Saturday, 16 June 2012

Kehilangan...

Allahuallah..allah
Sayu..tak tertahan airmata untuk dibendung dari terus mengalir.
Sebak didada masih kuat mencengkam diri.
Sepi sendirian memujuk hati agar dukacita itu pergi.
Cukup terasa kehilangan..
Berita yang tiba-tiba begitu menyentap jiwa
Sehingga tulisanku penuh emosi mengikut rentak rasa.
Dukaku bukan kerana berpisah dengan kekasih hati, 
bukan juga kerana diri dilukai atau dicaci maki.
Tapi..
kerana Murabbi cintaku telah pergi...


Bagai semalam aku mendengar taujihad daripada Sang Murabbi,
terngiang-ngiang suara tua beliau menyampaikan amanat saat hati serta fikiranku dalam tekanan dan himpitan suatu ketika dulu... 
dan kali terakhir berjumpa beliau dalam keadaan uzur dan tidak berkudrat tapi  semangat juangnya masih gagah 
menyebarkan kalam tarbiah. 
Wajahnya yang tenang dan bersih penuh kasih menutur bait-bait bicara.
Ketegasan dakwah disaluti cinta pasti menggamit hati
 sesiapa yang menjadi mad'unya.
Tanggal 14 June 2012 bersamaan 24 Rejab 1433,
diufuk barat membentangkan senja yang mendamaikan
Murabbiku Ustaz Ya menyusun helaian-helaian terakhir 
susunan kitab haraki perjuangan.
 Sebaik saja selesai helaian terakhir susunan karangannya sendiri, 
tidak ada siapa yang menduga saat itu  adalah 
hembusan nafas terakhir beliau.
Allah sedia menjemputnya kira-kira jam 6.20 petang, itulah ketetapan masa yang telah tercatat di Luh Mahfuz. AlFatihah..
Ustaz Ya,
Walau jasadmu tidak ada bersama dalam perjuangan agama, namun semangat dan kata-katamu masih tetap dan akan terus ada.


Bagai lena dan rehat panjang wajahnya..putih bersih kemerah-merahan
Berbahagialah kamu guruku disana..
moga malaikat meriah menyambut kepulanganmu pejuang agama. 
Begitulah akhir hidup seorang daie, langkah dan lariannya tidak mengenal erti penat lelah dan putus asa dalam perjuangan, 
hingga husnul khatimahnya begitu cantik sebagai penutup tirai filem seorang abid... Jalan sketsanya seolah-olah dapat dirasakan itu adalah detik-detik terakhir baginya, dengan menyusun naskah-naskah untuk ditinggalkan sebagai amal jariah dan ilmu yang bermanfaat. 
Subhanallah!
 Terbayang dimata wajah-wajah insan sekelilingku yang pergi menyambut seruan ilahi, Tok sedaraku yang meninggal dua minggu yang lepas, Datuk dan Nenek kesayangan, Tok sedaraku yang akrab bagai datuk sendiri, Paklong, Pendidikku Ustaz Nik Jid, Teman-teman seperjuangan yang pergi dalam usia muda..Kak Pa, Kak Hanan, Bedul dan 
Saudara kandung yang amat aku cintai walau tak pernah 
melihat wajah dan menatap matanya... 
Abang Muhammad.
Cukuplah kematian itu menjadi pengajaran untuk mereka 
yang masih hidup.
Ya Allah.. ampunilah mereka.. 
Rahmatilah mereka, luaskan kuburnya, jauhi mereka dari kegelapan dan anugerahkanlah nur Mu yang bercahaya, peliharalah mereka dari azab kubur dan seksaan api neraka. Kemudian tempatkanlah mereka 
ditempat syurga yang mulia. Amin Ya Rabb..

Penghormatan buat kali terakhir
Daripada Abdullah bin ‘Amr r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya Allah tidak mencabut (menghilangkan) ilmu daripada manusia. Tetapi Allah mencabut ilmu dengan roh (mematikan) para ulama. Sehinggalah tiada lagi orang yang alim (ulama) yang tinggal. Ketika itu manusia akan melantik ketua mereka yang jahil. Apabila orang menanyakan sesuatu, mereka mengeluarkan fatwa tanpa asas ilmu. Maka, sesatlah mereka dan menyesatkan orang lain." ( Hadis Riwayat Imam al-Bukhari )




Monday, 4 June 2012

Yang Terindah Itu Diuji


25 Mei 2012
Bila membuka mata dari pejaman..ia masih sama seperti hari yang lepas, udara dan nafas semalam masihku hela, tidak ada satu pun nikmatNya yang berkurangan. Putaran waktu mengembalikan aku pada tarikh yg sama walau masanya sudah lama berlalu. 25 Mei, dengan tarikh ini..aku lahir melihat dunia. Hari-hari semalam telah aku tinggalkan sehinggalah ia meremajakan aku seperti hari ini. Membesar dalam keadaan penuh kekayaan kasih sayang daripada keluarga, menjadikan aku selalu hidup selesa,lengkap dan sempurna walaupun masih dalam serba kekurangan. Setinggi-tinggi pujian hanya untuk Allah.. Alhamdulillah! Tarikh penting ini  tidak bermakna jika hanya disambut dengan gelak ketawa parti, berkejaran utk saling tampal kek kat muka, wish drp teman2, dan hadiah2 yang banyak. Bukan tidak bersyukur...namun ia lebih bererti jika dibandingkan dengan mengambil masa sendirian beberapa saat, sujud syukur tanda berterima kasih kepada Allah atas contrak usia yang dilanjutkan tanpa sesen bayaran. Sila take note dengan amaran yang sudah sediamaklum dari Allah. 
"Maka apabila telah datang ajal mereka, mereka tidak dapat mengundurkannya walau pun sesaat dan tidak dapat pula mempercepatkannya" (surah al-A'raf : 34)
Dalam senyuman yang mekar berbunga, jangan pernah lupa merenung jauh kedasar hati. Kalau dulu,sampai je pada tarikh hari lahir, wajah riang tak terkata. Tertunggu-tunggu ucapan daripada MaaAbah dan keluarga, pastu dapat hadiah daripada kekanda-kekanda tersayang. Hadiah yang banyak daripada orang-orang sekeliling, mungkin boleh bukak kedai pulak berniaga kecil-kecilan=) Gembiranya waktu itu hingga aku lupa untuk mengingatkan diri pada setiap kelahiran, pasti ada kematian. Sepanjang aku hidup, apa yang telah aku lakukan? sudah langsaikah hutang kesalahan dengan Allah, manusia dan semua makhlukNya? Bagaimana nanti kalau ajal datang merenggut tanpa notis dan isyarat??? Persoalan itu tidak pernah aku terfikir hingga masuk alam sekolah menengah, sedangkan 5 minit selepas ini pun aku xkan dapat jamin untuk terus hidup. Memang xingat mati betollah zaman riang dulu. Gembira dengan tarikh itu kadang-kadang langsung lupa untuk mengucap alhamdulillah, berterima kasih pada tuhan yang menciptakan diri ini, memilih aku untuk menjadi hambaNya, tetap memberi nikmat walau seringkali aku kufurinya. Jugak pada MaaAbah yang susah payah membesar dan mendidikku, tidak pernah aku kira berapa titik peluh keringat yang memercik... demi untuk kesenangan dan tidak mahu lihat aku susah walau sekelip matanya.




Dikesempatan ini, hamba yang dhoif dan serba kekurangan ini merendahkan hati untuk memohon ampun dan maaf atas segala kesalahan yang pernah mencuit, mengguris, mencalar, menyentuh, meretak, dan menghempas hati kalian. Tidak ada yang diharapkan melainkan kemaafan dan doa tulus daripada keluarga, sahabat dan teman-teman, semoga dengan doa dan kemaafan kalian menjadikan tiap perjalananku semakin lancar menuju redha Allah. Sujud syukurku penuh kehambaan berterima kasih padaMu Ya Allah.. kerana menghadiahkan aku kelainan yang cukup bermakna dalam limpahan nikmat dan rahmatMu. Terima kasih penuh cintaku buat Maabah, kekanda dan adinda tersayang (Kak Long hingga ke Adik Yah yang bongsu) atas doa, dorongan dan hadiah yang amat bererti untuk kali ini. Buat insan-insan yang mengingati aku dalam diam tadahan doa dan sujudnya, Sahabat-sahabat nakal yg suka buat gimik dan surprise, teman-teman seperjuangan pembakar semangat.. terima kasih kerana sudi mendoakan dan keceriaan yang kalian hadiahkan.=) Tarikh ini menjadi semakin penting daripada tahun-tahun yang biasa krn ada 5 point penting yang  perlu aku lalui dan selesaikan satu persatu. Aku yakin Allah akan selalu ada untuk membantu saat aku buntu. Pagi yang indah sedikit mendung mengisyaratkan hujan mahu turun..Hati memujuk agar tidak terus suram. Seawal jam 4 petang aku perlu bersiap sedia untuk ke Pahang. Disana ada tugas yang menanti. Dengan doa, kami mulakan perjalanan pada jam 6 petang. Suasana dalam bas agak meriah. Sempat lagi sambut besday untuk x2,potong kek dan makan sama-sama,habis comot. Akibatnya banyak sangat pergerakkan dalam bas, aku mula diam dengan penuh zuhud dan tawadduk... tidak lain tidak bukan kerana pening dan meloyakan. Untunglaaa pening sikit dah ada yang ambil berat. K.Tiqaf dan adik beradik Meranti memang prihatin, bersama mereka terasa seperti kanak-kanak yang diberi perhatian dan kasih sayang yang secukupnya=) Sampai dikampung lebih kurang jam 11 malam. Perasaan rindu pada Mak dan Ayah semakin membuak-buak. Wajah tua yang tenang itu terbayang dimata. Kami terus ke rumah MakAyah.... Suasana gelap gelita, tangga pun dah tercabut. Mungkin Ayah dan Mak dirumah mereka yang satu lagi, jauh nun di kebun. Hampa...

