Saturday, 9 February 2013

Dendam Belum Berakhir (E2)


Larian terhenti, aku termengah-mengah mengangkat tangan tanda menyerah kalah. 
"Eleh, tak sampai separuh jalan pun dah fail! Belum lagi jogging keliling satu tasik!" Athmar tersengih memerli.
 Tangannya pantas merampas buku catatan dalam dakapanku kemudian dia mengekori dari belakang untuk duduk bersama di bangku batu. Aku biarkan saja melihat Athmar diam membisu apabila dia membelek-belek helaian buku. Masih seperti tadi, kami menghadap heningnya suasana tasik ciptaan Allah. Bagai seni lukisan yang terindah di sebuah kanvas, pelukis melukis sepasang sahabat sejati dipinggir tasik dan setiap lakaran itu pasti punya maksud dan ceritanya tersendiri. Athmar memandang wajahku dengan simpati, tangannya menepuk-nepuk bahuku.

"Sudahlah tu...maafkan saja." Athmar bersuara memecah kesunyian. Tiba-tiba hati kecilku terusik dengan kata-katanya. 
"Tidak semudah itu..." Aku memalingkan wajah dan cuba sedaya mengawal emosi, membendung saratnya kesedihan yang bertapak.
"Lagikan Rasulullah insan teragung boleh merendahkan hati memaafkan ummatnya. Kita hanya insan biasa yang tidak bertaraf apa-apa tidak layak bersikap demikian... Apakah kau tidak mampu untuk memaafkan ayah sendiri Syahidah?..." Suara Athmar berbau keras, dia menarik nafas dalam-dalam sebelum menyambung kata-kata.
"Syahidah...dari sepuluh tahun yang lalu aku tidak berputus asa untuk memujukmu memaafkan ayah. Setiap kali kau bersedih, aku tahu tidak ada perkara yang lain melainkan ada kaitan dengan ibu dan ayahmu. Aku semakin tak faham apa teruk sangatkah kesalahan ayah sehingga sekarang kau masih nak berdendam? Syahidah... kau muslimah yang hebat, berpengetahuan agama malah kau sendiri dinobatkan sebagai ratu solehah di peringkat universiti." Athmar merengus, matanya tepat memandang wajah Syahidah.

"Tapi kau tak faham!"  Aku tidak sengaja membentak...Terkedu dengan tindak balasku sendiri.
 Bagai taufan meragut pelangi kegembiraan, mendung bercuaca dihati masing-masing. Aku memilih jalan untuk diam daripada terus bertelagah.
"Apa yang aku tak faham??? Kalau aku tak faham, please fahamkan aku! Apa sebenarnya yang masih tak sudah?" Mata Athmar berkaca. Terasa dirinya belum layak digelar sahabat. Masih tidak lengkap lagi rukun usrah yang tiga perkara itu kalau "taaruf" dan "tafahum" nya tidak ada  walhal kami sering bertakaful"". Jujurnya kami adalah sahabat yang paling akrab persis adik beradik kembar yang saling melengkapi antara satu sama lain. Aku diam tertunduk, air mata menitis membasahi tudung labuhku. Segera Athmar memeluk dan mengusap air mataku.
"Syahidah...maafkan aku. Aku cuba untuk memahamimu..." Athmar mula diragut rasa bersalah.
Aku mengangkat wajah dan memaksa untuk menghadiahkan senyuman pahit. 
"Tidak Athmar...Aku yang salah. Maafkan aku." Tuturku perlahan.
Begitulah akhlak kami dalam persahabatan, sekali pun merasa kesalahan itu bukan punca daripada diri sendiri tapi tidak ego dan malu untuk memohon maaf. 
"Tengok ni...ingat tak???" Athmar menarik nafas, meniup kedalam tapak tangan kemudian mengenggamnya dan genggam itu diletak ditelapak tanganku sambil mengenggam tanganku. Aku tersenyum mengenangkan perbuatan yang sering kami lakukan waktu  zaman sekolah yang lampau.
"Aku dah tiupkan semangat dan keyakinan, dengan izin Allah aku berikan pada mu. Rasa tak auranya?" Aku tergelak kecil mendengar Athmar mengajuk kata-kataku pada suatu ketika dulu saat Athmar hilang semangat dan kenyakinan untuk terus berjuang. 
"Terasa auranya..."
Bisikku perlahan sambil genggaman tanganku dibawa kedada, aku mengukir senyuman seikhlas mungkin. Athmar turut sama tersenyum atas keberkesanan perbuatannya.

"Syahidah, ceritalah..apa yang menggangu fikiranmu? Kalau kau tak cerita balik nanti aku tidur dan lambat bangun! Manalah tahu kalau umurku tak pendek, mesti roh aku tak tenang. Aku akan kacau kau malam-malam dan bergayut tepi jendela. Ceritaaaaaaaaaakanlah...hahaha" Athmar membuat suara garau dan berderai ketawa kami. Aku memandang sekelilingku, selamat kawasan tasik tempat kami duduk itu bebas untuk siswi sahaja.
"Dah..tak payah nak merapu dan mengarut." Aku menghela nafas. Ketawaku terhenti.
"Athmar... maafkan aku, dari dulu lagi sepatutnya kau tahu cerita ni, tapi sekarang aku rasa dah tibanya untuk aku kongsikan. Dah dalam suratan takdir, ditulis cerita aku macam ni... Kau tahukan kalau masa darjah satu dulu Mak dan Ayah aku bercerai... masa tu terlalu perit untuk aku lalui dalam usiaku masih kecil. Tapi aku tak pernah cerita lebih daripada itu..." Athmar mengangguk dan setia untuk mendengar selanjutnya. Aku membuang pandangan kosong ditengah tasik, fikiranku bagaikan putaran filem mengimbau zaman kanak-kanak.

"Aku masih samar hingga saat ni bila masa Mak dan Ayah bergaduh. Aku dapat tahu mereka berpisah pun masa Ayah nak keluar daripada rumah. Mak duduk merayu agar jangan tinggalkan kami, tapi Ayah sepak kepala Mak sehingga Mak aku pengsan tidak sedarkan diri. Masa tu aku meraung macam budak gila, tidak tahu bagaimana aku harus bertindak. Aku biarkan Ayah pergi begitu saja. Aku tengok ada perempuan cantik pakai kereta mewah datang jemput Ayah. Memang aku tak tau apa-apa waktu tu...Aku panggil Nek Dah jiran tepi rumah untuk tolong Mak" Suaraku perlahan dan mendatar, Aku membetulkan posisi kedudukan. Mata berkolam dukacita.
"Syahid pulak menangis...badannya panas." Merembas Air mataku tatkala menyebut nama satu-satu adik lelaki kesayanganku. Terlalu sakit untuk aku menceritakan semua ini, dan aku lihat  Athmar masih lagi tergaman mendengar rahsia hidupku. 
"Selepas Ayah pergi, kehidupan kami menjadi susah. Hasil jualan kuih Mak mana nak cukup untuk tampung kehidupan kami, tambahan pulak Syahid sakit. Aku kagum dengan Mak, dia wanita yang paling kuat pernah aku jumpa dan aku miliki. Selepas kejadian tu, aku tak pernah tengok Mak menangis walau aku tahu Mak selalu nangis sorang-sorang. Satu hari, badan Syahid menggigil, lelah menyerang. Dia mengadu yang dia sakit dada, sampai sekarang aku dapat mendengar suaranya seolah-olah dia masih ada. Mak dah dua hari tak niaga sebab dah tak ada modal, nak pinjam dengan Nek Dah... dia pun miskin macam kami. Mak suarakan pada aku, Mak perlu jumpa Ayah, bukan untuk merayu agar Ayah kembali tapi Syahid amat memerlukan Ayah waktu itu. Aku melarang Mak kerana Syahid tidak mungkin boleh berpisah dengan Mak dan aku tawarkan diri untuk berjumpa dengan Ayah. Kau bayangkan Athmar... dengan naik basikal buruk aku redah selama dua jam untuk sampai ke rumah banglo mewah, berkali-kali aku sesat mencari alamat rumah. Sampai kesana aku jumpa Makcik cantik yang aku tengok masa dia ambil Ayah. Aku merayu untuk dia pulangkan Ayah....aku mintak belas ihsan dia sebagai manusia untuk tolong adik aku yang sakit. Dia menjerit pangil Ayah, Ayah keluar....kau tahu apa yang ayah aku buat?" Aku bangkit dari duduk, wajahku panas dek api emosi yang membakar, kemarahanku meluap-luap. Aku berdiri sambil memeluk tubuh. Athmar turut bangun berdiri disebelahku. Dia memandang tepat kedalam mataku dengan  riak wajah seribu satu persoalan.

