoh
agama seperti Ustaz Hasrizal semuanya
suka bermain game ini
tidakkah anda pernah tertanya-tanya
Kenapa?
Apa yang best sangat game ni?
Cam simple je, game berkaitan burung-burung yang marah kepada babi-babi berwarna hijau yang mencuri telur mereka
sedar x kita..jawapannya sebab....Angry Birds....dipenuhi dengan nilai-nilai dan prinsip-prinsip sebuah gerakan Dakwah Islamiyah

1) Jihad dan Tadhiyyah (Pengorbanan)
Antara ciri yang paling power pasal Angry Birds ni, sebab burung-burung yang marah tu semuanya sanggup berkorban menyerahkan jiwa dan raga mereka untuk
mencapai matlamat mereka iaitu menghapuskan babi-babi hijau yang suka tersengih
jika masih hidup di akhir permainan
mungkin yang merah, biru dan hijau hanya sanggup mencederakan diri sendiri
tapi bagaimana dengan yang hitam dan putih?
yang hitam sanggup meletupkan dirinya sendiri! yang putih pula? sanggup mengorbankan anaknya! itu bukanlah satu pengorbanan yang senang menghantar anak yang masih dalam telur ke medan jihad segala-galanya untuk mencapai satu matlamat menjatuhkan tembok-tembok jahiliyah yang kukuh, untuk menghapuskan babi-babi hijau itu selama-lamanya... terutamanya ketua mereka yang memakai mahkota emas "Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin itu diri mereka dan harta mereka dengan memberikan kepada mereka syurga..."  
(At-Taubah 9:110)

2) Amal Jamaie
Dalam nak meruntuhkan tembok-tembok jahiliyah yang begitu kukuh burung-burung yang marah itu tidak bertindak secara berseorangan malahan mereka tidak akan mampu meruntuhkannya jika bertindak secara berseorangan maka mereka bersatu, bersatu tenaga mereka, bertindak secara berjemaah untuk meruntuhkan tembok-tembok jahiliyah itu

3) Tanzim (organisasi) yang tersusun
Tapi adakah diorang main langgar je sape yang serang dulu?
Tidak .
Diorang sedar setiap burung mempunyai kemampuan dan semangat pengorbanan yang berbeza setiap burung mempunyai isti'ab (penguasaan) yang berbeza jadi diorang susun sape pergi dulu, lepas tu sape pergi dulu kenapa? sebab Saidina Ali mengatakan "Kebatilan yang tersusun akan mengalahkan kebenaran yang tidak tersusun"

4) Gerak kerja yang Muntijah (berhasil)
bagaimana pula cara diorang susun sape yang pergi dulu dan sape yang pergi dulu?
diorang susun dengan menilai bagaimanakah cara yang paling muntij dan cepat untuk meruntuhkan tembok jahiliyah itu maka setiap orang yang mempunyai isti'ab yang berbeza, berfokus kepada kelebihannya yang reti potong kayu pergi serang kayu yang boleh hancurkan batu pg hancurkan batu dan menjadi tanggungjawab kita pula, sebagai qiyadah (ketua) mereka untuk detect, apakah kelemahan musuh kita dan dengan segala kekuatan serta isti'ab jundi (tentera) yang berbeza-beza bagaimanakah kita ingin menyusun strategi untuk mencapai ustaziyatul alam
eh silap
untuk mengalahkan babi-babi hijau tadi dengan tenaga yang paling sikit,
dan masa yang paling cepat

5) Taat
dan sebagai qiyadah perkara yang paling menyenangkan hati kita dan meneruskan semangat kita untuk berjuang adalah kalau kita suruh burung-burung marah itu menyerang ke atas, maka dia akan pergi ke atas dan kalau ke kanan, maka dia akan pergi ke kanan pasti tidak ada orang yang nak main dan selama-lamanya babi-babi hijau itu akan gelak terkekeh-kekeh jika qiyadah suruh serang ke kanan, dia pergi melayang ke atas