Sweeettnya Mak saya=) walau umur dah 80,tp awet muda.
26 mei 2012
Pagi- pagi lagi kelihatan sahabat-sahabat bersiap sedia untuk menziarahi keluarga masing-masing, aku juga tidak ketinggalan dan tidak sabar untuk berjumpa dengan MakAyah. Subhanallah.. teramat cantik seni lukisan kasih yang Allah lakarkan menjadikan perasaan halus cukup mencintai mereka keranaNya. Dapat ku rasakan cinta itu mengalir dalam hati. Berjalan-jalan dengan beberapa orang sahabat untuk tujuan yang sama. Aku mempercepatkan langkah, kelihatan Mak sudah di anjung rumah. "Jannah!" Mak menjerit riang dengan senyuman lebar yang terindah! Aku berlari-lari dan sedikit berhati-hati memanjat tangga. Kerinduan yang sarat dihati akhirnya terlerai, bersalam dan mengucup wajah tuanya cukup mendamaikan. Mak terus berceloteh yang mereka menunggu aku dan Yusma daripada semalam, tunggu punya tunggu tak datang akhirnya mereka tido. Meleret senyuman aku..Ayah rupanya sedang bersiap-siap untuk jemput kami di tempat penginapan. Mak masih lagi tersenyum bila nampak Yusma yang baru datang. Dalam rancak berbual rupanya Mak dan Ayah tak sarapan lagi, kat dapur xde keperluan yang perlu dimasak. Kebetulan kami ada bawak barang-barang dapur termasuk Maggi, nak masak guna dapur kayu dekat dengan setengah jam,xmenjadi- jadi jugak. Mak dan Ayah tergelak tengok..buat malu je, macam lah xpernah masuk hutan pegi khemah. Akhirnya Mak Cik depan rumah yang tolong baru berasap dapur. Aku dan keluarga, budak-budak kecil,kawan-kawan 4 5 orang yang datang makan ramai-ramai Maggi paling sedap dalam dunia ni, cukup 40 hari MakAyah tinggal dengan kami, conform biru mata MakAyah jadi Mat Salleh. Sambil-sambil tu Yusma tontonkan cerita Al-Ikhlas sebagai pengisian pertama. Hampir Zohor, Ustaz Ya datang, bersiap-siap untuk solat jemaah, solat hajat supaya diberi kemudahan dalam setiap urusan,ditetapkan hati-hati saudara baru kami disini dan seterusnya bacaan Yassin. Sesungguhnya jalan menuju Allah itu penuh berliku. Selepas pengislaman MakAyah tersebar dikawasan kampung dan anak-anak, mereka amat marah dan menentang. Sehingga sekarang mereka masih gagal untuk membuat pendaftaran sebagai islam.Teringat semasa dikampus, aku mendapat panggilan telefon daripada Ayah,suara lirih Ayah antara faham dan tidak faham loghatnya memberitahu anaknya amat marah dan meminta untuk keluar daripada islam. Aku sedaya upaya menenangkannya sedangkan hati aku sendiri langsung tidak tenang, berkecamuk.. rasa ingin berlari kesana. Tidak ada apa yang dapat kami buat melainkan tidak putus-putus berdoa dan bersabar. Senior-senior kami pantas bertindak dengan terus merangka strategi follow up untuk kesana.Allah..hanya tuhan yang dapat memahami gelodak hati kami. Itu cerita Ayah dan Mak, berlainan pulak dengan Pak Din yang dihalau rumah oleh adiknya dan dberhentikan kerja. Namun dia cekal dan berprinsip, tambahan hidupnya yang single selepas kematian isteri menyukarkan untuk dia dipengaruhi oleh sesiapa. Alhamdulillah.. Selepas Zohor kami ke rumah Mak Ayah untuk majlis kesyukuran sempena besday dan makan-makan. Kemudian bacaan doa selamat. Rumah Mak Ayah agak sesak dengan anak cucu Ayah, orang kampung pun datang jugak. Kek special daripada senior Usim, aku dan MakAyah potong sama-sama. Memang best! Pandai betul dia buat, berbakat dan kreatif! Petang tu Ayah angkat Kak Sakinah ajak kami jalan-jalan naik bot. Ha..apa lagi,peluang keemasan buat orang yang tak pernah naik bot walau rumah dekat je dengan pantai. Kami tinggalkan  MakAyah sekejap bersama anaknya dan orang kampung untuk ambil barang-barang dan kemudian kami datang balik untuk ajak Ayah sama-sama ke sungai. Tapi untuk kali ini Ayah menolak. Wajahnya sedikit kelat dan stress, aku mula tidak menentu. Kami biarkan saja sambil ikut Makcik dan Pakcik kesungai, Ustaz Ya pun ikut sekali. Hati kami sedikit gelisah, terfikir-fikir, apa yang mereka bual kan? dan kenapa wajah ayah tiba-tiba berubah? Hati yang bimbang terubat dengan pengembaraan yang terindah. Subhanallah.. cantik, tenang dan mendamaikan anugerah alam ciptaan Allah. Rasanya inilah pertama kali gambar yang paling cantik dan indah pemandangannya pernah aku ambil.


pemandangan perjalanan kami menuju ke rumah rakit untuk memancing ikan
Jenuh memancing, tak dapat-dapat ikan, tak guna teknik yang betul atau tak pandai? Itu bukan jawapan, sebenarnya tak ada rezeki=) Gembira tengok Makcik dan sahabat-sahabat yang dapat ikan. Suka betul diorang. Sebelum balik kami beli ikan Tapah daripada tuan rumah.  Sampai je didarat, aku mula pening. Ada je sahabat yang menyakat "Ni  bukan lagi laut, kat sungai pun dah mabuk," Tersenyum mendengarnya, mungkin bot tadi laju sangat dan sememangnya aku tidak biasa. Tapi aku tidak serik, keinginan untuk naik lagi lain kali itu ku simpan diam-diam=) MakAyah nampak gembira dengan telatah kami membawa ikan, macam bawak balik ikan jerung je gayanya. Mereka mula bersemangat cerita pasal menu ikan yang biasa dibuat. Tapi masih dapatku lihat airmuka mereka jelas nampak suram. Gusar.. Kembali ke kawasan penginapan. Termenung sekejap sambil tengok kanak-kanak main bola dipadang. Pening tadi masih terasa. Sayu.. dingin hati ini. Kemudian aku belek-belek buku "Cahaya Iman di Kuala Nenasi", sedikit buat aku tersenyum dan terhibur dengan hadiah pemberian Ustaz Ya. Hasil karangannya sendiri, terasa terharu dengan ustaz yang sudah dimamah usia tapi sanggup menulis untuk menghadiahkan tinta-tinta ilmu dan pengalaman sempena hari lahirku. Semoga Allah membalas jasa baik Ustaz dan keluarga terhadap kami. Kemudian berbincang dengan ketua kami mengenai buku tersebut serta masalah- masalah yang melanda, jika tidak ada halangan ketua kami mencadangkan untuk membukukan balik buku tersebut. Mahu kembali kerumah Makayah, langkahan ini terasa longlai..tidak ada semangat pada derapnya.