"Ayah usir aku dari istana dia! Bukan setakat dia halau aku, tapi dia langsung tidak mengaku aku ini anaknya. Saat itu aku dapat lihat cahaya yang ada pada mata Ayah telah pun terpadam untuk aku.... Dia bagi amaran agar kami tidak ganggu kehidupannya. Ayah bagai dirasuk kegilaan...Sungguh! Cinta,kekayaan dan kecantikan buat ayah buta!tuli dan bisu untuk kami! Ayah telah menzalimi kami sehingga derita seperit ini terpaksa aku lalui..." Suaraku tegas sekali. Aku membiarkan air mataku merembas keluar. Suaraku tenggelam dalam sendu. Mata Athmar merah lantas dia menekup wajahnya, seperti hatinya juga merasai dihiris, dicincang lumat-lumat sama seperti hatiku!
" Aku diam tak terkata dengan sikap Ayah dan aku tak jadi untuk bagitau Syahid sakit menyebut-nyebut nama Ayah. Aku menganyuh basikal burukku laju-laju hingga aku jatuh sebab terlanggar bongkah kayu. Dahiku berdarah teruk. Ketika tangan menekan dahi yang pedih, aku lihat darah mengalir dan aku bersumpah ketika itu yang aku akan membenci Ayah seumur hidupku!"Aku terduduk dihamparan rumput hijau itu dan Athmar memelukku. Terasa kesakitan itu kembali menyinggah didada, tapi luka didahiku  waktu dahulu tidak seberapa jika dibandingkan dengan parahnya luka dihati.

"Dunia ni seolah-olah tidak ada orang yang baik yang boleh membantu kami, kami cuma ada Nek Dah yang dah tak berkudrat. Sampai dirumah aku menghempas basikalku di pokok kelapa. Aku tengok Syahid nazak..." Tidak dapatku teruskan kata-kata. Lemas dalam tangisan. Hanya kedengaran suara Athmar meratib nama Allah. Terbayang-bayang wajah comel Syahid yang aktif mengejarku bila aku menarik hidungnya. Terngiang-ngiang juga suara manja meminta itu dan ini.
Aku amat merindui Syahid...Teramat!
"Apa yang terjadi selepas itu Syahidah...?" Athmar bersuara serak setelah sekian lama dia tekun mendengar kisahku.
"Assyahid Muhammad menghembus nafas terakhir di atas ribaan Mak, dihadapan kedua mataku! Ayah pembunuh! Dia yang membunuh Syahid! Dia yang menyebabkan Syahid pergi meninggalkan aku...Kalau bukan kerana Ayah, pasti Syahid berada disampingku saat ini!" Suaraku mula meninggi seolah-olah aku berada dalam situasi 17 tahun yang lalu. Kotak perasaan yang ku simpan rapi belasan tahun dalam sudut hati akhirnya terluah seakan gunung berapi yang meletuskan lavanya. Athmar beristighfar panjang.
"Mengucap Syahidah...jangan terlalu ikutkan perasaan..ingat Allah.." Athmar memegang kedua bahuku agar aku berhadapan dengannya.  Aku memejamkan mata sambil menepis lembut tangannya.
"Sememangnya dia pembunuh! Apa lagi yang aku nak cakap? Baik hati???Ayah yang penyanyang dan bertanggung jawab???" Aku menyoal Athmar bertalu-talu dan Athmar mengeleng-ngeleng kepala tanda itu bukan jawapanya.

"Seminggu selepas Syahid pergi, mak aku jatuh tangga dan kena stroke...selama sebulan aku yang darjah satu masa itu urus segala keperluan rumah...kehidupanku tidak terurus dan langsung tidak ke sekolah selama tempoh itu. Mujur Allah jadikan Nek Dah orang tua yang murah hati, dia selalu membantu dan memberi semnagat pada kami. Hanya sebulan Mak menderita kerana stroke dan kemudian beransur pulih seperti sedia kala...kerana Mak aku seorang yang kuat semangat! Bersemangat untuk hidup mempertahankan aku...Untuk lihat aku seperti mana hari ini..." Aku menarik nafas sebelum menyambung cerita lagi.
"Itu kali terakhir Ayah hidup untuk kami, kerana aku sendiri telah membunuh Ayah dari kehidupanku. Pernah jugak aku mintak untuk Mak carikan Ayah yang lain..Ayah yang lebih baik daripadanya tapi Mak hanya mengeleng kepala. Mak kata cukuplah Allah bagi kami...Mak semakin semangat dan kuat berusaha untuk besarkan aku...betul kata Mak... Allah itu lebih daripada cukup. Rezeki kami melimpah ruah selepas itu tanpa belas ihsan nafkah Ayah. Mak bukan sekadar didik aku dengan didikkan agama Athmar...malah Mak cuba untuk mentarbiah aku daripada kesumat benci pada Ayah. Mak selalu pesan dalam hidup tidak boleh ada benci, hidup bukan untuk membenci. Hidup adalah untuk berkasih sayang kerana Allah menciptakan kita penuh dengan nikmat kasih sayang. Setiap kali sebelum aku tidur, Mak selalu cerita sirah Rasulullah dan baca Alquran untukku. Masa aku tingkatan satu, aku pulak yang selalu cerita sirah dan baca quran tepi telinga Mak." Aku berbalas senyum dengan Athmar kerana itulah yang membahagiakan aku. 

"Patutlah kau manja semacam Syahidah!" Athmar ketawa menyakat dan cuba membawa aku lari dari kesedihan dan aku hanya tersenyum.
"Bertuah mak dapat anak macam kau... manja, lembut, comel dan keras kepala!" Athmar terkekeh-kekeh ketawa.
"Keras kepala aku pun jatuh basikal berdarah jugak, keras lagi kepala kau!" Aku membalas gurauannya dengan senang hati.
"Mana ada.. Athmar ni lembut orangnya, tak kira apapun mudah dicairkan ,bukan dengan kekerasan tapi dengan kasih sayang!" Dia tersengih nakal sambil mengangkat kening.
"Kesian, dahlah cari rotan dalam hutan susah payah, buat bakul, dah tu angkat pulak sendiri pakai tali. Penattttt..." Aku tersengih sambil membeliakkan mataku ke atas. Athmar mencebik.
"Hobi memang suka mencebik ye?Ada gaya macam itik!"Aku memuncungkan mulut meniru gayanya. Athmar menampar bahuku, geram dengan telatahku.
"Dah lama kita tak bertengkar macam ni kan? Seingat aku baru dua kali kita gaduh macam ni, ini yang ketiga. Best jugak sekali sekala macam ni. Sakit jiwa aku!" Athmar menarik telingaku. Aku tersengih.
"Kau ingat tak kenapa kita gaduh dulu? Kita gaduh sebab aku cakap Umar Alkhatab itu mertua nabi. Kau yang beria-ria cakap tak! Umar tu sahabat nabi. Memanglah Umar itu sahabat merangkap mertua nabi. Siap kata aku reka cerita lagi! Pastu takmau cakap sebab dah kalah." Aku menyoal dan aku juga yang menjawab kemudian pura-pura menarik muka masam. Ketawanya masih lagi bersisa.
"Aku tak pernah dengar dan tahu masa tu.. Kau lainlah Mak baca sirah tiap-tipa malam." Athmar melirik gembira sebelum wajahnya bertukar menjadi serius.
"Lain kali jangan lawan sifu!" Aku menjeling kepada Athmar yang mula diam. Athmar sekadar tersenyum sebelum mendengus perlahan.