6) Ukhuwah
Lastly kena faham bahawa ukhwah burung-burung yang marah itu sangat kuat.
Itulah teras dan tunjang utama kekuatan diorang mereka sedih, marah, apabila saudara-saudara mereka dicuri telurnya mereka merasai penderitaan saudara-saudara mereka kerana sesungguhnya burung-burung yang berwarna itu bersaudara seperti mana kita umat Islam bersaudara jika salah satu daripada saudara kita sakit/derita, kita turut merasakan penderitaannya dan kita akan berusaha untuk menyelamatkan saudara kita daripada musuh yang nampak di dunia dan juga musuh yang tidak nampak yang menarik kita ke api neraka
Kenapa? sebab kita menyayangi saudara kita
Sesungguhnya dakwah ikhwanul muslimin itu adalah berteraskan dakwah kasih sayang kerana cinta kita kepada Islam dan Umat Islam tidak akan wujud game Angry Birds jika tidak ada ukhwah di kalangan mereka begitu juga tidak akan
wujud gerakan Islam malahan mustahil akan menang gerakan Islam jika tidak wujud ukhwah dan muhibbah antara semua umat Islam.
"Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan. Dan engkau melihat manusia berbondong-bondong memasuki agama Allah. Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampunan kepadaNya. Sungguh, Dia Maha Penerima Taubat"
(An-Nasr 110:1-3)

Sedarlah pertolongan Allah tidak akan datang jika tidak wujud ukhwah
dan kesatuan di kalangan umat Islam dan prinsip kepada kesatuan itu terletak pada Usul 20 oleh Imam Hassan Al-Banna.

Semua yang korang baca tadi adalah pengajaran daripada Angry Birds tapi ada satu lagi pengajaran yang tersirat iaitu jika kita melihat dunia ini dengan perspektif Islam yang jernih kita akan memasuki sebuah dunia yang berbeza dan kita akan mampu melihat apakah masalah umat Islam sebenarnya, sehingga mereka tidak mampu menang-menang lagi sampai sekarang.

Wednesday, 21 March 2012

1 Amanah...

  

Aqidah....adalah 1 AMANAH yg cukup BERAT utk ditanggung,yang perlu kte jaga dan pegang seerat mungkin kerana ia label muslim. Mempertahankan aqidah ibarat menggenggam bara api, yang menuntut i'tiqad hati, tidak gentar melafazkannya dan gah menterjemahkan aqidah itu melalui perbuatan, bahkan bukan sekadar itu, mantapnya aqidah mendorong mukmin mewakafkankan jiwa raganya untuk perjuangan islam. Nilai terlalu mahal dan tidak boleh sama sekali dijual beli dengan emas permata, apatah lagi diwarisi oleh anak dan saudara. Aqidah islam inilah yang dibawa oleh lelaki mulia... Muhammad s.a.w. Baginda bersusah payah utk memastikan aqidah islam yang kte pegang hari ini terus-terusan beralih tangan hingga ke akhir zaman. 

Dlm buku karangan Allahyarham Ustaz Fathi Yakan yg bertajuk "Apa Ertinya Aku Menganut Islam" meletakkan "Saya Mestilah Muslim Dr Sudut Aqidah" pd tajuk pertama sbg pasak kepada tajuk2 seterusnya. Betapa besar dan pentingnya aqidah dlm kehidupan kte sbg islam blh ditamsilkan seperti 1 tapak kepada binaan yg kukuh, yg menampung seluruh isi bangunan serta  menjamin untuk terus berdiri megah. Jika tapaknya tdk kuat, ble2 masa ia akn runtuh dan roboh. Perlu kte telitikan sirah Rasulullah s.a.w Baginda berdakwah 13 tahun dimekah dengan penuh derita,dicaci,dihina malah diancam untuk dibunuh, sedangkan Baginda sudah sedia maklum bahawa Madinah akn mjd sebuah negara islam yg gemilang. Tetapi mengapa baginda bersusah payah menyebarkan dakwah di Mekah? 