Singgah sekejap menolong makcik dan Kak Kinah siapkan makan malam, kemudian kerumah Ayah, ikut serta dalam perbualan Ustaz dan beberapa orang sahabat, aku diam berteleku bila Ayah mula bercerita yang anaknya cukup marah sehingga tidak mahu memberi makan dan duit selagi Ayah masih islam. Hatinya dipaksa untuk keluar daripada islam, berkaca mata Ayah.. ada garis- garis duka yang terpamer pada wajahnya. Aku tahu Ayah mula keliru, aku sedaya upaya memahami keadaan MakAyah sebagai saudara baru, mereka masih tidak kuat... Tidak ada apa-apa pengisian dalam jiwa mereka melainkan syahadah. Tidak mahu menyentuh sekalipun ku ceritakan walau sepatah mengenai kondisi sebenar, kerana terlalu takut dan bimbang, semoga ianya tidak akan pernah terjadi. Ustaz sedikit sebanyak berpesan kepada Ayah sebelum pulang. Suasana sepi seketika, aku mula memecah kesepian mengalih topik daripada terus-terusan bercakap soal islam, bimbang  kata-kataku makin menambahkan tekanan pada mereka. Mencari-cari point yang sesuai untuk menceriakan kembali suasana dengan bercerita tentang ilmu mempertahankan diri,mintak untuk Ayah ajarkan buah/teknik lain, Ayah terus bersemangat membuka langkah, orang yang berdarah pendekar memang mudah naik semangat. Menjerit Makcik dan anak-anaknya tengok. Dapat jugak buah tangkis dan guntingan baru. Tak tahan geli hati, mereka buat aku ketawa dengan gelagat mereka yang riuh rendah. Diwajah Mak terpamer kembali kegembiraan. Malam tu aku bukak video tentang proses kejadian alam, kejadian anak ayam, semut dan kebesaran Allah. Sempat menyentuh tentang kisah-kisah sahabat yang keislamannya ditentang hebat, diseksa dan dibunuh. Kemudian kami menonton filem Hafalan Shalat Delisa. Berhimpit dirumah MakAyah untuk tengok cerita. Sedar tak sedar aku dah tertido dibahu Mak. Mak senyum je.. Masa untuk tidur kami keluar duduk dianjung rumah agar perbualan kami tidak mengganggu tidur mereka. Sesekali dengar Ayah terbatuk-batuk dari dalam. Hamparan langit yang gelap dan kelam tanpa bintang bagai turut memahami fikiran. Hati tidak senang dengan resah gelisah, ada sesuatu yang mengganggu ketenangan. Sedikit sebanyak kesabaran mula pudar dan semangat kian luntur. Denyut nadi dakwahku bergerak perlahan-lahan. Sahabat-sahabat yang setia, K.Kinah, Fai, K.Fiza dan Yusma turut sama termenung. Sepi. Kami seolah-olah berada dalam zon yang tidak selesa. Saat itu mereka cuba untuk menenangkan aku, mengenggam tangan memberi kekuatan walhal aku sendiri tahu mereka jugak turut merasai apa yang aku rasa. Acap kali aku terlupa pada sabda nabi yang menghiburkan, sesiapa yang memperbanyakkan istighfar maka Allah akan menghapus segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka. Membaca doa dan Ruqyah Syariah sebagai pelindung diri sedikit menenangkan kami daripada peringatan Mak Puteh untuk selalu berwaspada. Kehadiran dua lagi senior amat melegakan hati kami, sorang lagi senior maharajalawak, dengan skill yang ada dapat menghiburkan jiwa-jiwa yang mendung. Masa yang singkat menjadi wadah untuk sama-sama kami hamasah dan koreksi diri, kemudian menyusun perjalanan untuk menghadapi hari esok. Berharap semoga hari esok damai menenangkan dan kembali seperti sediakala.

27 Mei 2012
Sarapan bersama-sama dengan celoteh yang menghibur bagaikan kami satu keluarga yang cukup lengkap dan bahagia. Pagi itu, kami suarakan pada Ayah untuk sekali lagi kesungai. Disitu kami akan mengambil masa untuk memulihkan keadaan, menggerakkan jiwa-jiwa dan menyuburkan kembali aqidah yang tertanam dengan izinNya. Dalam perjalanan kesungai, aku hanya diam berjalan dibelakang Ayah dan Yusma, tenggelam timbul perbualan mereka,tersentak dari lamunan  bila Yusma tanya pada Ayah. "Ayah.. Ayah sayang tak kat Jannah?" Itu saja yang aku dengar dan aku hanya biarkan mereka. Nampaknya Yusma sedang menggunakan ilmu psikologinya. Berhenti melangkah, menoleh pada Kak Sakinah dan Apak yang berjalan  dibelakangku. Terus berjalan.. menarik nafas dalam-dalam, dan membisikkan kekuatan kedalam diri sendiri. Hari ini adalah hari yang terakhir aku berada disini, mengapa harus lemah dengan cubaan yang sedikit ini? Diri terasa terinspirasi.. jgn pernah mudah menyerah kalah! Islam itu  agama yang damai,sarat dengan pengorbanan dan kasih sayang, medan dakwah adalah cinta yang perlu dibaja dan disuburkan selalu. Untuk menjaga cinta itu bukan mudah, hanya orang yang mencintai cinta itu akan terus berjuang agar ia tidak berundur  mahupun berganjak walau setapak. Kerana islam dan dakwah itu sendiri adalah cinta, ia  mampu meniupkan kembali ruhiyyah yang sedikit layu dan kuncup kuntumannya menjadi mekar membugar. Sampai disungai, kami meniti untuk naik ke rumah rakit. Tapi malangnya ada sorang diantara sahabat jatuh berdebuk kerana tergelincir. Kami semua tergelak besar  kerana terlalu simpati, nasib baik tak tergelonsor kedalam sungai dengan bag galas yang ada laptop dan barang-barang berharga, kesian betul. Dua tiga orang makck dan pakcik bagi kami sekor ikan,belum sempat memancing lagi dah dapat ikan free, alhamdulillah.

ikan ni nama dia........tapi boleh dimakan

Sekarang, giliran aku pulak untuk berbincang dengan Ayah, Sambil-sambil memancing, aku bukak Surah Yassin,hati dan qolbu al-quran. Bertanya itu dan ini apa yang aku tidak tahu. Hati aku sedikit lega bila Ayah mula ramah bercerita masa mudanya, mengimbau kembali waktu Ayah remaja, belajar silat, Atuk meninggal dunia, kesusahannya dan macam-macam. Perbualan kami terhenti bila ada  sahabat-sahabat yang datang naik perahu dengan keluarga angkat masing-masing. Gembira betul diorang kayuh perahu. Kemudian Ayah menyambung kembali perbualan kami yang dah bertahun-tahun lamanya Ayah tak menaiki perahu dan bot. Tiba-tiba ada satu bot lalu, rupanya bot tuan rumah rakit semalam. Subhanallah...Gigihnya lelaki tua ini bekerja sebagai pemandu bot tambang. Dia tidak sama dengan kita semua, yang lengkap sempurna pancaindranya. Dia hanyalah seorang istimewa yang berusia dan tidak ada kudrat. Tapi kecacatan kakinya tidak menjadi alasan untuk hidup normal turun kesungai seperti kebanyakkan orang. Fungsi tangannya diguna sebaik mungkin. Aku cepat-cepat bagitau pakcik tadi yang aku ingin bawa Ayah jalan-jalan dengan bot. Bot yang memuatkan semua sekali enam orang meluncur laju, menikmati keindahan alam buatan Allah yang Maha Hebat. Ayah tersenyum.. Dalam perjalanan kami mendapat panggilan drp sahabat-sahabat yang bas sudah sampai. Sesegera mungkin kami berpatah balik, masakan tidak, bas sampai  awal pada waktunya. Sampai di pelabuhan, aku bertanyakan harga tambang, tapi pakcik itu mengeleng-ngeleng kepala. "Tak apa" ringkas jawapannya. Allah... baiknya hati insan ini. Kagum. Indah lagi andai akhlak dan budinya disaluti iman dan islam. Semoga Allah memberi hidayah dan kesempatan untuknya merasai nikmat yang paling lazat ini. Kami  sedikit memaksa pakcik tadi untuk mengambil duit tersebut. Dia tersenyum dan melambai tangan pergi. Bergegas balik secepat mungkin, dua orang sahabat datang dengan moto untuk ambil orang-orang tua. Sampai saja dibas, semua sahabat-sahabat berada diatas bas, pakaian-pakaian kami semua dah mereka kemaskan. Kelam kabut pergi jumpa Mak dirumah dan bersalam, turun tangga dan naik balik. Aku pesan pada Mak supaya Mak tetapkan hati dalam islam,kuat hadapi cabaran. Allah.. wajah Mak sarat dengan kesedihan. Tidak pasti kesedihan itu sama ada berpunca aku mahu berpisah dengannya atau sebab lain. Aku melambaikan tangan sebelum pergi dengan hati yang berbelah bahagi. Sampai di bas, aku pesan pada Ayah hal yang sama.. selalu sebut Allah.. Allah sebagai zikir hati.Ayah angguk mengiakan... wajah Ayah cukup menyakinkan kalau ayah dapat tempuhi halangan itu. Hiba..aku berharap lambaian terakhir hari itu akan berulang kembali selepas ini.. Aku tahu senior-seniorku yang baik hati dan luhur budinya akan  berusaha untuk membawa kami kesini lagi dengan izin Allah. Tetap bersyukur walau target untuk menyelesaikan masalah pendaftaran MakAyah tidak berjaya, sekurang-kurang peratus kekeliruan mereka dapat diatasi, aku berpegang pada kata ketua kami, "Jangan bimbang dan bersedih, walau tidak boleh daftar pada ic tapi disisi Allah mereka tetap islam". Aku punya rencana, tapi Allah juga punyai rencana dan sebaik2 perancangan itu adalah perancangan Allah. Semoga Allah terus menetapkan hati, menjaga ,melindungi, merahmati dan menyanyangi MakAyah hingga nafas terakhir mereka. Bas bergerak perlahan-lahan meninggalkan kampung tarbiyah cinta itu sehingga pemandangannya luput daripada mata. Benarlah.. yang terindah itu tidak akan bermakna tanpa terujinya kami disini. Wahai diriku yang mudah lupa dan alpa...Saat terasa lemah itulah perlu kita terjemahkan semangat juang yang dilaung-laungkan agar tidak menjadi doktrin semata-mata, Ia memerlukan satu kekuatan jiwa yang prima. Pandanglah pantai yang indah dan tenang, siapa yang tahu ditengah lautan itu ada ombak yang bergelora, perhatikan pada pelangi yang menawan, ia terbit waktu deraian turunnya hujan, adanya mentari disiang hari memberi cahaya, namun malam yang gelap gelita pasti tiba. Allah mewartakan! Inilah seni lukisan takdir yang Allah tetapkan. Kita sebagai hamba hanya perlu mengikut terma dan syaratNya. Tak pernah lupa untuk mengucapkan terima kasihku kepada sahabat-sahabat yang sentiasa memberi sokongan padu dan saling menguatkan... Sungguh! iman, kesabaran, ukhwah teruji disini. Meranti menjadi saksi perjuangan kita yang tidak seberapa jika dibandingkan dengan pengorbanan mujahid-mujahidin penegak agama Allah dengan jiwa raga, harta, airmata hatta nyawa dan darah. Semoga Allah tetapkan hati kita untuk terus bersama dijalanNya. 
"Alangkah indahnya kalau kita fahami setiap inci ujian yang kita alami adalah sentuhan kasihsayang Allah kepada kita,tidak pernah sekalipun ujianNya datang untuk menjauhkan HAMBA dengan TUANNYA,bahkan menjadikan manusia semakin ingat dan dekat dengan Maha Pencipta".