"Syahidah...kenapa bukan dari dulu kau ceritakan pada aku? Maafkan aku...aku sedikit tersinggung.... kau tahu bukan? Sekian lama kita bersahabat, hari ini baru aku tahu siapa sahabatku yang sebenar. Aku banyak tertipu dengan kerianganmu." Athmar tunduk sambil tangannya menguis-nguis rumput, sekali gus mengembalikan kami pada topik asal perbualan. 
"Athmar, Aku bukan tak mahu kau tahu, aku mahu hapuskan semuanya, aku tak mahu ingat lagi soal Ayah...ia terlalu sakit.... lebih sakit jika aku ceritakan. Aku mintak maaf...tidak ada niat untuk aku merahsiakan semua ini." Aku mengharapkan pengertian Athmar.
" Ye...habis tu kenapa hari ini kau ceritakan pada aku?" Athmar mengerutkan keningnya.
"Kerana Ayah kembali dalam hidupku..." Athmar tercengang, riak wajahnya terkejut .
Kedengaran Surah Al-Baqarah bergema menghiasi alam senja tanda 15minit lagi bakal masuk azan maghrib. Aku bangun dan tidak segera menjawab pertanyaanya.
"Hari dah terlalu lewat untuk aku teruskan cerita. Kita perlu pulang ke asrama masing-masing. Lagipun kau kan ada metting persatuan malam ni?" Athmar mengangguk dengan tidak puas hati. Aku tersenyum  memahami gelagatnya.

"Okeylah... Aku janji, aku akan cerita by meseg bila kau balik nanti." Aku memujuknya.
"Tak nak. Ceritalah sekarang!" Athmar mendesakku. Aku memegang bahunya sambil jari telunjukku aku tujukan ke tasik.
"Nampak tak???" Aku menyoal.
"Nampak apa???" Dia mengerutkan keningnya menyoal aku kembali, matanya membutang melihat pandangan kosong dihadapan.
"Tu! Banyak sangat syaitan dah start keluar merayau!" Athmar mencubitku dan aku hanya ketawa.
"Uh!Okeylah. Janji tau! Call..tak nak mesej! Alamak...lupa jadual kena jadi imamah malam ni!" Athmar terkulat-kulat kemudian berjalan tergesa-gesa meninggalkanku. 
"Aihh... Salam pun tidak.. pergi macam tu aje?" Aku merungut sendirian sambil berpaling untuk pulang ke kolej. Kolej kami berbeza dan bertentangan arah. Walau satu universiti kami jarang bertemu seperti ini, masing-masing sibuk dengan taklifan sendiri.
"Syahidah!" Aku menoleh, mengeluh tersenyum.
"Lupa nak salam.heheh."Tangan dihulurkan dan melagakan pipinya dengan pipiku. Dia mengenggam tanganku seakan memberi semangat.
" Dan janganlah kamu bersikap lemah, dan jangan pula bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya) jika kamu orang-orang yang beriman. Pujukkan dari Allah...Surah Ali-Imran ayat 139." Athmar tersenyum tenang dalam tuturnya.
"Subhanallah. Terima kasih sahabat." Aku menguntum senyuman bahagia disebalik rasa terharu.
"Assalamualaikum. Insyaallah jumpa lagi. Jaga diri! Jangan nakal-nakal." Athmar berjalan pergi sambil melambai tangan padaku.
"Wassalam w.b.t jaga diri Athmar!!" Aku sedikit menjerit. Kelihatan tiga orang siswi yang berjogging tersenyum melihat gelagat kami. Aku membalasnya dengan senyuman yang lahir dari lubuk hati, terasa ketenangan meresap keseluruh plasma darah.
Aku berjalan pulang.

"Ingat...kalau ada masalah, kembali pada Allah. Sebab Allah yang menciptakan kita dan Allah jugaklah yang memberi masalah pada kita. Saat jiwa sesak, Ustaz Harun Din pesan banyakkan baca surah At-Tahrim. Dalam Quran Allah galakkan kita untuk solat dan kemudian sabar dalam menghadapi ujianNya. Insyaallah, pasti ada jalan keluar. Hinaan manusia itu perkara yang kecil saja. Anak mak tak boleh nangis macam ni. Makan ye..." Mak memujuk sambil mengusap air mataku bila pulang dari sekolah, aku tidak mahu makan dan minum kerana dihina oleh kawan-kawan nakal gara-gara Ayah.
"Mak..boleh tak Syahidah nak nangis sedikit je lagi." Aku meminta. Senyuman Mak bak kejora yang bercahaya cantik di mataku kemudian dia meraih tubuh kecilku ke dalam dakapannya.
'Boleh sayang, menangislah. Bersedih adalah sifat fitrah manusia ketika kita berhadapan dengan cubaan... lebih-lebih lagi apabila kehilangan orang yang kita cintai. Rasulullah juga pernah bersedih apabila dia kehilangan orang-orang yang dicintainya. Lalu Allah hiburkan hati Rasulullah dengan israj mikraj. Namun tidak boleh berlarutan sehingga pandanganmu gelap, hampa dan hilang semangat untuk terus hidup. Syaitan itu suka pada manusia yang berterusan sedih sehingga menjadikan tubuhnya lemah. Orang mukmin tidak boleh lemah jiwanya." Mak mengusap kepalaku dengan harapan agar aku selalu menjadi manusia yang positif. Mak tidak mahu kerana suasana dan keadaan menjadikan aku manusia yang miskin jiwanya, buruk akhlak,tandus kasih sayang dan kotor hatinya.
"Sayang, ubat untuk menghentikan dari kesedihan terus mngalir adalah dengan menjadi manusia yang sentiasa ikhlas. Gantikan kesedihan dengan doa insyaallah kita jauh dari belenggu kesedihan." Aku memeluk emak. Kata-kata emak selalu membakar hangat perasaanku sehingga menjadikan aku manusia yang tidak mudah mengalah dengan pelbagai situasi.

Aku tersenyum mengenangkan nasihat kasih daripada Mak, bangga dengan curahan cinta tulus serta kebijaksanaan dalam mengajar, memahami dan memujukku untuk menjadi puterinya yang baik.
"Dia yang merancang perjalanan hidupku, pasti Dia memberi arah panduan, menolong dan mencampakkan hikmah untukku walau sehebat mana pun teruknya jalan tersebut!" Bisik hati kecilku.
Kedengaran merdunya Azan memuji Allah serta mengajak manusia mendirikan solat dari masjid At-Taqwa. Hatiku lapang, jiwaku tenang, fikiranku beransur damai. 

Bersambung...

Friday, 1 February 2013

Dendam??? (E1)


"SABAR ITU INDAH" tidak seindah tulisan mahupun perkataan. Aku manusia yang sering tewas dengan emosi bila berhadapan dengan saat kritis. Namun aku akur dengan tuntutan sabar kerana ia sebahagian daripada  pelengkap iman, bahkan menjadi darah daging serta akhlak idolaku Rasulullah. Andai sahaja aku berada disamping Rasulullah, pasti aku akan mengadu kepadanya tentang nasibku. Apa yang pasti nasib orang dianayai itu akan terbela dengan seadil-adilnya. Tiba-tiba...aku merinduimu Ya Rasullullah.

Sungguh! Aku tidak gagah... sekali pun kuat untuk aku hadapi semua ini sendirian. Diriku terbeban bagai tidak ada ubat melainkan kematian yang menoktahkan kehidupanku. Namun, hidup ini perlu memilih, memilih sama ada untuk bahagia atau terus berduka. Bila jiwaku kelam gelita, harapanku menjadi hancur dan nafasku sesak dalam kabus ujian. Aku memerlukan ketenangan yang mententeramkan untukku lepaskan segala kesengsaraan rasa. Aku tercari-cari apa penawar kepada racun berbisa dihati ini...berendam dengan air mata bukan jalan keluar, malah menjadi rentetan dendam kesumat yang tak pernah padam.