Kajian pd sirah Rasulullah menunjukkan 13 tahun inilah tempoh proses pembinaan aqidah. Bermula dgn usrah dirumah anak muda Al Arqam bin Abi Al Arqam, agama suci yang dibawa oleh Rasulullah semakin tersebar luas. Hasil madrasah Rasulullah pada masa itulah tercetusnya kisah insan2 yg sanggup mati krn mperjuangkan sebuah aqidah. Kisah-kisah mereka tdk pernah bosan dan jemu wlupun telah diulang2 mengikut putaran zaman. Diantara mrk adalah Bilal bin Rabah, seorang hamba yg diseksa dgn bermacam seksaan, dijemur  dan diseret diatas padang pasir yg panas terik dgn bahang batu besar menghempap dada, dipaksa Bilal utk memuji Latta dan 'Uzza.
Namun Muazin Rasulullah s.a.w ini tegar mempertahankan, bibirnya xputus2 menyebut.. "ahad..ahad..ahad.." 
menjulang tinggi kalimah Allah Yang Esa. Subhanallah! Hebatnya pasakkan aqidah dlm jiwa menjadikan Bilal bin Rabah lelaki hebat, kehebatan hamba berkulit hitam ini hingga teropahnya didengar  berjalan dAAM syurga. Teringat aku kata-kata Ustaz Solah sewaktu zaman riang remaja,bidadari2 didlm syurga berebut2 ingin mencubit Bilal bin Rabah utk dijadikan tahi lalat.=)  


Perhatikan iklan kereta honda ini,dr skru2 kecil,alat2 biasa,kemudian terhasilnya sebuah kereta yang cantik,canggih dan mewah. Begitu jgk dgn aqidah yg kukuh dlm hati2 manusia biasa..menjadikan ia seorang yg hebat memperjuangkan islam,indah akhlaknya,jitu keyakinanya dan mampu mencipta kehidupan yg luar biasa!


Zaman sekolah dulu..ble ada program akan ada modul "Pokok Aqidah". Kemudian setiap peserta perlu lukis dan ibaratkan pokok itu adalah kte dan setiap peranan bahagian2 pokok itu dgn elemen2 asas yg perlu ada pd stiap manusia yg bgelar muslim. Akar pokok tunjang dan kuat itu berperanan sbg aqidah dan iman yg jitu. Membentuk batang pokok spt islam yg kte anuti,dahan-dahan amal yg baik,daun-daun syariah yg subur n segar,bunga2-bunga akhlak yg cantik serta buah2 ihsan yang ranum. 
Perhatikan, di mana akar pokok aqidah diatas? tidak nampak bukan??? 
Krn ia tersemat dihati,namun akar yg terlalu kuat akn menonjol jgk spt pokok2 yg besar akn keluar sebahagian akarnya yg dpt kte lihat. Mendamaikan..pasti akan ada yang ingin bteduh dibawahnya krn ia amat nyaman dan boleh mberi manfaat pd sekitarnya. Tp apakah yg terjadi jika akar pokok itu tdk kuat?? Tidak dapat tidak ia menghasilkan pokok yg layu dan tdk elok. Daun-daun akn kering kemudian berguguran,kemudian akan mati.