Tuesday, 24 April 2012

Barakahnya Terasa..


MALAM IHYA MAHABBAH RASULULLAH SAW BERSAMA AL HABIB UMAR BIN HAFIDZ menjadikan Masjid Negeri,Seremban Negeri Sembilan dibanjiri lautan manusia, hingga saff jemaah untuk solat maghrib tersusun kemas memenuhi segenap ruang masjid dan berderet-deret pula ke tangga masjid,tak cukup dikaki masjid, bawah khemah dihalaman masjid jugak penuh. Subhannallah! Suasana yg jarang-jarang berlaku melainkan kalau ada ceramah Ustaz Azhar Idrus atau lebih tepat lagi perlawanan bola sepak,konsert artis-artis terkenal dan sewaktu dengannya. Suasana malam semalam cukup menyejukkan hati,dingin sesegar embun pagi. Benarlah majlis ilmu itu seperti taman-taman syurga dunia. Tenang dan damai bila diri dikelilingi wanita-wanita berjilbab dan berpurdah. Anak-anak kecil yang comel berlari-lari riang dengan jubah dan kopiah diatas kepala, yang perempuan kecik-kecik dah pakai tudung dan berbaju kurung. Sangat comel! Biah solehah yang menenangkan jiwa-jiwa tanpa dicemari dengan suasana pergaulan bebas dan aurat yang terdedah.


Siapakah al-Hafiz al-Musnid Habib Umar ni? Nama penuh beliau ialah Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafiz bin ‘Abdullah bin Abu Bakar bin ‘Aydrus bin Umar bin ‘Aydrus bin Umar bin Abu Bakar bin ‘Aydrus bin Hussain bin Syaikh Abu Bakar bin Salim bin Abdullah bin Abdurrahman bin ‘Abdullah bin Abdurrahman as-Saqqaf bin Muhammad Maula al-Dawilah bin ‘Ali bin ‘Alawi bin al-Faqih al-Muqaddam Muhammad bin ‘Ali bin Muhammad Shahib al-Mirbath bin ‘Ali Khali’ Qasam bin ‘Alawi bin Muhammad bin ‘Alawi bin ‘Ubaidullah bin Ahmad al-Muhajir bin ‘Isa al-Rumi bin Muhammad al-Naqib bin ‘Ali al-Uraidhi bin Ja’far al-Sadiq bin Muhammad al-Baqir bin ‘Ali Zainal ‘Abidin bin Hussain as-Sibt putera kepada Sayyidina ‘Ali bin Abi Thalib dan Sayyidah Fathimah al-Zahra’ binti Sayyidina al-Musthofa Muhammad s.a.w.

Beliau adalah keturunan yang ke-39 daripada baginda al-Musthofa Nabi Muhammad s.a.w melalui salasilah Sayyidina Hussain as-Syahid bin Ali bin Abi Thalib RA. Semenjak kecil lagi Habib Umar telah menghafal al Quran. Beliau merupakan seorang ahli hadis yang mencapai taraf al-Hafiz, iaitu telah menghafal lebih 100,000 hadis berserta sanad dan hukum matan. Beliau digelar dengan panggilan al-Musnid, iaitu orang yang mampu menghafal penuh setiap salasilah hadis sehingga Nabi Muhammad s.a.w. Beliau jugak digelar al-Mufassir, iaitu ahli tafsir al-Quran yang menghafal setiap asbabulnuzul dan didukung dengan hadis-hadis yang sahih beserta asbabul wurudnya. Habib Umar ni adalah seorang pendakwah dan ahli sufi yang telah menubuhkan sebuah institusi pengajian tinggi Islam yang terkenal iaitu Darul Mustafa di Tarim, Hadramaut, Yaman. Beliau jugak tersenarai di dalam "The 500 Most Influential Muslims" di nombor ke 33. Itulah sedikit sebanyak biodata tentang ulama tersohor ni.

Acara majlis ni disempurnakan lagi dengan Ratib Haddad oleh Ittihad An-Nur Malaysia,Tazkirah oleh Ustaz Hambali,Qasidah dan selawat serta bacaan Al-Quran oleh Dr. Sheikh Solah Zaki Al-Qadiri, pensyarah fakultiku. Kata-kata azimat daripada Habib Umar diakhiri dengan rayuan doa tulus pada Rabb. Airmata bercucuran tumpah dipipi insan-insan yang menghayati..terasa meresap ke tiap urat saraf diri dibawah lembayung cuaca 'ubudiyyah. Bergema sayu rumah Allah bila para hadirin mengaminkan doa tersebut. Maha Suci Allah..terasa barakah dan beruntungnya dapat berkumpul dengan alim ulama dengan ribuan kaum muslimin muslimat. Dalam banyak kata-kata ulama ni, tertarik dengan beliau menyentuh tentang kepimpinan, hal-hal kenegaraan, ekonomi, perundangan, muamalat,munakhat dan sebagainya. Umara (Pemimpin) itu mestilah mengikat urusannya semata-mata kerana Allah bukan kerana kepentingan peribadi.

Sepintas lalu kata-kata Habib Umar macam tau-tau je Malaysia diambang PRU 13 dan bakal ditembusi Gelombang Kuning 3.0. Point yg disampaikan oleh Habib Umar membawa kita mengimbau kembali sejarah kegemilangan islam yang telah dibawa oleh Umara berjiwa hamba seperti Khalifah Umar Abdul Aziz, Sultan Salahuddin al-Ayyubi, Muhammad Al-Fateh, Maharaja Aurangzeb dan Sultan Alaudin Riayat Shah pada zaman Melayu Melaka. "Golongan PM contoh" inilah yang mengikat segala urusan pemerintahan hanya kerana Allah dan berjuang bermati-matian untuk tegakkan Daulah Islamiyyah. Mereka adalah umara yang bijak menggunakan nikmat itu untuk berbakti kpd Allah. Harta,kuasa dan pengaruh, semuanya dikorbankan untuk Allah. Sayangnya apa yang terjadi pada umara dunia hari ini..agak-agak mengapa ye? Tidak lain tidak bukan kerana "Ulama Tulen" diketepikan. "Ulama Palsu" yang pandai memutar belitkan hukum hakam Allah pulak diketengahkan, dan "ulama" yang langsung tidak sayang membiarkan umara terus hanyut dengan dosa dan maksiat itu jugaklah dijadikan rujukan. Ustazah Fatimah Syarha menyatakan dalam tajuk "Tetap Cinta Ketika Berbeza" di ruangan Solusi edisi terbaru, Rasulullah s.a.w sudah tiada untuk kita melihat peribadi Baginda secara langsung. Namun, ia bukanlah untuk dikesali. Baginda meninggalkan para ulama pewaris nabi yang lebih kecil risikonya melakukan kesilapan berbanding orang kebanyakan. Dalam sejarah masyarakat Yahudi dan kristian,golongan ulamalah golongan yang paling jahat kerana sanggup memutar belitkan ayat-ayat Allah. Namun, dalam kalangan umat islam,merekalah sebaik-baik ikutan selepas zaman kenabian. Masakan tidak, Allah menjamin bahawa mereka lebih takut kepada Allah berbanding dengan kita semua. "Sesungguhnya org yang paling takut kepadaKu daripada kalangan hambaKu ialah para ulama" (Surah Fatir 35:28)