Dendam...sesuatu yang kotor dan jijik! Didalamnya tidak akan ada ketenangan meskinpun kesenangan. Yang tinggal hanyalah kesengsaraan dan kepura-puraan. Hakikatnya, aku membenci segala sifat yang mempunyai kekotoran tersebut! Tidak mahu sedetik pun aku miliki sifat tercela lagi dilaknat ini, bimbang... dengan sifat ini menjadi penghalang untuk aku bertemu dengan Rasulullah dan menjadi jurang untuk aku menagih syafaatnya. 

Namun, saban hari ada sesuatu yang menghantuiku bagai memujuk untuk hatiku merasa sakit! Acap kali naluri ini membisik supaya melupakan bebanan ini, kerana aku ada pilihan untuk jadikan hari-hari hidupku bahagia. Hari akhirat adalah hari pertemuan yang penuh dengan keadilan, neraca tidak ada yang pilih kasih mahupun berat sebelah. Senang cerita, bergembiralah! Kerana aku bakal mendakwanya ditengah bahang masyar! Tapi tidak semena-mena, sendu tangisanku lebih teresak berbanding dengan sebelumnya, kerana aku sndiri tidak sanggup... tidak sanggup untuk aku mengheretnya ke neraka, tidak sanggup untuk aku menjadi penyebab deritanya beribu kali ganda berbanding dengan deritanya aku hari ini. Cukuplah...Allah menyeksa dirinya dengan azab yang setimpal hanya dalam mimpi. Semoga apabila dia sedar dari lena, hidupnya berubah dan merasa kesan hidayahNya.

Satu hal yang perlu aku ingat hingga akhir usiaku, Allah merencana disetiap penjuru takdir itu ada sudut hikmah, punyai teladan dan pengajarannya. Ujian bukan satu hukuman, tetapi kasih sayang Allah sebagai peringatan. Rahmat untuk kita selalu mengingati dan menghisab diri. Jadi...apa untungnya aku disebalik bebanan ini??? Ya...aku sangat beruntung, kerana aku masih mampu bersyukur, kehidupanku jauh lebih baik berbanding dengan kebanyakkan orang lain,aku belajar dari takdir tentang redha dan akrab untuk selalu berbicara hanya denganNya. 

Senyumlah...berbaik sangka dengan Allah......................................................  
Pen tercampak dari tanganku. 
Aku terkejut bila bahuku di tepuk. 
"Assalamualaikum Rindu!"
Sepantas kilat aku menutup buku dan menoleh kepada sahabatku, Athmar yang ketawa melihat aku terkejut.

"Maaf buat Syahidah terkejut!"Athmar memohon maaf bila melihat aku tersenyum memandangnya.

"Wassalam wbt." Aku memjawab salam sejahteranya keatasku dengan senang sekali, kemudian aku mengajak dia duduk disebelahanku, sama-sama menikmati panorama tasik diwaktu petang. Lama sekali kami tidak bertemu dan menghabiskan masa bersama-sama. Athmar, sudah ku anggap sebagai adik beradik kandungku sendiri. Persahabatan kami tidak pernah terhakis dek putaran waktu walau hampir 10 tahun berlalu.

"Tak baik buat orang terkejut, kalau ada sakit jantung mati tak sempat mengucap! Tak ada maknanya nama Syahidah." Aku bergurau untuk melihat dia mencebik seperti biasa.

"Eeiii tak sayang mulut! Ha..tu buku apa tu??" Seperti jangkaanku dia pasti mencebik sambil ingin menarik buku ditanganku. 

"Tak bolehhh..." Pantas sekali aku bangun, dia mengejarku dari belakang. Kami sama-sama ketawa.
Burung-burung berkicauan bagai menyanyi dalam bahasanya tersendiri mententeramkan jiwaku. Ini yang di namakan rahmat kasih sayangNya, sekalipun apa yang terlakar dihati tidak ada siapa yang dapat melihat rentak rintih tulisannya.
Tiada duka yang abadi.

Bersambung...

Saturday, 19 January 2013

Kisah Cinta!


Alkisah di suatu pulau kecil, tinggallah berbagai macam benda-benda abstrak : ada CINTA, KEKAYAAN, KECANTIKKAN, KESEDIHAN, KEGEMBIRAAN dan sebagainya. Awalnya mereka hidup berdampingan dengan baik dan saling melengkapi. Namun suatu ketika, datang badai menghempas pulau kecil itu...air laut tiba-tiba naik semakin tinggi dan akan menenggelamkan pulau tersebut. Semua penghuni pulau cpat-cepat berusaha menyelamatkan diri.

CINTA sangat kebingungan kerana ia tidak dapat berenang dan tidak juga mempunyai perahu. Ia berdiri di tepi pantai cuba mencari pertolongan. Sementara itu air makin naik membasahi kaki CINTA. Tiba-tiba CINTA melihat KEKAYAAN sedang memecut jet ski. 
"KEKAYAAN!KEKAYAAN! tolong aku!!" Teriak  CINTA.
Lalu KEKAYAAN SGERA MENJAWAB "Adeh!! Maaf CINTA, dibelakangku telah penuh dgn harta bendaku. Aku tidak dapat mmbawamu serta, nanti ia tenggelam. Lagi pula sudah tidak ada tempat lagi untukmu  disini."

Lalu KEKAYAAN cepat-cepat memecut jet ski dengan megahnya meninggalkan CINTA. CINTA sedih sekali, namun kemudian dilihatnya KEGEMBIRAAN melintas dengan botnya.
"KEGEMBIRAAN!!!!Tolong aku!!" Teriak CINTA lagi. 
Namun apa yang terjadi??? KEGEMBIRAAN terlalu gembira kerana ia berjaya menaiki bot yang dicurinya sehingga ia tuli tidak mendengar apa-apa disekelilingnya. Air laut semakin tinggi membasahi CINTA sampai ke pinggang dan CINTA amat panik. 

Tak lama kemudian, lalulah pula KECANTIKKAN.
"KECANTIKKAN!!! Bawalah aku bersamamu!" Teriak CINTA lagi penuh dengan permintaan.
Ewah-ewah CINTA! Kamu itu basah dan kotor! Aku tidak mahu membawamu ikut serta, nanti kamu akan mengotori feriku yang indah ini! Cemuh KECANTIKKAN dan ia berlalu pergi.

CINTA sedih sekali mendengarnya...ia menangis tersedu-sedu. 
"Apa kesalahanku...mengapa mereka semua melupakan aku saat aku susah...saat aku terlalu memerlukan mereka..." Bisik hatinya hiba,jiwa terus menangis menahan naluri yang terluka pedih. Saat itu, KESEDIHAN melintas dihadapannya.
KESEDIHAN!! Bawalah aku bersamamu...aku merayu...tolonglah aku. CINTA masih terus meminta seperti tadi.
"Maafkan aku CINTA...Aku sedang bersedih dan aku ingin sendirian..." Balas KESEDIHAN sambil mengayuh rakitnya dari situ. 

Hampa...CINTA berputus asa. Ia merasakan air semakin naik dan bakal menenggelamkannya. Namun, cinta masih berharap agar dirinya diselamatkan. Saat ketika ia tidak mempunyai ssiapa, iman mengetuk pintu hatinya untuk tidak berputus asa dengan rahmat ALLAH Yang Esa... Ia mendongak ke langit, memohon nusrah dari Rabb...
"Ya Allah...bantunilah aku, selamatkanlah aku, Allah...apa akan terjadi pada dunia ini tanpaku...tanpa CINTA??"