Aqidah amat berkait rapat dgn Syahadah,yang mana kte bersaksi bahawa "tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad pesuruh Allah". Syahadah merupakan 1 ikrar perjanjian antara hamba dengan penciptanya. Dengan janji itu,kita memegang kemas aqidah dan islam walau apa jua yg datang kita tidak boleh sama sekali menyekutukan allah, alquran sbg kompas kehidupan  dan segala amalan serta larangannya kte praktikkan disegenap tentatif rutin harian. Ikrar Muhammad itu pesuruh Allah dengan tidak sesekali kte menentang sunnahnya malah menjadikan Baginda sbg idola dan Murabbi hakiki. Syahadah juga merupakan 1 tiket utk mendapatkan kunci ke Syurga Allah.
 Dewasa ini, terlalulah ramai islam pada ic namun bkn dihati... Islam sudah menjadi tradisi utk diwarisi. Sewenang2nya kte mempersia-siakan titik peluh, darah,derita dan pgorbanan Rasulullah serta para sahabat utk islam sampai kpd kte hari ni. Yang menjadi hairannya semua manusia mengimpikan syurga sbg goal final kehidupan nanti,mahu ke syurga?
 Ya! tidak ada seorang pun yg mahu ke neraka termasuk aku sendiri.
 Namun perjalanan menuju Allah tidak bisa  hanya melalui mimpi dan angan semata! 
Untuk menggapai syurga yg nikmatnya tidak ada didunia, mata xpernah melihat, telinga xpernah mendengar dan tubuh xpernah merasa kenikmatannya tidak mungkin diperolehi dengan begitu mudah. Terus dalam khayalan tanpa berbuat apa-apa. 
Kehidupan kte sekadar ala kadar, ambik syarat pakai tudung tutup kepala je, pegi kuliah balik kuliah,tido dan makan, solat lintang pukang nak cepat. Xubah seperti kehidupan seekor Ulat dan Lalat. Tiada apa yg dapat kte sumbangkan pada islam. Ble  disoal kpd diri sendiri, apa yang aku bt spanjang 20 tahun aku  bergelar muslim?? Hatiku mengeleng-ngeleng lemah, tidak ada jawapan untuk persoalan itu. Malu dengan diri sendiri!


Wahai Ikhwanul muslimin … terutama pada yang bersemangat dan ingin cepat mencapai matlamat. Dgrlah kalimat aku yg nyaring dan lantang diatas mimbar ini. Sesungguhnya langkah yang kamu ikuti telah digariskan dan batasnya juga telah diletakkan.
 Aku tidak akan mencanggahi batas batas yang aku yakini dengan sungguh sungguh sebagai satu jalan paling selamat untuk sampai kepada matlamat.
 Aku akui jalan ini adalah jalan yang amat panjang tapi tidak ada jalan lain lagi. Sesungguhnya kelakian seorang lelaki adalah pada kesabaran, kesungguhan dan amal yang berterusan.
 Sesiapa ada antara kamu yang ingin memetik buah sebelum masak, maka aku tidak akan bersama sama mereka walau apa pun berlaku. Malah lebih baik bagi mereka mengundurkan diri dari dakwah ini dan memilih jalan lain.
 Sesiapa yang bersabar menunggu bersama aku sehingga benih yang kutanam menjadi tunas, pokok dan mengeluarkan buah serta sampai masa untuk dipetik, maka ganjarannya disisi Allah. Kita pasti tidak akan terlepas dari salah satu antara dua kebaikan yakni menang dan mendapat kekuasaan Allah SWT atau mati syahid dan mendapat kebahagiaan akhirat   -  Albanna

Muhasabah utk diri sendiri..andaikata syahadah itu ibarat wang utk mbeli brg. Tp kte gunakan duit palsu pegi beli kt tesco ke giant..pasti xkan dpt kte beli. Bahkan mungkin kte akn dhalau drp kedai tersebut,mungkin jgk akan di jail atas sbb jenayah cuba untuk menipu. Begitu jgk dgn syahadah..kte berikrar tiada tuhan melainkan Allah,tp kte xtakut utk tinggal apa yg dilarang n bt apa yg disuruh, kte tau nabi Muhammad pesuruh Allah tp sunnahnya kte pandang sambil lewa, tiada terjemahan syahadah dan aqidah yang kita pegang dalam kehidupan harian. Org qlate kata tu namanya "Belawok Kohong". Mana mungkin terjadi dan cukup mustahil,kte kata kte lapar,tp kte xsuap makanan ke dlm mulut utk kenyangkan perut. Nauzubillah...