Ulama (yg mengikut alQuran Sunnah dan dijadikan cara hidup) seharusnya menjadi penasihat kepada umara. Ulama mestilah menjadi "the man behind the curtain" dlm mengingatkan, mendidik dan menasihati umara. Dgn syarat, umara mestilah dengar apa yang ulama cakap dan keluarkan kenyataan,janganlah bidas balik,buat layan xlayan,terus-terus memandang enteng malah mengherdik pulak. Mengapa umara mesti dengar kata-kata ulama?? Kerana umara mempunyai harta dan kuasa manakala ulama pulak mempunyai ilmu dan kekuatan jiwa. Kedua-duanya harus bergabung menjadi 1, sekali gus menghasilkan 1 kuasa besar yang tidak ada tolak bandingnya. Lihat saja tamsilan seperti Ultraman dan Power Rangers,bila bergabung kuasa dan tenaga mereka menjadi kuat dan hebat untuk menentang raksasa-raksasa, dengan mudah musuh-musuh tumbang begitu saje. Zaman kegemilangan islam menceritakan umara-umara didampingi  ulama-ulama yang ikhlas hatinya, bukan sekadar tahu "membodek" atau "ngepom"  semata tanpa mengikut paksi Quran dan Sunnah. Takde tapi-tapi,takde nafi-nafi sejarah membuktikan dibelakang umara ulung itu ada ulama al-amilin. Lagi cantik jika ulama itu sendiri adalah umara. Sesungguhnya ulama itu pewaris anbiya'. Jangan sesekali dihina dan dikeji, yang dipuja dan disanjung adalah artis-artis,penyanyi dan penari menghibur duniawi. Imam Ibnu 'Asakir rahimahullah berkata "Ketahuilah wahai saudaraku, bahawa daging para ulama itu beracun. Siapa saja yang melepaskan lisannya dengan berbagai cacian dan makian terhadap para ulama, maka sebelum mati, Allah s.w.t. akan menimpakan cubaan baginya berupa hati yang mati. Oleh sebab itu, tidak boleh sama sekali mencemarkan nama baik para ulama dan memfitnah mereka, selama-lamanya!.." Mufti Perak, Dato' Seri Dr. Hj. Harussani Hj. Zakaria pernah menjelaskan bahawa perbuatan menghina ulama adalah haram! Aku mencintai ulama dan orang-orang soleh meskipun aku belum termasuk di dalam golongan mereka. Namun aku tetap berharap moga suatu hari nanti aku akan berada bersama-sama dengan golongan seperti itu. Dan aku membenci pula orang-orang yang suka berbuat maksiat kepada Allah meskipun aku sebenarnya, juga termasuk di dalam golongan itu."


Sunday, 15 April 2012

Yang Terindah!

 

Cuti mid sem akan bermula, lebih kurang seminggu. Pada aku dalam tempoh itu cukup mencabar kehidupan. Metting bersama dekan fakulti, Prof Zul membuatkan aku tidak senang. Takut..bimbang dan fikiran sedikit terganggu. Prof kata, "kamu kesana bukan untuk main-main,tp ada misi dan visi penting harus kamu semua selesaikan.Task dalam tempoh 6 hari ialah mengislamkan orang asli berbangsa jakun,dan setiap keluarga akan dipegang oleh seorang student". Harapannya ingin lihat ada yang syahadah. Allahurabbi..Aku berdebar-debar. Lagi aku takut ble dengar cerita pengalaman Ustaz Sharhan, pengamal perubatan islam. Ada sorang student baru balik dari kampung orang asli tiba-tiba sakit, bila berubat dengan ustaz keluar paku 4 baldi. Masyaallah, itu penting berhati-hati dan menjaga pertuturan. Jangan disilap langkahnya.. Prof menekankan supaya kami membuat persiapan awal,mental dan fizikal, banyakkan doa,sucikan hati dan ikhlaskan niat. Untuk pertama kalinya aku menerima cabaran sedemikian, cukup rugi andai aku lepaskan peluang ini semata-mata krn takut dengan pelbagai andaian yang belum pasti. Menanti detik-detik dengan penuh debaran, berdoa semoga Allah membantuku dan berharap agar dapat ibu ayah angkat seorang yang tua dan baik hati.

7 Apr 2012
Seawal jam 7.30 pagi berkumpul di Akasia, persiapan sebelum berangkat membuatkan bertolak hampir jam 9 pagi. Perjalanan yang jauh aku rasakan akhirnya tiba jugak lebih kurang jam 5 petang, destinasinya ialah Kampung Meranti,Pahang. Sampai pada acara majlis perasmian dan penyerahan anak angkat...aku tak sabar untuk melihat bagaimana wajahnya. Macam mana ayah angkat aku ni?muda pd aku?sebaya?garang?pendiam? Persoalan itu akhirnya terjawab bila pertama kali aku melihat wajahnya.. Aku tersenyum sendirian kemudian aku bisikkan pada hati aku menyanyanginya krn allah.=) Dia.. seorang lelaki tua,bahkan paling tua dikampung itu,berumur 80 lebih,lahir sebelum zaman jepun lagi,tidak beragama,berdarah pendekar dan pandai silat. Itulah kelebihannya yang paling aku suka,tetap cergas dan cukup merendah diri. Sampai waktu makan petang aku kerumahnya menghantar makanan, cpt-cepat Ayah ambik penyapu untuk sapu lantai yang sedikit kotor, kata Ayah dia  tak bersekolah dan seorang yang bodoh. Aku diam mendengarnya. Rupanya aku ada seorang mak yang dah uzur,  tapi masih lagi boleh berjalan slow-slow dan perlu dipimpin. Di pondok kecil, beratapkan nipah, disitulah akan aku jadikan wadah cinta dakwah.

                              
8 Apr 2012
Senamrobik pagi-pagi lagi, selepas sarapan di rumah Makayah, Ayah bawak aku dan Yusma jalan-jalan sekeliling kampung, ramai budak-budak kecik yang ikut serta. Yusma adikberadik angkatku, namanya tercicir dari senarai dan masuk ke dalam keluargaku. Suasana tenang dan damai, paling aku  tak tahan "kucing besar" terlalu banyak mengalahkan kucing2 yang ada. Berhadapan dengan suasana begini agak perlukan sedikit masa untuk suaikan diri. Lepas jalan-jalan, ada sesi kaunseling remaja. Kat sini anak-anak akan diberi pendedahan tentang kepentingan ilmu dengan pelbagai modul.Aku join sesi takruf bersama kaum ibu-ibu. Apa yang paling aku kagum, ibu-ibu kat sana sanggup dukung anak untuk hadir ke program yang kami anjurkan, walau anaknya nangis,demam, dan byk kerenah. Kebiasaanya kat sini susah dengan anak jangan harap la nak pergi program-program atau majlis ilmu. Dlm sesi tu aku sedikit sebanyak mula mengenali mereka, makcik-makcik kat sana agak peramah, berfikiran terbuka dan tak segan untuk berkongsi. Tiba giliran aku yang kena takruf, ada sorang makcik nakal ni tanya "dah ada calon ka belom??" aku ketawa dan jawabla apa yang sepatutnya. Mereka jugak pandai mengusik rupanya. Sampai je waktu makan, kami akan makan bersama Makayah dirumah. Hari ni Mak makan banyak sikit dari semalam.


Hari ni jugak kami makin mesra dan tidak lagi janggal, banyak berbual-bual.. Mak dan Ayah mula tersenyum bila aku sedikit bergurau. Makayah jugak ada pelihara kucing besar, namanya Kasut. Bila aku tanya kenapa nama Kasut?Ayah jawab sebab dia suka gonggong kasut dan kami semua ketawa mendengarnya. Dgn adanya Kasut mengajar aku menjadi biasa dgn kawan-kawanya yang lain, setiap kali kami balik ke khemah,ia pasti akan menghantar balik, sesekali mengejar "manja" meminta makanan.

inilah kasut kesayangan makayah

Waktu petang, beriadhah bersama penduduk kampung. Sangat terhibur main tiup tepung cari gula-gula dengan makcik2 dan budak-budak. Kumpulan aku yang juara!=D Malamnya ada tayangan cerita P Ramle tajuk Bujang Lapuk. Penuh panggung menontonnya,ramai je yang tak pernah tengok filem ni.=)