Pada saat kritikal itulah tiba-tiba terdengar suara garau, "CINTA! Mari naik ke perahuku!" CINTA menoleh ke arah suara itu dan melihat seorang tua reyot berjanggut putih sedang mengayuh perahunya. Lalu cepat-cepat CINTA naik ke perahu itu kerana jika ia terlewat sedikit, pasti ia akan tenggelam dan mati kelemasan. Kemudian di pulau terdkat, orang tua itu menurunkan CINTA dan segera pergi lagi. Namun CINTA sama sekali tidak mengenali siapa orang tua yang baik hati menyelamatkannya. CINTA segera bertanya kepada seorang penduduk tua di pulau tersebut tentang siapa sebenarnya orang tua itu.
"Owhh..Orang tua tadi?? Ia adalah WAKTU!" Balas penduduk pulau itu. CINTA masih belum berpuas hati dan bertanya lagi "Tapi mengapa ia menyelamatkanku?? Aku tidak menegenalinya bahkan teman-teman baikku sebelum ini pun enggan menolongku." Kata CINTA hairan. Penduduk pulau itu tersenyum sambil membalas "Hanya WAKTU lah yang mengetahui betapa bernilainya harga sebuah CINTA..." 

AYUH SAHABAT-SAHABAT, BINA CINTA KPD ALLAH, CINTA KPD RASULULLAH, IBU BAPA, UMMAH DAN SELURUH PENCIPTAANNYA SELAGI ADA WAKTU UNTUK HIDUP. Kerana segala tentang hidup ini adalah CINTA! Dengan CINTA kita merasakan hangatnya kehidupan yang menghidupi, dengan CINTA juga kita mampu membaca dan memahami apa yang tertulis mahupun yang tidak terlakar dek tulisan. CINTA itu adalah bila mana kita hendak bersama dengannya hingga ke SYURGA! Selain itu...bukan CINTA!

Bulan Rabiulawal ini bulan cinta, lafazkan selalu setiap detik kerana CINTA tidak mengenal waktu dan musimnya.

Sunday, 13 January 2013

Mencari MIFTAHULJANNAH!



Kisah benar yang terjadi di antara seorang pemuda Muslim dan seorang paderi katolik, yang akan membawa anda menyingkap rahsia disebalik 2 kunci bersilang. Rahsia yang menyingkap apakah silibus yang diajar kepada setiap paderi Katolik di Vatikan. Tuan-tuan, kami bawakan kepada anda kisah Paderi dan Kunci Syurga, selamat membaca.

Seorang pemuda yang dikejutkan oleh mimpinya supaya pergi ke gereja Samaan. Tiga kali mimpinya itu berulang. Lalu ia bersiap sedia dengan pakaian dan cara yang diberitahu dalam mimpinya.
Diaa masuk ke gereja Samaan tanpa disedari oleh Paderi-paderi yang hadir. Dia sama-sama menanti kedatangan ketua Paderi. Setelah ketua Paderi datang, ketua Paderi itu tidak dapat berucap. Dia tahu ada orang lain, orang Islam di dalam gereja itu. Katanya, 
" ada orang yang percaya kepada Syariat Muhammad di dalam gereja ini."

Semua paderi menjadi gempar dan mereka mahu orang itu di bunuh. Namun ketua paderi menghalang, sebaliknya ketua paderi meminta orang itu bangun supaya mereka dapat mengenalinya. Sebaliknya pemuda itu pun bangun, tanpa rasa takut.
Paderi berkata, "Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan Dan anda harus menjawabnya dengan tepat."
Si pemuda tersenyum Dan berkata, "Silakan!"
Sang paderi pun mulai bertanya,
"Sebutkan satu yang tiada duanya,
dua yang tiada tiganya,
tiga yang tiada empatnya,
empat yang tiada limanya,
lima yang tiada enamnya,
enam yang tiada tujuhnya,
tujuh yang tiada delapannya,
delapan yang tiada sembilannya,
sembilan yang tiada sepuluhnya,
sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh,
sebelas yang tiada dua belasnya,
dua belas yang tiada tiga belasnya,
tiga belas yang tiada empat belasnya.
Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai roh!
Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya?
Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam syurga?
Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya?
Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!
Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diazab dengan api dan siapakah yang terpelihara dari api?
Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?
Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah Dan dianggap besar!
Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan Dan dua di bawah sinaran matahari?"

Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah. Setelah membaca Bismillah dia berkata,
Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..
Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. berfirman, "Dan Kami jadikan malam Dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami)." (Al-Isra': 12).
Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa a.s ketika Nabi Khidir a.s menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.
Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur'an.
Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.
Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah hari ketika Allah s.w.t. menciptakan makhluk.
Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t. Berfirman, "Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang." (Al-Mulk: 3).
Delapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy AR-Rahman. Allah s.w.t. Berfirman, "Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada Hari itu delapan orang malaikat men-junjung 'Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka." (Al-Haqah: 17).
Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu'jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik, katak, darah, kutu dan belalang.*
Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s.w.t. Berfirman, "Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat." (Al-An'am: 160).
Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf a.s.
Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu'jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah, "Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, 'Pukullah batu itu dengan tongkatmu.' Lalu memancarlah daripadanya dua belas Mata air."
(Al-Baqarah: 60).
Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya.
Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai roh adalah waktu Subuh. Allah s.w.t. ber-firman, "Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing. "
(At-Takwir: 18).
Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus a.s.
Mereka yang berdusta namun masuk kedalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf, yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, "Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barangkami, lalu dia dimakan serigala. " Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, " tak ada cercaan terhadap kamu semua." Dan ayah mereka Ya'qub berkata, "Aku akan memohonkan ampun bagi muka pada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang ." (Yusuf:98)
Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai. Allah s.w.t. berfirman, "Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keldai." (Luqman: 19).
Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Sholeh dan kambing Nabi Ibrahim.
Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah s.w.t. berfirman, "Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim." (Al-Anbiya': 69).
Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Sholeh, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah Abrahah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).
Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t.? "Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar." (Yusuf: 28).
Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.
Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian pemuda itu pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini disetujui oleh paderi.
Pemuda ini bertanya,
"Apakah kunci syurga itu?"
Mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kebimbangannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak.
Mereka berkata, "Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya! "
Paderi tersebut berkata, "Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah."
Mereka menjawab, "Kami akan jamin keselamatan anda. "
Paderi pun berkata,
"Jawapannya ialah Asyhadu An La Ilaha Illallah Wa Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah. "
Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa.
(Kisah tersebut dipetik dan disusun dari Mausu'ah al-Qishash al-Waqi'ah)
cerita sebenar diyakini dari pengalaman seorang tokoh Sufi Islam Abu Yazid Al-Busthami,terdapat versi lain yang mengandungi 50 soalan paderi Kristian tersebut
Saudara dan saudari sekalian!
Kami telah berikan anda apakah KUNCI-KUNCI SYURGA ITU 'THE KEYS OF KINGDOM OF HEAVEN'...
Rahsia yang diabadikan pada lencana Paus Vatikan dan dibawa ke mana-mana oleh beliau.
Inilah rahsia yang tersembunyi pada The Crossed Key.
Orang-orang yang sesat di kalangan Kristian langsung tidak tahu rahsia ini,kerana rahsia asal telah dimusnahkan semasa era Paulus dan selepas persidangan Nicea yang menyaksikan kitab Injil diseleweng secara besar-besaran dan sejumlah besar manuskrip-manuskrip asli para pengikut Hawariyyun dibakar atau ditanam.
DUA KUNCI SYURGA YANG SELALU UMAT ISLAM UCAPKAN DI DALAM SOLAT MEREKA.
Miftahul Jannah... Inilah dia rahsia yang diucapkan oleh Jesus Christ kepada Peter The Fisherman pada hari yang bertuah itu. Dua baris ayat yang dipadam dengan penuh dengki dan khianat para Yahudi
Mason dan Illuminist-Christian yang tidak dapat menerima kehadiran seorang Rasul penutup para Nabi dari kalangan orang-orang Arab.
PEGANG DUA KUNCI INI BAIK-BAIK. MEREKA MELETAKKAN LAMBANG KUNCI SYURGA PADA PAKAIAN PAUS TETAPI MEREKA TIDAK MEMPUNYAINYA.
KITA MENGETAHUI KUNCI SYURGA DAN MEMPUNYAINYA. JANGAN HILANGKAN IA SEMASA MENGADAP TUHAN DI AKHIRAT NANTI.
MARI KITA BERJANJI PADA TUHAN DAN DIRI SENDIRI...
Kita tidak akan hilangkan kunci...
kita tidak akan hilangkan kunci...
Sedikit rujukan 'Miftahul Jannah' dari sumber Islam
Muaz bin Jabal Radiallahu-Anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:
“Anak-anak kunci syurga ialah mengakui kalimah La Ilaha Illallah
(Riwayat Imam Ahmad)
Rasulullah bersabda : "Barangsiapa yang pada akhir kalimatnya mengucapkan "La ilaaha illallah" maka ia dimasukkan kedalam surga"
(HR. Hakim)
Imam Bukhari rahimahullah meriwayatkan dalam Shahihnya, bahawa seorang pernah bertanya kepada Imam Wahab Ibn Munabbih: “ Bukankah Laa ilaaha illallah itu kunci syurga?”
Wahab menjawab: “ Benar, akan tetapi tidaklah bagi setiap kunci itu melainkan ia mempunyai gigi.Jika engkau membawa kunci yang bergigi, maka pintu syurga akan di bukakan untukmu, jika tidak maka pintu tak akan di bukakan untukmu”
'Gigi' yang dimaksudkan ialah bukan sekadar menyebut kalimah syahadah tetapi memahaminya serta melaksanakan apa yang dimaksudkan darinya.
Dari Jabir bin Abdullah, ia berkata: Aku mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Zikir yang paling mulia ialah La Ilaha Illallah dan doa yang paling baik ialah Alhamdulillah.
(Riwayat Al-Imam Ibnu Majah)
Dari Abu Hurairah Radiallahu-Anhu, ia berkata: Bersabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam: “Yang akan mencapai kebahagiaan dan keuntungan melalui syafaatku ialah orang yang mengucapkan kalimah La Ilaha Illallah dengan hati yang ikhlas”.
(Riwayat Al-Imam Al-Bukhari)
Dari Zaid bin Arqam Radiallahu-Anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang maksudnya: “Barangsiapa yang mengucapkan La Ilaha Illallah dengan ikhlas, dia akan dimasukkan ke dalam syurga.” Lalu ditanyakan kepada baginda: “Bagaimanakah yang dimaksudkan dengan ikhlas itu? Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: “Ikhlas itu ialah yang mencegah dari melakukan perbuatan-perbuatan yang haram”. (Riwayat Al-Imam At-Thabrani)
Dari Umar Radiallahu-Anhu meriwayatkan bahawa beliau mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Aku mengetahui satu kalimah yang tidaklah seorang hamba pun yang mengucapkannya dan membenarkannya dengan hati kemudian ia mati dengannya melainkan haramlah ke atasnya neraka jahanam. Kalimah itu ialah “La Ilaha Illallah”. (Riwayat Al-Imam Al-Hakim)
Dari Ibnu Abbas Radiallahu-Anhuma bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Demi yang diriku ditangannya, jika sekiranya segala langit dan bumi dan siapa yang ada padanya dan apa-apa yang ada di antaranya dan apa-apa yang ada di bawahnya diletakkan disebelah
dacing dan kalimah La Ilaha Illallah disebelah yang lain, maka dacing kalimah (La Ilaha Illallah) itulah yang lebih berat”. (Riwayat Al-Imam At-Thabrani)
*Juga diingatkan ketika Nabi Isa a.s berkata kepada Peter, tidaklah baginda bertutur dalam bahasa Arab atau dalam bentuk 100% kalimah syahadah dalam bahasa Arab, tetapi di dalam bahasa Aramaik Kuno yang konsepnya tetap satu iaitu Tiada Tuhan Selain Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah
Dan Nabi Isa sudah tentu maklum tentang kedatangan Nabi Muhammad s.a.w sesudahnya,
Dan (ingatlah) ketika Isa Putera Maryam berkata: "Hai Bani Israel, sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu, membenarkan kitab (yang turun) sebelumku, yaitu Taurat dan memberi kabar gembira dengan (datangnya) seorang Rasul yang akan datang sesudahku, yang namanya Ahmad (Muhammad)." Maka tatkala rasul itu datang kepada mereka dengan membawa bukti-bukti yang nyata, mereka berkata: "Ini adalah sihir yang nyata".
(Al-Saff 61:6)
Sabda Rasullah s.a.w: Ertinya: Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi darinya. (Riwayat Bukhari)
Firman Allah: Sesungguhnya agama (yang diredhai) disisi Allah hanyalah Islam. Tiada berselisih orang-orang yang telah diberi Al Kitab kecuali sesudah datang pengetahuan kepada mereka, karena kedengkian (yang ada) di antara mereka. Barangsiapa yang kafir terhadap ayat-ayat Allah maka sesungguhnya Allah sangat cepat hisab-Nya.
(Ali Imran ayat 19)

-Perkongsian menarik drp seorang sahabat kpd sy untuk dikongsikan dengan kalian semua, Seindah Nama a.k.a Siti Nazirah. copy paste =)

Saturday, 24 November 2012

Tenggelam Dalam Khabar Palestin!


Sahabat, sebagai muqaddimah mari bersama kita hayati sabda Rasulullah s.a.w yang terakam kemas pada 1400 tahun yang lampau :
"Kelak, umat-umat lain akan mengerumuni kalian seperti orang-orang lapar mengerumuni hidangan mereka...
Salah seorang bertanya :
Adakah kerana bilangan kita sedikit pada ketika itu?
Rasulullah menjawab :
Tidak, pada ketika itu bilangan kalian ramai, namun kalian adalah seperti buih dilautan... 
Allah akan menghilangkan perasaan takut dari hati musuh kalian dan Allah akan mencampakkan "Wahn"  ke dalam hati kalian...
Salah seorang mereka bertanya :
Apa itu "Wahn" wahai Rasulullah? 
Nabi s.a.w menjawab :
Cintakan kehidupan dan membenci kematian"
(Riwayat Abu Daud dan Ahmad)

Bumi Al-Quds kembali berdarah, diratah rakus oleh si anjing yahudi! Serangan bertalu-talu tanpa belas ihsan pastikan merobek hati-hati ummat islam seantero dunia. Daging saudara muslim kita dilapah kejam, dibunuh, diseksa bahkan dicincang lumat-lumat! Runtun sekali hati ini melihat si kecil berjuang mempertaruhkan nyawa , cukup mengerti tentang kewajipan membela maruah islam, dan masih tersenyum saat jasad bermandikan darah. Wanita-wanita yang tangannya lembut menghayun buaian tidak gentar menghadapi musuh Allah, masih utuh berdiri walau telah hilang kedua belah kaki! Pemuda dan sang tua mengorbankan segalanya demi kepentingan Al-Aqsa, anak isteri dan sahabat sehabis tenaga... sehingga hancur luluh jasad mereka. Aku terfikir mengapa di Palestin, Syiria, Rohingya yang menjadi mangsa,bukan Malaysia? Selesa...aman dan nyaman sekali disini, tapi pada hakikatnya kita sudah lama dijajah dan "dibunuh"! Dijajah pemikiran dan perlakuan kita mencontohi Yahudi laknatullah, dibunuh islam dan iman yang sewajarnya bersama dalam diri setiap ummat Muhammad.


Bumi barakah Palestin mempunyai anak-anak kecil yang membesar dengan 30 juzuk Al-Quran didalam dada, memahami tentang jihad dan kewajipannya. Muslimahnya sentiasa tegar memelihara aurat walau dalam apa jua keadaan, dikurniakan rahim untuk melahirkan mujahid mujahidin penegak agama, dan lelaki yang dipasak kukuh aqidahnya bahkan mereka telah mewakafkan seluruh kehidupan mereka kepada perjuangan Islam, jelas terbukti mereka mulia, mereka gah demi islam. Aku cukup teruja membaca kisah tentera-tentera Allah di bumi Palestin. Jauh sekali perbezaan peraturan, latihan dan tarbiyyah mereka berbanding dengan FRU sebagai tulang belakang pertahanan Malaysia.