9 Apr 2012
Cepat masa berlalu,alih-alih dah masuk hari yang ke 3. Hari ke 3 inilah task kami bermula, dan hari yg ke 3 inilah kami dah boleh sebut pasal islam dan selit sedikit sebanyak dalam perbualan. Itu objektif hari ni... misi akan bermula, namun aku sedikit bimbang, bimbang kalau-kalau aku bercakap tentang islam, hubungan akrab kami akan sedikit renggang. Untuk permulaanya Yusma ty apa pendapat Makayah tentang org melayu. Buat sementara waktu,kami tak sebut langsung tentang islam hari itu.. Alhamdulillah pendapat Ayahmak positif, mereka  tak kata org melayu ni jahat dan buruk perangainya. Hari ni giliran unit protokol memasak dan tolong Ustaz-ustaz  daripada Jakim memasak,jadi aku sedikit sibuk=p tiba-tiba je kawan panggil aku kata Ayah datang,aku pegi dekat khemah dan Ayah bgtau Mak pitam. Kebetulan nak datang sini Maa ada sediakan ubat Cap Kapak, jadi aku bawaklah sekali. Urut-urut Mak sikit, aku ty Mak dah mandi ke belum?rupanya dah seminggu tak mandi. Katanya sejuk sangat. Aku masak air dan mandikan Mak dengan limau nipis, sbb kat rumah kalau aku pening Maa selalu buat macam tu=) Allah..Kali pertama aku mandikan org tua... Terasa syahdu sangat. Teringat kat arwah nenek dan atuk kesayangan aku. Semoga roh mereka tenang bersama para solihin. Teringat jugak dekat maabah aku kat rumah. Moga allah izinkan untuk aku berbuat demikian pada mereka dihari senja nanti. Kebetulan petang tu ada khidmat kesihatan kat khemah. Jadi aku siapkan Mak untuk g jumpa doc. Hati aku tenang bila Mak senyum je tengok aku.. Aku pakaikan Mak bedak safi=D dan selendang, kemudian kami bawak Ayahmak ke klinik kat khemah, alhamdulillah Mak tak de apa,cuma Ayah je ada darah tinggi yang agak tinggi jugak.terpaksa pegi klinik esok. Petang time riadah tak de apa yang aku buat,join budak-budak yang lepak dengan basikal. Ada sorang budak ni bawak aku naik basikal keliling kampung,best! Dia bawak aku g rumah dia, curi basikal atuk dia dan bagi aku naik.ish..banyak betul "kucing2" kat rumah dia, ada 6 ekor semuanya. Baik-baik belaka sebab masih baby lagi. Nasib baik sempat mengelak,kalau tak dah kena samak dah. Malam tu ada pertandingan gubahan dan anyaman. Aku ajak ayah sekali join dengan makcik-makcik, pandai betul makcik-makcik ni buat tikar,bakul dam macam-macam lagi dengan daun mengkuang.

 

10 Apr 2012
Seperti hari-hari yang lepas,aktiviti bermula dipagi hari, start dengan gotong royong membersihkan kawasan kampung. Sesuai dengan konsep ta'awun kepada al-birr dan altaqwa yang disarankan dalam surah Al-Ma'idah:2, kemudian kerumah Makayah untuk sama-sama sarapan pagi,aku mintak Fiza yang temankan sekali untuk aktiviti sepagi bersama keluarga,pagi tu Ayah nak bawak kami ke kebun.Fiza dan Fai antara sahabat yg suka teman aku, jadi tak la aku kekok dengan Ayah dan Yusma. Sebelum ke kebun kami bertiga gotong royong rumah Makayah,bersih halaman, rumah dan cuci bunga yang Mak kata dah bertahun-tahun tak hirau. Mak tergelak je tengok kami cuci bunga tu. Kemudian kami balik ke khemah untuk tukar kasut,beli makanan dan air,nak g masuk hutan ni. Mak aiih, tuhan je tahu betapa jauhnya kebun Ayah. Memakan masa sejam lebih perjalanan. Ayah ok je jalan,kami yang bertiga ni pulak tercungap2 penat. Dalam perjalanan kami rehat sekejap kat sungai. Pemandangannya indah sekali.

sungai yg cantik,jgn disangka xde buaya

kami memanggil pakcik kg seberang ini dan berbual sekejap dgnnya

Sampai je dikebun kami bagi ayam-ayam Ayah makan jagung. Pegi cabut ubi kayu, satu guni dapat! Tinjau-tinjau kawasan kebun, suasananya betul-betul cantik walau macam hutan, ada sungai kecik. Kami rehat sekejap..duduk diatas rumput sambil minum air dan makan roti. Suasana yang panas bertukar jadi redup,tenang... aku berkira-kira dalam hati untuk memulakan bicara, bimbang...andai nanti tersalah kata membuatkan hati tuanya tersinggung, aku,Fiza dan Yusma diam sekejap berfikir macam mana nak mula. Rasa nak xtak nak je tp hari ini dah hari yg ke 4,kami dah cukup akrab,aku dah betul2 jatuh sayang pada Makayah. Kerana sayanglah,disitu kami mulakan...
"Ayah..cuba Ayah tengok alam ni,pokok2 dan apa yg ada disekeliling kita.. Ayah percaya tak yang ada suatu kuasa hebat menciptakannya??" 
Ayah kata percaya membuatkan hati aku sedikit lega, dan kami mula berani menyentuh tentang islam,tentang kebaikan dan keindahan islam.aku tanya Ayah,pernah x dgr azan? alhamdulillah ayah pernah dgr azan di kampung seberang. "ayah dgr sekali lagi ye.." aku berharap moga allah campakkan kebesaranNya dlm hati dan aku mintak Yusma azankan. Subhanallah!cukup terasa kebesaran tuhan dikelilingi pokok yg menhijau,dibawah bumbung langit yg membiru..suasana yang cukup nyaman ketika itu,kami jelaskan pada Ayah tentang kebesaran tuhan,dan azan merupakan 1 syiar islam. Ayah kata sedap azan tu dan kemudian dia alih topic lain,kami hanya mengikut rentaknya. bimbang lain plak jadinya.. Dlm perjalanan balik kami  sedikit berseloroh untuk buat Ayah tersenyum dan menghilangkan penatnya. Sampai kat rumah, kami tlg ayah potong ubi. Sementara tunggu ubi masak, kami gubah bunga yg kami cuci pg td. Dah siap semua kami kembali ke khemah dgn bwk ubi, xdang beberapa minit dah habis ubi kayu 2 bekas. Madam Shila dan Doc Misbah pun makan sekali. Sedap!


Agak penat tp gembira,utk mkn t.hari Yusma pergi hantar makanan kat Makayah, sbb dah lwat sgt aku makan dibawah khemah sekali dgn penduduk kg. Sambil2 berbual dgn sorang makcik. Dlm rancak berbual aku tanya nama makcik ni dan dia kata namanya Sa'diah. Tertarik dgn nama itu aku ceritakan pd makcik tu kalau Sa'diah itu nama ibu susuan Rasulullah s.a.w.r Rupanya2 makcik ni islam...Aku langsung xjangka makcik ni islam. Sedikit sebanyak bertanya makcik td, makcik pandai x ambik wuduk..Makcik Sa'diah kata xpandai dan dia langsung xberminat untuk mendalami islam. Start situ, sedikit sebanyak makcik tu bercerita knp dia xberminat untuk belajar islam, peristiwa yg menyanyatkan hati itu menoreh dalam sanubarinya dan masih berbekas luka. Ceritanya cukup menyedihkan.. Bergenang air matanya menahan pedih dihati. Sampai aku turut merasai kesedihannya..Sebagai seorang islam,tempias itu sedikit memercik sinis. Aku xdapat kata apa-apa melainkan mengenggam tangannya. xlama kemudian ada sorang pakcik datang, sedikit sebanyak mengganggu kami. Aku xsempat untuk bertanya apa-apa lg tentangnya, tpaksa tamatkan perbualan, aku ke meja vip bercerita pd shbt2 seperjuangan.. Senior sedikit tegur tentang silapnya aku xmtk no fon makcik td klu ada, aku xsempat untuk bertanya dimana rumahnya,siapa anak angkatnya dan aku berharap  akan jmp makcik tu lg nanti. Selepas motivasi pendidikan, petang time riadah, aku ajak kwn2 n Madam Shila main bola tampar. Cukup kelakar.. Aku ajak Pakcik kg seberang sekali main bola.Ustaz Ya pun turut serta. Pengenalan kepada pakcik ni,namanya Pakcik Din dr Kg Jambu. Hidupnya sebatang kara,xpunya anak isteri,dia langsung xterlibat dengan program yang kami anjurkan, tapi tiap2 hari dia datang untuk hiburkan hati dgn kayuh basikal. Walau dia xde anak angkat, ramai yg ambik berat pasal dia,terutama K.Sakinah yang selalu berbual-bual dgnnya. Habis 1 round kami main bola,Ustaz Ya ajak kami ziarah kg,ramai yg ikut serta, jalan2 hingga ke rumah hujung kampung, rumah keluarga angkat Hazira. Disini,rumah singgahan kami,smua tekun memerhati ustaz  berbual2 dengan tuan rumah, kemudian berdialog tentang islam.