(Jom kenali Brigade Izzuddin al Qassam / " Briged Al-Qassam ".
Peraturan " Briged Al-Qassam ".

 "Peraturan kami yang paling ketat ialah setiap tentera mesti solat lima waktu sehari secara berjemaah," ujarnya.

 Briged ini juga terkenal dengan roket Al-Qassam, roket artileri buatan sendiri yang dikeluarkan dalam tiga model sepanjang tahun 2001 hingga 2011. Roket itu ditembak dari Gaza dan sering membawa kemusnahan yang dahsyat sehinggakan media Israel menggelarkan setiap roket yang memasuki Semenanjung Barat sebagai Qassam.

Sesudah sesi latihan itu, kesemua askar tersebut berkumpul dan bersujud syukur - satu amalan penting setiap kali sesudah satu peperangan melawan tentera Zionis.
  Penulis terkejut apabila mereka membuka topeng hitam mereka, kesemuanya mempunyai muka bersih dan bersinar, jelas nampak keikhlasan untuk menjadi tentera Islam yang tidak takut mati.
Salah seorang tentera bertanyakan negara asal penulis dan apabila disebut Malaysia, beliau menjawab: "Tanah ini milik kamu juga."
 Jawapannya membuat penulis terkedu kerana maknanya sangat mendalam.)- FB



Aku amat berbangga dengan saudaraku disana, ketabahan dan kekuatan yang luar biasa hebat hasil taqwa dan tawakal yang tinggi kepada Allah. Kekuatan yang ada pada mereka seharusnya kita cuba contohi. Sahabat... mencontohi mereka pasti menangih mujahadah yang tinggi. Wajib keatas kita merasa malu dan hina andainya hari ini kita masih bergelak ketawa dan bersenag lenang diatas penderitaan orang lain, tamsilannya masih berurusan dengan pihak yahudi laknatullah. Tidak mahu aku bangkitkan isu perjanjian, Felda, MC Donald dan sekutu dengannya jika masih ada diantara kita yang tidak cakna dengan isu "adik beradik dan keluarga" sendiri bahkan lebih teruk ada yang masih tidak tahu menahu langsung soal MARUAH KITA DIPIJAK! 

Andai hari ini kita tidak mampu untuk menangis bersama tangisan mereka, bayangkanlah yang kita berada di tempat mereka. Rasai sejenak keperitan tusukan hati angkara musuh Allah, Israel yang tidak akan pernah redha pada Islam. Cinta mereka dirampas! Ayah dan ibu dibunuh kejam, anak-anak kecil ini hilang tempat bermanja, bergantung hidup, sehingga nyawa mereka turut direnggut! Setiap saat merasa kesakitan menanggung beban ngri, bernafas dalam ketakutan dan kesedihan. Tataplah wajah anak-anak Palestin sedalam-dalamnya. Ketahuilah, mereka juga seperti kita,memiliki mimpi dan impian, namun mimpi dan impian mereka telah hancur ditangan Anjing Yahudi Laknatullah. 


Ini bukan lembu yang dilapah dagingnya, bukan juga mat rempit yang mati dijalanan dan tidak sesekali pemuda pemudi yang terjun dari bangunan akibat putus cinta dan harapan. Mereka anak Palestin yang berhati suci tanpa secalit dosa dan noda.
Namun...
APA PERANAN KITA???
Peranan kita adalah dengan membina kesatuan dan kekuatan ummat, berdoa untuk mereka didalam qiamullai. Jangan ditambah lagi dengan dosa dan maksiat kita kepada Allah, bimbang jika ia menjadi asbab terhijabnya permintaan kita.
Teruskan berd0a. Teruskan berdemo. Teruskan memboikot. Teruskan menyebarkan kesedaran dan kempen. Teruskan mengutip dan memberi derma. 
Teruskan memberi ancaman dan amaran...Teruskan segala2nya!

Agar suatu hari nanti, bila ALLAH bertanya pada kita,
"Apa yang kamu buat apabila saudara seagamamu dizalimi di (Gaza)Palestin,Syria, Rohingya, Burma,dan di seluruh pelusuk muka bumi?"
 Setiap orang pasti ada jawapan masing-masing.
Ayuh fikir sejenak,apakah kita memang punya jawapan sebagai pembela???
Atau hanya sang muslim yang pengecut berdiam diri melihat daging saudara diratah & dilapah???
"Menyumbang dan membantu Palestin samalah seperti kita membantu menyalakan lampu-lampu di Masjid Al-Aqsa." ~Assalamualikum, Tv Al-Hijrah.


TIitisan air mata, sebak dan sesaknya penderitaan mereka membuatkan aku semakin cinta pada Islam, semakin sayang pada perjuangan islam dan semakin kasih pada anak-anak pejuang Islam. Sahabat-sahabat... bangkit!
"Bila mana kemenangan itu semakin hampir maka semakin bertambahlah ujian, sehingga apabila muslimin itu sampai ke satu tahap ujian yang paling berat dalam hidup. Maka pasti datanglah pertolongan ALLAH pada satu masa keadaan yang tidak disangka-sangka oleh orang muslimin walaupun orang-orang kafir." {Pakar sejarah & pemikir Islam Dr Raghib As-Sarjani}

Thursday, 18 October 2012

Opss!! Assignment...


Kenderaan yang berjasa kepada kami, milik siapakah?? 

Subject Human Capital Development &  Islamic Work Ethics antara subjek yang menuntut assignment seperti subjek-subjek yang lain. Bezanya task kami perlu ada interview, video n report macam sem-sem yang lepas. Selepas discuss dua tiga kali, alhamdulillah  kami berjaya menyiapkan bahagian interview dua hari yang lepas. NGO pilihan terbaik hasil perbincangan adalah Yayasan Kasih Sayang.  Seawal jam 7 pagi sudah bersiap sedia untuk bertolak, akhirnya sampai ke destinasi lebih kurang  jam 8 lebih. Alhamdulillah, kehadiran kami di sambut dengan baik.

Bermula kisah yang ingin aku jadikan perkongsian sepanjang  proses interview kami, kami mulakan dengan salam dan bersiap sedia untuk mengajukan pelbagai soalan. Sedikit pengenalan tentang Yayasan ini telah dijelaskan kepada kami, kenapa dan bagaimana ia boleh tertubuh, misi berserta visi Yayasan tersebut. Tanpa membazirkan masa kami terus kepada tajuk dan point yang diinginkan.  

"Bagaimana etika kerja yang diamalkan oleh syarikat Puan?" Tanya Al-Azhar selaku ketua kumpulan kami.



Puan Hajjah Norizan

Puan Hajjah memandang wajah kami tepat kedalam mata, seorang demi seorang. Aku tersengih-sengih menahan debaran. Perwatakannya yang lembut, sopan dan serius membuatkan aku sedikit kekok. Biasalah... baru 5minit perjumpaan untuk kali pertama.
"Kami mengamalkan rukun 13!" Padat sekali jawapan Puan ni dan mengajukan soalan apakah rukun etika 13 kepada kami. 

Kami tercengang!
Apa tu??? 

Yelah.. manalah kami tau etika syarikat diorang.
Aku dengan selamba pakai main jawap je.
"Rukun solat ke Puan?" ( yang aku tau rukun 13 tu rukun solat)
Wajahnya masih sama seperti tadi.. serius. Tidak ada senyuman.
"Ya...kami mengamalkan rukun 13 dalam solat itu sebagai etika dan disiplin syarikat kami" Lebih kurang macam itu ayat Puan Hajjah ni. Semua kawan-kawan nampak blurr je.. aku pun sama. 

Tak faham! Dup dap dup dap...berdebor!
"Apa rukun solat yang pertama??" Soal Puan Hajjah lagi, nampaknya dia menyoal kami bertalu-talu. Tak boleh aku bayangkan saat tu, nak tergelak pun ada betapa kami terkial-kial nak jawab soalan rukun 13 yang pertama. Bukan tak tahu tapi langsung tidak menjangka itu yang  akan terjadi semasa interview kami. =D
"Rukun yang pertama adalah berdiri tegak bagi yang mampu, perlu kita tahu kedudukan kerja kita berada dalam posisi yang betul umpama menghadap kiblat, berpaksikan Al-Quran dan Sunnah." Jelas Puan Hajjah.
Masyaallah... aku cukup teruja!
Sama seperti tadi, beliau masih menyoal kami kepada setiap jawapan yang bakal beliau berikan. Puan Hajjah menjelaskan tentang rukun yang kedua iaitu niat. Selepas berada dalam keadaan kerja yang betul, niat kita kena betul, biar kerana ALLAH. Asal kerana ALLAH kerja kita jadi ibadah dan niat merupakan kunci segala perbuatan.

Punyai niat yang betul tapi rukun pertama atau kerja kita itu salah disisi syariat pun xjadi jugak. Matlamat itu tidak menghalalkan cara.
Yang ketiga adalah takbiratul ihram. Bila kita buat kerja kena selalu mendamba dan membesarkan ALLAH, takbir...jangan takbur! Jadilah orang yang sentiasa merendahkan diri walau tinggi mana pun pangkat dan jawatan.
Yang keempat bacaan Surah Al-Fatihah. Puan Hajjah menyuruh kami mentafsir Surah AlFatihah satu persatu.

  1. Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
  2. Segala puji bagi ALLAH,  tuhan semesta alam.
  3. Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
  4. Pemilik hari pembalasan
  5. Hanya kepada Engkau kami menyembah dan hanya kepada Engkau kami memohon pertolongan.
  6. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus.
  7. Iaitu jalan orang yang Engkau beri nikmat dan bukan jalan mereka yang dimurkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat.
Apa yang menarik beliau mensyarahkan ayat yang ke 5, pada perkataan "kami".  Siapa "kami" yang dimaksudkan?? "Kami" itu adalah seluruh anggota kita., mata, telinga, lidah bahkan jiwa dan akal kita itu bermaksud "kami", setiap anggota yang menjadi saksi pada seseorang hamba. Tunjukkan "kami" jalan yang lurus merangkumi seluruh aspek iaitu tunjukkan pandangan yang benar, kefahaman yang betul, lidah yang jujur dan sebagainya.Dalam sesi itu sempat lagi kami menyentuh soal praktikal yang bakal kami hadapi pada minggu hari raya Aidiladha. Beliau menegaskan pentingnya niat dan praktikkan 13 rukun itu dalam Dakwah Tatbiqi.


Rukun yang kelima menetapkan pergerakkan yang dipanggil rukuk. Rukuk  hanya kepada Allah, tetapi bila mana kita berkerja dengan manusia dan ada masa yang tertentu cabaran itu datang menyebabkan kita mahu tunduk kepada manusia seharusnya kita laksanakan rukun yang keenam iaitu i'tidal! Wajib keatas kita untuk bangun kembali bila kita bekerja dengan manusia yang berlanggar dengan syariat Allah kerana rukuk kita hanya pada Allah. Berdirilah kembali memuji Allah.  Dan jangan lupa pada rukun yang ketujuh...sujud pada Allah! Sujud dengan penuh kehambaan ,kehinaan  dan rasa syukur kepada Tuan yang menciptakan kita, yang memberi kita makan minum, pakai dan segala keperluan. Sujud juga merupakan tanda penyerahan diri secara totalnya kepada Allah. Jangan sesekali tinggal toma'ninah pada rukun tersebut kerana adab sopan perlu kita jaga terutamanya dengan Allah.


Puan Hajjah memberi perumpamaan bila kita bekerja secara sendirian berbanding dengan kita di kawal oleh cctv. Betapa biadapnya kita dengan Allah tika sendirian kita langsung tidak mengawal batasan pergerakkan.  Beliau memberi lagi tamlisannya di pagi hari kita menunaikan solat subuh, lidah dan seluruh anggota kita bersaksi dengan Allah...sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku hanya kerana Allah. Kemudian kita sarapan pagi menikmati secawan kopi. Namun tegukkan itu langsung tidak membawa kita kepada zikrullah...jarang sekali kita rasa betapa nikmatnya kopi rezeki Allah,  kerongkong yang dapat meneguk dengan baik, oksigen di hirup sesenang hati, matahari dan angin sedikit pun Allah tidak pernah meminta untuk kita bayar.     
Beberapa saat selepas itu beliau membacakan surah AL-Ashr dan menyuruh kami menterjemaahkan isinya.
Dalam surah tersebut Allah bersumpah bahawa manusia itu sentiasa dalam kerugian!
Hatta dalam solat, rukuk dan sujudnya... puasa, zakat,haji, ibadah korbannya manusia sentiasa berada dalam keadaan rugi!
Mengapa Allah turunkan ayat tersebut???
Kerana saat kita solat sekalipun, hati, jiwa dan akal kita tidak sama sujud dan tunduk kepada Allah!
Bergetar hatiku... Allah...Allahuallah...
Istighfar panjang.
 
Kami tunduk diam membisu.... setiap patah perkataan beliau menjadi degupan muhasabah.
Apakah sudah takdir interview kami hari ini...dan...
Bertemu dengan Manager seperti ini. 

Subhanallah!

Seterusnya rukun yang kelapan ialah duduk diantara dua sujud kemudian berdoa kepada ALLAH...


Rabbighfirlii (Tuhanku, ampuni aku)

 Warhamnii (Rahmati aku)
Wajburnii (Tutuplah aib-aibku)
Warfa’nii (Angkatlah darjatku)
Warzuqnii (Berilah aku rezeki)
 Wahdinii (Berilah aku petunjuk)
 Wa’afinii (Sihatkan aku)
Wa’fuannii (Maafkan aku)

Selepas duduk diantara dua sujud kita kembali sujud lagi, sujud itu adalah ihsan, mintak tolong dengan Allah dan mintak lagi.
Kemudian rukun seterusnya adalah tahiyyat akhir, baca lafaz tasyahhdud, selawat ke atas nabi Muhammad s.a.w, salam dan tertib. Semuanya mengandungi maksud-maksud yang tertentu dan diaplikasikan dalam syarikat mereka.
Etika kerja perlu mengikut sunnah rasulullah. 
Bila disentuh soal buku etika dalam syarikat, jawapan beliau cukup ringkas "ALQURAN DAN HADIS".  
"Mahir dalam mengkaji dan tahu selok belok sirah Rasulullah maka kamu akan jadi orang yang pakar tak kira dalam apa jua bidang."  Pesan beliau sambil tersenyum manis, matanya tak lekang menatap mata kami seorang demi seorang, kemesraannya mula terpancar. Kaedah body language yang dipamerkan oleh beliau penuh dengan hikmah.
"Dalam training development untuk menghasilkan staf-staf yang berpontensi baik , mereka perlu memahami rukun 13 dan bagaimana untuk diterapkan dalam kehidupan harian, kauseling atau teguran kepada staf-staf dengan cara tazkirah dan pengisian hati" Puan Hajjah menamatkan sesi interview kami sekaligus menjawap segala persoalan yang kami mahu.
Tersenyum aku sendirian, masakan tidak, setiap subjek kami menyediakan lebih kurang 7 soalan, jadi semua sekali 14 soalan yang perlu ditanya.  
Apa yang terjadi?? Lima soalan belum sempat kami ajukan...
Situasi untuk kali ini cukup berbeza daripada interview yang sudah lepas.  Berbanding dengan syarikat-syarikat lain yang berlumba-lumba menunjukkan kemegahan dan rahsia kejayaan kepada kami hasil titik peluh dan kerja keras mereka. Teori-teori barat yang diagungkan. HR yang bangga dengan kedudukannya. Pekerja yang taat dlm urusannya hingga lupa tanggungjawabnya sebagai...hamba!
Interview ini mencuit sanubari, 
ada hikmah untuk lebih memperbaikki diri.
 Alhamdulillah!