ustaz ya dan tuan rumah.moga hidayah mengetuk pintu hatinya
Pada aku,pakcik ni bukan calang-calang org,pemikirannya sedikit sebanyak berbeza dengan kebanyak org lain. Dia seolah2 memahami tentang islam. Bila diajak untuk masuk islam,pakcik ni kata..
"saya xmahu masuk islam kemudian menjadi seperti org2 islam yang lain,kalau sy masuk islam,saya takut saya xbuat apa islam suruh.itu bermakna saya seperti menghina islam." Kata2nya memberi tamparan hebat kpd kami,kami yg dah islam xpernah tpk klu bt dosa seperti menghina agama sendiri. Banyak yg ustaz jelaskan tp ada je idea2 balas balik,aku xnampak seperti dia menentang islam, cuma banyak je alasan dia untuk tdk mahu memeluk islam. Hidayah allah belum menusuk lubuk hati. Semoga satu hari nanti terbuka pintu hatinya. Amin Ya Rabb..Apa yg menarik dlm perbualan tu,Ustaz Ya cerita pd pakcik ni tentang peristiwa di Mikang, sebuah perkampungan orang asli. Seorang lelaki tua umur 80 lbh dah, bernama Pak Subuh.Pak Subuh ni dah cukup uzur. Terlantar sampai tak boleh bgn,di seluruh tubuhnya penuh dgn kudis2 berair kecuali mata dan bibir..1 hari ustaz ajak dia peluk islam. Saat mengucap syahadah,mengalir air mata Pak Subuh,syahadah itu meresap tulus ke dlm hatinya. Lepas pada tu,ustaz sndiri pun xsanggup nak ajar Pak Subuh ni solat dan lain2. Sebab dia terlalu tua dan xlarat. Sebulan selepas peluk islam,Pak Subuh meninggal dunia.


Org2 kampung xtau dia dah peluk islam, dan kebumikan dia dgn cara org asli. Seminggu selepas tu baru dapat tahu tentang kematian Pak Subuh. Untuk uruskan gali balik kubur dan urus jenazah secara islam memakan masa 2 minggu berurusan dengan doktor, polis dan yg mana terlibat. Jadi dah 3 minggu mayatnya dikebumikan, 3 minggu itu adalah 1 tempoh yg agak lama. Mungkin mayatnya sudah reput dan dimamah ulat. Sampai pada proses nak gali balik kubur tersebut,gali punya gali,makin gali makin kuat bauan itu menusuk hidung. Tau x bau apa??? Allahuakbar..Satu bauan yang cukup wangi dan semerbak harum datang daripada kubur,yg makin dlm digali makin harum. Saat polis bukak penutup muka arwah...Subhanallah!wajahnya cantik bersih!xde lagi kudis2 berair,dan kulit2 berkedut...kulitnya putih bercahaya. Org2 yang menyaksikan peristiwa luar biasa itu turut menyalirkan airmata atas kebesaran Allah yang Maha Hebat. Menangis ustaz menceritakan pengalaman beliau. Kami yg mendengar ni...YaAllah.. Sebaknya.. Aku yg dah islam belum tentu dapat husnul khatimah yg sedemikian mulia.. Tuan rumah tu diam je dgr... Hampir maghrib, kami pulang ke khemah. Malam tu kami dgr tazkirah dr Doc Misbah AlMansur, prof kami dr Mesir,beliau antara prof2 yang bersemangat turun padang. Hati aku makin digamit bimbang.. bimbang yg teramat...malam tu aku luahkan kebimbangan kpd Fai, hanya esok saje ruang untuk Makayah, pg khamis kami akan bertolak balik ke Usim.. nak masuk hari ke 5 ni apa je yg aku buat??Aku masih belum buat yang terbaik dan aku cukup bimbang kalau2 aku balik tanpa sempat aku dgr syahadah drp bibir Makayah. Mrk dah cukup tua....ajal bila2 masa. Aku tau hidayah itu milik allah...tapi aku perlu berusaha. Aku xnak Makayah meninggal tanpa sempat mengucapkan kalimah tauhid. Mereka ku anggap seperti keluarga sendiri. Aku pergi jumpa ustaz...aku amat memerlukan bantuan ustaz untuk jumpa Ayahmak hari esoknya. Alhamdulillah, walau ustaz jd ajk dapur, kena masak berkawah2 untuk kami semua, ustaz xtolak permintaan aku. Sebelum  postmortem. Aku, Fai, Fiza n Yusma bincang bagaimana untuk menghadapi hari esoknya....

11 Apr 2012
Pagi itu kami mulakan aktiviti dgn senaman "Demi Matahari". Senaman ni adalah senaman paling best aku rasa. Lepas akriviri senaman, Doc Misbah tampil ke depan untuk syarah Surah As-Syam. 


Lepas pd tu,Fiza ajak aku kerumah mak angkatnya,asyik Fiza je teman aku,kali ni giliran aku pulak teman dia. Dapat kenal mak dia dan sorang makcik,namanya Makcik Idah. Pemikiran mereka jugak cukup terbuka bila kami sentuh tentang islam. Cuma banyak komen daripada mereka yg "orang islam jgk sama macam kami,kalau kami xpakai tudung,diorang jgk xpakai tudung". Tapi itulah hakikat senario hari ni,aku bgtau makcik tu sepertimana senior aku  dari Sabah pesan,kalau ada orang bilang begitu,kau seharusnya bilang.. "islam itu agama yg baik dan mengajak ke arah kebaikan,xkira bangsa dan agama smua ada baik ada jahatnya,yg mana jahat itu islam pd nama tapi tdk mengamalkannya", Alhamdulillah org2 disekelilingku memang xlokek untuk memberi tunjuk ajar.

yg depan sekali mak fiza,belakang tu makcik idah.moga allah memberi hidayah pd kalian

Tak lama kami berbual-bual,aku dan Fiza terpaksa balik untuk prepare sambut NC bg majlis perasmian penutup nanti.Mak dia bg Fiza hadiah tikar mengkuang. cantik!Prepare untuk protokol agak memakan masa hingga 2 ptg lebih. NC dah dtg,tp penyambutnya xsiap apapun lg. Sambut ketibaan NC dlm kelam kabut. Alhamdulillah..sempat jgk kejar! Time pembahagian hamper kpd 5 wakil keluarga, Ayah cukup senang hati kedepan menerima hamper daripada Prof Zul, pastu ada sesi bergambar. Tengah kehulu ke hilir, aku jumpa balik dgn Makcik Sa'diah ari tu, tapi sbb ramai org xdapatlah aku bercakap tentang masalah peribadinya. Rupanya Makcik Sa'diah ni mak angkat pd shbt aku, Suri. Alhamdulillah,segala perkongsian selepas itu Suri banyak bersama maknya, dan dia senang berceritakan apa yg dihadapi kpd Suri. Semoga fikirannya damai dan tenang untuk mendalami islam. Ptg tu..seperti biasa aku akan ajak Fai dan Fiza ke rumah Makayah. Yusma pulak teman kawan dia. Aku bgtau Ustaz,supaya menyusul kemudian. Seperti biasa mak akan tersenyum bila aku bersalam dgnnya.Kami borak-borak sambil bukak hamper sementara aku tertunggu-tuggu  Ustaz Ya datang. Ini adalah ruang dan peluang....aku genggam erat harapan ini.Tak putus-putus hati kecilku berdoa agar ia menjadi kenyataan.

ustaz ya memberi penerangan yang paling terbaik!
Dengan Ayah, Ustaz banyak bercerita tentang yg berkaitan dgn org tua seperti mentera @ jampi2 org asli yg ada diselitkan nama Allah, tp dah campur gaul habes dah jd benda karut. Kat situ ustaz bagi ulasan yg cukup menarik. Perbualan itu seolah-olah lagu mengikut rentak irama semasa Ustaz merapatkan lututnya bertembung dgn lutut ayah, Mak mengesot kedapur,mahu mandi dan tidak mahu mendengarnya,aku mintak Fiza uruskankan Mak dan aku masih setia menanti babak seterusnya... Alasan Ayah,Ayah dah tua...dan susah untuk amalkan islam,tapi Ustaz Ya bijak memujuk,Ustaz lagakan kepalanya dengan kepala ayah.Ustaz katakan pd Ayah,sisa umur inilah satu peluang untuk Ayah rebut. Ustaz mintak Ayah pandang wajah aku..saat tu aku xdapat tahan airmata ni...cukup syahdu petang itu bila ayah angguk tanda sedia untuk mengucap syahadah...begitu jelas tuturnya.."Aku bersaksi tiada tuhan melain Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah". Merembas keluar airmata Ustaz dan  2 3 org shbt aku yg ada disitu. Allahuakbar! Gemilang dunia ini..... tidak ada nikmatMu yg paling hebat melainkan detik2 ini. Ustaz ambik kopiah diatas kepalanya dan diletakkan diatas kepala ayah. "Tidak ada yg dapat sy bagi pada Mamak melainkan ini" Ustaz memeluk Ayah dan mengucap terima kasih. A.fadil membaca doa dengan menangis teresak2..dgn doa yg cukup menyentuh kalbu, hanya airmata yg menterjemahkan suasana ketika itu. Betapa bersyukurnya kami padaMu Ya Allah.Ayah ucap terima kasih kembali pd Ustaz.Lps pd Fiza mandikan Mak,masa tu terkecoh2 Yusma dtg,dia ingat ada hal apa. Aku sikat rambut mak,kemudian aku peluk,aku cium pipinya dan aku kucup dahinya...aku bagitau mak...."Mak,Jannah nak mak 1 aqidah dgn Jannah,Jannah nak Mak mati dalam Islam...Jannah syg sgt kat Mak..Mak peluk islam ye.."allah...xdapatku teruskan kata-kata dalam sendu, tenggelam timbul sebak didada.. Mak kata "nak masuk "aslam" macam mana xpandai" Aku genggam erat tangan Mak...kalau Mak xpandai bia Jannah yg ajr..Mak ikut Jannah.. "ASYHADU ALLA ILAHA ILLALLAHU WA ASYHADU ANNA MUHAMMADUR RASULULLAH". Mak menutur satu persatu, aku xdapat teruskan kata2..tangan Mak yang aku genggam aku alihkan kpd genggaman Fai, Fai yg meneruskan hingga maksudnya.Allahukbar!terasa dunia ini milik aku yang punya...paling aku xdapat tahan sebak ni bila mak ayah cakap mereka sayangkan anak sulung (Yusma) dan sygkan anak bongsu (Aku), mak selalu bahasakan diri kami dgn anak sulung dan anak bongsu. Alhamdulilllah,terima kasih Ya Allah...indahnya sentuhan nikmat cintaMu. Tak dapat aku ucap dgn kata2 betapa aku berterima kasih atas hidayah yg kau berikan pd Mak ayah. Airmata masih mengalir disetiap wajah-wajah,Yusma bacakan doa moga Allah tetapkan hati mrk.Yusma pesan pd Makayah, tetapkan hati dan lepas ni Makayah jangan keluar islam. Selepas baca doa,sekali lagi dia azankan kalimah suci Allah pada Mak dan Ayah. Allah dah takdirkan nama Yusma tercicir lalu masuk ke kluargaku, Allah dah tetapkan dua sahabatku Fiza dan Fai sanggup melebihkan masa bersama aku dan keluarga walhal mereka sendiri punyai tugasan bersama keluarga. Betapa pentingnya peranan mereka semua..tanpa mereka,aku xkan mampu untuk lakukan semua ini sendirian. Terima kasih sahabat..Hanya Allah yang dapat mebalas budi baik kalian.
Ku tinggalkan mak ayah pd Fai dan Fiza,kedengaran takbir bila sahabat2 mendengar berita gembira ini,mereka turut mengalirkan airmata atas hidayah allah yg xboleh dijual beli,hanya kepada hamba2 yang dikehendaki saja hidayah dicampakkan. Malam itu kami sama2 sujud syukur dan adakan derma kilat.Doc Misbah panggil aku untuk tanyakan keadaan, diakhirnya Doc mendoakan aku supaya aku tergolong dalam golongan ahli syurga. Allah...terasa hinanya diri ini dan sama sekali tdk layak untuk ke syurga tuhan. Aku cukup terharu dgn doanya..terima kasih Doc sudi mendoakan anak didikmu ini. Semoga Allah merahmatimu. Malam tu malam terakhir.. iaitu malam kebudayaan. Ustaz panggil aku, Ustaz mintak supaya aku jangan join aktiviti malam ni, tugasnya.. aku perlu tido dirumah Makayah,tanamkan aqidah dlm hati Makayah semalaman ni. Antara ujian selepas mrk masuk islam,sedara mara mrk akan datang mengoyahkan kembali keadaan dan akan buat kembali keliru. Allahuarabbi..aku xpandai apa2..mcm mn aku nak buat!zahmah! Sungguh aku masih terlalu cetek tentang islam itu sendiri dan aku masih perlu banyak belajar. Aku bgtau Ustaz aku xtau apa2..dan Ustaz sememangnya seorang yang suka mencabar pemikiran. Malam itu Fiza,Fai dan K.Fizah temankan aku kerumah Makayah,tapi Ayahmak dah tidur, Ayah semput dan sedikit lelah,K.Fizah bagi ubat pati halia.Ustaz dan A.fadil ikut sekali tolong urut-urutkan Ayah. Bila aku tanya Ayah buat apa hari.Ayah kata.. "Ayah kekebun untuk cabut ubi kayu dan tangkap anak ikan bagi pada Yus untuk balik esok". YaAllah...aku diam tak kata apa..kami xsentuh apa2 topic malam tu, memandangkan keadaan xmeizinkan.Hari sudah lewat malam, Yusma,A.Fadil dan Zaim tdo diluar rumah bagi keselamatan.

12 Apr 2012
Dinihari yg tenang kami semua bertahjud,solat berjemaah dirumah Makayah dan baca Yasin,kami sengaja berbuat demikian agar Ayah dan Mak dgr kalam2  suci al-quranul karim.aku cukup yakin yg Ayah dan Mak akan dengar walau mereka nampak tidur.Pagi itu kami sarapan disana,bila aku tanyakan pd Ayah,ternyata ayah dgr semasa kami solat td.Ketua kami, 2 3 org lg dan Doc Misbah dtg berziarah,Doc ajarkan Ayah surah alFatihah dan 3 Qul.pagi tu kami buat persembahan demi matahari depan Makayah,kemudian kami nyanyi sama-sama.ayah sedikit sebanyak mengikut rentak kami dgn perlahan-lahan tepuk tgan.aku mahu ayah dgr liriknya...tentang kejadian bumi dan kekuasaan allah.pagi tu mendung nak hujan,mak berseloroh membuatkan kami senang hati "mana mataharinya, tak ada pun" sambil tangannya menunjuk ke langit. Hati kami cukup lega seleganya, kemudian kami bacakan doa dhuha versi nasyid sama-sama.Alhamdulillah.Semua peserta perlu kemaskan barang masing2,tapi aku perlu teman Ayah,Maklong dan Makngah ke klinik. Brg-barang aku kawan-kawan yg baik hati tlg kemaskan. Masa cukup pantas,semua sudah berkumpul, bas pun dah sampai..kami kerumah berjumpa Mak,bersalam,mengucup dahinya  untuk kali terakhir dan mengucapkan selamat tinggal. Ayah setia menemani kami ke bas walau hujan renyai-renyai..cuaca hari itu sama seperti hatiku..mendung dan digamit sayu. Aku cukup sedih meninggalkan Makayah yg br sje sehari islamnya...tapi kami tinggalkan mereka dlm tdk xtahu apa2. Semoga allah menetapkan hati Makayah hingga ke akhir hayat dalam islam, hembusan nafas terakhir mereka biarlah sebagai seorang muslim sejati. Tiba-tiba..kedengaran takbir dibawah khemah,aku bergegas ke sana...

alhamdulillah..pakcik din selamat mengucap kalimah syahadah
Subhanallah..hampir kami nak balik,seorang lagi pakcik yang aku ceritakan dari kg seberang yang bermain bola bersama kami memeluk islam,benarlah hidayah itu untuk hamba2Nya yg terpilih.Pakcik Din yang xterlibat langsung dengan program ini,allah gerakkan langkahannya untuk kesini. Alhamdulillah.. namanya skrg Muhammad Deen,moga kehidupannya selepas ni lebih tenang dan terurus,walau dia xde sape2..skrg dia punyai allah...cukuplah hanya Allah bgnya. Kemudian kami naik bas untuk bertolak,aku tgk 2 3 org meluru turun daripada bas,aku pun turun sekali. Alhamdulillah..sorang lagi Makcik mengucap syahahadah. Semua sekali 4 org yg  bersyahadah drp 450 org penduduk kg. sebelum balik Ustaz Ya panggil aku untuk aku isi borang pendaftaran keislaman dan tetapkan nama Makayah. Doc Misbah bagi cdgan nama ayah Abdullah dan mak Amatullah,Yusma plak bg cdgan Syaifullah Hakimi,ada yg mncadangkan Basyaruddin dan Mustaqim, senior2 bg cdagan untuk letak Muhammad je. Riuh rendah suasana dlm bas bincang pasal nama.=) dan..cdgan aku sendiri,aku nak nama Abdullah Al-Hakim. Bincang punya bincang semua setuju...kami putuskan nama yang indah dan amat bermakna.. Abdullah Hakimi bin Abdullah,dan nama Mak kami kekalkan sbg Amatullah binti Abdullah. Nama yg menjadi saksi kami cukup mencintai mereka krn Allah. Semoga Allah tetapkan hati Makayah..selamanya dalam islam. Aku berjanji kita pasti akan bertemu lagi dengan izinNya selepas ini.Insyaallah.. Segala puji dan puja hanya untukMu YaAllah...xterucap rasa syukurku dgn rahmatMu yg mentakdirkan aku melalui perjalanan yang cukup indah!Terima Kasih Tuhan..